Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 31-Aug-2006 22:00 Email | Share | Bookmark
tender lovin' delights...

 

Laughter is the best medicine (Petikan dari Melayu Jenaka)


Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak-borak lah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil?"

"Oh.. cara aku mati dulu teruk.... aku mati dalam peti ais... sejuk!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Oooo.. kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak sure kau tengah lepak-lepak ngan famili kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah ! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya," jawab Hantu A sayu.

" Cerita lah sikit.. Sambil-sambil lepak nih..."

" Camni... Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap lah isteri aku. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark rumah aku. Aku rilek dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak sepasang kasut lelaki kat depan umah aku. Aku tanye isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tuh. Abis semua bilik aku carik tapi tak jumpe. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tu, aku pun pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak.." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengar cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B pun berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."







DONUTS


Bahan:
I paket ibu roti kering (yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan lemak sayuran ( shortening)
5 cawan tepung kek
minyak sayuran untuk menggoreng





Taburkan ibu roti kedalam air suam dan biar kan selama 5 minit sehingga ia berbuih.

Didalam mangkuk besar, satu adunan ibu roti, susu suam, garam, lemak sayuran, gula dan 2 cawan tepung. Adun selama beberapa minit dengan kelajuan mesin yang sederhana. Masukkan baki tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut dan tidak melekit. Perap kan adunan didalam bekas yang sudah digris selama 45 minit sehingga adunan naik dua kali ganda.

Setelah adunan naik, gelekkan dan terap dengan menggunakan citak donuts setebal 1/2 inci. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan ia naik sekali lagi. Selepas donut naik, boleh lah digoreng didalam minyak yang panas. Balik-balikkan dan angkat sambil ditoskan minyaknya. Hiasi lah ia mengikut kegemaran anda atau disira dengan gula sahaja.






KEK COKLAT

Bahan:
4 biji telur
225g tepung naik sendiri di ayak
55g serbuk koko diayak
225g gula caster
340g mentega
3 sudu makan susu manis (dibancuh dengan 55g air)
1 sudu teh esen vanilla



(Loyang yang sudah di alas dengan kertas kuih dan disapu dengan mentega sekelilingnya.)

Panaskan ketuhar 160darjah. Bila hendak masukkan kek, turunkan ke 150darjah. Pukul mentega, gula dan vanilla sampai putih dan gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan 1/2 bahagian tepung/koko dan 1/2 bahagian air susu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan lebihan tepung/koko dan lebihan air susu dan gaul hingga rata. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.

Setelah 45 minit, sila buka ketuhar dan lihat keadaan keknya. Jika masih belum masak, turunkan kepanasan kepada 140 darjah dan biarkan sehingga ia masak. Untuk mengetahui kek sudah masak.. cucuk dengan lidi, jika lidi bersih apabila dikeluarkan, bermakna keknya sudah masak.








Quote:
Muni ~ Terima kasih kerna sering menjenguk kemari. Rossya letak isi donut tu dengan sudu ajer. Buat kan adunan seperti bentuk mangkuk yang dalam, kemudian diisi inti. Ketapkan hujungnya dengan sedikit air dan bulat2kan perlahan2 kembali sehingga licin permukaan nyer. Boleh juga menggunakan nozzle yang tajam untuk mengisi inti..
Hanieliza ~ A'ah, Rossya pun ader lihat kak liza pun buat Donut suria kan? Tapi kalau chef yang buat, mesti sodap kan, sebab tu budak2 tu tak sabar nak serang..
Ramsis ~ Takder tepung kek, Ram gunakan all-purpose flour ajer atau sebarang super-fine flour..
Hanna & Eez ~ Takmo cuba ker... yang ini Eez dah boleh makan kan?
Kak Kham ~ Lucu kan kak kham? Sedih tau kak kham.. dah ler jadi hantu.. hilang bini pulak tu..
Edoras ~ Oh Edoras pun chocoholic yer? Nih dah buatkan 4 dozen.. kenape tak collect2 ?
MamaFami ~ Makanan tu kan siap dimake-upkan mama sebelum 'photo-shoot'. Menarik ler jadik nyer... alah cam mama punyer jugak ler.. heheee
Elin ~ Ish ! Mana ader sama dengan Dunkin Donuts? Cuma macam Rossyabakes ajer lah Elin..
KNizam ~ Yes, Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.. Hooray!
Mademoseille Ayu ~ Nak gi Dunkin Donuts? Nakkkk ittut!
Luz Macia ~ Alah.. dah malam ni.. besok ajer ler carik..
Nic ~ Makan dulu Nic... besok leh diet..
Ida Natrah ~ Itu makner nyer masih laporr Idah... Ah.. pi ler makan..
Kuzi ~ Terima kasih Kuzi, dalam kesibukan pun sempat jenguk kemari...
Yangmazni ~ Donuts ni kegemaran semua kanak2.. Buat jangan tak buat..
Gee ~ Eh.. real ah tu.. kak Rossya kalau buat kuih suka yang minis.. comey2...tak muak dan lagi cantik..
Khairul hafiz SF ~ Thanks for visiting khairul..
Ouled kenitra ~ ish ni bukan batu... Mana ader pakai ketul? Ini ..donuts.. mesti pakai biji..Ok.. nak berapa biji?
F&Z ~ Best eh citer tu? Did it make you laugh Fazi?
hellikonia ~ Helli ni busy betul ler... asyik tak cukup time ajer.. Suruh ler 'askar2' kat rumah tu tolong.. mesti fun punyer..
Sabrina ~ Kesian nya Sab.. Hopefully dah sembuh yer.. Take it easy ler.. Migraine ni nak kena relax dan jangan stress2...
Anna ~ Donut tu memang sedap buat snack .. siang malam pagi dan petang.. pasti enak dimakan..
Marcia ~ Adoii... marcia... hang kalo lapaq.. pi ler makang...
Myperiukbelanga ~ Donuts are 'safe' snacks for kids... Sure diorang serbu punyer...
Nina ~ Amboi .. malas yer... Tapi rossya intai Nina asyik gi kedai bakery ajer... Mesti kumpul bahan nak buat project kan..kan..Nanti rossya nak pi intai lagi ler..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net