Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 9-Oct-2006 07:35 Email | Share | Bookmark
Meriahkan hidangan

 
Hmm... belum lagi hari raya... tapi si Lisya dah request lontong... So terpaksa lah mamanyer sediakan lontong untuk berbuka.. siap dengan rendang dan serunding... Cari sotong kering dipasar.. takder pulak jenis yang comel2 tu... sebab yang tu cepat lembutnyer.. so instead.. kiter buat sambal telur ajer.. Senyum anak kiter... bila permintaannyer diturutkan... Haiii.. bila pulak nak masak selera kiter ni...








RENDANG DAGING

1 kg daging lembu dipotong kecil
2 sudu besar kerisik
5 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit di siat dan disimpul
perahan air dari satu biji limau nipis
800ml santan pekat
2 keping asam gelugur
garam
gula (campuran gula merah dan gula pasir)

bahan- bahan dikisar:
3 sudu besar ketumbar disangar
1 sudu makan jintan manis disangar
3 biji buah keras
1 batang serai
1 cm lengkuas
1cm halia
5 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
10 tangkai cili kering dicelur dahulu

Masukkan bahan-bahan kisar, daging, daun limau dan daun kunyit berserta santan kedalam periuk. Jerangkan dan masak perlahan.. sehingga daging empuk dan kuahnya kering sedikit. Masukkan garam , gula , kerisik, asam gelugur dan perahan air limau nipis. Masak hingga mendapat kepekatan yang anda ingini. matikan api. Keluarkan asam gelugur dari lauk setelah lauknya masak.





SERUNDING

1 cawan kelapa parut putih
1/2 cawan air asam Jawa
3 helai daun limau purut
1 sudu besar serbuk kari daging
garam dan gula ( boleh guna sedikit gula melaka)

Bahan-bahan yang dikisar:
5 biji bawang merah
1 biji bawang putih
2 biji buahkeras
1 batang serai
1 cm lengkuas
1 sudu kecil udang kering direndam dahulu

Satukan perencah kisar dan bahan2 yang lain kedalam kuali. Goreng sambil membalik2kan supaya tidak hangit. Masak sehingga kelapa kering dan berderai sedikit. Serunding ini enak kalau sedikit lembab..



Nota : Untuk Muni... inilah serunding yang Rossya selalu buat.. yang ringkas. Serbuk rempah kari daging tu boleh juga digantikan dengan 1 sudu makan serbuk ketumbar dan 1 sudu kecil jintan manis. Boleh juga ditambah dengan hirisan daging batang pinang. Caranya.. tumis kan hirisan daging yang nipis dengan perencah kisar. Bila daging mulai empuk.. baru masukkan kelapa parut. Percaya kah Muni.. memasak serunding pun ader berbagai cara2.. Rossya kurang pasti sama ader serunding ni jenis yang sama dengan masakan orang Pahang..







SAYUR LODEH


kobis dihiris
kacang panjang di potong serong
lobak merah dihiris ikut suka
sengkuang di hiris memanjang
tahu kering direndam dahulu
tahu di potong besar lalu digoreng
2 helai daun salam
1 helai daun kunyit di siat2 dan disimpul
1 sudu makan serbuk ketumbar
2 liter santan

Bahan2 kisar:
3 biji buah keras
2 batang serai
1 cm lengkuas
2 inci kunyit
1 cm halia
5 ulas bawang putih
1 labu bawang besar
10 helai cili kering dicelur
segenggam udang kering di bilas bersih.

Siapkan periuk.. tuangkan sedikit minyak untuk menumis. Tumiskan bahan2 kisar. Bila perencah garing dan harum , masukkan serbuk ketumbar dan kesemua sayuran mentah (kecuali tahu yang digoreng) dan tumis sayuran sehingga setengah masak. Sesudah itu masukkan santan, tahu yang sudah digoreng dan daun salam/ daun kunyit. Didihkan sebentar dan sentiasa di kacau agar tidak pecah santan. Bubuh perasa, garam dan sedikit gula. Siap dihidang dengan lontong.






