Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 28-Sep-2006 23:44 Email | Share | Bookmark
Masak apa hari ni?

 
Salaams.... dah masuk hari ke lima kiter berpuasa di sini, S'pura. Semuga dapat juga kiter mengharungi hari2 seterusnya dengan penuh ketaqwaan. Insya'Allah.

Ma'af ku pohon pada adik2 yang request for certain recipes yang belum sempat kak rossya cuba. Tunggu yer.. sekejap ajer. Almaklum lah.. dibulan puasa ni.. kak rossya banyak masak makanan yang 'direquest' oleh anak2.. Chewah... macam ramai anak ajer?.. Tak lah.. request by Lisya ler.. Bulan puasa ni yang penting bagi kak rossya nak beri semangat kat anak berpuasa.. kenalah masak apa2 yang dia minta.. Budak dah 10 tahun tu.. kalau balik rumah pun macam longlai ajer... Bila bab bersahur.. makan... makan jugak..

Hari ini kak Rossya nak kongsi resepi yang dapat dari Cak's fotopage http://cakcibur.fotopages.com. Terima kasih kepada Cak yang sudi berkongsi resepi... Memang enak... sesuai untuk mereka yang bekerja.. sebab ia ringkas dan cepat dimasak. Kak rossya mula memasak pasta ni jam 6.30 ptg... kira2 setengah jam sebelum azan maghrib. Sekejap ajer siap... bila tengok pasta yang dah siap .. kak rossya pun berkata pada Lisya..." Wah... Lisya.. this looks good..!" Dengan cepat dia mengingat kan..." Sabar ma... sabar.. lagi half an hour to go... sabar..."






Cakcibur's OGLE-O UGLY-O PASTA


Minyak zaitun (olive oil) (kak rossya campur sedikit mentega)
10 biji bawang putih dicincang
1 biji bawang bangla dipotong dadu (bawang jepun yang putih)
1/2 biji capsicum (boleh campur merah, kuning atau yang hijau)
sedikit cili api dicincang jika suka
udang dibuang kulit dan dibersihkan
sotong dibuang kulit dan dakwatnya
pasta spiral
1 sudu kecil serbuk lada hitam (kak rossya guna satu sudu makan black peppercorns dan tumbuk kasar)
daun ketumbar dihiris
garam secukup rasa

Rebus pasta didalam air rebusan yang mempunyai sedikit minyak. Setelah masak diangkat dan ditoskan.

Panaskan olive oil didalam kuali dan tumis bawang putih dan bawang bangla. Setelah naik bau, masukkan lada hitam dan udang/sotong dan capsicum. Setelah udang/ sotong masak masukkan pasta. Gaul kan sebentar dan bubuh secukup rasa. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan matikan api.


Nota: Cak kata kiter boleh sesuaikan mengikut citarasa kiter. Jadi kak rossya tambah kan dengan cendawan butang, broccoli dan kupang. Kupang ini kak rossya rebus dahulu dengan sedikit garam bersama kulitnya sekali. Kemudian di masukkan ketika memasukkan udang/sotong lalu ditumis sebentar..





MEE SOTO


1/2 ekor ayam
air secukupnya
600g mee kuning (boleh diganti denga meehoon)
300g taugeh
2 biji kentang rebus
4 kuntum cengkih
6 kuntum pelaga
1 batang kayu manis

Bahan- bahan untuk dikisar:
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu besar ketumbar biji yang disangar
1 sudu makan jintan halus yang disangar
1 sudu kecil jintan kasar yang disangar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 batang serai
1 inci lengkuas
6 biji bawang putih
1 labu bawang besar
5 biji buah keras
lada putih secukupnya

Bahan2 taburan :
bawang goreng
daun sop/bawang yang dihiris
isi ayam yang disiat-siat
begedil goreng

Sambal lada padi:
15 tangkai lada padi ditumbuk dan dibancuh dengan kicap.
Sambal kicap ini hendak lah pekat.

caranya:

Rebus ayam didalam periuk dengan air secukupnya untuk membuat kuah soto. Masukkan perencah kisar ,cengkih, pelaga, kayu manis, garam secukupnya dan masak hingga mendidih. Setelah ayam empuk ...angkat dan disiat-siatkan isinya untuk menjadi bahan taburan kelak. Buang segala tulang ayam.

