Want your
own Fotopage?






















 
Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 22-Dec-2006 01:53 Email | Share | Bookmark
Ayam golek yang.... tergolek..golek...

 
Kelmarin, terfikir pulak untuk menyediakan sesuatu yang paling mudah... Memandangkan masa teramat terhad. Ilham yang singgah di benak... hmmm.. lumurkan rempah pada ayam dan tinggalkan ia bakar di ketuhar. Wah... bau nyer semerbak... enak rasanya resepi ini... yang telah dicuba beberapa kali.. begitu menepati citarasa kami sekeluarga. Resepi Mami Asma Laili.

Malangnya, dalam keghairahan memunggahkan ayam golek yang sudah dibakar dari ketuhar... tup-tup.. dulang pembakar.. terlepas dari genggaman.... Haahahaa.. tergolek-golek ayam tu di dalam ketuhar... Makkkk!! Nasib baikkkkk.. dapat jugak diselamatkan...







AYAM ROAST ALA BARAT (Mami Asmah Laili)


1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam

2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji lemon, ambil jusnya
200g mentega lembut ( kak rossya guna olive oil)

Bahan2 Sayuran:
sedikit garam untuk tabur atas sayurnya
1 biji bawang besar ~ belah empat
500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih
2 biji tomato belah 4
beberapa biji cherry tomato
Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)

CARA ~ Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya. Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahja)

Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)





Minggu lalu sempat juga mencuba MummyJam's Chocolate chips Muffins.. Memang SEDAP!! Terima kasih Mummy kerana berkongsi resepi... Seronok tengok mummy berholiday sakan...







MummyJam's CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

125g butter
100g gula
150g tepung naik-sendiri
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
25g dark chocolate ~ dicairkan kaedah double-boiler atau microwave
chocolate chips secukupnya

Masukkan mentega, gula, telur, serbuk koko dan tepung kedalam mesin pengadun (Mixer). Pukul sebentar dan campurkan coklat cair dan chocolate chips.

Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas . Taburkan dengan chocolate chips lagi diatasnya jika suka. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit ~ 175C.



Talam Abuk- Abuk ~ Dalam entry yang lalu, ada yang bertanyakan tentang resepi kuih abuk-abuk yang dikukus diloyang. Sebenarnya, mengukus abuk-abuk diloyang tak banyak bezanya.. Cuma sago tu perlu direndam seketika supaya mudah dan cepat kembangnya. Ada berbagai cara, dibawah adalah antara cara yang mudah yang boleh disediakan..





TALAM ABUK-ABUK

180g sago biji (Rendam selama 15 minit lalu dicuci dan ditoskan)
120g kelapa parut putih
140 gula melaka di racik (boleh ganti gula pasir)
1 tsp garam
loyang 8X8"

Satukan sago dengan kelapa dan garam secukup rasa. Lalu dibahagi dua. Masukkan satu bahagian adunan sago kedalam loyang dan taburkan dengan gula melaka. Kemudian taburkan dengan bahagian sago yang lagi satu keatas nya. Kukus selama satu jam.. atau sehingga sago masak.


Nota : Jika menggunakan gula pasir, gaulkan gula pasir kedalam sago lalu dibahagi dua. Boleh juga mewarnakan adunan sago bahagian atas dengan sedikit air pandan dan warna hijau. Atau boleh juga gantikan dengan sago biji yang berperisa pandan yang siap dijual dipasaraya.