KUNTUMAN KOKO

100g gula icing
200g mentega
1 biji kuning telur
1 sudu teh vanilla
150g tepung gandum diayak
2 sudu makan serbuk koko diayak
130g tepung kanji
Manik perak untuk hiasan (boleh guna lain2 hiasan jika suka)

Satukan kesemua bahan yang diayak kedalam mangkuk besar. Masukkan gula icing, telur dan kacau rata.
Bubuh mentega sedikit demi sedikit.. uli menjadi doh yang lembut. Jikalau doh sudah lembut.. tak perlu habis kan mentega.
Isikan sedikit kedalam beg icing bermuncung bunga. (kak rossya guna citak dahlia) Picit diatas tin pembakar yang sudah digris dengan sedikit mentega. Hias dengan manik2 dan bakar pada suhu 160C hingga masak.






BISKUT LEMON AISKRIM

150g gula castor
200g mentega
1 biji telur
300g tepung gandum diayak
70g tepung jagung diayak
90g tepung aiskrim vanilla
1 sudu kecil lemon paste
1 sudu teh garam
1 biji kuning telur dipukul sedikit untuk disapu diatas biskut
sedikit manik berwarna

Putar gula, mentega, telur dan lemon paste hingga sebati. Masukkan semua jenis tepung dan garam. Uli perlahan menjadi doh. canai setebal 4mm dan terap dengan acuan pilihan. Atur diatas tin pembakar dan sapu sedikit kuning telur dan taburkan manik berwarna. Bakar dengan suhu 160C selama 15-20 minit atau sehingga masak.






