Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 27-Aug-2006 20:16 Email | Share | Bookmark
Biskut jejari oats...

 
When I first got this recipe from Helli of http://yt5486.fotopages.com, I was excited. I was sceptical at first looking at the recipe which required the cookie to be rolled into milk powder. I simply can't imagine myself taking in baby milk powder just like that. When I finally have the first batch of cookies out of the oven, I was having four young testers in my kitchen. Eager to sample the product. Once cooled, we quickly dabbled the cookies into the milk powder and slide one each into our mouth. The cookies turned out pretty well. The kids gave their thumbs-up. I made my second batch last Thursday. Today, the cannister is totally empty. Thank you Helli for sharing your wonderful recipe with us. Though I made some drastic changes to its shape.. I know deep in my heart that you wouldn't mind at all...






Hellikonia's BISKUT JEJARI OATS

250g oats
430g tepung gandum
230g gula caster
1 1/2 sudu makan serbuk cocoa
200g Ghee (Minyak sapi)
125g mentega
susu tepung secukupnya


Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat2 kan membujur seperti bentuk biskut makmur. Bakar dalam ketuhar 160C sehingga masak.

Biarkan biskut benar2 sejuk lalu digolekkan kedalam susu tepung.



Nota : Kak Rossya tidak bentuk kan bujur, tapi kak rossya gelekkan adunan dan citak biskut ini mengikut bentuk yang diminati. Kemudian setelah betul2 sejuk, ia disira dengan susu tepung diatasnya. SELAMAT MENCUBA.

NOTA: Walaupun biskut dah tak rupa jejari... bentuk telah ku ubah.. tapi nama nak kena retained. Sebab .. copyright reserved.... HakCipta terpelihara...






KEK GULUNG NUTELLA

25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella

Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in
(Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)

Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda. Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur2 mengikut susunan warna yang anda minati. Ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah. Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang2 nya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic wrap. Simpan didalam peti sejuk.

Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat2.







