Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 8-Nov-2006 04:05 Email | Share | Bookmark
nyum nyum..

 



KEK ROLL BLUEBERRY


25g air sejuk (dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula castor
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu kecil baking powder
10biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk

100g mentega cair (guna double-boiler)


Satukan semua bahan kecuali mentega cair. Pukul dengan high speed sehingga menjadi puith dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Warna kan adunan dengan sedikit pewarna merah dan letak sedikit essence jika suka . (Kak rossya guna raspberry essence)

Tuangkan adunan kedalam acuan kek roll dan ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160C. Ketuhar hendaklah dipanaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk.

Cream nya:
250g gula dan 150g air dimasak dan disejukkan didalam peti sejuk. 500g mentega dan 1/2 sudu kecil vanilla di pukul hingga pekat. Baru masukkan air gula sejuk sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata dan halus.


Jem Blueberry:
1/2 tin blueberry(pie fillings) dimasak dengan 1/2 sudu makan tepung jagung dan sedikit air sehingga pekat dan hancur. (Boleh juga ganti dengan blueberry conserve.. tanpa perlu dimasak. Terus gunakan dari botol)


Cara menggulung:
Keluarkan kek dari acuan. Sapukan dengan cream dipermukaan kek sehingga rata. Letakkan sedikit jem blueberry dan gulung kemas-kemas. Bungkus dengan kertas kek atau plastik dan simpan dalam peti sejuk.






NASI HARISSA

1kg beras basmathi
(air ikut padat beras dan lebihkan 100ml)

Bahan kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10biji bawang putih

3 biji bawang besar dihiris
500g lobak merah (diparut kasar)
3 ikat daun ketumbar (ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau)
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak atau mentega untuk menumis

Beras dicuci bersih. Gaul dengan lobak merah dan tos hingga kering. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan kayu manis, cengkih dan pelaga. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis hingga garing. Masukkan air dan garam. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.

Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan masak hingga tanak. Hidangkan dengan lauk-pauknya.






AYAM MASAK MERAH BEREMPAH


1 ekor ayam (potong dan dibersihkan dan goreng setengah masak)
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
200g tomato puree (kak rossya guna sos tomato)
4 biji tomato (dipotong enam)
sedikit kacang peas dan bawang goreng
2 batang serai dititik
3 cm lengkuas dititk
2 tangkai daun ketumbar (digunting kasar)
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
10 batang lada kering
4 biji bawang putih
3cm halia
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis

Panaskan minyak. tumis bawang besar, kayu manis, cengkih, pelaga , serai, lengkuas dan bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air, ayam goreng, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila pekat, taburkan buah tomato, kacang peas , bawang goreng dan daun ketumbar.

Tutup periuk dan matikan api. Sesuai dimakan dengan roti, roti prata dan nasi.



Sorry.. ader typo-error for kek roll (tertinggal putih telur) . Secretary tak pass lagi.. hehee. I have updated and make amendments.
~ Telur sejuk... Sejukkan telur dahulu dalam peti sejuk.. baru digunakan..
Acuan kek roll ader bermacam size.. Sama seperti loyang empat persegi.. cuma ketinggian hanya 1 inci. Tapi guna loyang empat persegi biasa (baking trays for cookies) pun boleh. I used loyang 11X 8 inch.. boleh dapat around 3 kek rolls.
Nota ~ Aduanan cream diaatas adalah untuk mengisi DUA adunan kek roll.



Quote:
MummyJam ~ Kiter memang dah stick to this basic recipe for most of my kek gulung.. sebab memang reliable dan jugak lembut.
nn ~ Wah.. sakan beraya dia.. siap ader promosi.. juadah raya... dan video lagi..
Nabialishad ~ Telur tu.. masukkan kat peti sejuk kejap ajer.. sejukkan sikit.. biar naik gebu nanti. Boleh ajer guna loyang untuk biskut tu.. asal tak terlalu tipis loyang tu.. nanti cepat hangus..
Ayu ~ Actually loyang untuk kek roll lain SEDIKIT ajer dari loyang biasa yang kiter gunakan untuk bakar biskut tu. Tinggi nyer cuma 1inci ajer.. Size aderlah bermacam2.. Cuba tanya kedai bahan2 kuih for swiss roll baking tray.. diorang mesti tahu.. Kalau tak pun.. leh guna loyang yang bakar biskut jugak..
MamaFami ~ Akak guna 11X8 inch trays. Dapat dalam 3 rolls.. Actually kek roll ni boleh diperbagaikan.. letak different essence on the cakes.. and fillkan dengan different inti/ jam.. pun dah jadi bermacam2 jenis kek roll..
Nic ~ Kalau nak yang akak masak.. nak kena mai lah Nic..
cakcibur ~ Kak rossya pun kengkadang letak buah keras untuk memekatkan.. tapi yang ini memang sudah sedia pekat.. Jangan lupa rest banyak2... Tak sabar nak tengok gambar baby... bila due ni...
MamaSiti ~ Alah buat Nasi Minyak ni tak susah.. semuanya sama actually.. tukar sedikit bahan ..dah dapat nama yang berbeza.. Tak sabar nak bersua... jangan tak datang yer.. mamaT..
IL ~ tengah2 ujan.. best kalau makan kek roll dengna secawan kopi.. hehee...
Ishzah ~ Cepat2 lap keyboard tu ishzah.. bahaya..takut kena karen karang...hehee
Shah, Sya, Syahmi ~ Raya kedua lagi best kan...
Yusoff + yana=azhad ~ memang sedap...
Otopan otosan ~ Mai lah singgah beraya...
Zack ~ Zack kalau nak intikan.. lebih sedap blueberries yang fresh tu dimasak dengan sedikit gula.. dan tepung jagung/ air. lagi sedap.
Aurenayz ~ Semekut ader.. belen2.. kek dah kontang ... Kenapa lambat sangat ni..
Unnamed ~ tq..
Cashier Restoran Naz Maju ~ Aiks... food poisoning lak... kesiannya... Kena posa lah lagi...
Mamahouse ~ InsyaAllah.. kalau kak rossya buat lagik.. nanti cuba tunjukkan step-by-step method..
Mommy d&d ~ Mommy apo kabo? Sakan beraya eh... lama tak nampak..
Mar ~ Uishh.. apa lah yang cantiknyer.. Mar.. Semua pun biasa2 saja...
Ida ~ Yes.. kiter tungguuuu..
Leezsa ~ Nak buat ayam tu yer..... jangan tak buat tau...
Kc ~ Yummy too..
Sabrina ~ Nasi Harissa boleh di hidang dengan sebarnag lauk2 melayu.. dan kek tu boleh diganti dengan sebarang inti yang Sab gemari.. just do to your likings and the jams of your choice..
Azeemah ~ Bukan rajin... akak buat .. orang merasa..
Shahidah ~ Thanyou for linking me up.. By the way what's your url that I can visit. Semuga fp kak rossya dapat memberi sedikit motivati dan inspirasi pada adik2 yang ingin mencuba..
Za+za ~ I luv 'kek roll' too...
Mademoisellte Ayu ~ Alamak.. ingat balik yer Ayu.. camner tu...
dilaOHdila ~ glad you like it.. tq.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net