Quote:
MamaFami ~ Aiyoh.. penyakit M.. tu senang ajer ubatnya... suruh ajer.. si Fatin, Syahmi and PapaFami request macam2 kat mama.. mesti tak sampai hati nak hampakan.. kan.. kan..kan.. Come on Mama... 1..2..3.. up.. up.. an away...Hmmm.. vitamin dah makan?
Aureanayz ~ Sabo.. sabo.. kang batal pulak posa tu... siapa yang salah... akak..jugak .. hahaaii.
KC ~ ish.. belum lagi raya.... besok.. masih posa tau...
Nabialishad ~ Hah.. ni mesti geng tunjuk kan... oven dah beli ker belum? Nak order leh.. tapi takut nanti kuih tu kalau sampai.. habis berderai.... Ah.... tak yah order... mai datang sini .. makan...
Nic ~ nak lontong eh... tunggu Hari raya yer... Nanti buat lah biskut tu.. senang ajer Nic.. Berapa banyak biskut tu..Nic buat tiap lebaran?
Azli Jamil ~ Aiyoh AJ.. apalah ader dengan top 100 tu... Kiter ni.. kalau pengunjung semua happy and seronok tengok my fp.. dah rasa berbaloi dahh.. Btw, lama tak nampak?
Tina ~ Biskut lemon aiskrim... serbuk aiskrim beri perisa jugak pada biskut tu. Kalau kat jepun takder lemon paste.. Tina boleh guna parutan kulit lemon dari 1 biji lemon.. dan tepung aiskrim boleh ganti dengan small tub of ice-cream vanilla.. Tapi kalau adunan lembik sedikit... just simpan kat fridge sekejap baru di canai dan dicitak..ok..Oh ya,..jika Tina menggunakan vanilla ice-cream tu.. adunkan ia bersama bahan2 mentega.. Selamat mencuba..
Nash-Gee ~Lontong pun memang kiter favourite juga..
Azli Jamil ~ Yes.. memang disini kadang sayur lodeh kami letakkan tempe... cuma kat rumah ni.. tempe tu tak jalan kalau dimasukkan dalam kuah lodeh. So rossya selalu goreng tempe separately untuk jadikan makanan sampingan instead..
Muni ~ Dah.. rossya dah tepek my serunding resepi tu... tapi tak tau sama ngan cara orang Pahangnyer serunding tak.. hehee
Ramsis ~ Oh.. ente nanti beraya ngan lontong jugak yer.. Ana fikki.. ente masak kebab atau makanan Arab.. Walau apa2 pun lontong memang best.. baik kering atau pun berkuah...
On behalf of Anna ~ Lontong memang best .. kalau makan kering sekali pun .. siap dengan rendang, ayam masak merah, sambal goreng, sambal tumis dan serunding.. tanpa kuah... Nyum nyum..
Strozze ~ Kering atau berkuah... yang pasti.. lontong Gerek!!
Ida ~ Hai Ida pun suka lontong yang kering yer... sedap tapi nak banyak lauknyer baru betul2 power.. Kak rossya memang sudah buat biskut raya... tapi bukan untuk HariRaya kami... Ader lah projek tu sikit2.. tapi pun bukan juga untuk dijual...
Otopan Otosan Otoranger ~ Amboi.. panjang tul namanyer... Nasib baik bukan power ranger.. hahaaii Ish.. kiter bukan champion...cuma setakat minat mencuba....
Ishzah ~ Hai.. Ishzah pun dah berbuka dengan lontong yer... yer lah Ishzah.. takyah tunggu raya.. kalau teringin nak makan.. buat sahja.. Kalau sudi.. jemput lah kerumah.. lebaran nanti yer..
Ira ~ Kalau disini.. tepung aiskrim banyak dijual dikedai bahan2 membuat kuih. tapi kalau kat sana takder.. Ira boleh guna 1 small tub vanilla ice-cream (agak2 dalam 1 icecream scoop yang besar tu). Masukkan icecream tu ketika mengadun mentega. Jika adunannya nanti lembik sedikit... masukkan kedalam fridge sebentar sebelum di canai... Cuba jangan tambahkan tepung lagi.. Selamat mencuba..
Mommy d&d ~ Lontong tu..kalau kat sini.. banyak dijual yang dah siap.. Kiter tinggal masak kuah lodeh dan lauk-pauk nyer sahja.. Hmm... posa tu.. tabahkan hati mu... Btw, Danish dah sihat hendaknya yer..
Sabrina ~ Alahai ciannyer.. jauh beno nak order... Kak rossya tengok kat M'sia.. biskutnyer lagi canggih2 .. dan cantik2..
Suecute ~ Ish... belum raya lagi... anak bulan pun belum nampak.. hehee
Mama Siti ~ Memang mama, kalau makan lontong takder serunding macam tak complete kan.. Kuih tu aderlah sikit2..
Mama Anis ~ Aiks.. kak rossya jalan pelan2.. pun mama tak leh kejar.. Kalau kak rossya, mamafami & kak fazi dok berjiran.. alamat lah hari2 dok main masak2.. hari2 dok makan2.. hahaaii
Imaan & lana ~ tq Asma for the wish.. I'm happy u liked some of the recipes.. Kalau tak cukup masa.. masak yang simple2 ajer... Jangan sampai berpenat2.. nanti dok penat memasak... sampai tak lalu menjamu selera..
