Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 18-Jul-2006 02:49 Email | Share | Bookmark
Roti Boyan & Kuih Bakar Berlauk

 
This is a traditional bites of the ethnic Boyanese. Nope! I am not an ethnic Boyanese. But where food is concerned... my tastebud is basically universal. I luv just about anything and everything. Well... tolak kayu dengan batu ler... dan sayuran2 yang pahit2 tu.... kira semua ler akak suka makan.. Roti Boyan nie gaya nyer cam roti canai telur ler atau prata telur... cuma ader kentang yang dilecek. The trick is to eat this ... served with sambal tumis ikan bilis. Tak boleh tidak... mesti nak kena sambal jugak..



ROTI BOYAN (BAWEAN)

bahan-bahan untuk kulit roti
1kg tepung gandum
400ml air suam hangat
100ml minyak sayur
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam

Bahan-bahan untuk inti
600gm kentang dicuci bersih,
rebus hingga empuk, kupas kulitnya dan dilecek,
atau ditumbuk halus.
4 atau 5 biji telur
100gm daun sop dihiris
3 biji bawang besar di potong dadu kecil
1 sudu teh serbuk lada putih
garam secukupnya

Peraturan membuat roti
Campurkan, air suam, minyak, baking powder, gula dan garam. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, kedalam air dan diuli sehingga menjadi doh yang lembut. Buat beberapa kepalan dan perap sebentar.

Peraturan membuat inti:
Gaul rata, kentang tumbuk, telur, hirisan daun sup , bawang dadu, serbuk lada putih dan garam.

Cara mencanai :

Ambil sekepal tepung, giling diatas papan dan sapukan minyak dipermukaannya tarik tepinnya dan lebarkan, dilipat-lipat dan digulung seperti siput, sama seperti membuat roti prata atau roti canai. Kemudian di giling semula bentuk bulat. Buat dua keping , isi inti diatas sekeping tepung tadi, ratakan, dan ditutup dengan sekeping lagi. Kelim tepinya seperti mengelim epok-epok. Kemudian goreng dengan sedikit minyak dan api yand kecil sehingga masak.



Nota ~ Roti Boyan ini boleh juga dibekukan. Tetapi perlu digoreng separuh masak. Simpan setiap keping kedalam plastik dan masukkan kedalam freezer. Bila hendak digunakan, keluarkan roti beku ini dan biarkan sehingga ia lembut semula. Goreng sekali lagi dengan sedikit minyak diatas api yang kecil sehingga ia betul2 masak. Boleh juga menggunakan ketuhar microwave ataupun oven.




Aisey.. bukan kueh talam berlauk... ni lah Kueh Bakar Berlauk!!


KUIH BAKAR BERLAUK


Bahan A:
200ml santan dari 1 biji kelapa parut putih
garam secukup rasa
(Garam dan santan dimasak sehingga mendidih)

Bahan B:
500gm daging kisar
(lembu atau kambing)
1 sudu makan rata rempah beryani atau rempah kari daging
sedikit serbuk lada putih
garam secukup rasa
(Bahan diatas digaul rata dan sangar hingga kering)

Bahan C:
300gm tepung gandum diayak
4 biji telur
600ml air
sedikit pewarna kuning
garam secukup rasa

Bahan D:
1 sudu teh jintan manis
1 sudu makan ketumbar biji
(kedua bahan disangar dan dikisar)

Bahan-bahan taburan:
2 pokok daun sop
2 pokok daun bawang
5 biji lada merah di hiris tipis
1 cawan bawang goreng



Cara-cara nya:
Telur, tepung, santan, 300ml air, pewarna kuning dan garam dikacau rata. Keluarkan setengah bahagian adunan dan ketepikan. Masukkan bahan D pada baki adunan dan kacau lagi dengan lebihan 300ml air hingga rata. Campurkan dengan adunan yang diketepikan tadi dan tapis, dalam bekas yang besar sedikit. Campurkan dengan sedikit hirisan daun sop/ daun bawang, satu sudu teh minyak makan, satu sudu teh gula dan bawang goreng lalu digaul rata.

Panaskan ketuhar 180 darjah. Tuangkan adunan kedalam acuan kuih bakar kira-kira tiga-suku penuh. Taburkan sedikit daging yang telah disangar kering ( bahan B ), bawang goreng, hirisan daun sop/bawang dan lada merah. Bila hendak membakar turunkan suhu ketuhar kepada 160darjah. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Jangan lupa untuk gilis sedikit minyak pada acuan sebelum membakar.



