Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 7-Aug-2006 09:04 Email | Share | Bookmark
Aikss.... macam Hari Raya!!

 
Ish! Jangan ler merajuk Harlina! Dengar citer kak rossya tak nak post entry masakan lagi yer.. Bukan macam tu.. Sebenarnya banyak lagi makanan dalam archive ku yang belum sempat di post. Tapi kak rossya ingat nak post dulu gambar2 yang lain dahulu. Kesian gambar 2 tu dah beratur tapi tak keluar lagik. Tapi hari ni, kak rossya post resepi2 yang anda minta dahulu. Takper lah.. boleh KIV dulu. Bulan Syaaban dan Ramadhan pun belum lagi tiba... Nanti belek2 lah resepi tu bila waktu nak buat. Kuih2 ni bermacam versi. Lin boleh cuba versi mana2 yang anda fikir menarik selera anda. Kak Rossya selalu nya.. lain kuih yang berhajat nak buat... lain yang kak rossya buat.

Untuk kuih Tat, kak rossya pernah post satu entry sebelum nya. Resepi itu kak rossya gunakan untuk tat yang sepit bunga, tat gulung dan juga tat bungkus. Satu adunan.. satu resepi. Berbagai kan corak nya. (You can refer from my link) Jadi tadi pagi, kak rossya buat sedikit tat Keju. Mungkin untuk kelainan, boleh lah dicuba nanti...





TART KEJU

Inti nenas

Bahan2 untuk tart:
450g mentega
3 biji kuning telur
100g keju (KRAFT)- diparut dan dilecek halus)
1 sudu teh vanilla
1 kg tepung gandum
1 biji putih telur
100g gula halus

Mentega, kuning telur, putih telur, gula halus, keju dan vanilla digaul dengan tapak tangan hingga larut lalu masukkan tepung. Uli hingga menjadi doh. Kemudian dicanai seperti tart biasa dan masukkan intinya. Bakar hingga masak.

(Sebenarnya.. kak rossya paling tak suka buat tart jenis yang ini. Kak Rossya tak suka sepit-menyepit bunga ni. Kalau yang tat gulung dan bungkus memang selalu juga dibuat untuk sarapan. Betul... untuk sarapan. Sedap. Kakak selalu kata, kiter ni ganjil... orang suka buat yang ini dari yang bungkus dan gulung tu sebab yang berbungkus tu lah yang leceh. Entah yer... bagi kiter... itu lah yang asoyy kalau dibuat.. main gunting2.. best.)





BISKUT MAR MAR CARRIES

Bahan-bahan A
1 biji kuning telur
170g mentega
55g gula icing
55g tepung jagung
225g tepung gandum
1 sudu makan tepung susu
1/2 sudu teh vanilla

Bahan-bahan B
55cc putih telur
140g gula icing
1 sudu teh penuh tepung jagung

Peraturan A
Pukul mentega, gula dan vanilla hingga kembang. Masukkan kuning telur, pukul hingga rata. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung susu dan uli hingga sebati. Canai adunan ini setebal 1cm dan terap mengikut suka.


Peraturan B
Pukul putih telur bersama gula icing hingga pekat. Masukkan tepung jagung dan kacau rata-rata.
Asingkan sebahgian daripada adunan ini dan campurkan sedikit chocolate emulco, kacau rata-rata.
( Kak rossya gunakan chocolate emulco untuk jalur2 nya tanpa campuran gula icing ini
)



Cara mencorak nya:
Sapukan adunan B (icing) ke atas biskut. Kemudian celupkan bahagian hujung lidi satay kedalam adunan chocolate emulco dan corakkan keatas biskut ini. (Kak rossya langsung celupkan lidi kedalam botol chocolate emulco)

Bakar didalam oven 160C sehingga garing dan masak.







LONDON ALMOND CHOCOLATE COOKIES

250g mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
120g gula halus
500g tepung gandum
30g badam kisar
1/2 sudu teh esen vanilla
300g badam (pilih yang kecil2) bersihkan dan dibakar selama sepuluh minit
Secukup chocolate mohrenglanz (dimasak cara double-boil dan kalau hendak berkilat,
campurkan sedikit shortening)
Badam cincang dibakar secukupnya untuk taburan diatas.


Mentega, kuning telur, putih telur, gula dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung yang sudah dicampurkan badam kisar, sedikit demi sedikit, dan diuli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan tepung, balutkan dengan sebiji badam dan bakar dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan sebelum dicelup dengan coklat.

Celupkan dengan coklat cair,dan masukkan kedalam mangkuk kertas dan taburkan badam cincang diatasnya. Biarkan coklat benar2 kering, baru disimpan biskut kedalam bekas ketap udara.


Nota: Putih telur yang tidak digunakan, jangan dibuang! Boleh di gunakan untuk buat Cornflakes Macaroon!!Kak rossya selalu kumpulkan putih telur yang berlebihan didalam petisejuk. Kemudian buat biskut Macaroon yang pasti disukai anak2. Putih telur boleh tahan selama 6bulan didalam petisejuk.


