Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 25-Dec-2006 02:57 Email | Share | Bookmark
semuga hujan lebat mulai reda...

 
 
 
Alhamdulillah, terang-benderang.. pagi ni.. Matahari pun dah mula menunjukkan diri. Semuga terus bersinar hingga kepetang. Sewaktu menziarahi saudara yang akan berangkat ketanah suci, kami lihat jalan2 kian basah..dan air yang naik sedikit dikawasan bandar. Semalam hujan renyai.. dan lebat tanpa henti sepanjang hari.. Kendaraan bergerak perlahan di jalanraya.

Hari ini cuaca menjanjikan yang lebih baik.. Semuga hujan tambah reda dari paras yang membahayakan. Kasihan pada mereka yang terjebak dalam kawasan bah dan membahayakan. Semuga kiter semua dilindungi dari musibah dan sentiasa dibawah lindungan Nya. InsyaAllah.

Lisya bertolak keKL pagi tadi jam 8.00. Ikut pakcik dan cuzin2 nya.. bercuti sebelum buka sekolah penggal pertama. Tinggal lagi mama dan papa selama tiga hari.. Enjoy yourself Lisya.. jangan noti2..






LEMAK SIPUT

600g siput sedut dibuang(gunting) bahagian belakang supaya senang sedut isinya
lalu dibersihkan

bahan-bahan ditumbuk:
10 biji cili padi
5 biji cili merah
4 ulas bawang kecil
1cm kunyit basah
3 biji buah keras (direndam)

1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat (pati)
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai dititik
garam dan serbuk perasa

Panaskan kuali, masukkan santan cair, bahan-bahan yang ditumbuk, serai yang telah dititik dan siput sedut. Jerangkan atas api. Bila telah mendidih masukkan pati santan, garam, serbuk perasa, daun limau dan daun kunyit.

Kacau hingga pekat sedikit lalu dihidangkan.






Setelah melihat reviews yang amat memberangsangkan diruang siber tentang Chocolate Oil Cake dari ResipiDiana, memanggil2 kak rossya untuk mencuba resepi yang begitu fofular ni.. Tapi kak rossya gantikan minyak sayuran didalam resepi ini dengan mentega cair. Sebab kak rossya tak berapa gemar rasa minyak sayuran dalam kuih-muih. Kemudian kami hias dengan Praline Icing.. yang menjadi pilihan Lisya. Kegemaran Lisya Praline Icing ni.. cuma ia lebih sedap kalau disejukkan dalam peti sejuk,( at room temperature ~ it can be sticky) Sebab yang paling utama ..kanak2 suka praline icing sebab ia benar2 MANIS... hehee.. Terima kasih Diana kerana berkongsi resepi..


CHOCOLATE OIL CAKE
@ resipidiana.blogspot.com

3 cawan gula
3 cawan tepung all-purpose
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran ( kak rossya guna mentega cair)
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven 175C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Gaul hingga sebati dan tuangkan kedalam paprcups dan bakar selama 20 minit.






PRALINE ICING

1 cawan soft brown sugar
6 sudu besar low-fat milk
1 sudu besar corn syrup (light atau dark)
1 sudu teh mentega
secubit garam
2 cawan icing sugar
2 sudu teh vanilla

Campurkan brown sugar, susu, corn syrup, mentega dan garam kedalam periuk kecil. Masak atas api sederhana sehingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan supaya gula larut dan hancur. Kecilkan api dan renih selama 5-6 minit lagi.

Tuangkan syrup kedalam mangkuk besar dan biarkan selama 1 minit. Masukkan esen vanilla dan gula icing dan pukul dengan hand mixer dengan speed yang tinggi hingga licin dan berkilat. Sejukkan selam 2-3minit. (icing ini akan memekat sedikit setelah sejuk)

Boleh juga dipukul lagi sebelum menyapu diatas kek untuk melicinkannya lagi.. Icing ini enak bila disejukkan dahulu.






BINGKA KELEDEK

2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
sedikit vanilla

Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam loyang yang sudah disapu minyak. Bakar sehingga masak.






View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net