Want your
own Fotopage?






 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Wednesday, 30-Aug-2006 23:24 Email | Share | Bookmark
Mee rebus... dan..

 
 
Bual kosong ~ I guess this year is really an EVENT. A fairytale event. Now that CT is married. So ..many broken hearts out there huh? Don't you think she looked amazingly beautiful.. Over in Singapore , it is also BIG news. Press made non-stop coverage on her last solemnization. The ceremony captured in mega pixels is really a boost for the local newspaper. Everywhere I go, people are talking about CT and her prince charming. My emails looks like a mega traffic jams with topics on CT and her wedding.. And her photos, past photos.. and future anticipated photos... blah blah blah... (Baik2 minat jadik penat... ler ~ jangan marah ler peminat CT) But anyway.... I think she's great... beautiful and talented and oh sooooooooo manis mannnnnjaaaa...


Ok.. today my dear, I'm posting a recipe called Mee Rebus.. I don't know whether my friends in M'sia have such noodles there. Anyway, here's our version...





MEE REBUS

500g mee kuning
500g tauge (dibuang akarnya)

Bahan kuahnya:
500g ubi keledek(direbus dan dikisar halus)
250g tetel lembu (dicuci bersih dan direbus hingga lembut)
sedikit minyak unuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kisar:
3 sudu makan tauco (cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin)
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (disangar)

Bahan taburan :
telur rebus, tahu goreng, limau kasturi, hirisan cili hijau, hirisan daun sop/bawang dan bawang goreng.







Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila sudah berbau wangi, masukkan air rebusan dan tetel lembu. Kemudian masukkan keledek , garam dan serbuk perasa. Jika hendak manis, masukkan sedikit gula. Lebih enak kalau menggunakan gula tanjung. Bila sudah mendidih, matikan api.

Celur mee dan tauge, lalu toskan. Bila hendak menghidang, masukkan mee dan tauge kedalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan taburkan dengan bahan2 taburan. Hidangan ini elok dimakan semasa panas.



Do you have food or any dishes that you don't have a proper name for it. Well, I have lots of such food. My late mum used to give nicknames to her food. Those short-formed that only her family members are familiar. We would come home from school and ask, " mak.. masak aper mak arini?" And she would answer, " Mak masak 'ikan potong cili bawang." atau " mak masak ayam goreng2 ketumbar" atau "mak masak sambal gerenseng". Sambal gerenseng ni sebab sambal nyer kering dan ditumis dikuali .. dan bila proses memasak tu mesti bunyi macam 'seng..seng.... seng..' '.Ikan potong cili bawang' is fried fish in tamarind gravy.. and 'ayam goreng2 ketumbar' is stir-fry chicken with corriander powder. This is quick to prepare..






AYAM GORENG KETUMBAR

1/2 ekor ayam di potong kecil
1 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan hirisan:
I labu bawang besar di potong empat
2 biji cili merah dihiris serong
6 biji cili padi dihiris
1 batang lobak merah dihiris tebal
3 tangkai daun kari

Ayam di bersih kan di lumur kan dengan serbuk ketumbar, serbuk lada dan serbuk kunyit. Perap selama 15 minit.

Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumis ayam bersama daun kari hingga masak. Setelah ayam masak dan lembut, masukkan bahan2 hirisan dan gaul sebentar. Bubuhkan garam dan sedikit gula dan gaul lalu dimatikan api. Hidang bersama nasi putih


