Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Sep-2006 07:53 Email | Share | Bookmark
santapan harian..

 
Hari ini nak berkongsi makanan harian kami.. resepi ler... Sebenarnya, segan jugak nak bercerita tentang sambal tumis ni. Keluarga kami memasak sambal tumis berlainan SEDIKIT dari oranglain. Dan kami tidak menggunakan sebarang bwang putih. Dan serai adalah kemestian.. Ini pun disebabkan permintaan Mama Siti tempuhari.. Mama Siti minta resepi sambal tumis ikan bilis siap disuruh kiter timbang bahan2 nya. Camner eh? Selalu masakan harian kami kiter masak agak-agak ajer. Jadi Mama Siti cubaler sesuaikan dengan selera keluarga Mama Siti yer. Selamat mencuba.







SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Bahan-bahan kisar:
50g cili kering di gunting dan direbus kemudian ditoskan
1 labu bawang besar
1 cm belacan
Air secukupnya jika menggunakan blender


ikan bilis yang sudah dibilas dan toskan
1 batang serai dititik
1/2 cawan jus air asam jawa
minyak untuk menumis
garam dan gula


Panaskan minyak menumis. Masukkan serai dan ikan bilis. Kacau sehingga ikan bilis garing, cepat2 masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing. Setelah pecah minyak, tuangkan air asam. Kacau dan masak sehingga mendapat kepekatan yang anda ingini. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Gaul rata dan matikan api. Keluarkan serai semasa menghidang.




NOTA ~ Cili kering yang direbus akan menghasilkan sambal yang cerah warnanya. Masukkan gula apabila sambal sudah masak dan gaul sebentar lalu terus dimatikan api. Sambal yang sudah dibubuh gula jika dimasak terlalu lama akan menjadi gelap warnanya. Untuk mengelak daripada bersin semasa menumis sambal, bolehlah dimasukkan sedikit garam dahulu semasa process menumis cili .

Dibulan puasa nanti, elakkan daripada memakan terlalu banyak sambal. Sebab selalunya dimusim Ramadhan, badan kita akan menjadi sedikit dehydrated sebab kekurangan air. Sambal itu panas..






SAMBAL TUMIS UDANG


satu adunan sambal tumis diatas

500g Udang
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili


Udang di bersihkan dan tinggalkan kulitnya. Kelar belakang udang untuk mengeluarkan kotoran dibelakangnya. Kemudian di cuci bersih dan gaulkan dengan serbuk ketumbar, kunyit, dan serbuk cili. Diamkan selama 1/2 jam lalu di goreng garing. Ketepikan. Panaskan minyak menumis, masukkan sebatang serai dan masukkan bahan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. Kemudian masukkan udang dan gaul sebentar. Udang ini tidak akan mengecut kerana sudah digoreng tadi. Tuangkan air asam dan biarkan pekat sedikit baru dibubuh gula dan garam. Sesuaikan rasa dan matikan api. Keluarkan serai semasa menghidang.







SAYUR ASAM


125g kacang panjang
3 biji tomato di potong 4
sayur kobis di potong 2inci lebar
1/2 cawan kacang tanah di rebus lalu di kopek kulit
2 batang jagung dipotong2
3 cawan air
2 helai daun salam
1 cube ikan bilis
1/2 cawan air asam jawa
garam mengikut rasa

Bahan kisar:

2 batang lada merah (boleh kurangkan jika tidak mahu pedas)
2 bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil belacan di bakar
6 biji buah keras

Sedia kan periuk, satukan bahan2 kisar, air, daun salam, cube ikan bilis, air asam dan garam. Didihkan. Masukkan kacang tanah dan jagung, lalu didihkan selama 30minit. Kemudian baru dimasukkan kacang panjang dan tomatoes. Masak hingga sayuran masak . Masukkan kobis dan masak lagi selama 2minit. Sesuai kan rasa. Siap dihidang dengan nasi putih.







IKAN GORENG TEPUNG


500g ikan tamban (boleh menggunakan ikan bilis basah atau udang geragau basah)
100g tepung beras
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil jintan manis
sedikit paprika
1 sudu kecil ketumbar yang tumbuk kasar
1 sudu makan minyak masak
garam
air secukupnya
daun kari secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bersihkan ikan dan buang segala kotoran. Cuci dan toskan. Satukan semua bahan2 kecuali ikan, daun kari dan minyak menggoreng kedalam mangkuk. Gaul adunan sehingga rata. Adunan tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Cairan nya seperti adunan tepung menggoreng pisang. Celupkan ikan kedalam adunan tepung dan goreng didalam minyak yang panas. Sebelum mengangkat ikan yang sudah masak, masukkan beberapa helai daun kari kedalam minyak. Balik2kan dan angkat ikan bersama daun kari nya. Toskan. Buat lah seperti berikut sehingga ikan habis digoreng. Enak dimakan ketika panas.


