Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 11-Oct-2006 01:25 Email | Share | Bookmark
Selera Rasa...

 
Semakin hampir dengan Syawal yang bakal menjelang.. jangan lupa mengejar .. dan mencari hikmah Ramadhan..





NASI GORENG IKAN ASIN

2kg beras ( dimasak nasi seperti biasa)
sayur campuran
ikan kurau kering dicuci bersih, dipotong kecil dan digoreng garing
5 ulas bawang putih dicincang halus
5 batang cili padi di cincang halus (optional- tak payah taruh jika tak mau pedas)

Bahan B:
4 biji telur
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu besar light soya sauce
garam & serbuk lada putih


Bahan-bahan B disatukan didalam mangkuk dan gaul sebati.

Panaskan sedikit minyak dikuali, masukkan perencah cincang dan tumis. Jangan sampai hangus. Masukkan nasi dan sayuran. Tumis nasi sebentar. Buatkan lubang ditengah2 kuali dan tuangkan cairan telur. Gaul rata pada nasi. Tambahkan garam jika perlu. Akhir sekali masukkan ikan kurau yang telah digoreng.. kacau dan matikan api. Hidang bersama bawang goreng dan daun ketumbar.





IKAN MASAK MASAM MANIS


1 ekor ikan ( dibersihkan, dilumur dengan telur putih dan tepung jagung lalu digoreng garing)
5 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
10 tangkai lada kering dicelur dan dikisar
1 labu bawang bangla dipotong 6
2 biji tomato didadu
capsicum dipotong dadu (berbagai warna jika suka)
nenas dipotong kecil
carrot dihiris
timun buang hatinya dan dipotong kecil
daun bawang dihiris panjang
3 sudu besar sos tomato
1 sudu makan sos tiram
beberapa titik minyak bijan
1 cube stok ayam
sedikit tepung jagung untuk memekatkan dibancuh dengan sedikit air
300ml air
garam dan serbuk lada putih


Panaskan minyak dikuali.. tumiskan bawang putih, halia dan cili kisar. Sesudah garing, masukkan stok ayam, sos tiram, tomato sos, minyak bijan, semua sayuran yang sudah dipotong dan bawang besar. Tumis sebentar, baru tuangkan air dan rasa. Tambahkan garam jika perlu dan serbuk lada putih. Pekatkan kuahnya dengan sedikit bancuhan air tepung jagung. Akhir sekali masukkan hirisan daun bawang. Matikan api dan tuangkan kuah atas ikan yang sudah digoreng.






Khas untuk Azeemah. Ikan kukus ni.. boleh diolah mengikut citarasa masing2. Juga bahan2 lain pun boleh ditambah.. seperti cendawan, sayuran seprti carrot, broccoli, capsicum dan tomato. Ini adalah ikan kukus ringkas kami.




IKAN KUKUS


1 ekor ikan siakap
2 inci halia muda dihiris halus
1 batang lada merah dibuang biji dan dihiris halus
1 ikat daun bawang di hiris memanjang
5 batang cili padi di hiris halus(jika suka)
1 sudu besar light soya sauce
beberapa titik minyak bijan
sedikit cuka putih
sedikit sawi asin jika suka (direndam sebentar)

Bersihkan ikan dan dikelar2. Lumur ikan dengan serbuk lada putih dan isiskan dengan sedikit hirisan halia muda.

Satukan semua bahan2 yang tinggal didalam sebuah mangkuk. Gaul rata . Rasa jika perlu ditambahkan sedikit garam. Tuangkan cairan ini keatas ikan dan kukus selama 15 minit atau sehigga ikan masak. Hidangkan ketika panas.



MAKE MINE CHOCOLATE. Kenapa lah banyak sangat orang suka chocolate. Terlalu banyak chocolate ni boleh buat kanak-kanak hyper -active. Hmmm.. Hai Lisya... mama buat biskut chocolate sampai mama sendiri yang fening... Tapi biskut chocolate tetap jadi kemestian. Sebab perasa dan jenis chocolate ni.. budak2 selalu cari.. So ader harapan habis.. tak membazir dan terbuang.





