Want your
own Fotopage?







 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 11-Sep-2006 08:01 Email | Share | Bookmark
I'm letting my kid have her day...

 
Today, lisya insisted on trying to make Kuih Serimuka by herself. Can she? Macam ye-ye ajer.. So hendak tak nak... I let her try to prepare one small one for her dad.. of course with the supervision of 'mama boss'. Hahaa.. Made half portion of the recipe. Actually, 'playcheat' jugak. She took 1/4 of the steamed glutinous rice and topped with half portion of serikaya. Why? Because.. kids just love serikaya more than the glutinous rice. I tell you I guess she's not ready yet.. banyak problem jugak.. First thing... bila panaskan serikaya.. asyik complain panas.... panas.. Secondly, bila nak tuangkan serikaya.. belum tinggi pulak budak ni.. Nak kena panjat kerusi.. kalau tidak tak nampak nak tuang serikaya... Macam2. Walau aper2 pun, papa said Sedap! Dia sendiri yang potong dan sendiri amik gambar guna Coolpix. Biarkan... asal she's happy..

So.. I asked her... bila nak buat lagik Lisya? Dengan pantas dia jawab, " TAK NAK.... PANAS!!!"





SERIMUKA (PUTRI SALAT)


500g beras pulut di rendam dengan satu sudu kecil air kapur selama 1 jam
1 sudu teh garam
340ml santan cair
daun pandan disimpul

Bilas beras pulut bersih2 dan tos kan. Satukan beras pulut , garam, daun pandan dan santan cair. Kukus hingga masak selama 45 minit. Setelah pulut masak, balik2 kan dengan garfu dan alihkan kedalam sebuah loyang yang telah digeser dengan sedikit minyak. Ratakan pulut dengan sehelai daun pisang supaya padat. Kukus lagi selama 5 minit.

Bahan serikaya:

250g gula pasir
6 biji telur (anggaran 60g setiap satu biji)
60g tepung gandum
10g tepung sago ( boleh ganti ngan tepung jagung)
750ml santan pekat (Boleh gunakan 200ml santan kotak tambahkan 550ml air)
sedikit garam
1 sudu makan pandan paste
sedikit pewarna hijau jika perlu

Telur dipukul dengan gula hingga gula larut. Jangan sampai berbuih. Masukkan tepung gandum dan tepung sago dan garam. Tuangkan santan sedikit2 dan kacau perlahan hingga sebati dan rata. Tapis. Masak adunan yang sudah ditapis hingga panas dan naik wap. Sentiasa di kacau perlahan agar tidak bergentel. Jangan sampai mendidih.
Pulut yang didalam loyang dicucuk2 paras atasnya dengan garfu supaya lapisan serikayanya mudah melekat. Tuangkan adunan serikaya itu keatas nya dan kukus selama 30 minit. Setelah serikaya masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.



Nota : Pastikan anda membungkus penutup kukusan dengan kain putih agar tidak banyak air wap yang menitik keatas kuih. Potong kuih dengan pisau plastik lebih mudah. Jika anda merendam beras pulut anda lebih lama, anda tidak perlu mengukus nya terlalu lama kelak.Dan pasti kan api tidak terlalu besar bila mengukus kuih.






SERIMUKA DURIAN



Bahan2 nya sama seperti diatas, kecualikan pandan paste dan pewarna hijau.... hanya tambah 300g isi durian pada serikaya.

Keluarkan 100ml santan dan kisar bersama isi durian hingga menjadi puree. Telur di pukul bersama gula. Bila gula telah larut, masukkan kedua2 tepung dan garam. Dan masukkan santan sedikit demi sedikit. Tapis. Sesudah ditapis campurkan puree durian dan kacau rata. Boleh juga dicampurkan sekali puree durian kedalam adunan baru ditapis.. tapi hilanglah hampas durian tu nanti. Oh ya.. jangan lupa letak sedikit pewarna kuning. Kemudian dipanaskan hingga naik wap dan siap di tuangkan keatas pulut yang sudah ditanak.


Nota : I used the above serikaya recipe for most of my kuih talam that contains serikaya. You can actually make all kinds of variety by changing its base. Then top with serikaya of different flavour. Put different essence or flavouring or paste for the serikaya for different variety. The base can be anything if your imagination can run wild. Be it green beans, red beans, glutinous rice with kacang lepat, or just another plain talam or talam gula melaka or talam su'un .. the list goes on and on.... isn't it...



Quote:
Gee says ~ Kak rossya serimuka nangka ada tak? Tadi baru beli nangka, kat sini durian mahal...


Khas untuk Gee

Sila lihat di bawah untuk resepi talam lapisan bawah . Kak rossya rasa serikaya kalau letak cempedak kisar lebih enak. Kalau Gee menggunakan nangka, rasa2 nya lebih enak kalau di isi di lapisan bawah.


