Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 4-Sep-2006 09:21 Email | Share | Bookmark
atas permintaan..

 
Alamak puan dan tuan.... banyak busy ler saya... Sampai tak sempat nak update... Cam dah lama sangat gitu..
Eh.. Lama ker? Walau bagaimana pun, Kak rossya ingin nak post jugak today's entry bagi memenuhi permintaan seorang teman FP jugak... jeng jeng jeng... Kak Kham.. of http://siti96.fotopages.com. Kak Kham! Sudah ku cuba Tapai Ubi dan Tapai Pulut tempohari. Alhamdulillah.. menjadik jugak kak. Sungguh ler happy. Tak pernah ader konfiden buat tapai ubi.. Jadi, hari ini Rossya ingin berkongsi resepi dengan sesiapa yang berhajat untuk buat tapai sendiri. Senang sebetulnya nak membuat tapai ni... cuma banyak pantang larang nya. Betul... ader pantang larang bila membuat tapai.. tapi tak boleh ler terang kan disini.. Takut tak lepas sensorship board.. hehee..







TAPAI PULUT

1 kg beras pulut di rendam selama 2 jam dan dikukus hingga masak
1 biji ragi (dikisar dan diayak)

Cara membuatnya:

Ambil pulut yang dikukus dan masukkan kedalam bekas. Tuangkan air panas sehingga tenggelam pulut, Gaul rata. Ratakan pulut diatas daun pisang dan tabur ragi di atasnya. Gaul rata dan biarkan sejuk. Kemudian kepalkan pulut dan masukkan kedalam bekas. Balut dengan kain atau plastik dan simpan didalam tempat gelap selama 3 malam.






TAPAI UBI

1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya

Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.







Dan Kak Rossya jugak nak berkongsi resepi Fruit Tart hari ini. This is for u Niss... of http://myperiukbelanga.blogspot.com. Cuba lah , I rasa resepi pastry ni enak.. dah beberapa kali pun I buat.. Rossya buat dengan dua inti. Satu custard dan lagi satu guna chocolate ganache.. Buah-buahan yang enak digunakan sebenarnya banyak.. seperti kiwi fruit, buah peach, strawberry, anggur (seedless) dan kekadang tu Rossya gunakan raspberries dan blackberries dan canned pineapples. Tapi untuk buah2 yang masam sangat tu.. kena lah maniskan inti custard nya.. Selamat mencuba.





Fruit Tarts


Bahan Pastry:
350g mentega
130g pastry margarine
240g gula icing
2 biji telur
730g tepung gandum diayak dengan secubit garam
1 sudu teh vanilla essence

Untuk alas tartlett:
200g chocolate block dicairkan melalui double-boil

Peraturan membuat pastry:
Pukul mentega, pastry margarine dan gula icing hingga kembang sedikit. Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla. Kemudian masukkan tepung dan dikacau hingga rata. Sejukkan adunan ini dipeti sejuk (sekurang2nya 30minit) sebelum menerapnya. Canai adunan , terap dan isikan kedalam acuan tartlett. Cucukkan adunan dengan garfu sebelum membakar. Bakar dalam ketuhar kepanasan 180C atau 'oven yang mempunyai fan' 160C.... selama 20minit atau sehingga agak kekuningan. Apabila sudah masak, biarkan ia sejuk sebelum disapu dengan coklat cair sedikit. isikan tartlett ini denga krim custard dan hiaskan dengan buah-buahan. Sapukan apricot jam atau piping jelly yang sudah di panaskan dengan sedikit air .. keatas buah-buahan...



Bahan untuk krim custard:

(A)
500ml susu segar
100g gula
100g mentega

(B)
500ml susu segar
80g tepung custard
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
sedikit esen vanilla
sedikit warna kuning
secubit garam

Satukan Bahan B dan adun rata lalu ditapis. Ketepikan.

Masak bahan A bersama. Setelah mendidih, tuangkan bahan B kedalam Bahan A. Kacau hingga rata dan didih lagi hingga masak. Jangan sampai terlalu kental.






CHOCOLATE GANACHE

250ml single cream
250g couverture dark chocolate (hancurkan)

Panas kan cream dan didih kan sebentar.

Letak kan chocolate didalam sebuah bekas , lalu tuangkan cream yang panas lalu di gaul rata dengan menggunakan hand whisk. Sejukkan sebentar sahaja sebelum digunakan..


NOTA : Satu adunan Krim Custard dan Chocolate Ganache ini untuk cukup untuk mengisi satu adunan pastry diatas. Pastry yang sudah dimasak.. boleh disimpan didalam bekas ketap udara. Boleh disimpan beberapa hari sebelum digunakan. Jangan dibekukan.. Untuk krim kastard, letakkan sekeping plastik diatas permukaan krim untuk mengelakkannya dari menjadi kering dan berlapik diatasnya. Buka plastik bila hendak digunakan.

PESANAN BERHARGA : Tetamu Dari Temasek pesan bahwa tapai ubi itu tak yah ler nak bubuh gula lagi.. Sebab manis asli dari ubi tu lebih enak.. Sis Helli beri saranan kalau nak wangi, masa peram pulut tu masukkan daun pandan (simpul) sekali dalam bekas pulut tu. Kalau nak lagik klasik, bungkus dalam daun getah yang 1 pelepah ade 3 daun tu... Insya'Allah akan ku cuba.... tapi bab daun getah tu.. mana nak gi carik kat S'pore ni?