CHOCOLATE HAZELNUTS BALLS

250g butter
100g roasted hazelnuts and finely ground
225g Hongkong flour or any superfine flour
1 tsp vanilla essence
70g castor sugar
50g pure rice flour
whole hazelnuts roasted to insert inside each cookie


Cream butter and sugar till just combine. Add Hongkong flour , pure rice flour and ground hazelnuts. Take a piece of whole hazelnut and wrap with a little dough mixture to form a SMALL ball. Place on lightly greased baking trays and bake in 160C preheated oven. Bake till done. Make small balls cos.. this cookie is likely to spread just a little.
Once cookies are ready.. cool thoroughly on a wire rack. Melt enough chocolate block couverture (or any cooking chocolate). Dip each hazelnuts balls into melted chocolate and place onto miniature paper cups. Top with you favourite topping and candy. Let cool and dry chocolate evenly before storing in an airtight container.






VIENNESE FINGERS


225g soft butter
60g icing sugar
1 tsp vanilla essence
1 egg lightly beaten
300g plain flour sieved
1/2 tsp baking powder sieved
mohrenglanz or any cooking chocolate (melted using double-boil )
roasted chopped nuts of your choice ( I used pistachios)

Cream butter and icing sugar will well combined. Add vanilla essence and lightly beaten egg. Mix well. Add flour and baking powder to form a very soft dough.
Scoop into a piping bag with star nozzle and pipe mixture onto a greased baking tray to a shape of fingerlike log. Bake as usual in preheated oven till done.

Once cool.. dip one end of cookie into melted chocolate (mohrenglanz or cooking chocolate). Top with your favourite chopped nuts onto chocolate. Dry well before storing.






CHOCOLATE CUPPACINO


140g butter at room temperature
100g icing sugar
200g Hongkong flour or any superfine flour
2 tsp coffee oil ( get this from any baking stores)
1 egg yolk
1/2 tsp ground cinnamon

For topping :
dark couverture (or dark cooking chocolate)
dan white chocolate (add a little it raspberry essence and pink colouring)

Combine all ingredients in A. Shape into SMALL balls. This cookie will spread.. so make just small sized balls. Bake in preheated oven until done.

Once cookies are cooled. Dip the top into melted dark cooking chocolate. Let dry. Once dark chocolate is dry.. make chocolate swirls on the top layer using melted white chocolate. Dry again.. thoroughly before storing in an airtight container.


Note : To give a soft glow to your melted chocolate.. just add a teaspoon of vegetable shortening when double-boiling your cooking chocolate or chocolate couverture.


Nota : Tepung Hongkong juga sejenis tepung superfine.. Kita banyak gunakan disini untuk membuat pau. Jikalau anda tidak menggunakan tepung Hongkong, anda boleh juga gantikan dengan tepung superfine yang lain.. jenis yang ringan.
Mohrenglanz ialah sejenis chocolate used for coating. I think it's better than Nigotin.. sebab rasanya seperti gourmet chocolate block. Couverture is the general term for coating chocolate.So maknanya .. morehglanz tu sejenis chocolate couverture. Always use couverture chocolate untuk menyalut kuih2 anda. Ia cepat kering dan mampat.. tidak mudah tergaris dan rosak permukaan bila ditindih2. Cooking chocolate.. lebih 'soft' kadangkala lambat kering dan mudah 'calar-balar' bila 'berlaga' with each other..







