Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 11-May-2006 00:20 Email | Share | Bookmark
Ikan Bakar Mak Gayah

Ikan bakar mak Gayah
 
 
lumurkan sambal pada ikan
Bungkus daun pisang daun pisang kemudian aluminium foil
 
ini sahje bahan-bahan nya
Sometimes it just happen that your mind momentarily goes blank. Simply no idea of what favourable menu to dish out today. At last, I settle for this traditional dish, which my mum first taught me when I was fourteen. I've served this to friends and relatives alike, it's like our signature dish that everyone adores.

Thank you, emak! for this wonderful dish







Ikan Bakar Mak Gayah


1 ekor ikan siakap dibelah dua jangan putus(butterfly lah..)
1 pkt cili boh ( beli yang bercuka)
2 ulas bawang putih dihaluskan
10 helai daun kesum di lumat
1 sudu kecil santan pekat
daun pisang yang sudah dilembutkan untuk membungkus ikan
aluminium foil untuk menbungkus daun pisang
sedikit minyak untuk menumis
gula dan garam secukup rasa


Ikan di bersihkan dan di lap kering menggunakan kitchen paper towel.

Panas kan minyak dan tumis bawang putih, daun kesum dan cili boh. Tumis hingga garing , lalu di masukkan santan pekat, garam, gula dan serbuk perasa jika suka. Sambal ini akan meletup-letup bila dimasak. Hati-hati hahh... Masak sebentar.


Ambil sehelai aluminium foil dan lapikkan dengan sehelai daun pisang. Ukuran nye mesti lah dapat membungkus ikan dengan rapi nanti. Letak sebahgian sambal keatas daun pisang dan tindihkan ikan diatas nya. Lumurkan atas ikan dengan sebahgian sambal yang tinggal. Bungkus ikan dengan melipatkan daun pisang dahulu lalu diikuti dengan aluminium foil diluarnya. Bungkusan aluminium akan mengelakkan ikan dari mudah hangus.

Bakar secara BBQ atau diatas kuali yang leper. Bakar jangan sampai sambal di dalam nya terlalu kering.

Hidangkan dengan taburan daun ketumbar dan perahan air limau kasturi.







Sayur Urap

200g kelapa parut- di buang kulit
garam secukup rasa

Dikisar ( tidak terlalu halus):
6-8 tangkai lada merah
6 tangkai cili padi (boleh ditiadakan jika tidak suka pedas)
2 s.besar penuh udang kering-direndam biar lembut
2 ulas bawang putih

1.5sm akar cekur- dibuang kulit dan dihiris


Campurkan kelapa dengan bahan-bahan yang dikisar. Gaul kan garam secukup rasa. Gunakan kuali kering, sangai bahan-bahan campuran diatas api kecil selama 10 minit atau hingga hampir kering. Angkat dan ketepikan.

Sayuran:
150g taugeh
200g kangkung - diambil daunnya dan batangnya di hiris halus
150g kacang panjang di hiris serong
kobis di hiris halus

Jerangkan air (bercampur sedikit garam) dalam periuk hingga mendidih. Celurkan secara berasingan sayur-sayuran berikut: taugeh, kobis, kangkung dan kacang panjang. Di tos kan dan masukkan kesemuanya dalam sebuah mangkuk besar.

Taburkan rempah urap. gunakan 2 sudu besar, gaulkan sayur-sayuran tadi. Hidangkan bersama nasi putih atau diratah sahje.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net