Didihkan kuah soto dan tambah kan garam dan serbuk lada putih jika perlu. Kentang yang telah di rebus, dikisar dengan sedikit kuah soto dan dicampurkan kedalam kuah.

Untuk menghidang: Letakkan mee yang sudah dicelur kedalam mangkuk, letakkan sedikit taugeh di atasnya. Tuangkan kuah soto dan hiaskan bahan taburan diatasnya. Hidangkan ia bersama sambal lada padi.


Nota: Percayakan anda..bahwa jika anda mengisar cili api bersama tangkai akan menjadikan sambal cili api itu lebih enak...

Nota: Satu lagi lupa nak serta kan... (Haa itu pasal kiter tak leh jadi cikgu.. asyik lupa ajer..) Bila merebus soto ni..jangan lupa masukkan 2 helai daun salam.. Betul... tak percaya? Sedap...


Dan terlanjur ader kupang tu.. kak rossya masak Clear BeanCurd Soup. Sebenarnya resepi asli tak guna kupang pun.. Tapi tak tahu lah kak rossya suka kupang berserta kulit nya dimasak sup atau stew kuning.. sedap.. Dan sup ini memang menyegarkan dan sedap sekali pun teramat mudah untuk disediakan. Inilah lauk untuk bersahur tempuhari dan ayam goreng.. Alhamdulillah..





SUP TAHU JERNIH


1 keping tahu lembut (yang untuk buat sop)
2 cawan taugeh
kupang (optional)
broccoli ( boleh guna sayuran yang anda gemari)
4 sudu makan sos ikan
2 batang daun bawang di hiris halus
1 batang celery dengan daunnya sekali dicincang
serbuk lada sulah secukupnya
garam jika perlu

Panaskan air didalam periuk dan masukkan stock ayam. Masukkan kupang berserta kulit nya yang telah diberus bersih. Bila sup mendidih kecilkan api dan biarkan hingga terbuka kulit kupang. Masukkan sos ikan, tahu yang potong2, celery, daun bawang taugeh dan broccoli. Biarkan api yang kecil dan renih selama 3minit. Selepas itu bubuh secukup lada putih dan tambah garam jika perlu.


Nota: Sup ini enak sebagai pembuka selera, menjadi makanan sampingan nasi putih atau dijirus atas pasta..





