Want your
own Fotopage?






 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 11-Aug-2006 08:56 Email | Share | Bookmark
Sambal Goreng & Yong Taufu...

 
Mamafami and MummyJam have asked for my version of Chocolate chips Cookies. Come on guys, flip my previous link and you'll find my recipe. I've been rather faithful to this recipe cos my family simply loves it. Go on MamaFami .. give a try.. just a small portion will do. See if it suits your taste. And MummyJam, dulu kata nak try this recipe.. belum try lagi ker.. Oh yes.. it's not even Ramadhan yet. Anyway, I think MummyJam should also try this version too. That .. if you like Milo flavour..


I had some egg whites left from the the last cookie 'project'. So I decided to make some Cornflakes Macaroon. The kids just love this and so are the adults. If you are hesitant about its sweetness.. just reduce a little bit of the sugar quantity...





One more tips: If you have any unused egg whites.. especially after making Kek Lapis, you'll have plenty of the egg whites left over. What I do with mine is that I pun 'em into a heatproof plastic and deep them into a pot of water and boil them. Once cooked.. I'll cut the boiled egg whites into large pieces and put 'em into Sambal Tumis. Tardaaa.. sambal tumis putih telur... Or...you can cook sambal tumis, then put in the egg whites.. cover for a short while until egg whites sets. then stir a bit. (Eggs whites jangan hancur sangat.) Haa.. sambal tumis dengan telur putih hancur.. this is Lisya's favourite..



Today I like to share a recipe called Sambal Goreng. Most of you are familiar with sambal goreng. But again, there are so many versions of sambal goreng. I am a Javanese, but sometimes I do find other Javanese's sambal goreng differs from mine. Anyway, this is how my late mom did our Sambal Goreng and how I continue to make mine... just the same...



SAMBAL GORENG

4 keping tempeh dipotong dadu dan di goreng
4 keping tahu dipotong dadu dan digoreng
1/2 kg daging tetelan, direbus dan digoreng
1/2 kg udang hidup yang dibersihkan dan digoreng
1 mangkuk santan
segenggam asam
1inci belacan
sedikit bawang goreng
4 tangkai cili kering di gunting memanjang
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 sudu makan lada giling

Bahan hirisan:
2 batang cili merah
2 batang cili merah
1 labu bawang besar


Bahan di cincang halus:(boleh gunakan chopper)
4 biji bawang putih
1/2 jari halia
1/2 jari lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras direndam


Santan pekat di ramas dengan belacan bersama asam dan ditapis. Masak di atas api hingga mendidih. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dicincang dan masak hingga layu bersama daun salam /daun limau dan cili kering. Masukkan lada giling dan biarkan sehingga ladanya masak. Masukkan bahan2 hirisan dan masak sebentar baru di masukkan bahan2 yang digoreng tadi seperti tempeh, tahu, tetelan dan udang. Tuangkan santan dan masak sehingga lauk nya pekat baru dimasukkan bawang goreng. Balik2 kan dan angkat. Selain nasi, juga enak dimakan bersama lontong dan ketupat.





Yong Taofu ~ I learned this recipe from a friend named Alice. In fact, most the chinese style dishes I make are basically taught by Alice. I thought making my own will be better cos I need not worry about the authenticity of the vendor's Halal cert. (Tak perlu nak berasa was-was)




YONG TAUFU

.Bahan A
100g kacang soya
50gm ikan bilis
garam dan lada sulah

Bahan B
200g isi ikan tenggiri dikisar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 tangkai daun sop dirampai
1 tangkai daun ketumbar dirampai
sehiris lobak merah didadu kecil2 jika suka
sedikit tepung jagung

Bahan C
6 biji lada merah dibelah jangan putus
6 biji lada hijau dibelah jangan putus
1 batang peria dikorek dan buang biji nya
6 batang kacang bende
2 keping tahu putih
2 keping tahu kering
1 ekor sotong kembang, direbus hingga lembut
beberapa biji bebola ikan atau sotong atau ketam mengikut kegemaran anda

(Anda boleh juga gunakan sayuran lain seperti kobis bunga, kangkong, paru yang sudah direbus dan dihiris, udang yang besar sedikit dan sebagainya.)