Quote:
Muni ~ Sambal gerenseng tu eh? nanti yer rossya tepek kalau nak cuba...
Mama anis ~ kat sini semua orang melayu pun panggil tetel jugak. Ia sebenarnya bahagian yang berlemak dan banyak urat tu. In English, they call it 'beef trimmings'.
Ecah ~ Tak yah ler nak cari.. masak sendiri pun orite kan..
Leezsa ~ Alhamdulillah... boleh wat berbuka posa ni..
nabialishad ~ Dulu selalu ke Komtar, JB. Tapi tak pernah lagi makan mee rebus diM'sia. Itulah kak rossya ingat takder mee rebus diM'sia. ps: Nabia, camner nak buat kerak2 tu eh?
Kuchai ~ Ingat yang sodap2 ajer ler..
MamaFami ~ Aisey.. tak pernah makan mee rebus dengan pendaram. Camner resepi pendaram tu mama? Ps: Nanti kiter tepek yer resepi masak campak2 emak kiter yer..
Cakcibur ~ Cak ni buat kak rossya tergelak ler. Ader ker nama sambal tu 'sambal setan'. Dhasyat nyer!! Kak rossya hari ni masak sambal sotong pun tersenyum sendirian.. kot2 takut sotong tu keluar tanduk pulak. Ps: Kalau cik abang tu ajak jenjalan .. pegi ler.. Kesian dier.. make him happy. Kiter pun masak sebab nak membahagiakan selera nya.. Kiter ikut dia jenjalan sebab nak membahagia kan hatinyer pula.. ok
Darling ~ Betul??? Nanti kak rossya nak gi sana pi intai yer..
Anna ~ Itulah, Anna.. emak2 kiter ni macam2 nama dia bubuh. Ader yang tak sedap betul didengar. Tapai rasa nyer power. Mungkin itulah yang membuat sesuatu masakan itu unik..
Myperiuk belanga ~ Go ahead lah Niss. I pun dah curi link you punyer blog. Marah tak?
MummyJam ~ Betul mummy.. janji sedap!
Amir ~ Hai akak dah hulur dari tadi.. kenape tak sambut2 Amir?
Cuyus ~ Emm.. mengelamun tengok langit yang dramatik tu ker? Lama tak singgah sini.. busy kot Yus..
Hellikonia ~ Helli , yang lucu tu bila emak2 kiter bubuh nama yang kelakar2. Ader lauknyer simple, tapi nama nyer pula berjela2 pulak..
Kakyong ~ Di Singapore ni, mee rebus is voted as one healthy dish. Of course, tolak tetel lembu tu ler..
Gee ~ Nanti kalau gi Stulang, Kak rossya nak try ler Mee Rebus nyer. Masih ader dijual disana ker Gee?
Mademoseille Ayu ~ Mee rebus memang sedap Ayu. Kalau ader tetamu, it's safe to prepare this .. cos.. semua orang suka makan..
Tina ~ Serbuk perasa tu seperti ajinomoto ler Tina. Tapi kalau Tina tak suka, tak yah bubuh ler..
Door Gift 4 Wedding ~ nYum nYum
Yangmazni ~ Malas nak masak takper.. boleh beli sahjer...
F&Z ~ Memang sedap Fazi.. cuba try kalau tak caya.. hehee..
Kak Kham ~ Nak order? Tak leh ler.. kena bikin sendiri... hahaaa..
Edoras ~ Begitu popular tak kenal? ker action tak kenal? Aisey, Edoras pun kecewa jugak ker..
nn ~ Siapa tu? kat mana gerai nyer... boleh jugak kak rossya cari...

