Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 2-Oct-2006 23:15 Email | Share | Bookmark
berbuka dengan nasi kah hari ini?

 
Alhamdulillah... I guess I am so much better now. Thankyou again to all my friends for your duas. I shud say that I have recovered cos my body is feeling great... no more headaches, fevers or cold shivers. Just the red eyes.... but then again everybody has red eyes once in awhile right. Thanks again to Ruby... probably that petua did some help too.


Haven't been cooking yet... so I'll just paste something that I cooked before. Probably, it can give you some ideas... of course you may alter any ways to suit your taste.

Anyway, I guess.. I have to start cooking though tomorrow... cos yang tukang beli makanan kat bazaar Ramadhan pun dah berjangkit kat kiter... Dah dapat pun medical leave from GP for 5 days.
hehehhee... Sori pa...







DAGING PAPRIK SALAI

150g daging batang pinang di hiris
garam secukup nya
sedikit gula
40g kacang panjang
40g bunga kobis
40g lobak merah
sedikit capsicum dihiris panjang
30g cili merah dihiris
30g cili hijau dihiris
1 batang serai dititik
65g sos tomato
45g sos cili
10ml kicap pekat
1/2 cawan air
5 helai daun limau purut

Gaul sedikit garam dan gula pada daging yang telah dihiris. Kemudian daging di panggang sebentar sambil dibalik2kan sekali-sekala.

Dalam masa yang sama, tumis serai, cili merah, cili hijau dan daun limau purut hingga naik baunya. Masukkan sos cili, sos tomato dan kicap pekat serta air. Kacau seketika. Jika terlalu kering, boleh ditambah sedikit lagi air.

Angkat daging yang telah dipanggang dan masukkan kedalam bahan yang sedang ditumis. Masukkan sekali sayur-sayuran. Gaul sebentar.. sayur jangan sampai lodoh. siap dihidangkan.







SAMBAL GODOK

150g daging tetel di rebus hingga masak dan dipotong kecil
100g udang kecil dibuang kulit dan dibersihkan
2 keping tempe yang dipotong dadu dan digoreng lembab
2 keping tahu di potong dadu dan digoreng lembab
10 tangkai kacang hijau (atau buncis)
1 batang lada merah dihiris serong
1 batang lada hijau dihiris serong
1 batang serai dititik
1cm lengkuas dititik
1 cawan santan
1 keping asam gelugur
2 helai daun salam

Bahan2 kisar:
1 labu bawang besar
3 biji bawang putih
10 tangkai lada kering dicelur
3 biji buah keras


Panaskan sedikit minyak untuk menumis. Tumis bahan kisar dengan serai, lengkuas, cili merah, cili hijau dan daun salam. Setelah wangi.. masukkan daging tetel, udang, tempe, tahu, kacang panjang dan tumis sehingga udang bertukar warna dan sayur kacang masak. Untuk cepat kan process ini, kuali hendaklah ditutup sebentar. kemudian tuangkan santan dan masukkan asam gelugur sekali. Renih sebentar dan bubuh lah garam secukup rasa dan sedikit gula jika suka.







PENGAT PISANG DAN KELEDEK

3 biji pisang (dibelah dua) (Kak rossya guna 1/2 biji pisang tanduk dipotong serong)
100g keledek dipotong dadu
1/2 keping gula melaka
garam secukup rasa
gula pasir secukup rasa
50ml santan pekat
2 helai daun pandan di ikat simpul
segenggam biji sago yang sudah dibilas bersih dan direndam selama 5-10 minit
air secukupnya

Jerangkan sedikit air dan masak ubi keledek bersama gula Melaka sehingga ia menjadi empuk. Kemudian masukkan santan, gula pasir dan garam.tambahkan air lagi jikalau terlalu pekat. Biarkan seketika lalu masukkan daun pandan.
apabila santan sudah mendidih, masukkan pula pisang dan biji sago . Biarkan seketika. Tutup api dan kemudian bolehlah dihidangkan.







