Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 13-Sep-2006 07:45 Email | Share | Bookmark
Sop.. pembuka selera...

 



Alhamdulillah, tak lama lagi masuk lah bulan Ramadhan. Yang pasti di pagi hari, telefon tu mesti berdering2 bila masuk jam 4.00 pagi. Dan akan kedengaran suara dari dalam telefon... Sahur! Sahur!. Begitu lah setiap tahun, ada sahja giliran yang mengejut kami untuk bersahur. Walaupun memang jam alarm siap diletak ditepi meja... Tapi selalu.. waktu bersahur, kita tak masak yang pedas2 sekali pun kita dinobatkan juara pedas. Selalu untuk juadah bersahur.. mudah sahja. Lauk air.. atau sop dan sayur2an. But for me... don't be surprise... sekalipun masak untuk Lisya dan suami berbagai sop untuk bersahur, I tetap setia dengan my cereal and fresh milk. Eh-eh.. cam sarapan pagi kot.. tapi betul... itu sahja yang kak rossya termakan bila bersahur... normally cornflakes dalam fresh milk.. lah.. dan segelas air teh panas.. Slurp... erghhh.. Alhamdulillah..


This Chicken macaroni is not at all hot. But it's for those who love tomatoes.. Sebab ader rasa masam nyer tomato






MACARONI AYAM KUAH TOMATO

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka

Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato . Kacau sehingga rata. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.


Oops! MamaFami.. u're sooo alert horr...

500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.
Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato... heheee

Senyum ... Mama.. jangan tak senyum...







PRAWN & LIME SOUP



500G Udang kecil dibersihkan dan buang kulit dan tinggalkan ekornya
8 cawan air
6 helai daun limau di hiris tipis
1 sudu besar serai dicincang atau di racik
2 sudu kecil sos ikan
1/3 cawan jus limau purut ( boleh menggunakan lemon)
2 ikat daun sop di hiris
2 ikat daun bawang dihiris
1 batang cili merah dibuang kulit dan di hiris kecil
garam dan serbuk lada putih


Tuangkan air kedalam periuk dan didihkan. Masukkan daun limau dan serai dan kecilkan api. Renih selama 10minit. Masukkan sos ikan dan masak lagi selama 5 minit. Campurkan udang dan air limau purut dan masak menggunakan api yang kecil buat beberapa minit sehingga udang bertukar warna. Akhir sekali masukkan daun sop/bawang, cili dan bahan perasa secukupnya. Hidang kan panas2 dengan hirisan daun bawang.








WAJIK DURIAN (Ialah tengah musim durian ni kan.... )



500g pulut
50g gula pasir
750g gula melaka (kak rossya campur sedikit gula timbang(brown col sugar)
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375ml santan pekat
sedikit garam


Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokan hari, pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gulaMelaka, gual pasir, garam, daun pandan dengan 1 1/2 cawan air, sehingga gula larut. Kemudian tapis. Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali. Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar. Setelah durian hancur, masukkan pulut. Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian, tambah kan gula pasir nya 50g lagi menjadi 100g. Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.






Quote:
tina ~ DiJepun tak der pulut ke Tina? Buat nyer pun senang.. cume jangan give-up godeh sudah ler..
MyPeriukbelanga ~ ish .. tak makan durian ker? Kenapa nak tutup idung? Durian Sodap! Tak makan rugi ler Niss!
Yati ~ Aiyoh.. bulan posa tak boleh tengok makanan.. camner nak masak?
Anna ~ Sama dengan kak rossya... sekarang makan jugak tapi tak boleh banyak.... cepat pening!
Cik Bawang ~ camner ler Cik Bawang nak bagi kak rossya info ni? Asyik not sure... pulut pagi ker pulut manis? Sup udang harus di cuba.. sebab really refreshing . Hirup ajer cam tu.. slurppp
Izan ~ Ah... hubby dah suka.. Izan kena buat tu.. dah ader resepi..
Nabialishad ~ Camano kalo ngidam? Buat sendiri tau.. dah ader resepi.. tak yah guna oven pun...
Sabrina ~ Wahh.. bulan posa dah ader list aper nak masak.. caya ler Sab..
Ibu Shasya ~ Lela kalu nak rasa, kena buat ler.. kak rossya nak hanto jauh sangat ni.. Haa.. masukk.. masukk dalam list dulu lah..
Nic ~ Nic kalau suka masam, then this is the one for u. Udang dan lime soup tu pun favourite kami.. very refreshing.. Ratah begitu sahjer.. tak yah cicah aper2 pun..
MamaFami ~ Ish,yang heran tu bila datang Syawal.. baju semuanya ketat. Hoohoo kembung angin agaknya kiter mama.. hehee.
Mommy d&d ~ Yes, Little Damia pun bole makan ni... tak pedas pun. nak datang S'pore.. mai singgah tau..
Kak Leen ~ Kenapa tak leh makan tomyam? Tak tahan pedas ker? Ha.. makaroni tu tak pedas.. nanti Leen leh try...
MamaFami ~ Bagus ler Mama.. boleh jadi proof reader .. tip top perhatiannyer, Macaroni rebus dolu horr..
Mar ~ Thanks Mar, nanti kak rossya jalan2 kesana lagik yer... and try again..
MamaFami ~ Pandai... mama..
Aishifu ~ Ish jangan menangis.. Ash pun bole buat.. simple ajer tu..
Aureanayz ~ Nanti Aureanayz cuba ler this resepi. Insya'Allah tak lembik. Ni resepi orang bandar.. hehee..
Trey ~ Betul ker nak try Trey?
Ainil ~ Yes, try something new?
Weda ~ Kak rossya leh masakkan sahur.. tapi Weda kena bangun tolong potongkan sayur dan bawang boleh? My Lisya is 10years old.
Muni ~ Bulan posa slim.. Raya balooning.. Takper lah Muni.. asal cik abang tak complain..
CT ~ Nyum nyum
Sri ~ orang sekampung dah mai!! thanks for dropping by Sri. Nak wajik?.. mai datang Woodlands yer..
Yani Cologne ~ Yes Yani, Nabilah boleh makan macaroni soup tu.. tak pedas pun.. Hope she'll like it..
K.I ~ where r u right now Khairil? Somewhere 'overseas'? Kesian.. kalau kena masak sendir.. masak yang simple2 ajer lah..
F&Z ~ Sure sodap ler Fazi...
Phalinn ~ Hoohoo.. dah kena masak sendiri ler Phalinn.. What's cooking today?
yangmazni ~ Permission granted.. Go ahead ler Maz, tak ader masalah...
Luz Macia ~ Pulut kacau? Oh yer.. lain daerah.. lain jugak panggilan nyer yer..
Kuchai ~ Rajin kiter kerana nak makan.. Sup udang best.. mak ngan datuk jalan pun sadar..
MummyJam ~ Oh kiter ader geng ngan your yonger son eh? Betul tu mummy.. nanti akhir2 posa.. mesti tak lalu nak makan..
Cakcibur ~ Makanler Cak.. Sekarang kan Cak makan untuk dua orang..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net