Most recent comments... (In posting order)
sambal gerenseng..., best dengar cite macam mana dapat nama dia, agak-agak kalau nak tulis sebagai resepi macam mana yek , ayam goreng ketumbar tu nampak sedap Wed 30-Aug-2006 00:48
Posted by: muni  - [Link]
Mee rebus!! My fav.
Ari tu try buat x jadi.., kali ni boleh try lagi!
p/s: K Rossya, tetel lembu dlm bahasa Melayu std apa ye?
Wed 30-Aug-2006 01:14
Posted by:mama anis  - [Link]
peeerrrggghhhhhhhhhhhhhhhhh
ecah nak mee rebusssssss..... gile best...
sudah... lecur dah liur nih... nak kene carik gak nih...
isshhh... sis... dose a wat camnih...
Wed 30-Aug-2006 01:53
Posted by:e c a h  - [Link]
hmmmmmmmm...sedapnye kak. tgh puasa nih....... Wed 30-Aug-2006 02:50
Posted by:leezsa  - [Link]
fave nabia nihhhhhh..fave bangat tu...org johor kn..so nih suatu kemestian..dlu masih ingat kt jb ada sorg pakcik nih juai mee rebus kt kawasan komtar..akak penah turun jb?nabia x ingat nama pakcik tu..tp skrang dh xde..mee rebus dia really sedap ditambah lak kerak2 tepung crunchy ditabur atas mee rebus tu..pehhhhhhh akak berjaya mengimbau kenangan lama laa..huhuuuuuuuuu Wed 30-Aug-2006 03:34
Posted by:nabialishad  - [Link]
adeh laarr kak ooii trus teringat mee rebus angsana ngan kat temerloh Wed 30-Aug-2006 03:41
Posted by:kuchai  - [Link]
memang minat mee rebus. Dulu masa tinggal kat JB selalu makan mee rebus stulang laut. Sedap uuuu. Siap ada "kerak kerak" yg di tabur. Kalau makan tak cukup sepinggan... Wed 30-Aug-2006 03:57
Posted by:ramsis
Sedapnya kakkkk...daripada mata separuh terbuka (baru bangun), terus terbeliak tengok akak punya hidangan. My mom orang Johor, so kalau dia masak mee rebus, siap ada pendaram (tepung goreng with udang)...akak ni, buat kita kecur la....Nanti bebila senang, boh lah pulak resipi ikan potong cili bawang dan sambal gerenseng tu ye...amboi, banyak plak cengkadaknya.... Wed 30-Aug-2006 04:11
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
hoho..mekasih kak rossya, at least dpt recipe ori..asik beli perencah mee rebus je.. my mom pandai buat mee rebus, tp tak sempat nak turunkan ilmu dia kat cak... ehmm..rase dia lebey kurang rase mee jawa kan?..
psl masakan yg taruk nama sendiri tu, our family ade panggil satu sambal nih dgn nama "sambal setan" sbb dia pedas tak ingat... tp bila makan, nak lagi...
lepas tuh , ayam kuning.. psl pakai kunyit hidup tumis dgn beberapa jenis rempah (sedap!! terliur lak)... ikan pecal (org jawa panggil pecel lele)... byk lagik la...
by the way.. thanks to kak rossya yg dah membuka mata saya utk terus cuba memasak..suami pun dah puji dan kdg² bising sbb bile dia ajak berjln je, saya refuse sbb asik dok kat dapur je... dah seronok plak memasak ni... weekend nak cuba mee rebus plak.. THANKS!!
Wed 30-Aug-2006 04:49
Posted by:cakcibur  - [Link]
menarik..nampak sodap..saya nak cuba resepi ni on the weekend. ..aisey betul ke saya nih.. Wed 30-Aug-2006 06:01
Posted by:darling  - [Link]
definately mee rebus one of my fav menu (kalo kena cara kuahnyer la). sedap tuh! kak rossya repond sket ni ek tentang masakan yg main taram nama. my MIL lagik best, dia namakan ayam berempah ketumbar tu dengan 'ayam kotor'. erksss... i tanya nape plak gitu namanya. "sebab bila goreng habis kotor minyak" . i think i need to change the name la.. ayam berempah ke Wed 30-Aug-2006 06:34
Posted by:anna  - [Link]
Fotonya sendirik udah membuat aku drools...Psstt rossya, aku link kamu bole kan? Wed 30-Aug-2006 07:56
Posted by:MyperiukBelanga
tak kisah lah ape pun nama diberi janji sedap!! Wed 30-Aug-2006 08:16
Posted by:mummy jam  - [Link]
