Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Saturday, 6-May-2006 22:20 Email | Share | Bookmark
Sandwich Ayam Mayonnaise ......... roti john ....??

Sandwich ayam mayonnaise
roti john
 
 
ditekan dan di balik-kan
john! pi sana makan roti..
Today, I had a chicken sandwich for breakfast. Thought this was easy... Kejap lagi nak keluar mengundi because today is VOTING DAY. Hubby requested Roti John instead because dia tak makan ayam. Hairan! Ayam kan sedap... tak makan pulak.


Lepas early breakfast, kami keluar awal-awal lagi. Jam baru 7.30 pagi, tapi dah ada long queue. kami beratur dengan setia. Rasa macam patriotik le... Truly! Bila tiba giliran kami, everything seems to move faster. Kami serahkan kad pengenalan dan voting slips kami. Kemudian kami diberi kertas untuk mengundi. Kami seterusnya membuat undian, satu-persatu mengikut giliran. Kemudian memasukkan kertas undi kedalam kotak undian. Selesai.
Begitu sahje. Hairan sambil berfikir sejenak. Betapa sekeping kertas undi sekalipun dapat menentukan kalah-menang nya sesuatu parti politik. Memang berharga, sekalipun hanya satu undian.
Akhir sekali, siapa yang kami undi?? Tak boleh bilang lah. Undi kami rahsia......



SANDWICH AYAM MAYONNAISE


1kg daging ayam (isinya sahja)
3 batang celery (dihiris tipis)
1 biji lada capsicum (dihiris tipis)
1 biji bawang Jepun (dipotong dadu)
1 sudu makan cuka apple cider atau jus lemon
4 sudu makan serbuk lada hitam
3 atau 4 sudu makan mayonnaise


Isi ayam direbus hingga empuk. Bila sejuk, buang kulit dan lemaknya dan potong tipis-tipis. toskan. Gaul semua bahan. Keadaan nya tidak boleh terlalu basah atau terlalu kering. Jika terlalu kering., tambah sedikit mayonnaise. Rasa- kalau ada apa-apa yang kurang boleh ditambah kan lagi.

Bila hendak makan, sapukan ke roti. paling enak jika digunakan roti Perancis yang sederhana, belah dua, sapukan sedikit mentega kemudian lapiskan inti yang disediakan tadi ke sebelah permukaan roti itu.

Aturkan diatasnya, dua atau tiga hiris tomato, timun dan lettuce, kemudian tangkupkan roti.







ROTI JOHN


200gm daging cincang
3 biji roti perancis yang kecil
6 biji telur
2 biji bawang besar
1 batang cili merah dihiris
sedikit serbuk lada hitam dan garam


Sosnya:

15 tangkai lada kering kisar
5 sudu makan tomato sos
sedikit cuka, air dan sedikit gula dan garam
Campurkan semua bahan-bahan diatas dan masak hingga mendidih


Daging cincang disangai dengan sedikit rempah sop.

Pukul telur dengan sedikit garam dan lada hitam. Masukkan daging, bawang besar dan hirisan cili merah. Roti dibelah dua dan letakkan adunan telur diatas roti dan masak di kuali yang telah dilengseri dengan sedikit minyak masak. Balik-balik kan. Setelah masak, hidangkan bersama hirisan timun,tomato dan daun salad


Sebenarnya, ada sejarah mengenai roti john ni. Alkisah waktu dulu-dulu, ada sorang mat saleh datang kesini untuk berdagang. Habis dia cari tak dapat jumpa lagi dia punya staple food. Kalau orang cina ada kuey teow, kalau orang melayu ada lontong dan mee rebus nye, orang india ada capati dan tose. Jadi, dia ke gerai and request sipegerai buatkan nye roti.... disalutkan daging. Waktu tu keju payah nak cari, lalu sipegerai tu gantikan keju dengan telur. Hasil nya si mat saleh tu enjoy betul. Kebetulan pulak, nama si mat saleh tu John. Jadi roti tu pun dinamakan Roti si John le.... roti john...

Betul.... tak percaya ke???


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net