Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 14-Dec-2006 23:02 Email | Share | Bookmark
Abuk-abuk

 
Abuk-abuk... Dah lama rasa nya tak terbuat kuih ni.. Memang kuih kegemaran kami.. mudah dan ringkas bahan-bahannya. Tapi rasanya, ada juga di kalangan kita yang tidak pernah mendengar nama kuih ini.. apalagi merasa nya.. Selalunya ia akan dibentuk tigasegi dalam daun pisang.. dan adakala nya kami mengukus nya seperti kuih talam diloyang..





ABUK-ABUK

500g sago biji
1/2 biji kelapa diparut
1 cawan gula melaka diracik
sedikit garam
beberapa helai daun pisang disiat 3inci lebar

Sago biji di bersihkan dan ditoskan. Kelapa parut digaul dengan garam secukup rasa . Kemudian dicampurkan bersama sago dan digaul sebati.

Lipatkan daun pisang dalam bentuk kelongsong dan isikan dengan sedikit adunan sago. Letakkan sesudu kecil gula melaka dan tutup kembali dengan sesudu adunan sago. Bungkus daun dan lipat rapat , lalu disematkan kan dengan lidi. (this should look more like a cone) Panaskan kukusan dan kukuslah abuk-abuk selama 8-10minit.









MAKARONI GORENG

1 packet macaroni direbus dan ditoskan
1 batang lobak merah dihiris
400g daging cincang
sedikit daun sop/bawang dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
1 sudu besar tomato sos
sedikit minyak menumis

Bahan-bahan kisar:
10-12 batang cili kering dicelur
1 sudu kecil jintan manis
3 butir bawang besar
2 ulas bawang putih

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling . Kacau hingga garing, lalu masukkan daging cincang. Sesudah daging empuk, masukkan macaroni yang sudah direbus dan hirisan lobak merah. Tumis sebentar. Masukkan tomato sos dan sesuaikan rasa (garam, pepper mengikut citarasa). Buatkan lubang ditengah kuali, lalu pecahkan telur. Masukkan bawang goreng dan hirisan daun sop/ bawang. Gaul rata.. dan sebati lalu dimatikan api. Boleh dihidang bersama limau kasturi.





Sekadar berkongsi idea.. apa nak masak.. Lagipun.. dah ramai yang tau bagaimana nak membakar ikan. Sedap jugak makan ikan bakar dimusim hujan ini.. tambahan dengan sayur bening dan sambal kicap cili padi.










