Want your
own Fotopage?






 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 6-Oct-2006 01:08 Email | Share | Bookmark
Seikhlas rasa....

 



I am trying to understand which is actually beehoon Singapura. Honestly Fasha, kak rossya tak pasti mana satu sebenarnya yang dipanggil mee Singapura. Di sini.. kiter ader jenis meehoon yang pedas... yang merah warnanya.. dengan tauco dan daun kuchai... atau yang digoreng merah dengan tomato sos yang di popularkan oleh orang2 India. Atau pun yang jenis yang putih... yang memang selalu ader dimajlis 2 keramaian kami atau taktkala kiter bersantai dengan famili ditepi pantai.. So I took my chances.. and post today's entry .. to Fasha... is this the beehoon .. u're referring too.. This is my version of Beehoon goreng putih.. goreng segera..






BEEHOON GORENG PUTIH


300g meehoon dicelur
100g daging batang pinang dihiris tipis
100g udang basah dibunag kulit
150g sotong dibersihkan dan buangkan dakwatnya dan dipotong
sedikit fishcake atau fishball dihiris atau dipotong ikut suka

6 biji bawang putih dikisar halus
1 cube chicken stock
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan serbuk lada sulah( white pepper)
1 sudu kecil serbuk lada hitam (optional)
1 ikat sayur sawi (chye sim) yang dipotong
50g shitake mushroom dihiris (optional)
2 biji tomato dipotong 4
garam secukup rasa
tauge secukupnya (buang ekor)

Panaskan kuali.. dan isikan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bawang putih yang dikisar hingga wangi. Jangan sampai hangus. Masukkan batang2 sawi, hirisan daging, udang, sotong, fishcake/fishballs dan tumis hingga daging empuk. Masukkan cube ayam dan oyster sauce, white/black pepper dan garam secukup rasa. Bila telah sebati.. masukkan beehoon yang telah dicelur. Gaul hingga rata. Akhir sekali.. masukkan sayur sawi, tomato dan tauge.. Gaul sebentar dan matikan api. Hidangkan bersama cili cuka lada hijau.





Nota: Untuk membuat cili cuka lada hijau... Rebus hirisan lada hijau dengan sedikit air, cuka, garam dan gula. Masak hingga pekat.





GADO-GADO


200g kacang tanah digoreng dan ditumbuk kasar

Bahan-bahan kisar:
20 tangkai lada kering dicelur
2 ulas bawang putih
6 ulas bawang kecil
1cm lengkuas
1 batang serai
1 cm cekur

Bahan-bahan semasamenghidang:
2 keping tempe digoreng dan dipotong dadu
2 keping tahu digoreng dan dipotong dadu
kobis dihiris dan dicelur
kacang panjang di potong2 dan dicelur
1 batang lontong (kak rossya guna ketupat nasi ADABI)
tauge dibersihkan dan dicelur
Timun dibuang hatinya dan dihiris
2 biji kentang direbus dan dibuang kulitnya lalu dipotong2
telur rebus di belah 6
sedikit daun lettuce jika suka
keropok ikan atau belinjau
air asam secukup nya
garam dan gula (lebih enak kalau menggunakan campuran gula perang dan gula pasir)

Cara membuat kuah kacangnya. Panaskan kuali dan tumis perencah kisar. Tumis hingga naik bau dan wangi... Kemudian..masukkan secukup air asam.. mulakan dengan sedikit sahja dan lihat pekatnya. Baru dimasukkan kacang tanah yang telah ditumbuk berasingan. Jika terlalu pekat.. tambah kan sedikit lagi air.. . Masukkan garam dan gula.. Setelahmendidih, kemudian matikan api. Kuah kacang ini.. enak jikalau ia manis sedikit..

Cara menghidangkan: Aturkan semua sayuran diatas pinggan bersama nasi impit yang telah dipotong2. Tuangkan kuah kacang diatasnya dan hias dengan sedikit bawang goreng jika suka dan keropok serta telur rebus..







SAGO GULA MELAKA

200g biji sago
200g gula melaka
1 bijikelapa ambil santan pekatnya
sedikit garam
1 helai daun pandan

Masak sago dengan air mendidih, masak sehingga jernih. Setelah siap diangkat.. dan cuci sehingga hilang kanjinya. Masukkan sago kedalam acuan yang diingini.

Santan pekat dimasak dengan sehelai daun pandan bersama sedikit garam. Gula melaka di masak berasingan dengan sedikit air untuk mendapatkan sirap yang pekat.