Quote:
Mommy d& d ~ Hai kalau dah chocoholic tu... kecik besar tua muda.. semua mesti suka kan...
Hanieliza ~ Wah .. ini keluarga yang minat chocolate ni... Mesti kak Liza banyak simpan stock chocolate ni...
MamaFami ~ I hope mama is feeling fine... cukupkan tidur tu... (1) Kalau takder tepung hongkong.. mama guna tepung kek pun boleh. Cuma tepung hongkong lebih soft lah. (2) Morehglanz ialah jenis coating chocolate... tapi kadang kiter pun boleh cairkan dan masukkan kedalam adunan. Kalau kat sini .. morehglanz tu macam high quality coating chocolate lah. Tak der morehglanz, mama guna any coating chocolate pun boleh. (3) Hmm.. takder coffee oil.. mama boleh guna 2 tsp instant coffee dilute dengan sedikit air ok. Coffee oil lebih enak .. sebab wangi semacam...And another thing, I know mama tak suka cinnamon kan.. FYI, cinammon kat dalam biskut ni takder bau yang peculiar.. dia dah blend dalam biskut.. sedap tau.. So don't skip that cinnamon ok.. baby.. (4) chocolate couverture... akak dah give details kat atas.. Couverture is the general term for coating chocolate block. Kalau dark couverture.. means yang bitter sikit tu lah. Kenapa akak guna bahasa 'Marikh'... sebab bab kata P.ramlee dalam pendekar bujang lapuk... "Haa.. bahasa aku... bahasa tinggi..." hehee... gurau ajer...
Ecah ~ Kecian.. letih berposa yer.. takper.. dah tak lama ni...
Cik ketumbar ~ Ish.. tak yah penyekkan dia. Buat ajer guli2 kecil... mesti kecil.. nanti dia masak jadi besar sedikit.. ok..
Ida ~ Oh it's okay.. takder tepung Hongkong, boleh guna any superfine flour.. Pun jadi jugak.. Aiseh.. jangan stress2... Semua ader alternative..
Zakiahz ~ No tepung hongkong... u use tepung superfine ok..
ouled Kenitra ~ Alamak tuan memasak ker? Untunglah isteri nya... Orang lelaki kalau memasak mesti best..
Anna ~ Ikan kukus ni.. banyak versinya.. Yang ini yang ringkas kak rossya buat. Boleh juga buat style tomyam dan dikukus dan macam2 lagi..
Sabrina ~ Nasi goreng ikan asin pun my hubby nyer favourite. Tapi nak ader lauk2 seafood nyer.. pun boleh makan bertambah2..
Norazlina ~ Takper lah lepas berbuka boleh.. makan apa nak makan kan..
Mommy Nadiah ~ Mak aii.. chocoholic lagi satu ni..
Leezsa ~ Oh.. pakar buat kek yer... lain tahun kak rossya nak order ngan leez lah boleh?
Elin ~ Sengaja kak rossya suka colorful cookies.. nak tambat hati budak2....
Shukri Sfawani ~ Lagi dua minggu.. dah dekat ker?
Me ~ Kalau kiter kat sini.. rasa lauk kari memang tak sesuai makan dengan lontong. Lontong ni nak kena dengan lauk yang berempah dan sambal2. Me buat lah sayur lemak yang mudah sebagai sampingan.. dan lauk ayam.. ayam masak rempah ker, ayam masak kicap ker.. ayam masak merah pun sedap dengan lontong. Sekadar pendapat kak rossya ajer.. what's best is actually apa yang me suka makan...
Cakcibur ~ Alahai .. janganlah craving pulak Cak. kat sana ader jual tak itu Viennese fingers.. kalau akak nak hanto.. takut hancur berderai belum sampainya..
Nabialishad ~ Ikan kurau kering tu boleh ganti dengan sebarang ikan kering yang boleh digoreng gareng... jadi bila makan tu ader krap krup nyer.. hehee.. Rasa kak rossya ikan tenggiri tu tak garingkan kalau digoreng.. Kalau kat M'sia lagi ader bermacam2 ikan kering. Kat sini.. ikan kering terhad... Tapi bab goreng garing mesti.. sebab lagi sedapp...
Mama Siti ~ Buat lah mama siti..jika suka... Tapi ingat jangan buat berlebihan sampai membazir pulak..
Nic ~ Alahai ciannyer.. Double boil makna nyer masak bertindih. Masukkan chocolate block (hancurkan sedikit biar cepat cairnyer) kedalam periuk kecil... Kemudian.. tindih periuk ini keatas periuk lagi satu yang berisi sedikit air. Jerangkan atas api.. sehingga coklat cair. Maknanya.. periuk yang berisi coklat tu tak kena direct flame. Kaedah double-boil ini pun bagus untuk mencairkan mentega jika perlu menggunakan mentega cair. Sebab mentega tidaklah terlalu berminyak..