Quote:
Mama Haziq & Zahra ~ Tq for visiting my humble fp. Do you have a link that I can visit? Btw, kak rossya guna Nikon ajer..
Nic ~ Lama ker Nic? Baru masuk hari kelima.. Buat ler itu mee soto Nic. Nampak ajer banyak bahan.. tapi buatnya sebenarnya ringkas..
Mommyd&d ~ Kak rossya masa baru2 nak sebut pun terkebil2.. Cubalah mommy .. it;s nice tau. ish kalau dah low blood, banyakkan makan hati.... hati ayam atau hati lembu.. untuk tambahkan darah.. Jangan naik darah sudah ler..
Linad ~ Oh really? thankyou for clearing up..
Sabrina ~ Liysa tu tak lah flat sangat.. tapi tengok macam tak bermaya ajer.. Ialah budak kuat makan Sab..
Cakcibur ~ Thankyou for the recipe, Cak. It's yummy. Nasib baik Cak bagi resepi.. kalau tak tak merasa lah kiter resepi chef Hotel Zon tu yer.. Nak tunggu Datuk K jemput kiter makan.. dalam mimpi ajer lah kot..
Re: Actually. I found out this tactic bila dulu selalu dok perhatikan my late mom buat lopis. My mom suka rendam beras pulut tu dengan sedikit air kapur. Hasilnya lopis my mom memang lembut. Tak payah rendam semalaman. Hanya rendam 1-2 jam ajer. Cuma beras pulut ni nak lah kiter bilas bersih2 lepas tu. So bila kak rossya praktikkan pada pulut serikaya, kak rossya rasa pulut tu lagi lembut.. walaupun sudah beberapa hari disimpan..Hai.. aritu.. lupa pulak nak tanya Mamafami tentang pendapat nya.. sebab Mama dah cuba cara ni bila buat serimuka...
Harleena ~ hai Leena.. mana menghilang? Apa khabar , semuga sihat2 hendaknya.. Selamat berpuasa Harleena & family..
Nabialishad ~ Haii Nabia.. rojak memang Lisya dah request.. belum terbuat.. Manakan tidak.. kat rumah cuma ader 2 orang setengah..(yang setengah tu lisya ler) Nak makan macam2.. Mamanya bilang tunggu queque..."mana2 satu yang lisya nak makan ni?" Nanti kak rossya buat pasembur/rojak tu dan tepek kan yer resepi nyer.. Kesian pulak ngan auntie Nabia.. Tunggu yer.. sekejap jer. okay?.
Ishzah ~ Yes Ishzah.. kak rossya orang singapura. Terima kasih sebab sudi singgah ke fp kak rossya.. Jenguk2 lah selalu yer..
Abdakamabdah ~ Selamat berpuasa to Abda juga yer.. Semuga kiter mendapat rahmatNya di bulan ini dan seterusnya yer..Insya'Allah.
MamaFami~ Mee Soto tu nampak sahja banyak bahannya.. tapi actually buat nya ringkas.. Mama boleh olah mana2 yang boleh memudahkan Mama. Takper lah Mama.. makan lah selagi teringin nak merasa.. tapi perlu ingat sentiasa bersederhana jugak yer.. Tak kan lah sampai 20 tahun pun tak boleh turun... Dah berazam ker belum? Buat sesuatu tanpa azam pun susah nak berjaya... Chewah.. macam betul ajer kak rossya..
MummyJam ~ Yerlah mummy.. cara kiter semua nya tak sama sekali pun nama lauk tu serupa. I guess diff. household prepare their food differently though. Don't be surprise that I probably brew my coffee differently than yours. I want to tell you one secret.... psst.. mummy pernah dengar tak tentang seseorang ni yang gemar sapu sambal belacan atas roti macam jam.. Favourite dia ni.. That's me... hahaa it's true my favourite toast. surprise? My husband too when he first married me.. hehee
Ieza98 ~ Amin.. atas doa ieza. Ish.. tengok resepi sekadar memberi 'inspirasi' apa nak masak petang ni.. Jangan lah sampai terliur.. kita kan berpuasa.. jangan puasa yok sudah ler..
Korok ~ Puasa korok.. mesti lah lapar..
MummyJam ~ That madah actually rhymes beautifully.. and the flowers are simply gorgeous. Bab kentang tu.. kalau dicampur kat kuah soto .. kuah tu pun jadi pekat mana Mummy. Entah lah mummy.. orang2 tua kalau masak dulu macam2 style.. kiter pulak kalau ikut..tak pernah pulak nak bertanya. Itu pasal lah kiter ni pun kadang2 blurr jugak sebab2 yang sebenarnya.
KC ~ Dah dapat idea ker belum tu KC?
Cakcibur ~ Adeh.. kak rossya tak pernah pulak rasa pahit tu.. Tu lah tekak kiter ni ber beza kan.. Honestly, kak rossya tak pernah buang tangkai bila menumbuk cili api. To me it taste nicer. Sambal kicap cili api kiter serupa juga.. cuma kalau untuk letak atas soto , kak rossya guna yang simple ajer..just cili and kicap. Dulu ader sorang pakcik ni.. penjual soto beri tips untuk kicap cili api untuk soto. Dia suruh campurkan sedikit kuah soto dalam kicap cili tu. Tapi kak rossya tak berapa suka.. sebab kicap cili ni tak tahan lama bila sudah digaul ngan kuahnya.. Bab kentang tu.. kak rossya tak pernah beli yang serbuk kentang tu.. sebab kat sini $1 kentang ..boleh dapat 5-6 biji.. lagi muai kalau kak rossya rebus dan lecek sendiri.. Ekonomi lah katakan... hehee
