Want your
own Fotopage?






 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 18-Sep-2006 07:28 Email | Share | Bookmark
Nasi beryani... berani kah mencuba?

 
BERYANI ... Makanan India yang digemari berbagai bangsa.. Memang orang bilang banyak lemaknya.. memang banyak cholestrol nyer... Tapi apa2 kalau kiter bersedehana.. menjadi juadah yang barakah..
Masih ingat lagi tatkala zaman remaja dulu, kami terpaksa beramai-ramai ke jemputan Kahwin setiap hujung minggu. Bukan kerana mendapat undangan.. tetapi diperintahkan emak supaya membantu ber-rewang untuk yai(datuk). Arwah yai memang tukang masak untuk majlis2 perkahwinan. Hujung minggu kami lebih banyak memotong bawang, sayur2an, cuci ayam dari beriadah di tepi pantai.. Paling tak suka mengopek bawang... sebab kiter ni tak produktif bab mengopek bawang. Baru beberapa ketul bawang, mata dah tak leh dibuka. Menangis2 macam baru kena marah. Kat rumah pulak di suruh kopek bawang kecil untuk buat bawang goreng. bertin-tin.. Aduhhh.. pengalaman sungguh. Walau apapun, ini lah sejarah kehidupan yang sungguh memberi pengalaman memasak yang agak berbaloi. Bukan kerana di ajar.. tapi kerana banyaknya memerhati..





Masakan Beryani ni memang banyak versinya.. Kalau beryani dam.. iaitu nasi beryani yang ditimbus dengan lauknya.. nasi ini lebih mudah sedikit. Direbus semuanyer sekali gus.. terus dimasukkan beras..sebelum ditimbus denga lauk yang telah dimasak dahulu.
Tapi disini kak rossya sertakan resepi yang sering kak rossya guna untuk membuat nasi beryani berasingan dengan lauknya. Tak susah dan boleh jugak disediakan untuk hari2 biasa kita menjamu selera.. tak perlu tunggu hari2 keramaian pun. Resepi ini telah kiter kongsi dengan ipar-duai dan verdict dari seorang kak ipar merngatakan '" Tak susah jugak yer Ros, nak buat nasi beryani. Kak Zizah ingat susah betul ler..."

Khas untuk Darling... selamat mencuba.. Lisya tanya," Hmm cantik nama auntie ni yer mama. Darling tu nama betul ker mama?"






NASI BERYANI


1kg beras Basmathi
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
1 sudu makan rempah beryani
1 1/2 liter air
1 sudu makan pewarna
2 sudu makan air mawar
2 genggam gajus - digoreng hingga garing
1/2 tin susu cair (200g- evaporated milk)
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
garam secukupnya
sedikit bawang goreng untuk taburan
Minyak sapi (boleh ganti dengan miyak jagung atau sayur)

Bahan menumis:
2 labu bawang besar dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kerat kulit kayu manis
3 helai daun pandan diikat

Beras di cuci bersih dan ditoskan.Panaskan periuk non-stick dan panaskan minyak. Masukkan bahan menumis dan tumis hingga garing dan wangi baunya. Masukkan pes bawang putih/ haliadan repah beryani. Kacau sebentar baru sambil masukkan beras , susu, daun pudina/ ketumbar dan air. Letak kan garam secukupnya. Biarkan hingga nasi kering, lalu di kacau sekali lagi baru ditutup periuk, kecilkan api dan ditanak hingga masak. Setelah nasi masak , buatkan lubang2 kecil dengan menggunakan belakang sudu dan isikan setiap lubang dengan campuran air mawar dan pewarna. Tutup lubang2 ini kembali. Tutup periuk lagi dan masak nasi lagi lebih kurang sepuluh minit. Aduk nasi perlahan2 untuk mendapatkan warna yang rata. Taburkan dengan bawang goreng dan gajus goreng.






NOTA : Orang dahulu sering merendam beras beryani mereka sekurang2nya 30minit untuk mengelakkan beras beryani mereka dari mudah patah bila dimasak. Tapi sekarang kak rossya rasa tak perlu lagi process merendam ni sebab mutu beras Basmathi sekarang adalah jenis yang baik. Ia boleh terus di cuci dan dimasak. Cuma utamakan kalau mencuci beras, hendaklah dikosek perlahan-lahan . Jika ingin cepat naik wap dan nasi cepat masak, lapik tutup periuk dengan kain putih, baru ditutup periuk. Pewarna: Lazimnya, sedikit koma-koma akan direndam dalam air yang digunakan untuk mewarnakan nasi. Disebabkan koma-koma agak mahal harganya, pewarna kuning digunakan untuk mewarnakan nasi sahaja.