Quote:
Leezsa ~ roti boyan nie bole dimakan anytime of the day, Leez.
nn~ Haah.. ini ler halnyer tgk gambo tak baca citer.. hehee... Itu kan gambo roti boyan kat atas tu..
Ira ~ Hmm.. nanti kak rossya pos yer... Nak guna aper? Fedex ker DHL?
Azli Jamil ~ U're such a gracious person Bro Azli. No wonder it's easy for u to break the ice amongst strangers...
Yangmazni ~ Try ler Maz... Sape tau budak2 suka...
Gerimisalji ~ Hai dah balik semula awak yer... Apsal nampak sedap? Memang sodap ni...
Muni ~ Hai jauh nyer muni nak order? Cuba ler buat Muni... mudah ajer tau..
Azuamer ~ Masak jangan tak masak yer Azuamer..
Luz Macia ~ Awak nak balik umah pun tak sempat... camne nak turun sini dek ooiii! Kalau mai.. kak rossya buat kan yer..
Korok ~ Eh.. takut mati ker? Makan dek ooii... jangan tak makan... asalkan sentiasa bersederhana... Itu pun rezki..
MamaFami~ Cuba ler mama. Since Mama meman pandai canai-mencanai nie... Gerrenti jadik punyer..
Idaa ~ Sama ler agak nyer. Kiter kan serumpun... selalu kuih nyer sama.. cuma namanya ajer berbeza-beza.
Sha ~ Masak pun nak kena ader minat tak? why not give it a try.. sape tau anak bujang u suka..
MummyJam ~ Makan mummy ... jangan 'bedal'. Kecian kuih tu bokop2 kena bedal... hehehhe..
Mummy Melia ~ U're welcome Nurin. Sudi2 lah kemari lagi.
Phalinn Ooi ~ Emmm... restoran Rossyabakes kot... hahaha... Kak rossya cam yer-yer ajer..
Palik ~ Mak Oii! Jauh nyer nak tempah kueh raya, Palik? Kak rossya tgk kak M'sia kuihnyer lagi cantik2 dahh..
Nic ~ Aper nyer yang tulun? Makan ajer ler Nic, Nanti lepas tu pi exercise yer...
Ida Natrah ~ Kalau lapar kena makan ler Ida... Kalau nak rasa kena buat tau...
Fasha ~ Eh kiter geng yer... hantu sambal! Bagus dok semeja nie.. Nanti kalau dah buat jangan lupa tepek gambo tau.
Aureanayz~ Alahai... jauhnyer nak bagi... Kecian budak2 tu... Buat kan ler apa2 yang mereka suka, Aureanayz.
Za+za ~ Eh kak rossya pun suka makan ubi rebus cecah sambal tumis.. Macam org dolu2 ler kiter nie... retro gitu..
Lina ~ Feberet yer? Bole... tapi sket ajer tau.. hehehe..
Sabrina ~ Rasanyer macam roti canai berinti kot. Camne nak antar, my dear, jauh sangat.
Mazrul ~ Nak try jugak yer..
Kakyong ~ Nanti bila berkesempatan bole lah cuba kakyong. How's business? Hope memberansangkan yer..
Cakcibao ~ Tq,
F&Z ~ Cuba Fazi... ayuh..!!
Edoras ~ 2 dozen setiap hari.... nie makan sampai mabuk nie Edoras...
Aisyacan ~ mesti dicuba, kak kham. Jangan tak cuba ok..
Nurainil ~ Try ler Ainil... jangan tak try tau.. kalau dah jadi leh panggil kak rossya dtg makan yer..
Zack ~ Roti Boyan ni wud taste more like roti canai than epok2 cos tepung nyer tu.. diluar garing dan didalam lembut...
Harlina ~ Alaah.. Lin, kak rossya gunakan acuan mini pie untuk dapat kan bentuk yang cantik ajer. Adunan roti boyan tu kak rossya dapat from my mother-in-law. Sukatan nyer dapat dari buku panduan Warna sebab orangtua Lin... dia bikin pakai agak2 takder sukatan. My MIL berbangsa Bawean. So kira dat recipe is authentic ler... Dah try?
Gee ~ Kenapa tak jadi ek? Kesian nyer Gee. Gee tak tambah sedikit tepung lagi ker.. Cuba ler lagi Gee, jangan putus asa. This time try to do the opposite. Sediakan tepung dulu dalam bowl, kemudian tuangkan the liquid mixture bit by bit sampai menjadi dough yang bole diuli. Uli lagi hingga lembut. Roti boyan ni kalau panas, tepungnyer crispy diluar dan lembut didalam. Kalau dah sejuk.. tepung nyer selalunya lembut sahja. Untuk panaskan, bole masukkan kedalam toaster sajer. Cuba lagi yer...


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net