Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 24-Aug-2006 03:30 Email | Share | Bookmark
Serabai dan kuah Serawa..

 
Hari ini, kiter letakkan resepi yang mempunyai tapai nasi sebagai bahan utama. Mungkin ramai yang keberatan untuk mencuba resepi ini kerana bagi sebahgian orang membuat tapai nasi adalah sesuatu yang leceh. Membuat tapai nasi tidaklah susah.. hanya perlu di perapkan beberapa hari sebelum boleh digunakan.

Minggu lalu, selepas dok belek2 durian dibelakang rumah.. akhir nya ku bawa pulang jugak sebijik dua. Ish.. bukan durian dari kebun durian kat belakang rumah tu... Durian di kedai belakang rumah... Murah jugak.. durian Segamat. Isinya.. amboi mak ..mintak ampun sedapnyer!! Selepas makan dua-tiga biji bersama Lisya, selebihnya ditinggal kan untuk cik abang merasa pulak. Bila dia pulang.. melihat durian yang gebu isi nya.. disuruh nya kiter buat pengat durian (kuah durian) dan request lagi mintak serabai..
Jadi... kiter pun buat tapai nasi dan perapkan selama dua hari. Habis dok menunggu tapai nasi menjadi, habis jugak baki durian tu kiter dan Lisya kerjakan. Lat beberapa hari.. gi lagi beli durian untuk buat pengat. Cik abang senyum.. kerana permintaan nya tercapai. Pengat durian memang kegemarannya sekali pun selalunya sekadar cecah bersama roti perancis. Atau pun pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit gula. Kadangkala, memasak menjadi suatu kepuasan dalam kita memuaskan permintaan ahli keluarga dan oranglain..






TAPAI NASI

600g nasi sejuk
1 biji ragi kecil

Ragi ditumbuk halus dan ditapis. Kemudian di gaul kan bersama nasi sejuk hingga rata. Masukkan kedalam bekas ketap udara dan dibungkus dengan kain. Simpan selama 2 hari, sehingga menjadi tapai nasi. Bila tapai ini betul2 sudah menjadi, buang airnya dan boleh lah disimpah dalam peti sejuk. Bila hendak digunakan, keluarkan jumlah yang diperlukan, lebihannya di simpan kembali dalam peti sejuk..






SERABAI

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih ( dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam



Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan kedalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan diatas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya
~ SERAWA)



KUAH SERAWA (KUAH DURIAN)

Kuah serawa dibuat dengan santan kelapa,. Didihkan dengan sedikit isi durian, gula Melaka, sedikit garam dan daun pandan. Mendidihkan sehingga ia pekat, diatas api yang sederhana.


Kuah Serawa enak jugak di makan dengan roti dan pulut kukus.






APAM WA KO KOAY

600G tepung beras
350g gula pasir
700ml air
5 helai daun pandan
225g tapai nasi dibuang airnya
2 sudu makan Eno

Masak gula dengan separuh air, daun pandan dan sejukkan, Mesin tapai nasi sampai halus. Kacau tepung dengan baki air, air gula dan tapai nasi. Tapis. Simpan adunan selama 1 jam atau lebih.

Apabila hendak mengukus nya, baru masukkan 2 sudu makan Eno dan dikacau rata2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bubuhkan pewarna kegemaran anda. Kukus selama 7-10 minit.. Apam ini enak dimakan bersama gula tanjung dan kelapa parut yang telah dikukus.