Untuk menghidangkan, sago yang telah sejuk di letakkan kedalam mangkuk2 dessert dan dituangkan santan sejuk ketasnya.. diikuti dengan sirap gula melaka. Hiaskan dengan buah-buahan yang anda gemari. Enak di makan tatkala sejuk




Sudah nak masuk minggu yang kedua kiter berpuasa.. tapi rossya belum lagi buat sebarang kuih raya.. Jadi Rossya hanya dapat sertakan resepi kuih makmur buat Kak Rabiah as requested. Ini bukanlah resepi kuih makmur yang asli.. tapi sekadar versi kami dan cara kami membuat makmur kami. Gambar ini diambil beberapa bulan yang lalu.. sewaktu Rossya buat untuk hadiahkan kepada jiran Tionghua rossya. Ini adalah resepi agak2 kami.. jadi setelah memutar lelemak, gula dan telur tu.. Kak Rubiah kena lah masukk tepung tu sedikit demi sedikit. Kadang2 kalau lelemak dah lembut sangat.. tepung tak banyak digunakan.. barangkali ada dalam 40-50g yang tidak digunakan. So akak agak2 yer..





KUIH MAKMUR


250g minyak sapi Ghee
250g mentega
1 sudu kecil gula castor
secubit garam
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
1 sudu kecil vanilla esen
800g tepung gandum ( mungkin tak dihabiskan)


Inti kacang:
300g kacang gajus digoreng dan ditumbuk kasar
400g granulated sugar (Yang kasar lagi sedap)
100g mentega dicairkan

Inti kacang : Satukan kesemua bahan dan kepal2 kan bujur2 kecil. Ketepikan.


Adun mentega, minyak sapi, garam dan gula bersama. Jangan sampai kembang. Masukkan telur yang sudah dipukul dan vanilla essence sambil dikacau rata. Kacau hingga sebati. Kemudian masukkan tepung dalam 700g dan uli rata. Masukkan tepung lagi sedikit demi sedikit hingga mendapatkan adunan yang lembut. Adunan tidak boleh terlalu lembik.. kerana ini akan membuat kuih terlalu kembang. tak boleh terlalu kenyal.. ini pula akan menjadi kuih menjadi keras dan terlalu berderai..

Bulatkan adunan dan masukkan sebiji inti yang sudah dikepal. Betukkan licin menjadi bujur dan sepit mengikut bentuk daun. Bakar dengan kepanasan 160C tanpa mengris loyang.

Setelah masak.. sejukkan dahulu baru di sira dengan icing sugar atau gula castor.






.... yang ini tak buat... beli ajer kat bazaar ramadhan...