Resepi untuk talam lapisan bawah:

300g tepung beras
10g tepung sago (boleh ganti ngan tepung jagung)
125g gula
sedikit garam
1100ml santan cair
1 sudu kecil air kapur (alkaline water)

Semua bahan digaul rata dan tapis. Boleh masukkan hirisan nangka. (boleh juga guna keladi, keledek, sengkuang cina , mangga , betik etc) Masak hingga naik wap dan panas. Kacau senantiasa agar tidak bergentel dan jangan sampai mendidih. Tuang kedalam loyang yang sudah digeres sedikit minyak dan kukus selama 20minit sehingga masak. Setelah talam masak, tuangkan bahan serikaya yang sudah dipanaskan keatas talam. Kukus serikaya pula hingga masak. Selamat mencuba Gee...

Nota ~ jikalau setelah talam masak , diatasnya itu kelihatan terlalu banyak air dari air wap penutup kukusan, boleh gunakan kitchen towel (paper towel) untuk menerap air perlahan-lahan). kemudian barulah dituangkan serikaya keatasnya.









MEE HOON BERYANI

450g meehoon direndam dalam air panas supaya lembut.
2 cteh pewarna kuning- ditabur keatas mee itu supaya rata warnanya
2 sudu teh lada hitam dihaluskan
1 ekor ayam (seberat 1.3kg dipotong kepada beberapa bahagian dan dilumur dengan serbuk lada hitam. Perap selama 10-15 minit dan goreng sehingga garing.)
3 sudu besar minyak sapi atau minyak makan

1 inci halia dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
6 batang lada kering direndam dan dikisar
garam secukup rasa
4 biji tomato dibelah dua dan dihiris tipis-tipis
1 batang lada merah di belah dua
1 batang lada hijau dibelah dua
1 sudu besar rempah beryani
1 ikat daun ketumbar dihiris
1 ikat daun pudina dihiris
230ml air (1 cawan)
1 cawan bawang goreng
1 tin kecil kacang peas

Pijarkan minyak sapi didalam sebuah kuali dan tumis bahan perencah halus sehingga wangi. Masukkan garam, tomato, lada merah/hijau, rempah beryani, bawang goreng dan daunketumbar/pudina. Kacau selam 2-3 minit dan tuangkan air.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan gaul sehingga rata. Angkat ayam dan tinggalkan rempah itu ditamabah sedikit garam lagi jika perlu. Masukkan mee dan gaul rata. Akhir sekali masukkan kacang peas dan ayam itu kembali. balik2 kan sebentar. Hidangkan bersama sedikit lagi bawang goreng, kacang peas dan daun pudina. Sertakan ulam nenas dan timun jikalau suka.







