Khas untuk Niza yang meminta resepi kerepek udang geragau. Again this is not my resepi.. I learnt it from my late mom.. It probably differs from other people.. but you can always alter to suit your preference. It's best taken with mixed rice (nasi campur).. Hah.. Niza kalau dah pass buat ni.. dah boleh bikin rempeyek kacang sendiri tau.. But I couldn't find udang geragau at my place.. so I switched using silverfish instead. Not that great actually.. cos' I find the taste of this fish is quite bland. But hubby said it's nice - this silver fish... bought it at NTUC. I hope you try with ' udang geragau ' or 'ikan bilis basah' (buang kepala dan isi perutnya). Selamat mencuba..
REMPEYEK JAWA
200g tepung beras
300ml air hangat
garam secukupnya
1 sudu air kapur
300g udang geragau basah (dibersihkan)
Bahan-bahan dikisar halus:
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk cili
1 biji bawang putih
2 biji buah keras
Satukan bahan-bahan kisar dan garam dengan tepung beras. Tuangkan air sedikit demi sedikit. Adunan ini tidak boleh terlalu pekat.. seperti adunan rempeyek kacang jugak. Masukkan air kapur.
Gaul rata.
Siap kan kuali melengkung yang lebar. Panas kan minyak . Setelah minyak panas.. siramkan lereng kuali dengan minyak yang telah panas. Hati-hati. Gunakan senduk dan senduk adunan tepung, lalu masukkan sedikit udang geragau.. (celup2kan sedikit). Sira adunan di lereng kuali dan biarkan ia mengalir di dalam minyak panas. Siram perlahan2 adunan yang dilereng kuali dengan minyak panas perlahan-lahan hingga ia merosot sendiri. Jika tidak melorot... umpil perlahan-lahan dengan sudip dan jatuhkan kedalam minyak panas. Balik2 kan . Angkat dan toskan. Bila sejuk, simpan didalam bekas ketap udara. Enak dimakan bersama nasi campur.
NASI GORENG PATTAYA (KHAO PAD KRAPAO)
3 biji bawang putih dicincang
1 biji cili merah dicincang
1 batang serai dicincang
200g udang dan ayam dipotong kecil2
1 tin kecil cendawan butang di hiris
nasi yang sudah dimasak
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan sos tiram
1 sudu makan sos tomato
4 biji bawang kecil dihiris
sedikit daun selasih dihiris
sedikit daun ketumbar di hiris
sedikit kacang peas
gula secukupnya
Cara menyediakan nasi :
400g beras panjang
1/2 inci halia dititk
2 biji bawang putih dititik
1 sudu makan serbuk kunyit
air seperti memasak nasi biasa
Cuci beras bersih2. Kemudian masukkan semua bahan dan air secukupnya seperti memasak nasi. Jerang nasi seperti biasa.
Panaskan sedikit minyak untuk menumis dikuali. Masukkan perencah yang dicincang. Tumis hingga wangi baru masukkan udang, isi ayam dan cendawan butang. Setelah udang dan ayam masak.. masukkan nasi yang telah masak bersama sos ikan, sos tiram, tomato sos dan gula. Gaul hingga sebati dan masak dengan api yang sederhana. Akhir sekali, masukkan hirisan bawang kecil, kacang peas, daun selasih dan daun ketumbar.
Cara menghidangkan :
Pukul beberapa telur dan bubuh sedikit garam. Dadarkan telur di kuali leper sebesar pinggan makan. Letakkan sesenduk nasi pattaya dan bungkus sambil lipat hujung telur dadar ketengah.
Nota: Memang ader sebahgian kiter yang belum mahir membungkus telur sebegini. Tak perlu menjadi beban.. hanya dengan mendadar sedikit telur dan dihiris2 lalu dicampurkan kedalam nasi pattaya pun boleh memberi anda rasa yang enak.. (that's how Lisya had hers)
CUCUR UDANG
250g tepung kacang kuda
1 sudu teh potas (boleh guna bicarbonate of soda)
1 batang cili hijau yang dihiri tipis (optional)
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu teh serbuk cili
250ml air
sedikit garam
sedikit daun ketumbar dihiris
Isi udang yang dipotong2
Semua bahan-bahan digaul menjadi satu. Perap setengah jam. Goreng seperti jemput-jemput/cekodok. Boleh juga guna seekor2 udang dengan kulitnya. Senduk sedikit adunan dan letak kan seekor udang dan tutup sedikit dengan adunan tepung lagi lalu digoreng dalam minyak yang panas. Tapi cara begini.. hendak lah berhati2 sebab minyak akan meletup2 sedikit kerana udang.Sedap dimakan dengan sos cili atau sambal cili cuka..
