Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 9-Sep-2006 14:38 Email | Share | Bookmark
let's do some cooking...

 
Welcome to my humble FP. I was pretty pleased to receive a warm feedback from a cyber enthusiast on my fp. That private message I received really made my day.. and change my whole perspective on entry posting on this photoblog. You see guys, I am not a master in anyway.. nor am I a professional chef. I cook out of passion and these are mainly the results of trials and errors in my very own kitchen. Again the recipes are not mine.. simply try to experience the taste myself. Kudos to all the original inventors of all these 'food'. Most of whom we'll never find out. Don't believe me? So tell me who invent Serimuka? Who gives this brilliant idea that you can stack a serikaya on top of a steam glutinous rice and give its name? I've googled but still not satisfied with the findings. Same goes with the other food. We can never call any dish authentically ours.. can we? So don't be surprised that sometimes we do prepare our dish differently. I remember Azli's frequent quote that there is no right or wrong answer. So is cooking... there is really no wrong or right preparation of certain food. The only difference is the end product and the final taste that it produces. "Sedap' is subjective. It all depends on how the whole food compliments your tastebuds. "Sedap" to me may taste differently to you and vise-versa.
I wish to thank ALL of you for taking the time to browse my FP. Even my own husband does not see my entries! Surprised? come on guys, we have the same menu.. but sometimes prepared differently.. that's okay. We make the same recipe but it turns out differently. And that's okay too. Certain recipes need several try-outs, if you fail once... you'll only improve the next time. You see better things sometimes are produced through time and mere adjustments. Never be discouraged... you'll be happy once you put some smile on those faces at home waiting at the other side of the table...




I made some Sweet Buns the other day. Got the recipe from Kak Hanieliza aka cyber chef at http://hanieliza.fotopages.com. We luv it... though I add additional ingredients to it like chopped dates and walnut. Seriously guys, this is my third try on breads. I think I'm just a goner at making bread. Please see the the original beautiful ones at kak liza's fp. The look of my sweet bun is somehow discouraging for me, but the taste.. is liked by everyone at home. None wasted... all consumed in one day. Thankyou Kak Liza....





SWEET BUN KAK HANIELIZA

Bahan A
500g tepung high-protein
25g susu tepung
75g gula
10g ragi segera (instant yeast)
1 sudu kecil bread softener
1 egg
1/2 sudu kecil garam
100g kurma dicincang kasar
100g kacang walnuts dicincang kasar

bahan B
250ml air
75g margarine

Satukan bahan-bahan A. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan margarine dan uli lagi sehingga lembut dan kenyal. Akhir sekali masukkan kurma dan walnuts.
Bahagi adunan kepada beberapa ketulan seberat 50g setiap satu. Bentuk mengikut minat anda. Perap kan sehingga naik dua kali ganda.
Bakar dalam ketuhar yang panas 180C sehingga masak dan keperangan. Sejurus dikeluarkan dari ketuhar, terus sapukan sedikit margarine diatas roti..






SHAMEEN KAMBING


Bahan A
1 kg daging kambing atau lembu - potong ikut suka
3 biji bawang besar di hiris halus dijadikan bawang goreng
Minyak menggoreng bawang diketepikan untuk digunakan lagi
1 sudu makan halia dikisar
1 sudu makan bawang putih dikisar


Bahan B
3 biji tomato didadu
2 biji lada merah dibelah dua
2 biji lada hijau dibelah dua
1 sudu makan tomato puree
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan tairu
5 biji badam dikisar
5 kuntum bunga cengkeh
5 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
segenggam daun pudina
2 pokok daun ketumbar
2 cawan air
garam secukupnya.

Satukan Bahan B dalam sebuah bekas dan ketepikan. Gunakan setengah cawan minyak bekas menggoreng bawang, tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging.
Masukkan bahan B, kacau rata dan masak selama 45minit. Kacau setiap 15 minit. Setelah 45 minit, masukkan bawang goreng, kacau rata dan masak sehingga daging empuk dan kuah nya pekat.
Setelah daging empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Enak dimakan dengan nasi atau sebarang jenis roti.



CAPATI

450g tepung Atta
2 cbsr mentega atau minyak sapi
1 cawan air dicampur dengan 1 cteh garam

Caranya :
Ayak tepung Atta kedalam sebuah mangkuk besar. Gaulkan dengan mentega atau minyak sapi. Gaul biar benar2 rata lalu dituang kan separuh bahagian air garam itu. Uli selama 10minit.
Setelah sebati.. tuangkan baki air sedikit demi sedikit dan uli lagi selama 10 minit. Tidak perlu habis kan air jikalau adunan sudah lembut. Tutup dengan sehelai kain lembab dan diamkan dahulu selam 45minit-1 jam. Bahagi adunan tepung itu kepada beberapa bahagian sebesar bola ping-pong. Canaikan sehingga ia leper.
Panaskan tawa dan masak capati itu. Jangan taruh minyak. Setelah ia mula mengelembung.. balikkan. Tekan hujung2 nya dengan sehelai kain, setelah masak, angkat dan BUNGKUS didalam sehelai kain sehingga tiba masa untuk menghidangkannya kelak. Sapukan sedikit margarine atau minyak sapi sebelum menghidangkan jika anda suka.