Quote:
Polini ~
Hellikonia ~ Tapai nasi ni untuk buat kuih ler Helli. Yang I ingat satu lagi yang serupa ialah Apom orang India. Tapi meka tak guna ragi.. hanya nasi sejuk ajer yang dikisar..
Sha ~
F&Z ~ Nak jamah? camner eh? Nak kena masuk dalam PC kot.. hehee..
Anna ~ Memang sodap apam ni Anna. Lisya favourite betul..
Kakyong ~ Tak ler begitu kakyong. kengkadang yang jarang kiter makan susah nak ingat namanyer..
yati ~ Tryler Yati.. kalau buat open house lagik ker..
Leezsa ~ Kes favorite punyer pasal, hubby2 kiter leh dok semeja.. Amacam?
Meorjay~ Amboi !! Berani MJ tak terpandang si tukang masak nyer..
MamaFami ~Memang buat tapai ni banyak pantang-larang nyer mama. Ish.. betul! Tapi tapai nasi ni orite ler.. senang ajer. Nasi sejuk dah gaul ngan ragi di bubuh dalam bekas ketap udara dan dibungkus dengan kain. Kemudian di simpan di tempat gelap.. Alah .. mama simpan lah kat mana2 dalam gerobok kat dapur tu.. Tapai nasi untuk buat kuih ler mama, kalau makan begitu rasa takder rasanya. Kalau tapai nasi dah jadi sama rupanyer macam tapai pulut dan berair sedikit..
Jeff ~ Mari menjamu mata dan rasa di FP saya..
Nabialishad ~ 1) Gambo ragi dah kak rossya tepek.. Alah.. mintak ajer pada pekedai mesti meka tahu.. 2) Part berapa lama tapai nasi boleh tahan.. sungguh kak rossya tak tau.. Selalunya dalam masa dua minggu , tapai nasi ni dah habis kak rossya gunakan untuk buat kuih. Lagipun apam ni boleh di freeze kan dan disimpan berbulan2 dalam freezer. Bila nak makan, baru dikeluarkan dan di kukus sebentar. Tentang tapai nasi yang dah menjadi tu.. boleh disimpan dalam bekas ketap udara didalam peti sejuk. Tak yah lah nak bungkus lagi..Kesian dia asyik bergelap ajer.. Tapai tu pun ader perasaan tau.. hehee
3) Pewarna tu pewarna air yang biasalah dalam botol kecik tu. Kak rossya guna RedMan brand. Alah sebarang brand pun boleh lah.. sama ajer.. Tapi, sebab apam ni selalu warna nyer light ajer, jadi kak rossya taruh pewarna sedikit ajer. I did not mix the colors. Kak rossya guna lidi satay, celup sedikit kat botol pewarna (hujungnyer sahja) dan celupkan lidi tu kedalam adunan yang hendak diwarnakan. Hujung nya sahaja.. jadi warna adunan tu tak terlampau gelap. Itu sahja.. Haa.. cikgu tak pukul kan..
MummyJam ~ Ragi boleh mummy beli di provision shops di pasar2 atau kedai2 mamak. Mintak ajer ragi biji. Diorang jual sebijik 50sen.
Darling ~ Wahh.. sedap tu pulut kukus ngan kuah derian... Bahgian kak rossya dah abes dah.. terliuq pulak dengar ni..
Ibu Syasha ~ Control.. nanti kak rossya bagi sket yer...
Aureanayz ~ Tersiksa kah dikau? Izin kan ku ubati ngan... ngan.. ngan aper yer? Ah.. ngan kuah derian dan apam wa ko koay. Boleh?
Kak Kham ~ Rupa nyer sama Kak Kham. Tapi tapai nasi lembik berair takder kick untuk ratah. Tapai pulut lagi mampat dan sedap.. seperti tapai ubi... lagi lemak. Resepi tapai pulut dan ubi, rossya ader tapi belum pernah dicuba. Buat tapai ni banyak pantang kak kham.. Kalau tengah ehem2 pun selalu tak jadi jugak..
Nanti rossya try dulu.. kalau resepi reliable baru boleh dikongsi dengan semua yer kak. Give me a few days ok..
Muni ~ Macam terdengar2 pulak rossya kat perbualan anda suami/isteri yer.. heeheh
harlina ~ Kak rossya dengar serabai ini common di Penang. Tak tau sama tak caranya dengan yang orang Penang buat. Ader lagi satu dipanggil apom disini tapi hanya menggunakan nasi sejuk yang dikisar dan kemudian adunan di perap semalaman..
Design Contact ~
Cakcibur ~ Itu yang ruginyer Cak. Kak rossya banyak juga yang tak berkesempatan belajar dari arwah emak semata2 kak rossya tak minat makan. Bab serabai yang ader gula merah.. belum nampak lagi disini. Tapi serabai yang ini mesti manis kan Cak?
Ecah ~ Tapai yang biasa tu tapai pulut dan tapai ubi .... manis ker?
Ouled Kenitra ~ Kat sini kalau tapai ubi banyak lah.. Kalau yang pulut tak banyak orang jual..
Edoras ~ Alah.. Edoras tak yah masak ler.. Mintak emak ker... atau ehem2 ajer yang sediakan..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net