Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 4-Oct-2006 23:09 Email | Share | Bookmark
Masakan ringkas? Masakan mudah...

 
Jikalau kiter tak mempunyai masa.. mahu kah kiter masak yang simple2 ajer... Kadang2 yang simple dan mudah.. tu pun boleh menambat selera... jika kena pada kegemaran kiter ...






TERUNG BERCILI

500g terung ungu di belah mengikut kesukaan anda
air limau- diperah daripada 4 biji limau kasturi ( atau satu biji lemon)
garam secukupnya
sedikit asparagus jika suka

Dikisar bersama :
6 tangkai lada merah
2 tangkai lada hijau (optional)
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
Goreng terung dalam minyak sedikit hingga separuh masak.. angkat dan toskan. Ketepikan.

Panaskan minyak sedikit dan masukkan bahan2 kisar. Tumis sehingga naik baunya. Masukkan garam sesedap rasa.. boleh juga letak kan sedikit gula. Perahkan limau dan dikacau. Masukkan terung yang sudah digoreng dan asparagus. Dikacau lagi hingga terung diselaputi rempah tumis. matikan api.







SARDIN & JAGUNG MUDA

1 pkt kecil jagung muda belah dua memanjang
100g cendawan dipotong2
20 batang cili padi (kurang kan jika suka dan buang tangkainya)
1 1/2 cawan santan
1 tin besar sardin ( ambil isinya sahja)

Bahan dikisar:
6 biji bawang merah kecil
3 biji buah keras
1cm kunyit basah
3 batang lada merah

Pijarkan minyak.. tumis perencah halus sehingga wangi. Masukkan jagung dan cendawan. Kacau selama beberapa minit sahaja kemudian tunakan santan bersama garam dan masak sehingga mendidih, Masukkan pula lada padi (sebiji2), biar mengelegak sebentar dan masak selama 5-10 minit. Tambahkan ikan sardin diakhir masakan. Siap dihidangkan..






HATI MASAK KICAP


500g hati ayam
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil cili boh

1 labu bawang bangla ( dipotong empat atau enam shaja)
1 batang cili merah dihiris serong
1 batang cili hijau dipotong serong
3 biji bawang putih dikisar
1 inci halia dikisar
2 sudu kecil lada hitam ditumbuk kasar
1/2 sudu serbuk lada putih
1 sudu makan tomato sos
1 sudu besar kicap manis
Daun bawang hiris sepanjang 2 inci
garam secukup rasa

Bersihkan hati ayam dan lumur kan dengan serbuk ketumbar, cili boh dan serbuk kunyit. Ketepikan.

Panaskan minyak sedikit dan tumis bawang putih dan halia.. Masukkan hati ayam dan serbuk lada hitam /putih. Gaulkan dan tutup kuali selama 5 minit. Buka kuali dan balik2 kan hati dan tutup lagi kuali selama 5 minit.

Kemudian buka penutup kuali dan masukkan cili hiris, bawang, daun bawang, tomato sos dan kicap manis. Masukkan garam sedikit. Balik2 kan .. lalu matikan api sesudah hati ayam menjadi empuk. Boleh tambahkan sedikit air jika terlalu kering..







AYAM BERLADA


1/2 kg ayam di potong kecil di cuci bersih dan dilumur sedikit serbuk kunyit

Bahan-bahan dikisar:
6 batang cili hijau
2 batang cili merah
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
1 cm halia
1 cm lengkuas
1 batang serai
Perahan 3 biji air limau kasturi ( kisar sebiji kulit limau sekali- buang bijinya dulu)
air secukupnya untuk mem'blend' kan bahan

Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Masukkan ayam.. Balik2 kan sehingga ayam setengah masak. Tutup kuali sebentar jika mahu cepat kan process ni.

Kemudian.. masukkan bahan2 kisar.. Tumis bersama ayam.. balik2 kan lagi.. Masukkan garam dan gula sesedap rasa.. Setelah ayam masak.. mati kan api..



Nota : Ini adalah masakan mudah kami.. anda boleh olah.. mengikut citarasa anda..

ps ~ Ini lah lauk yang kami kecepur2 dalam kuali.. Dalam 5-10 minit boleh siap satu lauk actually. Tapi jangan salah sangka, kami tidak sediakan semua sekali dalam satu hari sebagai juadah berbuka kami. Disini hanya ader '3-ahli ' sahja. Yang ader lauk tu.. kiter masak untuk sahur.. dan yang ader menjadi lauk sampingan untuk berbuka.. Sekadar berkongsi idea... idea 'masak apa hari ini'...