Diana ~ memang lah tu.. lain yang nak dimakan.. selalunya.. lain yang dimasak.. Kak rossya ni jenis yang suka menghias biskut2. Untuk sendiri.. boleh lah.. kalau untuk orang beniaga.. rasanya macam banyak masa kot..
ShopALot ~ dugaan coklat..hehee
Medusa ~ wahh.. busy ker Med.. lama tak nampak.. Mesti busy buat persiapan hari raya kot..
Kuzi ~ I alsooooo.. luvvv cookies.. hahaaiii Concentrate on the conferences tu dulu...
Nora ~ Buat sendiri lebih meriah... rasa pun lebih muai.. boleh ubah2 ikut citarasa kiter.. Cantik dimata kiter..lain kata .. biskut kiter lah..
Nana ~ Alahai kesian nyer.. Beraya ni actually more to kanak2 lah.. melihat kemeriahan mereka.. itulah hari raya bagi kak rossya. Bagi kiter yang dewasa.. yang penting dapat mengeratkan silaturrahim sambil kiter kunjung-mengunjungi saudamara dan rakan-taulan.. Berma'af-ma'afan.. bila hari2 biasa tak terucap..
Rosleenda ~ Apa salahnyer... jemputlah ke teratak buruk hamba.. kalau ke Spore nanti.. hehee
Amy ~ Ya. ampun.. Kak rossya pun tak tau ader orang buat biskut awal2 melainkan orang berniaga tu.. Kak rossya sendiri belum buat kuih untuk sendiri. Biskut2 kak rossya buatkan sebab ader 'projek'..
Amir ~ Hai Amir pun nak belajar masak ker... sanggup ker gantung itu camera buat sementara waktu...
Chees ~ macam tau2 ajer... berani compom sebelum merasa? Ader risiko tau.. hahahai
Ishzah ~ Ohh.. orang Seletar yer... tak jauh dari kak rossya.. di Woodlands. InsyaAllah.. kalau ader kesempatan yer..
Zakiahz ~ it's okay lah Zakiah.. takut ader orang nak mencuba kan.. Btw, those recipes are not from Asma Laili.. Ish.. lembu punya susu.. sapi yang dapat nama.. tarak.. tarak. For bebola hazelnut and coklat cuppacino tu , kak rossya dapat dari my old cookbook tahun 90an.. Buku M'sia.. tak tau siapa penerbitnya.. sebab buku tu dah berterabur sikit.. cover nya pun tak tarak. Dan Viennese fingers itu kak rossya selalu buat ikut resepi dari my Cookies Cookbook by Lorna Rhodes.. So bukan dari puan Asma Laili tu. Tapi memang betul.. buku resepi Asma Laili memang bagus.. semua resepi nya menjadi.. She's an ex-radio DJ di Singapura ni.
Mama Anis ~ Kiter kat sini suka tomyam.. yummy..
Azeemah ~ kak rossya pun nak mintak maaf kerna terlambat. Sebab dah beberapa hari diorang dok request mee ajer.. Nanti Zeemah boleh alter mana2 ikut yang tastebud yer..
Nana ~ Tq Nana sudi singgah di fp kak rossya. Sorry lah Nana, kak rossya tak ambil orders... sahja suka2 buat and try orangnyer resepi. Nana pun boleh follow that resepi.. senang ajer buat kek roll tu.. it gives you a chance to play with colors..
Kc~ posa memang lapar... asal tak batal sudah ler...Kc..
Kaezrin ~ Ngandung ker.. sampai craving plak... Kalau berkesempatan boleh lah dicuba nanti..
Yangmazni ~ Jauhnyer nak order... Buatlah Maz... budak2 mesti suka buat biskut..
Luz Macia ~ Kecian nyer .. dah rindu masakan emak yer... Sabo yer.. tak lama lagi tu...
Pencari kitab cinta ~ Hai dalam mencari kitab cinter pun boleh lapaq ker...
Nash>>candidsyndicate photog ~ cubaan nasi goreng ikan masin ker??
Leezsa ~ Alahh.. kak rossya baru nak order.. Leezsa dah bilang tak pandai... Resepi biskut oats ader.. tapi tak tau sedap macam yr opismate punyer ker tidak..
Zila ~ So far tak pernah nampak kat PhoonHuat.. tapi tak tau kalau musim raya ni dia stock up kot. Tapi kalau coklat couverture.. PhoonHuat memang banyak carry. You can also use that.. I usually buy my mohrenglanz di Ghim Hin kat haig Road tu atau Aileen kat Tg Katong Complex.. in smaller bars.
Mama Aiman ~ Go on mama.. u can try it.. Bulatkan kecil2 ajer.. sebab biskut ni mengembang bila dibakar nanti..ok..
F&Z ~ To us.. pun memang sedap...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net