Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 22-May-2006 11:00 Email | Share | Bookmark
kari ikan masin

kari ikan masin
laksa
Talam sengkuang Cina
Hahh... sape kata orang bando tak tahu makan ikan masin? Dulu kalau singgah ke Klang, Selangor, orang kampung heran tengok kita makan ikan masin. Tapi, sebenarnya hidup di bandar ni bukan seme nya glam.. Kite kat sini pun suka sangat makan ikan masin. Paling kuat masak kari, atau hiris-hiris ikan masin dan di tumis dengan hirisan cili dan bawang berserta tempeh goreng. Paling best... goreng saje ikan masin dan makan dengan nasi beserta sambal belacan dan sayur bening. Fuyo! Gerek... hingga mak mertua jalan depan mata pun tak perasan!! Sori.. emak!!



KARI IKAN MASIN

Bahan:
1 packet ikan kurau, isi dan tulang
segenggam udang kering, direndam dalam air panas
3 sudu teh rempah tumis
5 pelepah daun kari
6 batang lada kering, dibelah dua
10 sudu makan bawang besar
2 sudu makan bawang putih kisar
1/2 jari halia di titik
5 biji tomato dibelah 4
1 biji kentang, dibelah 4
4 sudu makan serbuk rempah kari ikan
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk lada putih
4 cawan air
1 batang lobak putih, hiris panjang 4cm
1 batang lobak merah, hiris panjang 4cm
6 batang kacang bende
3 sudu makan asam Jawa
1/2 cawan santan
minyak untuk menumis
sedikit garam jika perlu


Asam jawa diramas dengan 1/2 cawan air untuk mendapatkan air asam yang pekat. Udang kering di tumbuk. Panaskan minyak didalam periuk. masukkan remaph tumis, daun kari dan lada kering sehingga meletup-letup. Masukkan bawang kisar dan tumis lagi selama 2 minit hingga 3 minit. Masukkan bawang putih, halia di titik, dan tumis sehingga wangi. Masukkan tomato dan masaklah selama 5 minit. Masukkan semua rempah serbuk dan satu cawan air. tutup periuk, kecilkan api dan masak sebentar. Pastikan periuknya bertutp dan apinya kecil. Kemudian buka tutup periuk dan biarkan rempahnya masak selama 2 minit lagi. Tuangkan air. Kacau rata. Sesudah mendidih masukkan lobak putih, kentang, lobak merah dan masak sehingga sayur setengah masak. Masukkan air asam pekat dan santan. Tunggu sehingga mendidih, barulah dimasukkan ikan masin( ikan masin direndam sebentar jika tidak mahu terlalu masin), udang kering dan bende. Biarkan sehingga sayur nya lembut dan ikan nya masak.
Untuk menyedapkan lagi, lepaskan beberapa batang lada hijau dan merah. Kuah nya tidak boleh terlalu pekat. Masukkan sedikit garam jika perlu.











LAKSA


bahan-bahan dikisar:
6 batang serai
1 jari lengkuas
10 ulas bawang putih
4 biji bawang besar


3 potong ikan tenggiri atau ikan parang atau ikan kembung
1/2 biji kelapa putih parut dibuat kerisik
1 1/2 biji kelapa ( dapatkan 2 litre santan pekat dan 1 liter santan cair)
8 sudu makan rempah kari ikan
150gm asam Jawa campur dengan 1 atau 2 cawan air (tapis dapat kan air asam yang pekat)
1 paket tulang ikan kurau kering
(direndam sebentar dan ditoskan)
1/2 cawan minyak untuk menumis
garam secukup rasa
serbuk perasa jika perlu

Bahan-bahan untuk sambal:
40 batang lada kering-rendam
dengan air panas sehingga kembang , tos dan kisar tanpa
air dengan sedikit garam


Bahan-bahan untuk tabur:
daun kesum atau daun selaseh( cuci bersih dan dihiris halus)
300gm tauge (dibersihkan, buang akarnya, cuci dan di toskan)
3 biji timun (kupas kulit, buang hatinya dan hiris halus)
1 atau 2 kilo mee laksa( celur dan toskan)


Ikan di buang kulit dan bersihkan. Kemudian dikukus setelah sejuk, buang tulang dan ambil isinya. Kisar dan ketepikan.