BERYANI DAGING

1kg daging lembu atau kambing dipotong kepada beberapa bahagian
1 sudu besar pes halia & bawang putih
4 tangkai lada hijau dikisar
4 tangkai lada merah dikisar
1 cawan tairu
150g minyak sapi ( atau minyak sayur, jagung)
4 sudu makan rempah beryani
1 tin kecil tomato paste atau puree
4 biji tomato dihiris
1 cawan bawang goreng

Bahan-bahan untuk ditumis:
3 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 btg kulit kayu manis

1/2 cawan badam kisar yang digaul dengan sedikit air(untuk jadikan pes)
4 cawan air

Gaulkan daging dengan pes bawang putih/halia dan cili2 kisar. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan minyak , masukkan bahan untuk menumis. Apablia bawangnya sudah garing, masukkan campuran daging. Kemudian masukkan rempah beryani, tomato puree, daun pudina, daun ketumbar, hirisan tomato dan bawang goreng. Tumis hingga bangkit baunya. Tuangkan tairu,dan air, tutup periuknya dan dimasak, dikacau sekali-sekala. Bila kuahnya tinggal separuh sahja, kecilkan apinya dan masak hingga kuahnya pekat. Masukkan badam yang ditumbuk, garam dan gula jika suka. Masak lagi hingga mendapat kepekatan yang diinginkan dan daging nya empuk.



NOTA: Orang India menggunakan tairu untuk melembutkan daging. Campurkan tairu dengan daging dahulu lalu diperapkan selama 20-30 minit sebelum memasaknya akan membantu melembutkan daging anda.






DALCA



450g daging rusuk dipotong kecil2
1 cawan kacang dhal - direndam selama 2-3 jam

3cm halia
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang hiris tebal-tebal
2 batang cili hijau di belah tengahnya
2 batang cili merah dibelah tengahnya
1 1/2 cteh rata serbuk kunyit
1 helai daun kari
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
3 kuntum cengkih
garam secukup rasa
8 cawan air

Sayuran:
300g kentang kecil dikupas dan dibelah dua atau empat
3 batang lobak merah di potong sepanjang 4cm
3 biji terung ungu di potong kepada 3 bahagian
2 sudu besar rempah kari daging ( boleh guna rempah dalca)
1 biji mangga hijau di potong2
3/4 cawan santan
1 1/2 sudu besar asam dicampur dengan santan dan ditapis
3 biji tomato dibelah dua
6 sudu besar minyak

Bahan untuk menumis:
1 biji bawang besar di hiris tipis-tipis
1 sudu besar serbuk cili
1 helai daun kari



Rebus dhal bersama perencah halus, bawang yang dihiris tebal-tebal, lada hijau/merah, serbuk kunyit, daun kari, kayu manis, cengkih, pelaga, dan garam didalam sebuah periuk sehingga daging itu empuk dan dhal itu lembut.

Masukkan pula kentang, lobak, terung, mangga, rempah kari, tutup dan biarkan mendidih selama 5 minit. Tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan air asam dan tutup lagi. Masak sehingga mendidih dan sayuran itu elok masaknya. Masukkan tomato dan kemudian matikan api.

Pijarkan minyak dikuali dan masukkan perencah tumis. Kacau sehingga garing. Kemudian tuangkan kesemuanya (dengan minyaknya sekali) kedalam periuk dalca itu. Gaul hingga rata. Siap dihidangkan.






ACAR


600g timun - dihiris sepanjang 5cm setelah dibuang bahagian tengahnya
1 batang lobak merah - dikupas dan dihiris sepanjang 5 cm
30biji bawang kecil dikupas kulit
5 batang lada hijau dibelah dua jangan putus
5 batang lada merah dibelah dua jangan putus
20 ulas bawang putih dibelah dua jika besar
1 1/2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar minyak
1/4 cawan air
3 sudu besar cuka
gula dan garam secukup rasa

Rempah menumis di gaul bersama dengan sedikit air:
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit

Lumurkan garam pada timun, lobak merah, halia, lada, bawang merah kecil dan bawang putih. Jemur selama beberapa jam, sambil membalik-balikkan supaya keringnya rata. (boleh juga di rendam semua bahan dalam air kapur untuk merangupkan nya)

Siapkan kuali, masukkan minyak untuk menumis, biji sawi dan rempah cilli/kunyit. Baru hidupkan api dan tumis perlahan2. Ini akan mengelakkan rempah dari cepat hangus. Tumis sehingga wangi.. tuangkan air, cuka, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur2an. Kacau selama 5 minit dan angkat. Jangan masak sampai sayuran itu lodoh.



Resepi kali ini adalah untuk anggaran lapan orang makan... Yok... sila.. yok makan..