Cara Untuk Bahan A ~ Sedia kan periuk dan isi kan air secukupnya. Rebus kacang soya bersama ikan bilis kering hingga mendidih. Apabila telah mendidih lama sedikit .. keluarkan kacang soya dan ikan bilis dengan menggunakan senduk saringan. Letakkan garam dan lada sulah secukupnya pada sop. Campurkan sedikit hirisan daun sop dan bawang goreng. Mati kan api. (Kacang soya dan ikan bilis tadi tidak lagi digunakan. Hanya untuk perasa sahaja)

Cara untuk Bahan B & C ~ Gaul rata semua bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering, renjiskan sedikit air dan gaul sehingga adunan lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan2 C, seperti tauhu, lada, peria (setelah diisi dengan ikan di hiris2) dan kacang bende. Tangan hendaklah dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu.

Bila hendak dihidangkan, bahan2 tersebut hendak dicelur sehingga masak. Kemudian dipotong2 dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang dan hidangkan dengan sambal nya. Enak dimakan panas-panas.


Bahan sos sambal untuk cicah :
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih dikisar
100g gula merah atau gula melaka
4 sudu gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air
Jus dari 6 biji limau kasturi

Satukan semua bahan dan dimasak hingga mendidih dan pekat.


My simple Yongtaufu sos:
3 sudu makan cili boh
1 sudu makan tomato sos
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya

Satu kan kesemua bahan untuk mendapatkan sos yang pekat. Didih kan sebentar dan angkat






Quote:
Palik ~ Amboi!! Jauh benor nak singgah untuk makan.. Kalau mai S'pore bagi tau ..
Adhadi ~ hehehe..
Ramsis ~ ilu sulaa alaa resepi... lu yangan talak buat lorr...
Mademosielle Ayu ~ Yummy...
Kakyong ~ Kiter taruh santan untuk kasi basah sedikit. So kakyong, have u tried Sambal Godok, serupa ngan sambal goreng tapi berkuah dan ada additional kacang panjang?
Hanna & Eez ~ Cuba try tau ...
Cuyus ~ Sedapp.. Cuyus..
MamaFami ~ Ish.. jangan lah marah mama. Mama ni kalau marah makin manis tau.. Cubalah resepi cookies tu.. kalau berkenan dan KENA pada citarasa. Kalau tidak jangan.. takut terbuang dan membazir tak dimakan.. sayang. Sambal goreng tu susah? Takler mama. Do you know, kak rossya masak sambal goreng tu satu bulan entah berapa kali. Apa nak buat mama, that's my staple food. My hubby yang bukan orang Jawa pun dah pandai makan Sambal Goreng..
Masita Daut ~ Kesian nyer.. duduk mana sekarang? Kak rossya dah bagi resepi tak nak cuba ker?
nn ~ Yes, kak rossya berbangsa Jawa. Kak rossya suka buat fishball sendiri. Kalau nn rasa leceh, u can buy the ready-made kat pasar atau supermarket. Then u buat sop nyer sendiri..Boleh jugak..
Mama Anis ~ Ah'ah mama Anis. Orang Jawa ni mana boleh tinggalkan sambal gorengnyer. Kalau kendhuri mesti ader Nasi Ambeng nyer. Dan yang berbungkus untuk dibawa pulang .. kiter panggil "berkat".
Rosleenda ~ My friend pernah bilang.. boleh jugak ikan bilis tu dikisar.. tapi rossya suka supnyer jernih. Boleh juga ditambah dengan sengkuang, sawi asin atau lobak asin kedalam air rebusan sup.
Bnurushd ~ Suruhler mama Safeyya buat yong taufu tu. Sedap dimakan waktu cuaca panas.. very refreshing. Kalau gunakan banyak sayur memang healthy.. Kat sana Adzam pun boleh taruh kofta lagik. Mesti Safeyya suka ni..
Harlina ~ Tak payah beli ler Lin. Boleh bikin sendiri. Verify isi nya sahja. Aper pulak leceh.. beli fishballnya, tambahkan jenis sayuran yang Lin suka dan rebus supnya sendiri. Buat ajer sos yang simple. Kan dah siap.. sedap.. Sambal goreng tu memang betul, my late mum pun suka benor taruh suhun dan tahu kering. kadang2 taruh hati lembu dan paru. Tapi kak rossya tak suka taruh suhun sebab lauknyer cepat kering. Dan tak taruh tahu kering.. sebab si Lisya tu suka pilih tahu kering tu keluar bila dia makan...
Steve Troy ~
Phalinn Ooi ~ Cubalah Phalinn ,the basis senang ajer supnyer. Kemudian cicah sos.. my chinese friends have this yongtaufu with white rice or beehoon noodles.. ps~ my elder sister yang (inter-married) to my brother-in-law who is a Chinese convert.. tapi anak2 nya are more exposed to chinese cooking. Sambal Goreng ni pun diorang tak reti makan...emm..
F&Z ~ Sambal goreng tu is my staple food ler Fazi. Yes, that's Lisya my only daughter..
Muni ~ Boleh Muni, campurkan aper sahja. You can also have it plain. Gunakan piping bag dengan star nozzle.. just pipe onto a parchment paper.. dan bakar. Mesti budak2 berebut...
Nic ~ Salam tu dah kak rossya sampai kan.. Yongtaufu tu selalu jugak kak rossya buat bila cuaca panas kat sini.. very refreshing... banyak kan sayur-mayur seperti kobis bunga, carrot, bende..very healthy.
Edoras ~ emmm...
Chees ~ emmm.. kalo lapo kena makan...
Kuzi ~ Buat sendiri lagi mudah.. Kuzi
Luz Macia ~ HaaH? Bukukan? Nanti abes kak rossya kena saman! Semua ni resepi orang .. ader 2-3 tu yang emak ajor. Kak Rossya cuma masak sebab suka makan..
Azurahakim ~ Kesiannyer.. baru cabut gigi yer.. Terpaksa lah makan bubur dulu..
tina ~ Memasak sebab nak merasa. It's great to know that u've enjoyed the apple pies..
Yangmazni ~ Tu dah ader resepi.. maz tak nak cuba ker?
Kak Kham ~ Boleh.. apa salahnya, Kak Kham. Nak menu yang mana satu...
Zuhri ~ thanks Zuhri. Patung2 tu banyak di Clarke Quay... kawasan RiverValley S'pore.
Sabrina ~ ish.. udang sedap2 tak makan pulak..
Ida Natrah ~ alhamdulillah.. jugak ler Ida kalau ader orang sudi nak mencuba. yer lah kiter nyer selera kan berbeza-beza..
MummyJam ~ Patung tu ader kat Clarke Quay, Mummy. Yer lah mummy.. kalau ader sahja yang diorang kat rumah tu tak makan.. susah jugak kita bila nak masak..
Zack ~ Cornflakes Macaroon is a kind of meringue. Browse my link.. it's in my earlier entry, Zack.