Imaan & Lana ~ It's okay lah Asma. thankyou for visitng my humble fp. Cubalah nanti mana2 yang berkenan jikalau masa mengizinkan..
Nora ~ Waalaikumsalam Nora. Terima kasih kerana sudi singgah kemari. Takper lah Nora kena masak sendiri..masak ni seronok tau.. Kiter yang ditanahair sendiri pun hari2 dok memasak.. Kalau masak sendiri ader variety ikut citarasa kiter. Kalau nak beli.. kadang2 makanan yang dicari tak jumpa. 600g mee tu tak banyak tau.. kalau sini rossya sekeluarga boleh makan dua kali.. So agak2 resepi ni untuk 4-6 orang makan sahja.. Selamat mencuba.. and hope you will like it..
Raime ~ Selamat berpuasa Raime.. Best jugak kalau dapat iftar ngan kengkawan fp ni.. tapi kengkawan duduk seme jauh2 ler..
kak Leen ~ Yer lah Leen.. dah budak2 tu suka makan nasi.. Leen masakkan lah.. Soto tu boleh bikin lepas raya pun takper..
Niza ~ Ai cik adik.. serbuk ketumbar takyah nak sangar. Niza cuma sangar ketumbar biji tu ajer.. Nanti buat dan kasi lah feedback yer... Hope you'll like it..
Muni ~ Wah best lah kiter ader geng ni.. Lisya ni bab puasa memang rajin.. cuma tak boleh tahan dengan request makanan nya tu.. Muni.. Kadang2 rossya sampai geram tanya dia ,"Lisya ni nak posa ker ..nak makan?" hee hee..
Kuzi ~ ish posa tu.. bawak bertenang Kuzi..
Ida ~ Yer lah Ida, ader orang tak leh tinggal nasi.. Apa2 pun.. makan lah dengan bersederhana.. rezeki namanya kan..
Diana ~ Hai.. tak yah guna flying saucer lah D. Naik MRT pun boleh sampai... heehe
Mademoiselle Ayu ~ Selamat mengulangkaji Ayu. Tapi perlu ingat istirehat.. kesihatan nak dijaga jugak. Pasta tu senang Ayu.. you can prepare it too..
Phalinn ~ ish.. apa pulak kat restoran ni Phalinn? Semua tu bukan lah dimasak dalam satu hari. Sehari berbuka disini, kak rossya & famili cuma makan one main dish plus one dessert ajer.. Itu sahja.. yerlah small family lah katakan... Awak berbuka aper hari ini?
Luz Macia ~ Peminat udang dah mai.. kalau dah minat udang tu.. udang tak pakai baju pun cantik yer Yani?
Sha ~ alah.. baru bersahur beberapa jam yang lalu.. takkan dah lapar.. Tengok makanan tak jadik aper lah Sha... tahannn.. ingat posa tu.. hahaii
Ouled Kenitra ~ Tak yah beli lah tuan... masak sendiri lagi sedapppp..
Kuchai ~ Kak rossya rasa kalau kisar dengan tangkai nya ader lain sikit rasanya, Betty. Macam enak lagi.. Pedas cili.. actually orangkata.. kalau kiter guna dalam angka yang ganjil quantity nyer akan buat lauk cili tu bertambah pedas... I don't know how it works.. but I find it's true..
Niza ~ ye tak ye jugak tu.. Lupa pulak nak tanya my mum why she mixed these two together in most of our cooking.. I guess it's because.. jenis serbuk ni lebih refined sebab ia selalu nya dikisar dengan mesin2 besar... justru senang ia dilutes in water... manakala ketumbar biji ni.. kalau kiter kisar macamana lama pun takkan dapat sehalus ketumbar serbuk yang kiter beli. tapi Ketumbar biji yang disangar fresh memberi bau yang lebih wangi.. mungkin lah sebab tu my late mom suka mix this two together. She also did the same for our masak rendang.. Ketumbar serbuk yang kiter beli tu.. kurang bau nya sebab mungkin baunya sudah pudar sedikit semasa packaging dan tranporting. You jangan tak tau, Niza.. kak Rossya pernah hias my kitchen with a glass full of kulit kayu manis.. Konon2 nak deodorise lah .. macam tengok kat magazine.. Harum for the first few days..... tapi on the fourth days... satu bau pun tadak.. I guess oxidization dah takes place... heehee Kayu manis tu masih boleh digunakan.. cuma dah tak harum lagi.. But anyway .. mydear, Niza boleh olah mengikut citarasa Niza. Cara kiter mungkin tak sama.. it's ok.. do it your way asal menepati selera keluarga dan makanan tidak terbazir. I always believe in the freedom of alterations and adjustments. Experimenting is Good....
Niza ~ Ohh.. u can call me however makes you confortable. But I'm sorry I don't know any recipe of bakar biskut tu... So I can't help you with this one... By the way ..I am 43years old.
Yana ~ Hai Yana.. lama tak dengar khabar... selamat menjalani ibadah puasa to yana & family dirantauan yer.. yes mydear, kak rossya bebangsa Jawa... itupasal tempe tak tak lepas.. hehee


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net