Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 17-Aug-2006 09:18 Email | Share | Bookmark
ayam Coco & Harum manis...

 

Yes.. this is an Indonesian dish. Yes... it's name is Ayam Coco. And yes.. looking at the ingredients, it's not much difference from what we used to cook. It's a simple dish to prepare...






AYAM COCO

1/2 ekor ayam di bersihkan
100ml santan pekat
1 sudu besar margarine dicairkan
4 helai daun limau purut
garam/ gula secukup rasa


Bahan2 yang digiling:
4 ulas buah keras
15-18 lada merah (dibuang biji)
6 ulas bawang putih
1 batang serai



Campur kan bahan2 kisar bersama santan kedalam kuali. Didihkan bersama daun limau purut. Setelah mendidih, masukkan ayam dan semua perasa. Biar kan kuah nya pekat dan ayam nya empuk.

Keluarkan ayam dari kuali dan letak kan diatas dulang pembakar. Sapukan margarine keatas ayam dan bakar selama 10 minit.






HARUM MANIS


300g gula melaka
350ml air
4 biji telur
200g gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

bahan2 diayak bersama:
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam


50g mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja/ berangan atau Del Monte



Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata. Kemudian masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan. Isikan separuh penuh sahja kedalam acuan. Lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.




Mari kiter jalan2 ke Clarke Quay... dan nikmati keindahan bulan mengambang... sambil menjamah apam Harum Manis dan secawan kopi... emmm...






Bulan dan juga angin..
Engkau jadi saksi..
Hmmmm.....


Quote:
Dr Ali ~
Ramsis ~ Teruskan ngan project2 tu.. Buat cik abang tambah sayang...
Sha, Sya,Syahmi ~ Cubalah apam tu Sya. nanti dah jadi jangan lupa tepek kat FP tu..
Kak Kham ~ Jemputler kak kham.. kita makan apam dan minum kopi bersama2..
Nic ~ Bulan tu ader bisik aper2 ke Nic? Sampai merindu2 ni.. Citer ler sikit..
Gee ~ Kak rossya pun kekadang macam minah jiwang jugak...
Aureanayz ~ Haa.. dah ciconet tu suka.. aper lagi.. kena buat lah tu..
MamaFami ~ Apa yang ader sebalik bulan tu Mama? Macam2 imaginasi yer...
Kuzi ~ Ini pun sejenis apam.. lembut dan enak..
Anna ~ Hai.. mengimbau kenangan silam kot, Anna. Kak rossya tu pelik.. sebab tengok bulan tapi tak nampak binatang..
Sabrina ~ Psst! Kak rossya ni memang jenis yang suka berjalan2. (Jangan kasi tau orang tau!) Bab Ayam Coco tu.. kalau tak boleh dibakar.. u masak lauk tu sampai kering pun bole..
Ouled Kenitra ~ Lapar sebab belum sarapan kot?
Palik ~ Mesti pi S'pore? Bila tu Palik?
Nabialishad ~ Haa.. ini tak yah oven.. so Nabia sure can try..
Suhaimi ~ Kalau dah lapaqq.. hang kena pi cari makan ler..
Myperiukbelanga ~ Amboi cek kak! Awak punyer blog.. betul2 berasap yer.. Cam gini.. Mama Asmah Laili tutup kedai tau! Mesti kiter jenguk selalu lepas ini.. nak copy resepi.. boleh?
Kakyong ~ Yes kakyong.. Harum Manis ni sejenis apam..
Misnia ~ Memang sodap, Misnia. Dan Ayam Coco tu memang serupa ayam percik yang dipanggang.. cuma ini dibakar di oven..
Zubye ~ Amboi.. cik adik ni.. dah ber-anak satu pun malas nak masak? Nanti.. nanti kakrossya pi sana.. bukan nak masak.. tapi nak makan dok sebelah Irfan..
Raime ~ Hampir sama dengan masak merah.. Nak buat open house? Raime nak datang ker?
MummyJam ~ Aiks.. mummy tak pernah jumpa ker apam cam ni? My family kalau gathering mesti ader apam ni.. Berganti2 orang membuat nyer..
Steve Troy ~ thanks Steve.. enjoying my food as I'm enjoying the view of a beautiful moon..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net