Most recent comments... (In posting order)
aduh sedap nyer ..kak bleh saye tau alamat umah? nak singgah makan Fri 11-Aug-2006 10:07
Posted by:palik  - [Link]
hehehheheh.... kelaka gambar tu

:: | Adhadi Mohd, Wedding Photographer
:: | http://adhadi.fotopages.com
:: | adhadi@gmail.com, 016 2371946
Fri 11-Aug-2006 10:14
Posted by:adhadi  - [Link]
itu yong taufu manyak sedap loh.... wa suka makan itu tau..... lu hali hali masak kasi gua makan lagi babut loh. Fri 11-Aug-2006 10:19
Posted by:ramsis
That young tau foo makes me mouth watering.. Fri 11-Aug-2006 11:03
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
Opsss,what a typo."Yong" tau foo,hehehe.. Fri 11-Aug-2006 11:04
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
rossya!! sambal goreng tu my fav tu.. belajar makan tu pun from my singaporean MIL.. yours is different sbb letak santan.. InsyaAllah akan dicuba version rossya nih.
sweet lisya nampak cute jek posing gitu
Fri 11-Aug-2006 11:21
Posted by:kakyong
sedapnya yong tau foo.. lepas ni boleh la try buat sendiri. betul la kak, better masak sendiri dr was² halal ke tak kan? yum yum yummmmmm....