Quote:
MamaFami ~ Budak2 kata sedap.. caya ler.. Banyak betul bunga kat taman mama yer.. Tapi kak rossya tak nak bunga yang ini.. Nak bunga ros.. ader.. (Ish! Cerewet pulak tu.. orang dah bagi.. )
Along ~ Kesian nyer Along.. Bak sini balang kosong , kak rossya isikan mai..
Apiq ~ Kalau nak merasa.. kat kedai banyak... Tapi kalau nak rasa yang akak buat.. kena ler mai sini..
Muni ~ Kalau boleh beri Muni some ideas untuk HariRaya nanti.. itu sudah buat ku bahagia.. Chewahh..
F&Z ~ Try ler Fazi .. somthing different kan.. asyik inti jam dan cream ajer kan..
MummyJam ~ Mummy boleh beli dari kedai yang menjual bahan2 kek. Disana ader susu tepung dalam paket2 kecil. Sedap pun rasanya. Petua kek gulung.. jangan dibakar terlalu lama,.. oven mesti panas betul, dan jangan letak adunan terlalu nipis diloyang. Ini semua punca kek gulung mudah retak dan pecah bila digulung nanti..
Gee ~ Yummy Gee. Sedap.. kiter favourite ler..
Edoras ~ Hai Edoras, kalau semua kuih yang di ubah tu ditukarkan namanyer.. hilang identiti kuih tu..
Harlina ~ Takper ler Lin.. nanti dah balik M'sia.. kenal ler Lin dengan cik puan Ovelette tu.. Gebu dan kuning melekit dier ni..
Anna ~ Kak rossya suka letak Nutella dalam biskut dan kek. Banyak resepi kak rossya yang menggunakan Nutella. Giler banget ngan Nutella..
Norazlina ~ Nora pun boleh cuba..
Hellikonia ~ Tak ler Helli, Rossya pun guna susu tepung yang dibeli dikedai bahan2 kek. Tapi rasanyer pun macam susu baby jugak. Patutler budak2 tu suka. Eh.. makan biskut ni bole tambah berat badan ker.. Alaah.. biskut2 kecik ni? Minyak sapi tu bukan ler banyak mane..
Amy ~ To my tastebud.. it's really great!!
Kakyong ~ Cuba ler kakyong. Kakyong jangan tak tau.. kiter ni kan hantu colour. Suka sangat dengan bright and vibrant colours on my foodstuffs.. macam lukisan gitu ler..
Darling ~ Kalau posa.. sabar nak ooi... Tabah kan hatimu...
Suhaimi ~ Sana lapaq.. sini lapaq.. akak rasa hang pi ler makan Joni..
Gerimisalji ~ Lagi dasat.. lagi cantiq..
Kuchai ~ Nak jadik instant tester? Boleh.. tapi perut nak kuat hahh..
Phalinn Ooi ~ It's okay Phalinn.. Enjoy urself while u're still in M'sia. Tak lama lagi nak balik Ireland kan. Visit the other fps u can catch up when u're settle back in Ireland. Spend this precious period with your loved ones more..
Nic ~ jangan tak buat untuk papa Nic. Papa Nic suka biskut oats ker? Hujung minggu ni boleh ler experiment Nic..sayang..
Aureanayz ~ Aisey.. ovelette tu actually bahan pelembut untuk kek sponge. Kalau takder.. try to replace dengan sponge cake stabilizer or softener. Kalau kat sini kiter kadang2 gantikan ngan Quick 75 jugak.
Izzaezani ~ OMG.. kak rossya lupa ler dear.. what's the name of that big font.. Jangan marah yer..
Nabialishad ~ Kak rossya kan hantu colour, Nabia. Suka kuih2 yang bercolor2. I remembered once when my late mom jadik marah bila I color my kuih makmur pink and sepit jadik bentuk bunga ros.. ish ish ish.. I thought I was being creative.. tapi my mum kata I rosakkan resepi.. hehee
Ramsis ~ Senang tu Ram .. u boleh bikin haah..
Kak Kham ~ Nanti balik M'sia bole bikin kak kham. Bahan2 nyer tak sukar nak cari..
Yangmazni ~ Maz kalau nak buat.. untung ader tiga pembantu.. yang mesti suka nak buat. It's fun for the kids u know pat baking2 ni..
Beskal ~ Rajin tu tidak adik, but dah jadik semacam hobi.. Nak sikit ker?
Ayu ~ Selamat Hari Raya Ayu.. Takutnyer kak rossya .. kak rossya bukan sifu...Kak rossya pun cuba resepi orang.. Kek Roll kalau u dah ader resepi asas yang you are confortable with ajer dah senang. Intinya .. you boleh gayakan macam2. Krim atau jem sekalipun. Cuba letakkan dirack belah tengah dalam oven bila membakar.. jangan terlalu browned.. nanti sejuk.. kek roll mudah retak. Letak adunan tepung tu diloyang pun.. jangan terlalu tipis.. sebab kek mudah hangus dan pecah. Bila roll kek.. biarkan kek benar2 sejuk.. dan roll atas kitchen towel lebih mudah.. In fact, bahan tepung kek.. tu pun boleh letak perisa for variety. Kak Rossya bab mengajar ni hancur sikit.. sebab bukan chef.. tapi kalau nak kongsi resepi and a few tips boleh lah.. kak rossya tak keberatan kalau dapat membantu..
Ayu ~ Alahai ciannyer... Sungguh kak rossya tak pandai nak bagi kursus. Kak Rossya sebenarnya pun cuba resepi orang. Kalau you were to refer to berita Harian.. ader ramai guru2 memasak yang dah bertauliah. Kalau you teringin sangat nak tengok cara kak rossya.. Insya 'Allah.. nanti lepas raya.. mana tahu lembut hati kak rossya nak membantu.. hehee..(cam betul ajer kak rossya ni.. ) Kak Rossya tinggal di Woodlands St.83. Email me ok at erj2407@singnet.com.sg. Tapi sekarang oven kak rossya baru mogok.. temperature semua dah lari.. nak kena repair dulu lepas raya .. ok..
Min ~ Kalau membuat kek roll.. gunakan telur yang sejuk lebih baik..
Niza ~ yer lah.. citarasa kiter berbeza2 kan.. I got the recipe from Hellikonia who actually sold thousands of these during last Hariraya.. We thought it was nice.. even without icing sugar in the milk powder. My daughter and her frens really enjoy 'em. I even made the second batch lat beberapa hari sahja after the first try. Hari raya tu I pun buat juga sikit.. kids loved it.. but not many adults in my family suka milk powder..Tapi abes jugak tu.. Sorry.. you didn't like it that much..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net