Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 4-May-2006 09:42 Email | Share | Bookmark
KETAM LADA HITAM dan CHAP CHAI SAYURAN

ketam lada hitam
chap chai sayuran
jemputlah jangan segan-segan.. Alah.. malu-malu kucing pulak
campurkan kicap Sweet sauce...
 
gunakan sayur-sayuran yang anda sukai
masukkan sos tiram dan...
kicap Sweet sauce
sos tiram dan stok ayam
MAKE NO FUSS!!! I say it's so SIMPLE . These dishes really descibe one particular ad we always see on TV. Remember? "Cepat di masak, cepat di makan..."
Alah... iklan Maggie tu le....


KETAM LADA HITAM


1500g ketam dibelah dua lalu di cuci bersih
2 sudu makan penuh mentega untuk menumis
1 sudu makan bawang putih di cincang
2 sudu makan kicap Sweet Sauce
30g lada hitam di kisar kasar
60ml air
garam dan sedikit gula



Cairkan mentega di dalam kuali yang panas. Tumis bawang putih sebentar. Masukkan ketam dan serbuk lada hitam. Masak hingga ketam separuh masak. Tuangkan air dan tutup kuali dan biarkan hingga ketam bertukar warna menandakan isinye sudah masak. Masukkan kicap Sweet Sauce , garam dan gula mengikut citarasa anda. Tumis jangan sampai terlalu kering. Hidangkan panas-panas.





CHAP CHAI SAYURAN



500g sayur campuran yang anda gemari
sedikit minyak untuk menumis
1 sudu makan bawang putih
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh stok ayam ( yang di dalam botol - MAGGIE)
2 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 100ml air
sedikit garam dan serbuk lada putih



Panaskan kuali dan tumis bawang putih. JANGAN SAMPAI HANGUS! Masukkan sayur-sayuran , sos tiram dan stok ayam. tumis sayur hingga separuh masak. Tuang kan air bancuhan tepung jagung dan bubuh kan garam dan lada putih mengikut selera anda. Masak sebentar sahja.



Anda boleh juga campur kan udang, sotong( yang sudah dibuang dakwat nye), bebola ikan dan hirisan daging kedalam masakan CHAP CHAI ini.


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net