Nota ~ Ikan tamban banyak tulang nya. Hati2 bila menjamu selera...




Quote:
MyPeriukBelanga ~ Aiks.. kat sana takder kah? Aritu rossya beli kat Tekka market dah.. Nasib baik tak ngandung.. kalau mengandung.. .. Rossya anto sekarang jugak
Mommy d&d ~ Tak masam lah mommy.. sedap makan panas2..
MamaFami ~ Aik.. dah surrender ker mama? Naver mind ler Mama.. have a break.. have a kit-kat yer..
Diella ~ Weewee.. tengah lapo yer... pi carik makan ....
Cik Ketumbar ~ Cuba.. jangan tak cuba.. haa
Mama Siti ~ Cuba ler Mama Siti.. semuga memenuhi citarasa keluarga Mama Siti yer..
MupaMan ~ Yes, looks like Tempura.. cuma berempah..
KNizam ~ Sama tak ngan Trengganu nyer?
Yati, Syahril & Syahmi ~ Oh.. nama galmour ker tu? Btw, Mee Ladna tu dari fp Kak Liza yang MamaFami cuba.. Kak rossya belum try lagi..
Kak Kham ~ Tempura pun best dengan seafood kak Kham.. Rossya pun suka jugak buat guna udang dan scallop..
Diana ~ Thx Diana for dropping by my fp. Tak yah ler buat review.. segan lah aye.. I cuma try2 resepi orang untuk jamuan keluarga ajer..
Cik Bawang ~ Sambal udang memang yummy...
Fasha ~ Sambal pun memang kak rossya favourite. Tapi kak rossya kurangkan bila time berposa..
Gee ~ itu petua my late mum.. tak tauler kalau mujarab kat oranglain. Kalau boleh dimanfaatkan bersama kenapa tidak bekongsikan Gee.. Tak luakpun kan..
Anna ~ Tak yah order lah Anna. Nanti Anna bikin sendiri pun boleh..
Kakyong ~ Sayur Asam ni more like the indonesian version. Betul kakyong, guna air asam Jawa. And rossya kalau buat sambal memang selalu lebihkan bawang sebab bawang kan manis..
Sabrina ~ This is more like Sayur Asam Indonesia.. nanti Sab cuba lah..
Nic ~ Merah.. dan nampak pedas ker Nic? Sayur Asam tu memang slurppp..
Ouled kenitra ~ Thankyou Tuan. Yerlah kadang2 tu.. cara kiter masak ni nampak ganjil dimata orang lain..hehee..
Nabialishad ~ Ehh.. kiter geng yer.. Kak rossya pun kalau takder serai dalam stock bila time nak masak .. jadi handicap pulak...
Kuchai ~ Berpeluh panassss..! Tepung tempura pun sedap jugak..
Zakiah Zainudin ~ Itu pun petua my late mum jugak..I'm happy it works for u, my dear.
Mr Tarantula ~ Nyum nyum
Mummy Nadiah ~ Geng pedas ni nampak nyer.. 'Orang Melayu' kalau makan tak pedas..memang tak sah kan..
Edoras ~ Eh.. sekarang pun boleh...
Zubye~ hehee
BadangPerkasa ~ lapar? Kesiannyer.. nak sikit?
Fadzliali ~ Ikan goreng? Nak berapa kilo?
Gee ~ Gee dah buat yer.. I'm glad u like it.. Nanti Gee boleh try lain variasi pulak yer.. Nasi putri Saadong..abes licin? Sedapkan Gee.. Lisya suka beno nasi tu..
Za+za ~ Sayur Asam? It is good.....
Intan Azim ~ Hai.. kak rossya pulak macam dah jelak ngan ayam.. lebih suka ikan...
Kuzi ~ Thanks Kuzi for taking the time to even browse. Sayur Asam tu pun refreshing .. boleh just hirup2 time lepas belajar...
Aeiman's dad ~ Suruh ler mommy Aeiman buatkan .. sedap..
F&Z ~ Eh.. jgn lah cam tu.. Kiter suka kalau berjiran ngan awak.. best selalu ader fiesta makan2 jugak..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net