Quote:
KC ~ Sago gula melaka pun our favourite too... lebih2 lagi makan time sejuk...
Mama anis ~ Oh betul lah ini dia rupanya Mihun Singapura... baru kak rossya tau... isk3x
Sabrina ~ Gado-gado tu lisya suka sangat... dah berapa hari mintak.. kak rossya tak layan... lepas tu kesian pulak ..
Leezsa ~ Mihun singapura tu senang sebenarnya Leez.. U pun boleh buat...
Nic ~ Kalau papa Nic tak leh makan santan... susu cair tak boleh jugak ker.. agaknya sedap jugak tak..
Azeemah ~ Haahh.. pengantin dah mai.. Ikan siakap kukus tu senang ajer Azeemah.. Nak tunggu kak rossya tepek resepi ker... azeemah nak resepi nya dahulu? Nanti bagitau.. boleh kak rossya bagi resepinya kalau nak buat dulu...
Ouled Kenitra ~ Alahh.. tuan kiter dah bagi resepi.. mintak tolong darling kat rumah tu..buatkan... Kalau nak tunggu kiter buat.. kena mai S'pore...
Kakyong ~ Bihun puteh tu memang kegemaran budak2 singapore ni kakyong.. I really wish you all success kakyong... jangan lupa.. walau bagaimana busy pun..kesihatan nak dijaga... Sebab bila kiter ni berniaga... lots of people are depending on us...
Ida ~ Pandai Ida... mesti kreatif yer... kalau tidak banyak yang terbazir.. sayang rezeki..
MummyJam ~ Yer lah mummy.. sekarang dah banyak versi kuih makmur... Tapi kalau ader minyak sapi sedikit .. ia macam melt in the mouth gitu...
Kuzi ~ Mak aiii.. jauh nyer nak order kuih... beli ajer kat US tu Kuzi... lagi fancy2 cookies tu...
Ishzah ~ Kak rossya seronok buat kuih makmur compared to kuih tat yang sepit tu... Kadang2 kak rossya bentukkan kuih makmur jadi bunga ros... then colorkan tepung nyer pink... My late mum selalu marah... dia kata merosakkan resepi..hehee
MamaFami ~ Hai Mama.. you really know how to make me laugh tau (senyum). Kat sini itu minyak sapi pun mahal tau especially jenama QBB. Tapi.. nak makan... pejam mata ajerlah... Satu adunan tu jadinya berpuluh2 biskut... jadi bila buat biar sempurna.. tak terbuang dan terbazir.. Gado- gado.. tu Lisya nyer favourite... sampai gaduh ngan mamanyer suruh bikin... paksa pulak dia mama... Kecian tau kak rossya.. (ish.. mengadu plak.. hehee)
Zakiahz ~ Kalau Zakiah guna jenis tenderloin ker.. daging batang pinang ker... itu kat sini kiter panggil daging goreng.. memang jenis empuk... Kalau jenis yang lambat empuk.. kenalah rebus separately dulu... sebab bihun ni jenis stirfry.... jreng jreng jreng.. dah siap...
Luz Macia ~ Haa.. budak yang suka makan udang dah mai.. hehee
Nabialishad ~ Kat sini kiter pun makan mihun putih ngan cili jeruk. Gado2 tu.. yer tak yer Nabia.. macam Pasembor kan.. tapi kuah kacangnya memanglah sama yang digunakan untk pasembor. Buatlah Nabia tu Kuih makmur.. mudah ajer... sepit2 dah siap.. satu balang.. Btw, dah dapat my pm?
Anna ~ Sago gula melaka tu senang ajer buat nyer.. tak banyak kerja pun.. cuma sedap dimakan sejuk.. Nanti tak nak try kak rossyanyer kuih makmur.. tak lah berderai sangat.. it melts in your mouth tapi crunchy on the inside...
Diana ~ Nak kata sedap.. nanti kira angkat bakul sendiri pulak.. tapi this one kira suits our citarasa.. sebab this is the resepi my whole family uses. Kalau original resepi.. orang dolu2 buat tu is too soft... abes melekit semua tangan.. kak rossya tak berapa suka.. sebab tersangat fragile lah..
Marcia ~ Sengsara.. hai cik adik .. baru diduga dengan makanan... tabahkan lah hati mu... hahaaii
Nina ~ I am glad Nina suka kuih putri salat tu... Senangkan buat nyer... nanti boleh ubah2 serikaya nya jadi berbagai rasa tau... be creative ajer..
Rosleenda ~ Leen nak ciluk resepi paprik tu.. ciluk lah... nanti bagi feedback yer.. Itu pun bukan resepi kiter.. tapi kiter find it sedap...
Strozze ~ Kalau kat s'pura ni memang semua gado2 di hidangkan bersama keropok ikan... Yes.. memang keropok Trganu.. Sedap..
Muni ~ rossya memang dah sihat Muni. Alhamdulillah.. cuma mata ni masih merah.. tak tau bila nak pulih.. susah nak keluar rumah.. Rossya ni bukan pandai nak bergay ngan kacamata hitam.. Makanan2 tu ader yang Rossya dah buat sebelum sakit mata tempuhari.. shja post dulu.. sekadar beri idea pada adik2 nak masak apa.. tak semestinya sama...
Pejman ~ thankyou for dropping by Pejman..
MyperiukBelanga ~ hai lama tak 'nampak'.. Mana menyorok ni.. bulan2 posa ni.. I hope u sihat sekeluarga yer Niss. Hai.. anda pun kalah ker dengan gambar? hehee
Yangmazni ~ yahhh.. kalau takder minyak sapi.. boleh guna semua butter... Pun boleh bikin kuih makmur jugak..
Amy ~ Ohh.. mee siam kuah tu.. nanti kak rossya bagi yer resepi nyer yer..
Razi ~.. aiyoh.. tengok gambo abes sakit perut... camner nanti berbuka tu razi?
Rozzan ~ yes.. kadang2 rossya cuma hiris lada dan letak fish sos.. pun jadi cilijeruk jugak. Memang dulu kalau my mother buat gado2 hanya guna keropok udang yang merah tu... Tapi rossya lebih guna keropok ikan sebab Lisya suka benar keropok ikan tamban tu..
Fasha ~ alahai.. kesian nyer.. takper lah .. nanti retake again... Insya'allah the next one sure pass.. Kak rossya took my driving test .. dua kali failed.. I passed the third time... The first two failures tu pun nangis2 macam fail aper ajer.... Macam sedih kan...
Ida Natrah ~ Bihun putih ni memang anak2 suka Ida.. Biskut2 ader yang dah buat jugak.. tapi bukan untuk raya lah..
Mademoiselle Ayu ~ Actually mana yang authentic Singaporean noodles ni.. kak rossya pun kurang pasti. tapi yang merah tu.. yang berkuah kite panggil Mee Siam.. standard memang kat sekolah2 pun ader jual.. Kuah nyer sedap kalau masam2 sikit.. dan berkacang..



View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net