Most recent comments... (In posting order)
yeayyy!!Nan!! kak rossya is back!!! Thx for sharing the ayam golek recipe. Nanti boleh kuzi cuba.. Fri 22-Dec-2006 02:57
Posted by:kuzi  - [Link]
yeaayy she's back ayam tegolek-golek lagi! hhmmm nak kena buat jugaks nihhh Fri 22-Dec-2006 03:20
Posted by:kuchai  - [Link]
laa terus lapar bila tgk fp nie...best banget..... Fri 22-Dec-2006 03:34
Posted by:ArazsRazwill  - [Link]
buka2 fp k.rossya nampak ayam golek...dah la baru belek ayam golek kat fp k.hanieliza...mmg panggilan buat ayam golek kot... neeway, abuk2 talam tu sedapnye...kita suka kuih2 lama ni.... Fri 22-Dec-2006 03:58
Posted by:linad  - [Link]
Tq beri2 much Rossya......elok sangat la ada resepi talam abuk2 ni........kat sini takde daun pisang........ Fri 22-Dec-2006 03:59
Posted by:Tina  - [Link]
nasib baik tergolek kat dalam oven, kalau atas lantai...free aje... Fri 22-Dec-2006 04:27
Posted by:Ouled Kenitra kenitra1975@yahoo.com  - [Link]
aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhg terus terasa lapar.............. Fri 22-Dec-2006 04:36
Posted by:sba  - [Link]
Wahh..bila tgk terus rasa lapar..heheh
http://haidaabu.fotopages.com
Fri 22-Dec-2006 04:44
Posted by:haida
yebedabeduuuuu! kak rossya kembali lagi!!!!!
Wah..terus keluar ayam golek!! sedapnya!!!!
Best ni..teruja nak cuba sekarang jugak..alamak..kena pi beli ayam dulu la plak
p/s: takde lemon kalau ganti dgn jus lemon bleh tak kak rossya? or better guna limau kasturi etc?
Fri 22-Dec-2006 05:27
Posted by:mommy_d&d  - [Link]
waaaaaaaaa....ayam...muffin..sume best2 belaka..meh la hntr sini sket Fri 22-Dec-2006 05:34
Posted by:za  - [Link]
... tu baru betul nama ayam golek ...!! Fri 22-Dec-2006 06:06
Posted by:cik_ketumbar
tersegeh lee bila baca entry ayam tergolek tu....kena tukar nama lee letak ayam tergolek baru lee bestkan... ...tengok muffin ajee dah kepala otak nie berlegar2 nak mencuba nie... Fri 22-Dec-2006 06:26
Posted by:Ida ida@medix.com.my  - [Link]
tergolek tak per.. jangan dia gelek.. terkejut sumer orang.. nampak sedap seh.. ini yang terasa cam nak hidup berjiran ngan kak rossya.. muahahaha.. leh pi ngendeng makan.. Fri 22-Dec-2006 06:50
Posted by:yanina  - [Link]
Yeahh yeahhh yeahhhh Kak Rossya dah balik. Lama betul Kak Rossya gi holiday erk . Kadang-kadang Sab rasa bosan plaks bila view FP Kak Rossya, tapi tgk takder latest entry. Laa ye ke ayam tu terjatuh dlm ketuhar? Hehehehe nasib baik bleh selamat. However, ayam roast ala barat tuh tetap nampak menyelerakan Fri 22-Dec-2006 07:10
Posted by:Sabrina  - [Link]
akakkkkkkkkk... antakan ecah abuk2 tuhhhhhhhhhhhhhhhhh Fri 22-Dec-2006 07:18
Posted by:e c a h  - [Link]
semuanya best2 belaka... nk try lah ayam recipe tu... tbyg2 brocoli, kentang & tomato yg masak dlm perut ayam tu Fri 22-Dec-2006 07:26
Posted by:hellikonia  - [Link]
roast chicken tu nmpk sedap la k.rossya, saya penah buat tp x letak buah pala, buh mixed herbs. mula2 buat x berapa nk jadik sbb balut nga foil, b'genang2 air pas tu masuk balik dlm oven..dah mcm overcooked . 2nd time seb baik jadik Fri 22-Dec-2006 07:39
Posted by:leezsa halimatul_liza@yahoo.com  - [Link]
haha....pandai lak bergolek ayam ni ya........ Fri 22-Dec-2006 07:42
Posted by:imaan & lana  - [Link]
Ooo mak ko ayam tergolek2.
Ish! rasa kena cuba jugak buat ayam golek yg tergolek ni. .
Abuk2 lagi... dari bulan posa hari tu berangan nak buat abuk2, tapi lum terbuat lagi. dah nak naik bubuk sagu tu. Jadi kuih bubuk la pulak.
Fri 22-Dec-2006 08:14
Posted by:Lily lilyzafirah@yahoo.com.my
kak rossyaa... nk gak ayam tuu.... Fri 22-Dec-2006 08:42