Quote:
Nic ~ Tq Nic for your dua. kak rossya feel much better now..
Yangmazni ~ Tq maz..
Mummy d&d ~ Kesian nyer kak rossya dengar Danish tak sihat.. Hope Danish dah sembuh.. anak2 ni kalau sakit.. bukan tahu cakap aper kan.. Really hope he is fine now..
Kuzi ~ kak rossya pun suka dessert..Kuzi..
Shukri Sfawani ~ Pengat.. pencuci mulut yang mudah....
Imaan & lana ~ Glad you liked the nasi pattaya..
DrAli ~ Buat lah nanti Dr.. menyegarkan dan mudah to prepare...
MamaFami ~ thankyou for your dua Mama. Insya'Allah apa2pun yang tersaji sebenarnya permintaan si Lisya tu... Btw.. kek Syahmi tu.. cantiklah mama... Blackforrest is also one of my favourite..
Anna ~ Kesian dengar Irdina sakit. Hoepfully, she recovers 100%. Kak Rossya doakan yang terbaik yer..
Leesza ~ I also hope Adam sihat jugak Leez. Tak sampai hati lah tengok budak2 ni kalau sakit. Hubby kak rossya ni .. tengah cuti sakit mata.. haiii.. susah pulak nak guna Notebook... asyik berebut2 plak ngan kak rossya... hehee
Mademoiselle Ayu ~ Ish.. posa tu Ayu.. sabar.. sabar.. hehee
Nn ~ Sambal godok tu.. cuma orang jawa kat sini ajer yang buat... Sama ajer ngan sayur lemak pekat.. isinya nya ajer sikit berbeza...
Rozzan ~ Sambal godok actually sama dengan sambal goreng.. cuma ia lebih berkuah dan kurang cili giling nyer...
Ida ~ Buat lah Ida..
Nabialishad ~ Daging tu kalau dah diwarnakan.. jadi merah lah tu.. tapi.. kak rossya kalau buat 'masak merah' ..tak letak sos cili..
Mama Safiya ~ Cubalah mana2 yang berkenan mama.. boleh olah mana perlu to suit your taste tau.. Btw.. terima kasih kerana sudi singgah di fp kak rossya..
Gee ~ Wahh.. Gee berbuka denga briyani yer.. Glad you liked it.. Badan kak rossya dah sihat dah.. cuma mata ajer masih macam dracula.. hahaai
Nurainil ~ Tq Ainil, kalau nak makan.. nanti suruh mommy buatkan tau...
KNizam ~ Nak pengat pisang... hah pi buat ler.. orang bujang pun boleh buat...
Siti Ruzaimah~ yummy..
Noor ~ mekacih.. kak Noor.
Ida ~ Memang nama nyer lucu.. Ida.. tapi sayuran tu sedap.. betul.. Hmm.. kak rossya memang tau Ida berbuka dengan nasi... I remembered well.. u noe..
CYKM ~
Ouled Kenitra ~ Yerlah .. tuan. ader orang memang nak kena makan nasik kan..
Mar ~ Ish.. dah singgah Singapore ker... Borong aper kat S'pore tu Mar.. Sekarang dah kat Kedah lah.. Mar beraya kat kampung ker?
MummyJam ~ Wah..berbuka dengan pasta yer Mummy? Sambal godok tu sama dengan sambal goreng.. cuma ia berkuah dan kurang cilinyer.. yer lah mummy, masakan paling enak memang lah dari airtangan orangtua jugak...
Aureanayz ~ Try it my dear.. it is sooo simple..
Ruby ~ thankyou ruby.. memang sekarang.. my hubby pun ikut minum tu.. to cool his system I guess. Nanti kak rossya nak kasi Lisya jugak lah.. Memang kalau tengah sakit2 ni sedap kalau makan yang bersop ni.. memang yummy. Sliced fish porriage tu memang our favourite too.. with lots of sliced ginger and sliced ikan kurau... slurpp2..
Ellin ~ Yes my dear, anak2 tu lah permata hati kiter.. Love them, adore them .. but never hurt them. Tq.. for dropping by Ellin...
Diella ~ That's probably not me lah Diella. the last time I gi to majlis cukur rambut was at blk 500plus.. kat woodlands... also in Sept sebelum posa..
Ida ~ Oh itu kalau kat sini kiter panggil sambal goreng pengantin... Sama ajer dengan masak sambal goreng orang jawa.. cuma lebih cili dan banyak buah kerasnyer..
Rosleenda ~ Memang Leen.. sedap tau paprik tu...
Amir ~ Kalau mai S'pore... singgah lah kesini... jangan segan2.. hehee
Sabrina ~ aiks.. tak makan pisang ker Sab? apa lah Sab.. makanan sedap2 seme tak makan...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net