Gaul rempah kari ikan dengan bahan-bahan kisar, tumis hingga garing dan naik aromanya. Masukkan kerisik dan ikan kisar. Kacau rata. masukkan santan pekat dan cair. Biarkan mendidih, masukkan air asam, kemudian masukkan tulang ikan kurau dan masak sehingga kuahnya naik minyak. Jika kuah nya terlalu pekat, tambah kan sedikit air. Jika anda mahu kuahnya lebih pekat, masak sehingga kepekatan yang diperlukan. Setelah tulang ikan kurau benar-benar kembang, rasa kuahnya, jika masih kekurangan garam, boleh ditambahkan sedikit lagi.

Cara menghidang:

Mee laksa yang telah dicelur di letakkan dalam mangkuk. Atur di atasnya tauge yang sudah dicelur
(lebih enak jika tauge nya dibiarkan mentah) hirisan timun dan hirisan daun kesum atau daun selaseh. tuang kuah diatasnya. Dan letakkan sedikit sambal.


Enak di hidangkan panas-panas....








TALAM SENGKUANG CINA


1 loyang ukuran 36cm disapu minyak makan atau mentega

lapisan pertama:
300g tepung beras
1100ml santan cair
125g gula pasir
350g sengkuang cina (water chestnut)
(kupas kulitnya dan dipotong dadu)
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh warna merah
1/2 sudu teh warna hijau

Lapisan kedua:
5 biji telur
700ml santan pekat dari 2 biji kelapa
250g gula pasir
50ml air pandan dari 10 helai daun pandan
75g tepung custard
1/2 sudu teh warna hijau
sedikit garam

Lapisan ketiga:
5 biji telur
700ml santan pekat (dari 2 biji kelapa)
225g gula melaka
125g gula pasir
25g tepung gandum
sedikit garam



Cara membuat lapisan pertama:
Sengkuang cina dibahagi dua, satu bahgian warnakan hijau dan satu bahgian diwarnakan merah. Santan, tepung beras dan gula di kacau rata. Masukkan garam dan tapis.
Double-boil adunan ini selama 5 minit, kemudian tuang kedalam loyang. Taburkan sengkuang cina diatasnya dan kukus selama 20minit.

Lapisan kedua:
Telur dan gula dibancuh hingga rata. masukkan tepung custard, air pandan dan santan. Kacau rata, masukkan pewarna hijau dan garam. Tapis. Bila lapisan pertama sudah masak, double- boil lapisan kedua. Masak hingga naik wap, tuangkan adunan ini keatas yang pertama tadi, kukus lagi selama 20 minit.

Lapisan ketiga:
Bancuh telur, gula melaka(di lumatkan sedikit) dan gula pasir. Masukkan santan, tepung gandum dan garam. Tapis adunan. Bila lapisan kedua sudah masak, double boil bahan-bahan lapisan ketiga sehingga pekat dan naik wap. Bila adunan kental, tuangkan keatas lapisan kedua, kukus lagi selama 25 minit atau sehingga pekat.

Biarkan ia benar-benar sejuk, barulah di potong dan dihidangkan.

Panduan: Jangan double-boil terlalu lama...



Leceh ke??? Tapi hasilnya...emmmmm memuaskan...


Nota: Petikan resipi2 dari buku panduan memasak Warna.




Quote:

Rieyza ~ cian nyer dia.... sampai gitu sekali?
Kuchai ~ kalau dah mula craving tu .. tak nak mencuba ker?
Mummyjam ~ betul mummy! Kalau letakkan kacang parang memang lagi power!! Cume.. aritu terlupa nak beli..
Suecute ~ tak nak mencuba ker??
kakyong ~ mak oiii!! Buka restaurant?? Tak le sampai situ kakyong... kiter kan masak cuba-cuba aje..
Azeemah ~ My fren pernah juga cakap ini seakan2 laksa Johor. Betul lah tu...
Zack ~ Alah.. cian nyer.. Kalau takde ikan kurau kering, you may just opt this out. Kak rossya pun kekadang buat tak letak...tapi kalau letakkan ikan kering nih rasa nya bertambah sedap..
P.S. Jangan kata anak dara sorang nih yang tak kene ikan.. mak dara yang kat sini pun kekadang bengang jugak bab-bab ikan nih. Mujur lah ade sifu memasak- Kakliza yang sudi menerangkan dengan jelas. Beruntung kiter


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net