Amy ~ aii.. awalnya Amy dah wish kak rossya Hari Raya?.. Walau apapun kak rossya nak wish Amy juga selamat berlebaran di tanah Indon.. Tak balik beraya ker... Semuga tercapai cita2 kelak dengan cemerlang..
Eena ~ Ish.. kak rossya bukan terror.. kak rossya banyak cuba resepi orang sebenarnya.. Sebab kak rossya sekeluarga memang jenis yang suka merasa...Kalau mai S'pore.. apa salahnya kalau nak singgah ke teratak buruk hamba.. chewah...
Reen ~ Alhamdulillah bagi kak rossya..
Mommy Nadiah ~ Sini.. kalau makan lontong mesti nak ader serunding kelapa tu.. Kalau datang S'pore.. jemputlah kerumah.. apa salahnya.. Cuma selalunya raya the first week kak rossya jarang dirumah .. sebab beraya kerumah saudara-mara yang lebih tua.. Biasalah.. orang melayu kalau dah beraya.. satu bulan pun tak cukup.. hehee..
Meorjay ~ Aiyoh MJ.. rossya bukan terror ler.. Nanti marah tau chef2 diluar tu.. Kita suka mencuba resepi orang.. dan bila terasa sedap ditekak kiter... hendak pula kita war2kan pada yang lain..
Sulia ~ Amboi.. jangan lah stress... Masak lah apa yang teringin nak merasa.. kalau sempat.. Kalau tidak pun.. cuba dilain masa pun boleh.. Insya'Allah. Pelan2...
Leezsa ~ Untung nya masih ader emak... boleh manja2 mintak masakkan.. Ingat tu emak yer.. Kak rossya kalau raya nanti.. semua kena masak sendiri.. Nak ngecek serunding dengan mertua.. dia pun dah berusia.. tangan dah tak berapa kuat.. Tapi air tangan orangtua ni memang best..
Cekya ~ hehee..
Abdhakamabdah ~ Hmm.. awalnya beri ucapan pada kak rossya.. Anyway, kak rossya ucapkan Eid mubarak pada anda dan seisi keluarga. Semuga lebaran ini memberi kemenangan dan keberkatan dari Illahi. InsyaAllah.
Ecah~ Sabo Ecah... lagi lama tu
Yana ~Tq Yana.. Kuah nya nampak cam kari.. tapi tak rasa macam kari pun.. More macam sayur lemak.. Perut bergendang takper.. asal tak batal posa...
Me ~ takder kacang panjang.. ganti ajer dengan buncis.. sama jugak. Ish ..tak cacat pun nanti.. (kitakan yang buat dia.. ubah sikit2 ikut selera kita... tak salah...)
MummyJam ~ Macam ajer... tapi belum raya lagi..
Fasha ~ Dessicated coconut tu kak rossya rasa ader manisnya.. Kalau nak masak lauk.. tak bolehlah gunakan dessicated tu... Sebab.. belum dimasak dia dah berderai.. Sorry eh.. no alternative lah Fasha... kelapa fresh juga mau... hehee
Gee ~ Kalau ader bahannya.. serunding buat sendiri memang muai. Kak rossya suka buat banyak sedikit .. kemudian simpan di fridge.. Bila Lisya nak makan dengan nasi.. kak rossya panaskan sedikit2. Biskut raya memang dah buat.. tapi untuk sendiri punyer belum lagi..
Luz Macia ~ Best nyer nak suruh mak buat roti jala... makan dengan kari..
Kakyong ~ yer lah kesian lah kakyong.. bila budak2 mintak nak makan.. Projek kuih raya sendiri belum lagi.. ini projek lain...
Zuhri ~ Hope anda sudah sihat hendaknya...
Rozeela ~ Apa yang nak dijeleskan tu rozeela? Kak rossya dah tepek resepi.. nanti zeela pun boleh cuba.. dan merasa yang sama..
Ciksue ~ Lama tak nampak ciksue... Lontong memang best makan denga serunding & rendang.. I like..
Kuzi ~ Tq Kuzi.. nampaknya aniversary kiter sama bulan yer.. hehee.. Cuba lah buat Kuzi biskut lemon tu.. senang ajer..
Lily ~ thankyou for visiting my fp. Kak rossya takder resepi kek yang menggunakan ice-cream sebagai antara bahan nya. Tapi kak rossya pernah dengar ader cheesecake yang campur dengan ice-cream vanilla. Kalau kek yang berperisa ice-cream .. kebanyakan resepi kak rossya ialah resepi kek lapis.. Nak?
Jejaka F4555 ~ tq ... hehee
Diana ~ Biasa ajer lah D.. masakan kami ni... ikut selera dan citarasa keluarga..
Kuchai ~ alah.. kak rossya pun buat sikit2 ajer Betty. Lontong.. tu sebab nak makan.. sebab tu dibuat dulu..
Fitri ~ hm... camner tau? haahhaii
Zakiahz ~ apa pulak tak sama... Yang namanya rendang ..mesti lah sama rupanya.. Mungkin cili dan gula melaka yang beri warna merah sikit tak..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net