haha kelakar la apek² hitam tu!
Fri 11-Aug-2006 11:37
Posted by:Hanna & Eez
kedua2 nyer kite suka.... sedap nyer..... Fri 11-Aug-2006 12:10
Posted by:cuyus  - [Link]
~ Alamak..kantoi ! Note to myself and mummy jam : Aiyoo mummy, next time kita kena check link dulu baru tanya soalan. Kan cikgu dah jegil biji mata !
~ Naper nama kita naik eh bila tiba bab 'cuba resepi'? Kita best student ke? Hi
~ Ok ok..dah check, cornflakes macaroon punya resipi ada kat link..so kita tak tanya ok..
~ Sambal akak ni, banyak kerja la...nanti kita pi rumah akak je la kalau nak makan!
~ Cute la Lisya..boleh jadi model terhangat di pasaran!
Fri 11-Aug-2006 12:13
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
mmm...sedapnya...rindu nak makan yong tau fu...kami tak blk holiday ni...so tgk gambar pun jadilahh...t.kasihhh Fri 11-Aug-2006 12:17
Posted by:masita daut
nak tanya banyak soklan ni... suka makan sambal goreng jugak... orang jawa ke? pastu.. terrer nyer wat bal ball nih, suka jugakkk? pastu kan... rajinnyer akak edit last pic tu.. comey nyerrr Fri 11-Aug-2006 14:01
Posted by:nn  - [Link]
Sedapnya sambal goreng tu!!
Kalau g kenduri org Jawa selalu dpt bwk balik sambal goreng tu.
Amende depa panggil 'bekal' tu? Lupa lak..
Fri 11-Aug-2006 14:15
Posted by:mama anis  - [Link]
heeheheh lawak la caption tuh Fri 11-Aug-2006 14:26
Posted by:KNizam  - [Link]
Rossya....Lin Suka Sangat2 Yong Tau Foo....Sedappp Kalau Yang Masak Sup Tu Macam Mana Nak Buat Rossya? ermmmmm Lazat... Fri 11-Aug-2006 14:26
Posted by:rosleenda  - [Link]
Rossya Yang Masak Sup Tu... Rebus Kacang Soya Mentah Ke Dengan Ikan Bilis?? Ada Orang Bubuh Lobak Asin...Boleh Ke? Fri 11-Aug-2006 14:32
Posted by:rosleenda  - [Link]
kak rossya, best YONG TAUFU tu, nanti raya saya datang makan kat umah akak ok!! (konon2 je) Fri 11-Aug-2006 14:42
Posted by:bnurushd  - [Link]
Kak Rossya......kita rindu banget sama itu Yong Tau fu...kalau pegi pasar malam tak beli Yong Tau fu rasa tak sah.... tapi nampak macam remeh sangat nak membuatnya....hmmmm nampak gayanya beli ajelah Fri 11-Aug-2006 16:17
Posted by:Harlina  - [Link]
Opps sorry ....nak tambah lagi...kak rossya "kita satu kapallah"...bcoz my mother pun Jawa gak...sambal goreng tu mengingatkan kita pada mak....tapi mak kita punya sambal goreng lain sikit...dia ada campur ngan suhun ngan tahu kering... Fri 11-Aug-2006 16:22
Posted by:Harlina  - [Link]
Looks SOOOO good!! Fri 11-Aug-2006 17:20
Posted by:Steve Troy  - [Link]
comelnya lisya posing ngan uncle2 tuh...hehehhe..smart la gambar yongtaufoo tu, macam dalam magazine...makanan kak rossya, mmg power lah...keep it up...balik ireland karang saya boleh cuba...kat malaysia ni tak pernah masak pun Fri 11-Aug-2006 18:22
Posted by:Phalinn Ooi  - [Link]
sedapnya nampak sambal ikan udang tu....and love the last big pic anak you ker? Fri 11-Aug-2006 18:54
Posted by:~F&Z~  - [Link]
cornflakes macaroon - most awesome idea, selalu tak tau nak buat ape dgn leftover egg whites - , boleh campur walnuts tak?, lisya makin comel n dah pandai usik uncle uncle tu ye Sat 12-Aug-2006 01:13
Posted by: muni  - [Link]
yeaa....sambal goreng ngan yong taufu....my favourites...
kak rossya...kem slam kat lisya yek....comel la dia....
Sat 12-Aug-2006 01:54
Posted by:nic
Terliur lagi ... Sat 12-Aug-2006 02:39
Posted by:EDORAS  - [Link]
aaaaaaaa...lapo..lapo.... Sat 12-Aug-2006 03:05
Posted by:chees  - [Link]
Rajinnyer kak rossya buat sendiri yong taufu... Sat 12-Aug-2006 03:53
Posted by:kuzi  - [Link]
rasa macam nak cilok sekor udang tu.. huhuhu.. laparnyer.. sedapnyer yong tau fu tu.. bila saya nak cuba sumer resipi kat sini?? nanti kak rossya bukukan yer.. senang sket.. heheh Sat 12-Aug-2006 05:36