Quote:
Nic ~ Dah carik ke belum?
Ecah ~ Hanto gambo ajer lah..
Zakiah ~ Best nyer cuti2 Malaysia .. ziarah sanak saudara..
Hellikonia ~ Kat sini belum pupus.. masih ramai yang jual..
Imaan & lana ~ Kalau kat sini.. banyak Asma..
Yanina ~ Itu lain.. Yani.. Itu kuih habuk2... wakakaa
Acik ~ Acik dah jumpa resepi macaroni and cheese tu?
Noor ~ InsyaAllah, nanti Rossya tepekkan resepinya..
Kakyong ~ Lauk bakar2 tu buat ratah kakyong..
Ibu Aqil azhad:ida ~ Kak rossya memang suka udang bakau tu..
Sha ~ Dah buat ke belum tu?
Linad ~ Kalau kat JB pun kak rossya biasa nampak..
RoseInDBottle ~ Hehee..
Leezsa ~ Ehh.. apa pulak, tepung gomak guna tepung kacang hijau..
Chendana ~ Sejuk2 pun sedap tu makan ikan bakau..
Mar ~ Ikan jacket yer tu.. Mar?
Mama Siti ~ Dah baik migraine nyer tu.. Rest cukup2 tau..
Mok nDa ~ Ish.. samalah ngan kak rossya.. tapi dulu best.. balik sekolah emak dah siap buatkan..
Nabialishad ~ Best juga dengan sup panas2 yer Nabia..
Mommy d&d ~ Nanti InsyaAllah, kak rossya tepekkan gambo sago biji tu yer mommy..
Ruby ~ Pandailah awak makan yer Ruby.. Kak Rossya pun hantu Geylang tau..
Sabrina ~ Sini kak rossya kalau bikin sambal kicap mesti nak ade sayur bening.. tak kiralah guna sayur jenis yang mana..
Marcia ~ Senang pun buat nyer...
KNizam ~ Nyyum nyum..
MamaFami ~ Tq for trying Mama Mama.. bab ikan tu kalau jenis yang tawar, mama bolehlah lumurkan garam dan black pepper pada ikan sebelum dicelup telur.. Tapi kak rossya suka guna cod atau sutchi fillet.. lemak sedikit.. jadi kak rossya cuma bubuh garam dan black pepper kedalam bancuhan telur saja.. it's ok mama.. don't u worry lah..
Mademoiselle Ayu ~ Hampir serupa yer kuih tu Ayu..
MummyJam ~ Boleh jugak tu mummy.. Kita pun buat cam tu kadang2..
Kuzi ~ Nanti leh buat lah Kuzi..
Sweet Frosting 4 Cupcake Lovers ~ Sedapkan ikan bako cicah sambal kicap pedas2 Shida..
Mammahouse ~ Nanti kak rossya tepekkan resepi nya.. mudah sebetulnya..
Strozze ~ Amboii.. jauh nya tukang tester ni...
Sharmila ~ Hope my email helps..
Muni ~ itu tepung gomak Muni..
Za ~ Tentu lah best.. Za.. kena cuba sendiri baru tau..
Rozeela ~ Actually ikan bako kosong, kak rossya paling minat ikan terubuk.. syiookk..
Edoras ~ Aiyoh.. it's ok lah Edoras.. biasalah birthday 4series ni.. kelam.. ajer... hehee Nak ajak? Cam ye-ye ajer Edoras.. nanti dijemput pun tak datang...wakakaa.
Ishzah ~ Best nyer ader pokok pisang kat belakang rumah.. Kat sini carik kat kedai pun kadang sush nak dapat..
Rosleenda ~ Hehee.. Leen ni lucu lah.. sampai bermaafan pulak..
Idaa ~ Adehh.. sampai gitu sekali ker?
Phalinn ~ Thanks Phalinn.. u're soo full of kind words..
Gee & Anis ~ Nanti kak rossya bagi resepi kat loyang nyer.. Lebih mudah.. cuma takder bau daun pisang ler..
Izza @putrajaya ~ Edit lah.. bagi orang terliur.. Boleh?
Sue ~ Resepi kesihatan kak rossya kurang arif lah.. Sebab seme kak rossya bantai.. asalkan bersederhana..
Sharmila ~ Sorry for the late email..
Cuyus ~ Waalaikumussalam Yus.. Lama menghilang eh..
Ibu Shasya ~ Alah.. kuih ni tak makan masa lah Lela.. nanti buat tau..
Ida ~ Susah ker nak dapat daun pisang tu kat sana Ida?
Ouled Kenitra ~ Oops saya pun cam lama tak jenguk sana.. nak gi singgah jugak.. Sibuk jugak lah kiter tuan..
Asyila, Atef, eishah ~ tak sanggup daku menyiksa mu.. Mai.. bak sini pinggan kosong..
Edoras ~ Alhamdulillah.. dah tamat pun edisi tu...
Anna ~ Jaga badan ker Anna..
Yani Cologne ~ Dah abes packing2 Yani.. Bila berangkat pulang ke Msia?
++ FarEastPhotoworld++ ~ Hahaa.. ye.. itulah nama aslinya.. bukan habuk2 tau!!
Fadzliali ~ Makaroni simple tu..
Lily ~ Alahai Lily.. camera tu yang buat kuih tu cantik... tapi abuk2 memang feberet kami sekeluarga..
Norazlina ~ Mungkin disana namanyer lain Nora..
Ciksue ~ Kalau disini.. itulah panggilan nyer Ciksue..
Edoras ~ Dah update dahhh..
Kuzi ~ Lawak yer Dr....
Aliza ~ Sago ngan gula melaka.. memang kombinasi yang best Liza..


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net