Posted by:nic  - [Link]
arini musti kena komen sbb saya paling suka kuih abuk-abuk tu!!! teringat kt arwah nek nyang saya... Fri 22-Dec-2006 09:19
Posted by:kc  - [Link]
ari tu dha cuba bila termasuk melawat secara sengaja...fp sisi Rossya...sedap kuih abok2 walaupun simple kejap jer lesap! Fri 22-Dec-2006 09:24
Posted by:chendana  - [Link]
Masya Allah didalam tak rajin tu ayam bulih tergolek! Kalau dah rajin pulak tuh, haaa I know, kalau dah rajin banyak sepuluh kali ganda ler akak masak kan?
I don't know where you got your inspiration, but I hope you would always be inspired kak rossya, at least org pemalas like mar bulih tengok makanan sedap2 ni
Fri 22-Dec-2006 10:46
Posted by:maR  - [Link]
Aduhhhhh,nak roast ciken dgn abuk2 tu kak rossya...
re:Really had fun main tembak2 kat putrajaya last week..
Fri 22-Dec-2006 11:51
Posted by:Mademoiselle Ayu  - [Link]
OPOCHOTTTT ayam tergolek! Wakakaka...melatah la pulak! Itu baru betul sah nama ayam golek! Mesti sedap nih...Hmm macam-macam sagu ada eh, yang kita tahu, sagu putih tu je...Nanti kita update kita punya abuk-abuk yang tak cun tu ok...kantoi part buat kelongsong tu...tapi tak kantoi part makan! Cepat je lesapnya! Fri 22-Dec-2006 13:45
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
aduss!!! berbunyi perut everytime buka fp kak Rossya nih..ayam golek ..yummy!!! tak sabar balik m“sia ni nih... Fri 22-Dec-2006 13:59
Posted by:Yani Cologne  - [Link]
kak u gave me idea to cook for hari raya haji, dah plan nak masak nasi kunyit. pastu lauk2 belum cfm lagi. now i think buat rendang daging, acar sayur n ayam panggang, the recipe here looks easy. N that abok2 is my favorite tau, nak ciiiiikit, uwaaaa..................... Fri 22-Dec-2006 23:28
Posted by:ruby b_a_foodie@yahoo.com.sg
nasib baik tak pecah2 ayam golek tu ye...still nampak cantikk lagi walaupun kulitnya dah terkoyak sikit2...heheheh...tak pernah masak ayam golek...macam teringin nak buat jee...
yg abuk2 tu memang rasa nak buat...waiting list tu...
Sat 23-Dec-2006 00:14
Posted by:mamahouse  - [Link]
adus adus terliur habis saya tgk ayam golek tu...kalau dapat makan dengan sos cili yang best, memang kenyang 7 hari 7 malam sampai tergolek-golek...kak rossya ni mmg tukang masak serba boleh lah...bagus bagus..keep it up
Sat 23-Dec-2006 01:02
Posted by:Phalinn  - [Link]
aaa..the look of that ayam sure is tempting..kalu mkn ngan gravy n mash potato, pastuh ada grilled buns plak tu... and coleslaw on the side..huishh..complete! Sat 23-Dec-2006 03:02
Posted by:zack  - [Link]
hmm... ayam golek... adeh... lapor kawan dibuatnyer weh.... Sat 23-Dec-2006 06:13
Posted by:dR ali drali@miosh.net  - [Link]
oishii ne...ayam golek tuh.... Sat 23-Dec-2006 10:02
Posted by:WanZee  - [Link]
Ayam GOLEK sungguh tu K. Rossya!!
Thx for sharing resepi paling simple utk kita yg 'rajin' ni...he..he.he
Sat 23-Dec-2006 10:40
Posted by:mama anis  - [Link]
adowh. lapo nyerh! Sat 23-Dec-2006 16:03
Posted by:cekya  - [Link]
Ayam golek yg literally tergolek eh Sun 24-Dec-2006 08:19
Posted by:za+za  - [Link]
adoihh ayam golek ni bestnyaa!!! nak buat lah!! afzan tumpang resipi ya? Mon 25-Dec-2006 04:03
Posted by:afzan  - [Link]
hehehehhe sapa je yang tgk ayam golek tu pasti terliur...biarlah tergolek pun .

Kak rossya, sy dah try masak udang tempura tu. mmg best. thks for the recipe. cuma nak tnya je camne nak bg udang tu tegak mcm yang kak rossya buat. mine is crispy n delicious tapi tak tegak .. camne nak wat tu??
Tue 26-Dec-2006 03:10
Posted by:Acik  - [Link]


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.