Posted by:luz macia  - [Link]
laparnya..... 2-3 ari ni tak leh makan nasi.... cabut gigi last thursday. nak masuk makanan dlm mulut pun sakit. Sat 12-Aug-2006 06:49
Posted by:azurahakim  - [Link]
Cam mane la nak jadi macam Rossya dan mamaFami ni.......sentiasa rajin memasak dan mencuba resepi baru..........
p/s Saya dah cuba apple pie tu, memang menjilat jari..........
Sat 12-Aug-2006 09:04
Posted by:Tina  - [Link]
kak rossya ........ tensionyaaaaaaaaaa saya bila tengok yong tau fu tu ........ maklumlah dah dekat 2 tahun dah tak makan tu, dulu, alternate day must have yong tau fu, my peberettttttttttttttt Sat 12-Aug-2006 11:38
Posted by:yangmazni  - [Link]
waaaa...... sedapnyer yong tau fu tuuu.. nanti kita jalan2 kat s`pore, rossya kena jamu kita tau.... Sat 12-Aug-2006 16:31
Posted by:kak kham  - [Link]
dua-dua food ni my favourite....by the way, the pics of food are good. tu gambar patung kat mana ye? menarik sungguh Sat 12-Aug-2006 18:09
Posted by:zuhri  - [Link]
alahai kak rossya ni..rajin + suka masak ye..sedapnya sambal goreng tuh..saya dulu time dok johor mmg peberet la makan lauk sambal goreng..tak pun ratah lauk tu saja.. la ni kat KL tak jumpa dah sambal goreng sesedap di johor tu..
boleh la saya try resepi akak ni ye..
Sun 13-Aug-2006 04:52
Posted by:darling  - [Link]
Sambal goreng tuh masakan org jawa kan?? Sab memang suker giler dgn sambal goreng tapi selalunya kalau mak Sab buat tak letak udang sbb anak dia yg sorang nih tak makan udang...
Yong Tau Fu tuh pada Sab kesedapannya bergantung pada kuahnya.. kalau kuahnya sedap.. sedapler hasilnyer.. hehehehe.. sbb sab mmg suka Yong Tau Fu!!!
Sun 13-Aug-2006 10:19
Posted by:Sabrina  - [Link]
alamak bestnyerrrrrrr yong taufu nie...mmg tak rugi jenguk sini...mcm² dpt belajar dan mencuba kat umah,,,,lisya usik ke uncle² tu... Sun 13-Aug-2006 14:37
Posted by:ida_natrah  - [Link]
alamak, kemarin terlupa nak copy tu chocolate chips cookies recipe,sekarang dah masuk buku..tungguh mood rajin datang....
tu gambar patung dah pindah dari esplanade kan, tak nampak dorang lagi....
Sun 13-Aug-2006 14:47
Posted by:mummy jam
my hubby orang jawa , dia memang suka makan sambal goreng. tapi anak2 tak suka, dorang cuma makan tahu nya aje dan yang kena tolong pilih/asingkan ia lah mummy!!! Sun 13-Aug-2006 14:54
Posted by:mummy jam  - [Link]
tu dia k.rossya..sampai yongtaufu pon buat sendiri 'chai'yalah K.rossya hehehe.. and I just love the macaroons' shape.. menarik ni..bleh try ( because i always have leftover egg whites bila buat ice cream, pastuh dah tatau nak buat apa ngan egg whites nye ) btw, camne nak buat macaroons tu ek K.rossya ? Mon 14-Aug-2006 12:02
Posted by:zack  - [Link]
aduss sambal goreng jawa ini emang ler memikat ati & kalbu! tapi itu yong tau foo pi beli kat pasar mlm jek pun slalunya hiks Tue 15-Aug-2006 01:17
Posted by:kuchai  - [Link]
kak rossya..x tahan tgk yong tau foo akak! tgh dok pk nih brg2 dh ada..nk buat ke idak nk buat ke idak...huhu..by d way..akak pun jawa yek..ehhehe my hubby pun jawa gak n sambal goreng tu mmg slalu dicari2 dlu kalau g kenduri..aduh x tahan gue! selera bangat nihhh!!! Tue 15-Aug-2006 09:35
Posted by:nabialishad  - [Link]
harus di cuba sambal goreng nih pasai suamiku jowo hehehehe.... Wed 16-Aug-2006 06:36
Posted by:leezsa  - [Link]
woooo mama yong tofu my fav laaaa long time i neva had those, makes my mouth so watery hehee.. even the sambal goreng looked yummy....slurps slurps!! gonna give a shot on the recepis for raya !!! weeeeeeeeeeee thnxx mama mia love ya n all the recepis.... Sat 14-Oct-2006 03:02
Posted by:sara


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com