Quote:
darling ~ I'm happy I give semangat yang 'produktif' untuk Darling cuba memasak. Nanti kalau dah tekun.. jangan lupa tunjuk Kak rossya yr signature dish yer..
Cakcibur ~ cuba ler Cak. to me this recipe is failproof. Yang penting is actually kukusan nyer tu..
Aureanayz ~ Wa'alaikumussalam. Kak Rossya alhamdulillah sihat2 ajer. Nasih baik putri salat ku menggodan mu singgah kemari. How are you? Ho'w your family? I hope sume sihat2 belaka yer..
Gerimisalji ~ Memang enak kalau disajikan dipetang hari..
Mar ~ Ish! Malu ler kak rossya.... mana ader first class? Kak rossya kalau petik gambo kadang2 pun syiok sendiri tau..
Sha, Sya & Syahmi ~ Serimuka ini senang nak buat.. kenapa malas. Buatkan lah .. syahmi mesti suka serikaya nyer.. heheee..
Hanieliza ~ Tq Kak Liza
MummyJam ~ Boleh apa salah nyer..
Ibu Shasya ~ Kalau ikut resepi betul2.. mesti jadi macam kak rossya. Kan resepi yang sama.. could be better...
Muni ~ Hmm.. tak boleh ler Muni. Nak masuk FP pun nak kena supervision ler.. Ader yang kena bar from entry jugak untuk budak2 ni..
Za+za ~ mmmm.. sedap za..
F& Z~ Yes, dia lah pembantu setia waktu time nak Raya, Fazi.
Mamafami ~ Jangan kata cam tu Mama... Lisya tu dapat step-by-step instructions. You pun boleh mama..
Faiz ~ Yummy ...
Yani Cologne ~ Kalau takder durian, Yani bole ganti dengan durian paste..yang macam essence tu. Kak rossya guna essence durian bila tak musim durian kat sini.. Btw, my Lisya is 10 years old.
Amir ~ Oh ya? lain daerah lain pulak namanyer yer..
gee ~ Dah kak rossya sarankan untuk Gee cuba... Lihat diatas yer..
Me ~ Sotong pulut santan tu camner Anna? Kak rossya belum pernah rasa..
Mama Anis ~ Nama nyer ajer lain kan Mama? tapi kuih nyer sama..
Nic ~ Nampak cam susah? Takder lah Nic. Belum try belum tau.. Mana yang baik tu kita manfaat kan bersama...
Nabialishad ~ Sekali gagal tak bererti terus gagal. Cuba lagi.. we do better the nex time tau.. Jangan kan kata sepinggan... haa.. ni kak rossya hulur 2 pinggan besar mee hoon beryani tu dan 4 pinggan cute yang tak pedas berserta papedom nyer sekali... heheee..
Kaezrin ~ Our favourite too...
mar ~ I think kat mana2 pun di S'pore ni pricing nyer standard. Cuma kalau nak dapat banyak variety bawah satu bumbung... kiter selalu pegi ke Phoon Huat, Ghim Hin dan kak rossya pulak suka patronise kedai Ailin di Tg Katong Complex tu.. sebab macam2 ader. Anyway, I rasa kat S'pore ni bahan2 baking mahal2 belaka.. Btw, camner projuct serimuka Mar... third try?
Steve Troy ~ yes Steve, that's why I luv playing with colours on my food..
Mommy d&d ~ Ish! tak pernah makan? Rugi tau.. nanti buat eh..
Zahara Khamis ~ Wa'alaikumussalam Kak Zah. Terima kasih kerna sudi singgah kemari. Ini serimuka ialah resepi arwah emak yang telah rossya ubah mengikut selera keluarga. Kalau di ikut betul2.. pasti jadi .. kak.. tak susah nak membuatnyer..
Izan ~ Yes, kak rossya memang galakkan kalau anak2 nak 'mengacau' didapur. Bagi diorang enjoy ler..
Kakyong ~ With your experience, I bet u r a very good cook. For me, I used to resent cooking, sebab dulu time kecik2 selalu kena PAKSA belajar memasak.Masih ingat bila emak marah benar bila kiter anyam ketupat tak cantik. Nangis2 kiter. I started cooking seriously only bila ditingkatan dua.. Btw, mee hoon beryani bukan resepi Rossya. I got it from a cookbook tapi first made this long before I got married. My hubby suka sangat kat beryani meehoon ni with daging.
Kak Kham ~ Takper lah kak kahm... Sekarang dah berkemas, kak kham relax ajer lah.. nanti nak balik tak ler kelam kabut tau..
Diella ~ Lambat sikit tu... semua dah kadam dahh..
Lina ~ Tak berani? Kukusan tak der? Camner?
MyPeriuk Belanga ~ ish .. awak pun terer kan buat serimuka ni kan... Sedap ler Niss .. makan purit salat dengan secawan kopi.. Assoy...
Irda Idris ~ Tq Irda. Insya'Allah selagi masih ader idea memasak...
Gee ~ U 're most welcome my dear..
Salina ~ TQ Salina
Zakiah Zainudin ~ Ha.. ini dah tepek resepi Zakiah tak nak mencuba ker? Kak rossya dah jenguk yr FP, u pun minat memasak kan...
Rozzan ~ Hmm.. pulut berinti kacang lepat dan kelapa.. siap dengan serikaya gula melaka diatas nyer... Mintak ampun sedapnyerrrrr..
Fasha ~ Dah ader steamer.. boleh lah buat project kukus mengukus ni... Nanti leh buat serimuka.. tapi tak leh taruh durian.. takut cik abang tak tau makan kot. Untuk memudahkan kuih keluar dari loyang, Fasha boleh guna tactic orang berniaga. Mereka letak plastic heatproof pada dasar loyang. Kemudian bila kuih talam masak, bila sejuk angkat saja kuih itu keluar bersama plastik nyer sekali. Untuk yang ini, Kak rossya hanya guna baking pan yang boleh dibuka 'dindingnya' .. kemudian angkat seluruh kuih talam dengan palette knife yang lebar tu..
Yangmazni ~ cuba Maz jangan tak cuba...
Ira ~ Dia kalau minat.. bersungguh nak belajar.. kadang2 pun give up halfway jugak..
Ecah ~ Kuih serimuka sedap , Ecah tak makan?
Sabrina ~ Yes, Lisya buat. But of course ader yang ajar.. Psst.. Lisya kat dia boleh datang.. tapi dia tanya nak sponsor aper.. tiket kapalterbang ker tiket kretapi? Heheee..
Kak Leen ~ Cuber ler Leen ..jangan tak cuba yer..
Luz Macia ~ haha..
Kuchai ~ Sini tengah musim durian lah Betty... itu pasal lagik kemaruk ni...
Mama Siti ~ Boleh guna loyang bulat 11" atau 8x8 persegi..
Zack ~ Hai Zack, u're so humble.. kak rossya pulak tengok your gambo2 pulak yang envy.. sume cantik2..
Ira ~ you mean.. air kapur dalam pulut tu.. ia bertindak untuk melembutkan pulut. You only need sedikit air kapur dan pulut setelah dikukus akan jadi lembut.. biarpun telah beberapa hari. If you don't have alkaline water, boleh jugak omit this.. tapi pulut tu kenalah rendam cara lama... bermakna semalaman atau at least 6-8 hrs... supaya dapat pulut yang lembut bila dikukus.. Dengan sedikit air kapur.. pulut tu hanya perlu direndam selama 1jam sahja..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

ns4008229.ip-198-27-68.net