Quote:
Muni ~ Dulu arwah emak pernah kata.. bila nak buat tapai.. semua mesti nak bersih.. Baru ler tapai nyer jadinya putih sahja.. Kalau tidak dia pasti bertompok2 merah..
Adhadi ~ tq
Weda ~ Yes, kak rossya pun rasa sejukkan dalam peti sejuk lebih enak..
My periukbelanga ~ Pastry margarine ialah jenis yang digunakan untuk membuat karipap bai dan puff pastry tu..
Mamafami ~ Hai penyakit M.A.L.A.S dah mai ker? nanti buat ler Mama yer..
tina ~ Senang ajer buat tapai.. tapi tapai pulut memang tak guna gula... dia dah manis..
Tetamu Dari Temasek ~ Tq for browsing my humble FP. It's true, my late grandma kalau buat tapai ubi pun tak bubuh gula. Maybe, I tend to follow my late mum yang selalu bubuh sedikit gula to her tapai ubi. In fact, this is the first time I buat tapai walaupun dah beratus kali I tengok my mum buat dulu. Sebab emak kata buat tapai semua nak bersih.. kalau tidak susah nak menjadi. Rossya bukan ahli.. I just want to share this little knowlegde I have mostly acquired from my beloved late mother. I guess nothing is authentic anymore.. Along the way, orang dah banyak buat perubahan pada makanan sebab nak memenuhi citarasa masing2. Dan I rasa tak salah asal makanan tu tak terbuang. I feel sad to see orang2 yang dah berfamili tapi tak gemar memasak.. It's more sad to have orang2 yang pakar tapi lokek ilmu..
Gee ~ Tq Gee
Helli ~ Thanks sis for the tips. Tapi bab daun getah, takder lah kat sini Helli. I hope u try the fruit tart recipe. Nampak ajer susah.. but I believe u kalau dah cuba.. chicken ajer tu..easy-peasy.
Nic ~ Just archive these recipes for future trials. Nanti bila Nic senang boleh ler dicuba..
F&Z ~ Satu ajer? Cukup?
Cik Bawang ~ Betul tu cik Bawang. Kak Rossya pun baru tahu dari sis Helli. Bungkus dengan daun getah..sounds klasik betul..
Kak Kham ~ alah.. Kak Kham perkara kecil ajer.. Kak Kham sebenarnya pembuka semangat untuk rossya mencuba buat tapai buat pertama kali. I hope resepi ni dapat membantu kelak..
Tetamu Dari Temasek ~ Aisey, Adik. Kak rossya paling tak suka buat kek lapis walaupun suka makan. First reason, kak rossya kalau melapis sure tak cantik sebab tak consistent. Secondly.. tak sanggup nak tunggu every 10minutes or so untuk buat lapisan. So if u're really interested, just tell me which you fancy, and I'll email the recipes to you. Don't worry, these are recipes that I've tried and tasted thru' the years. Rasa tetap sedap , kalau orang yang tekun melapis.. tentu bertambah sedap dengan lapisan yang cantik dan tersusun. Boleh? Marah ker? Ps~ I'm just happy when even just one soul can benefit from this fp.
Mama Anis ~ Kak rossya suka buat mini. Aper2 pun kalau boleh buat mini kak rossya buat..
Luz Macia ~ Haa.. kenapa pulak ngan strawberry tu?
Nazli ~ thankyou..for the information.
Sabrina ~ Kak Rossya belum pernah rasa ketupat palas. Sedap agakyer.. Hai.. takper lah Sab.. nak pandai juga menyesuaikan diri.. baru bahagia....
Mai ~ Mai, Kak rossya guna photoshop ajer untuk editing..
Cuyus ~ Lama dah tak makan? Isk ... sana susah ker nak dapat tapai Yus?
Cakcibur ~ Cak are u due for delivery? Bila due? Kalau begitu, Lya tak lama lagi dapat adik yer? Patut lah Lya selalu demam2. Orang2 tua kata kadang2 ini pembawaan.. (Ish macam betul ajer kak Rossya.) Anyway, take care of urself Cak.
Zaitie ~ nak tart buah?
Meorjay ~ Rossya pun suka makan tapai yang sudah disejukkan dahulu.. memang enak..
Cakcibao ~ Yerlah Tuan.. bulan posa tak boleh banyak gambo makanan... cobaaaaaannn..
Nabialishad ~ Kak Rossya pulak feberet tapai ubi... slurpppp.. sedap..
Fadh ~ nyum nyum
Diella ~ tunggu yer Diella depan lift tu.. heheee
Nana~ Yup ! kak rossya dah tengok yr wedding sourvenirs.. Memang cantik...
Kuzi ~ Yer lah Kuzi kan lagik busy.. Kalau bulan posa.. tak banyak ler letak gambo makanan ni..
Yangmazni ~ Maz, Kak Rossya selalu buat 1/2 adunan.. Boleh dapat about 50 mini tartletts..
MummyJam ~ Aisey.. Mummy ni wanita Millenium ler.. Tak makan tapai yer? tapai kan sedap mummy..
Kakyong ~ Fruit tarts kalau bercolor2 memang menarik kakyong..
Linda ~ Okie dokie.. nanti bulan posa kak rossya tone down kan sikit yer.. hehee
Zuhri ~ Hai Tuan, kiter tak jual cookies ler.. Tapi kalau bagi idea kuih aper nak buat.. boleh ler..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net