Quote:
Ouled Kenitra ~ Suruh cuba buat ler tuan.. tapi kalau tuan nak sepinggan.. ni aye hulur..
Hellikonia ~ Eh.. Helli tanam pokok safron ker? Wahh.. boleh bikin business ni.. kalau dijual tinggi harga nyer tau..
Luz Macia ~ Hmm.. mentang2 ler ader nama dier "Yani' kat spelling beryani tu.. Excited gitu..
Nic ~ Alhamdulillah menjadi. Tengok lah tangan sape yang buat tu.. tangan Nic tau bilang diorang. Agak bab kek bantat yang dulu tu dah kena erased ler..
Darling ~ Cuba nanti tau.. jangan tak cuba..
MummyJam ~ Oh.. sama ler kiter..
Cekya ~ Yes, di M'sia dipanggil 'Beryani Gam'.. tapi di S'pore ni kiter panggil 'Beryani Dam'. Betul.. bukan typo-error tau.. it is 'DAM'.
Mamafami ~ Wahh.. sehati sejiwa kiter yer.. dua2 masak nasi briyani..
Linda ~ Yiaks!! Sungguh tak sensored!!
Linad ~ Nanti Linad can try buat sendiri ok..
Kakyong ~ Hai pesta perut kakyong.. nak lah selalu menjamu selera sendiri..
Cakcibur ~ Resepi tu boleh diolah untuk menyesuaikan rasa kiter. Kak rossya kalau masak Ayam Masak Merah.. mesti nak lawankan dengan Nasi Minyak.. Arggghhh.. terliur pulak kiter... Camner ni Cak?
Nabialishad ~ Ish.. dah jemput tu.. "Jom makan jom!!
KNizam ~ Kak Rossya belum try lagi acar buah Melaka. Macam mana agak rupanya yer..
Mademoseille Ayu ~ Aiseh.. camni kalau bulan posa kak rossya post resepi... nanti Ayu tak jenguk ler..Syedeh nye...
Diana ~ Dah malam2 belum makan lagik ke D? Jangan berlapar.. gi makan... gi... alah cayang intan payung..
Muni ~ 'Nasi Takut' takper Muni... asal budak2 makan berani..
Rozzan ~ Caya lah Rozzan!! Camni kiter nak tunang lagi ler.. boleh masak kan?
Hanieliza ~Ye lah kak Liza... share resepi dengan adik2....
F&Z ~ Hai idea Fazi lagi meriah...
Kak Leen ~ Nak sikit? Boleh.. apa salah nyer.. Kak angkat bila nak masak pulak? hehee 0)
Kuzi ~ Cuba Buat!! Mesti berani kan?
Zakiah ~ Ish! daun2 tu takder kat Jepun.. Setahu kak rossya corriander and mint leaves ni common dalam international kind of cooking..
Sabrina ~ Nampak ajer susah.. sebab ramuan banyak sikit. Tapi 'chicken kedodol' ajer lah Sab. Cuba lah dulu.. baru percaya betapa mudahnya..
Fazliali ~ Yes... certain lauk mesti guna daging kambing baru ader ummmphhh..
Mommy d&d ~ this few days takder yang sweet ker mommy? heehee
Sha ~ Kalau MIL dah buat catering.. masak mesti power ni.. Sha amiklah tips2 dari MIL tu.. berbaloi nanti..
Ira ~ Tahun ni boleh lah Ira try sendiri yer.. apa kata.. berani?
Leezsa ~ Haa.. dah tepek kat fridge tu.. dah kira one-step closer lah...
Amir ~ Bila lah Amir try tu? Bila nak dtg? Nanti kak rossya masakkan... chewah...
Leezsa ~ Ader... kat belah kiri tu...
Leezsa ~ dah jumpa?
Azurahakim ~Cuba ler resepi ni.. Insya'Allah tak susah..
Anna ~ Sabarlah anna.. Maid ni untuk memberikan sedikit kemudahan untuk kiter.. Jangan sampai ia memeningkan kepala kiter pulak..
Gee ~ Yes ! You go Gee!
Nina ~ Sila lah mencuba Nina..kalau tergerak nak mencuba lain versi..
Morkymoqq ~ Thankyou adik for sharing this info. It's true the best basmathi comes from India. But do you know that US has patented basmathi grains to best there? Boleh gitu?
Siti Ruzaimah ~ Hai... satu bungkus ajer...? Abes aisyah and papa nya.. camner?
Elsa ~
D4yats ~ Selamat menyambut Ramadhan jugak... kenapa dah lama tak update?
Phalinn ~ Aiseh.. ini bukan pro pun yang masak... Phalinn pun boleh masak.. 'Chicken' ajer..
Rieyza ~ Cuba lah Riza nanti yer..
My PeriukBelanga ~ kenduri makan anak-beranak heehee
Kuchai ~ Kalau dah ader resepi.. takyah guna yang instant lah..
Yani Cologne ~ Aiks.. nak berguru ngan kak rossya? Ini cikgu tak bertauliah tau.. sanggup?
Nassem ~ thankyou Naseem. Go on Naseem, give it a try.. I'm sure Mama wouldn't mind translating the recipe to you. But the tempura is crispy while it's still hot.. and that sweet sauce is our favourite sauce..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2014.

ns4008229.ip-198-27-68.net