Quote:
Rozeela ~ yummy..
Cakcibur ~ Yer lah Cak.. kak rossya pun selalu masak yang ringkas.. main campak2 dan agak2.. jadi nya pun sedap jugak..
Sulia ~ alahh.. terung tu senanglah buat nyer Su. Untung hubby su suka yang simple2.. masakkan lah.. dapat pahala tau.. hehee
Diana ~ hati ayam.. memang my favourite kak rossya... untuk tambah darah...
Ecah ~ Kalau takder masa.. masak yang simple2 ajer lah Ecah.. pun boleh menambat selera tu..
Tina ~ Alhamdulillah.. kalau boleh sedikit sebanyak datangkan idea.. rossya pun tumpang gembira Tina...
Ishzah ~ Sekejap ajer tumisnya terung tu Ishzah... Tak sampai lima minit dah siap...
sulia ~ Aiks.. macam pernah ku lihat namamu.. tapi bila ya?.. Hehee Bab adunan tepung tu kenalah sejuk dulu sebelum dimasukkan telur. Kalau adunan yang panas.. takut telur tu masak karang. Kak rossya bila mula campurkan telur tu.. kak rossya gunakan mesin .. sekejap ajer. (I used my K-beater) bukan whisk tu tau! Kalau guna tangan pun boleh.. lagi ringkas. Tapi make sure adun dengan sebati dan rata. Tak mau masih nampak basah2 telur tu tau.. Alah senang ajer actually nak buat choux pastry.. you go gal! Kalau dah bakar.. boleh simpan dalam freezer tau... boleh last berbulan2.. bila nak makan baru isikan.dengan macam2.. just have to be creative..
Nabialishad ~ Hmm.. kak rossya kalau sakit pun ceria tau.. Selalu ketawa tutup mata..hahaa Masaklah Nabia kalau sempat nanti...
Mommy Nadiah ~ Cuba lah mommy.. siapa tahu rasanya.. berkenan dihati.. chewah..
Luz Macia ~ Sabo.. sabo..
Ira ~ Kuih yang ringkas ... hmmm
Zakiah Zainudin ~ Memang boleh diadaptkan pada ayam/daging ker.. tapi lebih enak kalau di campurkan sedikit tomato kisar dan tambahkan lagi sedikit cili boh..
Nic ~ Hai tengok gambo pun boleh godaaaannnn....
MamaFami ~ Yer lah mama.. kadang2 tukang masak pun boleh buntu.. tak tau aper nak masak..
Mar ~ Yer lah Mar.. sekali-sekala turun sebelah sini.. nak kena kejarkan masa jugak yer.. Mar ramai famili ker kat SG ni? I hope nenek Mar yang sedang sakit tu dah beransur pulih yer...
Shukri Sfawani ~ Lauk tu semua bukan lah dimasak dalam satu hari pun...
Sha ~ Hai.. kalau sampai rumah dah jam 6.30ptg.. kak rossya pun surrender kalau disuruh memasak Sha..
Sabrina ~ Kat pasar sini pun susah nak carik hati ayam Sab.. Kak Rossya selalu beli kat supermarket..
Anna ~ Bukan malas tu namanya Anna.. sahja tak cukup masa...
Ida ~ singgang pun sama ringkas.. Bezanya cuma.. yang satu kena rebus.. dan yang lagi satu tu ditumis.. Dua2 pun bole siap dengan express.. cuma kalau kena tumis... penat sikit ler.. sebab kena jaga api dan godeh2 selalu itu kuali kan.. heeehe
Sri ~ Yes Sri.. disini semakin jerebu.. sebab itu my red eyes ni pun tak baik2 lagik.. Sri dah buat kuih raya ker belum?
MummyJam ~ Yes mummy, sayuran tu boleh di celur atau di rebus dahulu...
Cik Bawang ~ gald u liked the OREO muffins. Nanti cik bawang leh cuba kak rossya nyer hati masak kicap.. Its easy.. to me lah..
OperaHidup ~ yes.. kak rossya selalu jugak jenguk fp KY. Beauty in a cupcake.. Btw, terima kerana sudi singgah di fp kak rossya..
Za+za ~ Aiyoh ! Kak rossya pun tak tau camner nak garingkan aubergines ni.. sebab ia jenis sayur yang lodoh kan.. Tapi kat supermarket kat sini ader dijual kerepek terung... very crispy.. Tapi tak tau camner mereka manufactured this one.. Tengok ingredients cuma stated brinjals, salt, veg oil and preservatives ajer...
Strozze ~ nyum nyum
++FarEastPhotoworld++ ~ Nak rasa? Camner nak hulur? anyway, Selamat berpuasa , adik..
Muni ~ U mean bell pepper ker Muni? Rossya tak gunakan bell pepper (capsicum) atau sebarang serbuk lada... hanya lada merah dan lada hijau yang basah tu ajer... tapi lebih lada hijau...
Kuchai ~ Thankyou Betty... I am sooooo much betternow..
Mar ~ Oh yer.. alahai kesian nyer .. yes kak rossya akan doakan nenek sembuh dan sihat.. Kalau stroke ni nak kena rajin gerak2 badan nya.. Semuga Mar dan keluarga sentiasa tabah..
Leezsa ~ Masak yang simple2 ajer Leez.. awak kan bekerja... Jadi nanti tak lah terlalu penat selepas berbuka... We still need some energy for our kids and family kan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net