Nota : Adunan itu dibiarkan untuk beberapa waktu dahulu.. barulah ditekan semasa dimasak. Sebab ini akan menjadikan capati tiu agak 'ringan' lagi. (Pada Ramsis dan Aziah~ Selamat mencuba.)








KERABU SOTONG

300g sotong
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan muda
1 biji buah tomato
2 pokok daun kesum
3 batang serai
4 pokok daun ketumbar
10biji cili api
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnyer:

sotong dibersihkan kemudian dipotong-potong. Dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu masukkan kedalam periuk dan jerangkan diatas api yang sederhana (Jangan tambahkan air). Biarkan sehingga air sotong semua keluar dan sotong empuk. Angkat dan ketepikan. Bawang besar dan buah tomato di dadu halus. Cili merah dan cili api dimayang halus-halus. Serai , daun ketumbar, daun kesum , bunga kantan dimayang halus.

Gaulkan semua bahan-bahan yang sudah dimayang bersama-sama sotong tadi. Perahkan air limau kasturi. masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya sambil digaulkan sehingga sebati dan rata. Sesuaikan rasanya.







Quote:
Muni ~ Tq Muni.. Macam hepi gitu bila tgk Muni datang singgah. Give it a try ler Muni itu Kerabu sotong. Jangan segan2..
Kak Leen ~ Hai Cik Puan Rosleenda pun minat memasak kan.. Nanti boleh lah dicuba untuk keluarga tecinta.. Budak2 tu pasti suka..
MamaFami ~ Dah kak Rossya kata.. semua jenis yang halal dan dari mana daerah pun kiter suka. Asalkan bukan jenis yang 'manis2' tu..
Kak Kham ~ Nanti balik M'sia boleh try buat kerabu ni yer Kak Kham..
Rozzan ~ Tq Tuan. But sorry, Rossya takder resepi Jeneket. Tak pernah buat pun... sowee..
Anna ~Tq my dear sebab sudi kemari. Beruntung kalau dok dengan mak. Makanan yang sememangnya Paling lazat... ialah yang dimasak oleh ibu kiter sendiri.
Kakyong ~ Betulkan Kakyong? Aisey, kak yong pun dah sound cam Bro Azli... Mana dia menghilang yer...Dia dah gi Flickr .. terus senyap ler.. Rindu pulak entry dia..
CT ~ Tq my dear..
Amy ~ Budak2 Amy.. saper2 pun yang paling best mesti 'My Mother'. I know how overwhelmed... the feeling when our kids give us their 'approval'. That we are simply the BEST.
Zuhri ~ Tak tahu pulak 'ori' ker tidak. tapi sah memang Rossya dapat resepi sweet bun dari kak liza nyer FP.
MummyJam ~ Memang enak....
Ramsis ~ Alahh.. capati dan kari ikan dah biasa orang buat.. Tak yah ler resepi. Kalau u nak I nyer version.. nanti I 'under-table' to you horr... Dua tiga hari ni senyap ajer? takder project ker?
Hellikonia ~ Aiseh.. itu Shameen ah.. India mari ler.. Tapi yang masak itu hari.. melayu juga.. hahaa
Cakcibur ~ Syabas ler dapat pujian dari MIL. I know the feeling.. Best kan masak ngan 'air-tangan' sendiri kan? Terus kan memasak yer Cak. Selain ibubapa kiter sendiri.. kedua mertuapun nak kena pikat hatinyer juga..
Nic ~ Janganlah jeles Nic.. kak rossya buat roti pun belum pass lagik ni.. heheee
Kuchai ~ Haa.. nak kambing? Kambing dah kak rossya tambat kat belakang umah tu.. Kalau nak Shameen kambing.. mai ler datang rumah yer..
Ouled kenitra ~ Hai cukup ker satu ajer?
Yangmazni ~ Improvise ler Maz mana2 yang perlu.. asalkan dapat merasa...
Zess ~ Tq
Syasya ~ Chocolate balls tu camner? Cookie yang ader hazelnut kat dalam dan diluar macam Ferrero ker? Atau yang macam 'Rum Balls' yang ader kat kedai2 kek tu? Kak Rossya tak pasti which one yang syasya referring to..
Aziah ~ Alahh.. capati tu dah banyak orang tau bikin ler Aziah.. Takper .. nanti kak rossya tepek versi yang kak rossya selalu bikin yer.. Insy'Allah .. kejap lagi ajer..
Mai ~ Jangan kata 'cikett', banyak pun boleh asal Mai sudi ... hehee
Nn ~ Alahh.. fell in luv with my kerabu... ingat tadi fell in luv ngan sape...
Nabialishad ~ Tak makan kambing .. boleh Nabia gantikan daging lembu ker ayam.. pun ok..
Leezsa ~ Ish budak ni.. dah seronok tengok tu.. aper lagi? Buatkan lah untuk cik abang tu... Nak kasi dak Adam tu..belum penuh gigi nyer.. hehee
Syasya ~ Oh.. that rum balls. Tapi kak rossya memang tak pernah beli dan rasa.. ye lah sebab ader rum nyer.. takut mabuk pulak. Tapi Insya'Allah.. nanti kak rossya cuba buat dan tepek kan resepi nyer.. And that rum nak kena replace jugak... takut kiter makan.. pusing pulak dunia ni.. haahai..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net