Quote:

Itzhar
~ thanks Itzhar for visiting..
Kak Kham ~ Buat ler Kak Kham... lagik seronok buat sendiri..
Fasha ~ Takper lah fasha... jauh dimata , dekat dihati.. Memang kak rossya faham kesedihan bila kiter beraya tanpa keluarga dan sanak-saudara. Kurang kemeriahan nya..
Harlina ~ If I can make ONE person happy, that wud really made my day. Lin boleh cuba mana2 versi yang berkenan. Yang penting ia menepati citarasa Lin.
Elin ~ Kalau lapar kenalah makan Elin. Tgk gambo ajer pun tak bole kenyang..
Luz Macia ~ hmmm...
Ida Natrah ~ Rossya memang suka tengok orang mencuba dan memasak..
Noor ~ Tart Keju tu sedap kak Noor. Lembut dan lemak..
MamaFami ~ Tak silap lah Mama.. Masih bulan Rejab ni. Sahja kak rossya tepekkan resepi2 kuih raya. Sapa tau, selain Harlina, ader adik2 yang lain yang boleh juga memanfaatkan resepi2 ni. Kak Rossya tau ader adik2 yang sudi menjenguk tapi tak tinggal kan komen. That's ok. Mama tu bila nak tepek yr versions of Almond London and Mama Carries? Ish... nama kuih tu pun ader nama 'mama' dahhh..
Gee ~ hari2 pun kak rossya berRaya kecuali Ramadhan..memang takder time nak dok makan2. My house will always have cookies tak kira musim.. Untuk cemil2 an...
Aureanayz ~ Apa pulak tak pandai... citak kuih tat pun dah banyak dipasaran. Bole lah cuba buat. Sekarang kuih tat pun dah ader macam2 style.. Btw, u're most welcome to add my link, my dear.
Cuyus ~ Cuyus ader bunga Raya.. kak rossya ader kuih Raya. Jom kiter berRaya bersama2.. hihihi Pose dah abes ganti ker?
Zack ~ Bagusler Zack... beraya kat M'sia nampaknyer. Terubat rindu tu nanti...
Sabrina ~ Persediaan untuk sebarang hari. Kalau kat S'pore ni, Almond London tu dah kurang fofular. Sekarang macam2 kuih baru... macam2 nama.. glamor2 pulak tu bunyinyer. Bab oven.. belilah satu... yang kecil pun takper kalau dah ader minat nak mencuba. Boleh buat sket2 dulu. kak rossya ni rasa kuih2 ni lagi sedap buatan sendiri...
Ecah ~ Cobaan... (bunyi macam Pendekar Bujang lapuk!) hihihi
Kakyong ~ Kalau dah dok berjiran.. tak mau ler order kakyong. Kiter buat gotong-royong lagi best. Hai.. biler lah nak pindah KL ni..
Sha ~ Feveret yer? Nanti try ok, Sha..
Kuchai ~ Aper lagi .. nanti boleh bikin ler Betty..
Raime ~ Lama lagi tu Raime....
Mama anis ~ Mana lah ader terer, mama. Ader resepi boleh jugak kak rossya try. Kalau takder resepi, tak terbuat jugak namanyer...
Myperiukbelanga ~ Alamak kawan sewarga ku lah.. Yok kiter pegi Marina Bay tengok bunga api..
Leezsa ~ Sama jugak kiter yer.. Kuih Tat memang tak boleh dan tak pernah nak tolak..
Hellikonia ~ Aper dah helli, dah dapat resepi yang best.. tak simpan baik2 pulak. Kalau kawan2 kata sedap.. mesti sedap tu. Aper lagi? Bak ler sini satu itu Biskut Jejari Oats. Kita bukan nak test... kita nak jamah keenakan nyer..
MupaMan ~ Kiter enjoy buat itu MarMar Carries, especially mencorak jalur2 nya. Macam buat calligraphy..best! Wahhh... Izhal saing Kak Kham ker balik M'sia nanti?
Ramsis ~ Ram .. u can do it too. Resepi dah ader.. Amacam ngan project kosui tu. Jangan give up ok..
Yuli ~ Ish.. tergelak jugak bila dengar Yuli panggil kak rossya TUKANG bikin kuih.. Kak rossya buat suka2 ajer sebab yang TUKANG makan kat rumah ader dua orang lagi nunggu. Btw, kuih tart keju tu sama ajer ngan yang biasa.. cuma ader rasa kejunya lah. Nak kata kembang tu.. sedikit ajer lah sebab bermentega kan.Tak banyak perubahan pun. Soal berkenalan tak jadi masalah..tambah muhibbah kan.. salam perkenalan Yuli..




Quote:
Hari ini.. suamiku pulang.. mesti dia kata ..."Aiksss! macam Hari Raya!!


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net