Most recent comments... (In posting order)
Cucur udang nih feveret hubby Sab... Sab tak makan sbb ada 'udang'.. Tapi nasi goreng pattaya tuh mmg feveret Sab. Kiranya the most yg Sab selalu order bila makan kat kedai.. Tapi tak reti nak buat sendiri sbb ada balutan telur tuh.. huhuhu mcm susah ler... Ahhha.. tempeyek.. me like!
p/s: Kak Rossya, Sab frustler sbb roti jalan 'kuchai' yg Sab try buat ptg smlm tak jadik... Finally, Sab buat lempeng jer dgn adunan tuh.. itu pun lepas tepon mak and mak Sab ckp jgn buang adunan tuh tapi buatkan lempeng.. ehmmmm sedih ler...
Kak Rossyaaaaaa ishh cayang akak... itu rempeyek jawa suka makan bila beli Nasi Jenganan kat Geylang kira my favourite mesti ada kalau tak ada macam tak complete... D dah cuba banyak kali buat tak jadi macam yang D nak... ishh bestnya kak... nanti D nak buat thank you kak muah muah chup chup kasi basah pipi semua.... semoga allah limpahkan rezeki kepada akak sekeluarga.. amin... yeeehaaa sukanyaaaa....
Fri 29-Sep-2006 07:50 Posted by:Diana
Sawadikapppp... Sebut rempeyek, teringat my late grandma. Masa hayatnya ada dulu...setiap raya or setiap kali kami balik kampung, nenek mesti bekalkan satu tin besar rempeyek kacang dan tumpi....really miss my granny's rempeyek....
Hai...rempeyek..alhamdulillah, ada resepi ni boleh le cuba-cuba untuk raya nanti. Semua resepi yang ada kat sini memang menyelerakan... untung jadi kak rossya ni...
rossya...!! kakyong dah 2 x bulan posa nih masak macaroni kuah tomato rossya tuh.. my hubby loves it! thank you so much for the recipe simple and sedapppp
lama tak makan rempeyek...tgk kak rossya punya ni cam teringat-ingat laks... nic penah try nak buat nasi goreng pattaya tu....tp selalu fail tang nak bungkus ngan telur tu....selalu terburai nasi keluar... psstt...kak rossya...smlm try buat donut kak rossya...sedap... tp plain jer...pasni housemate nic kata nak wat dunkin donut laks...
Sat 30-Sep-2006 01:40 Posted by:nic
K Rossya, sori lama x komen..
Bukannya apa, tak terkejar dgn updates K. Rossya yg bertubi2..
Sat 30-Sep-2006 02:27 Posted by:mama anis - [Link]
umanggg best nyaaa...
Sat 30-Sep-2006 03:29 Posted by:d/u/s/y/u/m - [Link]
Lepas ni letaklah resepi rendang kak rosyya pulak, saya nak try plak. NAsib baik ada resepi nasi goreng pataya ni, very simple utk berbuka...
Sat 30-Sep-2006 03:54 Posted by:zakiah zainudin - [Link]
kat rumah ni memang banyak udang geragau kering - boleh guna ke?, kat pasar kadang kadang nampak jual udang geragau, thanks rossya for sharing this recipe - boleh guna udang geragau and lagi special lah sebab resepi dari Allahyarhamah ibu rossya, mari kita sedekahkan Allahyarhamah Al Fatihah kerana menurunkan ilmu masak ni - Thanks again , cucuq udang rossya tu macam pakora je sebab masukkan kacang kuda
hmmm nabia tertanya2..kak rossya nih org jawa ye? ehehe bukan pe coz byk mknn jawa yg sedap2 yg nabia adore..cuma ada yg x pandai dibuat..hmm btw..whatever you cooked..it will always looked superb!!!