Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Tuesday, 13-Jun-2006 12:20 Email | Share | Bookmark
cream puffs & eclairs

eclairs and cream puffs...
One of my many favourite pastries. I just love eclairs to death. Any flavours. Chocolate or caramel, it just tastes yum... yum... yummmy....

After seeing Diella's current entry, I decided to make some eclairs... and some creampuffs.


Having made these so often, I'll bet my husband and daughter will braggggg the same thing..
"sooooo jelaaaaak ". But to me... sooooo heavenly..







Cream Puffs // Eclairs


Bahan Pastry:

330ml air
190 mentega
secubit garam
240g tepung gandum
9biji telur (guna telur bersaiz kecil saja)
1 tin pembakar dialas kertas minyak

Custard Cream:

55g custard powder
2 biji telur
1 tin susu cair (evaporated) di bahagi dua
225ml air
160g gula
1/2 sudu makan mentega
sedikit esen vanilla

Tuang air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung gandum kedalam dan kacau dengan segera. Masak
hingga adunan menjadi satu dough yang besar dan tidak melekat ditepi periuk. Turun kan dari
api dan biarkan ia sejuk. Sesudah itu, pukul adunan ini sambil menuangkan telur sedikit demi
sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu)

Masukkan adunan kedalam piping bag dengan menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-
kecil. Bakar dalam ketuhar selama 25minit. Bila sejuk , belah dua(tapi jangan putus) dan diisikan
dengan custard cream.

Cara membuat custard cream:
Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair. Tapis dan ketepikan. Air,
setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.

Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan tepung custard yang sudah ditapis tadi.
Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat. apabila sudah pekat, masukkan mentega
dan esen vanilla. Sejukkan krim ini sebelum di isikan kedalam pastry tadi.

Untuk Chocolate Eclair:
Sejukkan custard cream dan ketepikan. ambil 450g whip cream dan pukul dengan high speed
hingga pekat(berkilat)
masukkan custard cream yang sudah sejuk itu tadi kedalam whip cream ini dan kacau adunan
hingga rata (low speed). Isikan kedalam kelunsung eclairs. Cairkan sedikit chocolate block dengan
cara double-boil, kemudian sapukan keatas eclairs yang berinti dan tabur dengan sedikit badam
cincang
.






Quote:
Steve Troy ~
Diella ~ Kiter nie kan sekampung~ the north zone. Lain kali kalau teringin, juz gif me a buzz. I'll special deliver
to Khatib k. E'eh ketawa? Serious nie..
Raime ~ Bole jugak. Tapi which team ekk?
Aisyacan ~ It is delicious... to me ler.
AzliJamil ~ So u're a chocoholic eh? Now I know...
Cneo ~ Pos ke M'sia? Mai ler dtg S'pore.
Mama Adam haikal ~
E+F ~ abes! Kl dah feberet.... tinggal piring ajer ler jawabnyer.
Phalinn ~ Go on Phalinn!! Give it a try.
Fatin ~ Seketul ajer?
Cekya ~ My dear Cekya, bila u godek atas api.. nanti adunan ini terus bergumpul jadi dough yang lembut (macam bantal tido u tu) Sekejap jer. Oven? U can use this range 170deg C - 190degC. depending on your oven type. Nanti kl dah buat jgn lupa post dat entry k.
Mamafami ~ ok ler mama, dis recipe really satisfy my tastebud
Polini ~ yeah.. if you have reliable recipe, the result will definitely be pleasing...
Sarah ~ Kuat ker bau telur tu?.. Kalau nak hilangkan bau yang terlalu kuat.. bubuh ajer esen vanilla. Btw, memang choux pastry ..lepas dibakar .. dalamnya hollow.. (kosong).
.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net