mee rebus special satu!!!!!!!!cept sikit kak lapaq nie.... Wed 30-Aug-2006 08:41
Posted by:amir  - [Link]
lama tak singgah mkn2 kat fp ni... rindu lak
mee rebus satu
Wed 30-Aug-2006 09:13
Posted by:cuyus  - [Link]
aiya... kat sana pun kecoh hal cik ct ka? i juz cannot take anymore on her la, tmasuk juga budak kulai 2 org tu
my mum & my late grandma pun ada dishes yg bubuh nama sendiri. masak kuning, masak putih, masak asam (this one exactly ur mum's ikan potong cili bawang).
masak kuning tu my fav. especially kalo buat dgn ketam/sotong. it's kelapa+cili+halia+serai+kunyit+air asam. best wooo...!!!
Wed 30-Aug-2006 09:53
Posted by:hellikonia  - [Link]
amboihh..mee rebus pulak...makin drooling la diriku ini dibuatnya mee rebus nih mcm2 version.. ada mee rebus johor, mee rebus utara (my MIL speciality ), mee rebus tulang..etc.. adeiii tak tahan menaip nama makanan lazat nih. Wed 30-Aug-2006 11:54
Posted by:kakyong
isk3 sedap tu mee rebus mase kat JB selalu gak mkn mee rebus stulang
ni yg buat kite tak sabo nak balik ni
Wed 30-Aug-2006 14:40
Posted by:gee  - [Link]
Ya Allah... Sedapnya tgk mee rebus kak rossya ni.Ayu suka sgt2 mkn mee rebus ni.U make me mouth watering la kak.. Wed 30-Aug-2006 16:59
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
Sedap betul nampak mee rebus tu.......... Semua yang Rossya masak, bila tengok memang rasa nak cuba terus je........
p/s Tina nak tanya cikit je , serbuk perasa tu serbuk apa?
Wed 30-Aug-2006 20:43
Posted by:Tina  - [Link]
serious terliurrr... slurrrpppp.. Wed 30-Aug-2006 21:37
Posted by:Door Gift 4 Wedding  - [Link]
sodapnya mee rebus tu, tapi malas nak buat hehehehh......... order sepinggan boleh Thu 31-Aug-2006 00:39
Posted by:yangmazni  - [Link]
MasyaAllah.. sedapnya nampak gambar makanan ni..... Thu 31-Aug-2006 02:04
Posted by:~F&Z~  - [Link]
sedapnyer niii.... nak oder mee rebus bolehhh.... Thu 31-Aug-2006 02:40
Posted by:kak kham  - [Link]
Tak kenal itu CT lah...
Ayam goreng ketumbar tu nampak best jer....yummy...
Thu 31-Aug-2006 04:30
Posted by:EDORAS  - [Link]
mm mee rebus pak hj wahid kat jb...
akak... gambar2 pon mngancam la............
Thu 31-Aug-2006 05:11
Posted by:nn  - [Link]
sangat la sedapnyaaaaaaa.................... Thu 31-Aug-2006 06:54
Posted by:zuhri  - [Link]
huk alo.. laparnyer.. mana nak cari mee rebus.. huhuhu.. ayam tu pun menggoda iman.. Thu 31-Aug-2006 08:12
Posted by:luz macia  - [Link]
hmm.. lama dah rasanya tak makan mee rebus...
nanti nok suruh org rumoh masok mee rebus kuoh pekat cam lam gambor tu...
Entry saya pula berkenaan Sambutan Kemerdekaan di Kuantan...
Sudi-sduilah ke http://ibresources.fotopages.com/
Thu 31-Aug-2006 09:15
Posted by:dR ali  - [Link]
tak pasti la ade lg ke x gerai tu k.Rossya. kite dah dua taun x gi sane...
Thu 31-Aug-2006 22:20
Posted by:gee  - [Link]
alahai kak rossya, tak baik betulla letak gambar mee rebus tu... Adusss, naknyer la makan... nak buat kat sini tak cukup bahan... sedihnyerrrrr Sat 2-Sep-2006 11:38
Posted by:bnurushd  - [Link]
psssttt akak..x prasan akak ada tanya resepi yg cruchy2 atas mee rebus tu ek..hmm nih mak nabia bgtau camna nk buat tapi akak cuba ek..bhn2nya tepung gandum+serbuk jintan manis+serbuk jintan putih+bwg merah+putih kisar sket+garam sket+telur 1 biji+santan sket-->gaul2 dgn air(mcm kita buat batter pisang goreng tp pekat sket ja)..then goreng sampai dia rangup2 gitu..cuba naa..kalau menjadi report tau..sbb nabia x expert mak yg expert..slalu dok usha jk dia buat..tlg mkn ja!! Mon 4-Sep-2006 08:58
Posted by:nabialishad  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com