Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 7-Dec-2006 02:09 Email | Share | Bookmark
Inspired to inspire...

 
Ya Allah! Bila dah selalu ader teman siceconet tu kat rumah; bila tak ader tu terasa sunyi betul.. Bila takder request masak2 pulak, tergerak pulak nak masak dan makan ikut selera sendiri. Tapi selera kiter sebenarnya.. yang mudah2. Jadi dalam beberapa hari ketiadaan Lisya, sempat pulak kak rossya masak lauk harian yang sering disedia kan oleh arwah emak. Ikan masak potong-cili & bawang. Amboi.. panjang nya nama! Tapi lauk nya ringkas.. haha.. Sebenarnya orang Tionghua panggil lauk ni.. Ikan Chuan-chuan .. sahja ditambah dengan taucu. Tapi kiter selalunya sediakan tanpa taucu.. dan lauk ni sedap bila manis sedikit.. Lansung tak pedas.. dan enak dimakan dengan nasi putih panas2. Enak bagi kami lah..bila menggunakan ikan rebus yang digoreng garing.. Kalau kat sini, kalau tidak kepasar Geylang, ikan rebus memang susah nak cari. Di supermarket.. selalu nya tak fresh..








IKAN POTONG CILI BAWANG

beberapa keping ikan goreng
2 batang lada merah & hijau dimayang
1 labu bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam dan gula


Sediakan kuali dan bubuh sedikit minyak untuk menumis. Masukkan cili, bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi dan garing. Tuangkan air asam dan bubuh garam serta gula. Masukkan ikan goreng. Setelah mendidih.. matikan api..







KETAM SAMBAL

1 kg ketam di bersihkan dan dipotong jika suka
2 batang cili merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 labu bawang besar di hiris
1 batang serai di ketuk
2 sudu kecil cuka
minyak untuk menumis

pes cili (dikisar lumat) :
14-20 batang cili kering dicelur hingga lembut
1cm belacan
5 ulas bawang kecil
1/2 cawan air


Ketam yang sudah dibersihkan, dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing. Ketepikan.

Panaskan minyak menumis dikuali. Masukkan serai dan bahan2 hirisan. Tumis hingga bangkit bau , lalu masukkan pes cili. Masak dan kacau hingga cili masak. Bubuh kan garam dan gula secukup rasa lalu di masukkan cuka. Gaulkan ketam yang sudah digoreng, balik2kan sebentar lalu matikan api. Siap dihidang dengan nasi putih.



Nota : Ketam bolah juga digantikan dengan ikan goreng, udang goreng, ayam goreng atau telur rebus.. juga digoreng dahulu..






VIETNAMESE LEMONGRASS CHICKEN



450g isi ayam ( Kak rossya guna chicken parts biasa)
4 sudu besar jus lemon
1 sudu besar cornflour
3 batang lada padi dicincang kasar
2 batang lada merah dicincang kasar
2 batang serai diketuk (dititik)
2 sudu besar kicap cair
1 ikat daun bawang di hiris kecil
2 sudu besar kacang tanah disangar (tumbuk kasar)

Ayam yang sudah dipotong kecil, digaul dengan 2 sudu besar jus lemon bersama tepung jagung. Perapkan selama 30minit didalam peti sejuk.

Setelah ayam diperapkan, panaskan minyak dikuali. Masukkan ayam dan tumis dan goreng ayam sehingga isinya masak. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.

Panaskan kuali kembali dan tambah kan sedikit minyak lalu masukkan hirisan cili2 dan serai yang sudah dititik selama 1 minit. Masukkan ayam yang digoreng tadi kembali dan teruskan menumis selama 2 minit lagi. Tambahkan jus lemon, kicap cair, daun bawang dan kacang tanah. Bolah tambah kan gula jika suka. Masaklah sehingga ayam benar2 empuk , lalu matikan api..





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net