Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
View complete fotopage

Sunday, 3-Dec-2006 23:39 Email | Share | Bookmark
Roti Jala... atau roti kirai atau Roti renjis..

 

Memang tidak dapat disangkal lagi, ramai yang sudah tahu bagaimana untuk membuatkan roti jala. Ada yang memanggil juadah ini roti jala; ada yang menyebut dengan nama roti kirai dan ada juga yang menggunakan nama roti renjis. Yang pasti, juadah yang dimaksud adalah sama. Sekali pun cara kite menghasilkan dan menyediakan berbeza, namun kebanyakan bahan2 yang digunakan hampir serupa. Hanya jumlah bahan saja yang selalu berlainan. Berikut adalah cara saya menyediakan roti jala saya...






ROTI JALA


300g tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 cawan susu cair (evaporated milk)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Bancuh semua bahan dalam blender dan tapis. Kemudian di kirai di kuali yang leper. Setelah bahagiannya masak.. angkat. Tiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahja.






Kebanyakan dari kami menghidangkan roti jala bersama lauk yang berempah atau kuah kari. Tetapi roti jala juga enak dimakan dengan manisan atau pengat/ kuah serawa. Boleh juga di isi inti , jenis'savoury' atau manisan dan digulung kemas.

Saya tidak berapa gemar menyediakan roti jala ini. Antara sebab utama ialah.. saya tidak berapa gemar menebar. Tapi roti jala adalah antara juadah yang sering disediakan didapur saya.. memandangkan Lisya begitu gemar akan juadah ini. Banyak sebab boleh kiter senaraikan untuk tidak membuatnya.. apabila minat untuk membuat sesuatu itu langsung tidak wujud. Tapi banyak sebab jugak boleh menarik kiter untuk mencuba buat sesuatu itu yang tidak kiter senangi demi menambat hati para ahli keluarga..









GULAI DAGING

500g daging dipotong ketul-ketul (kambing atau lembu)
400g kentang -dikupas dan dipotong 4-6
1 biji bawang besar di hiris halus
5 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
3cm kayu manis
3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
1 sudu besar kelapa parut di sangar hingga garing dan dikisar halus
1/2 cawan santan pekat

1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh rata serbuk jintan putih
1 sudu teh penuh serbuk kunyit

Bahan2 dikisar:
12-14 tangkai lada kering di rendam sehingga lembut
1.5sm halia
1 batang serai
1 sm lengkuas

Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk :~ daging, bahan-bahan yang dikisar, serbuk rempah dan kelapa parut yang disangar.

Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris, cengkeh, pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bangkit baunya. Kemudian, masukkan daging yang sudah bercampur bahan kisar, ditumis selama beberapa minit lagi hingga wangi. Tuangkan air and renih dengan api kecil hingga daging empuk. Tuangkan santan pekat dan kacau, masak anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan kentangnya. Masak sehingga kentang empuk.






PERIA MASAK LEMAK

1 biji peria - dihiris dan diramas dengan air garam
600g udang hidup
2 ulas bawang putih dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
5 sm halia dimayang
4 biji cili merah dimayang
4 biji cili hijau di mayang
1 cawan pati santan
1/4 cawan air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula jika suka
1 sudu besar cili boh digaul dengan 5sm belacan

Ambil 1 senduk minyak dan tumis cili boh hingga wangi. Masukkan pula bahan-bahan yang dimayang dan goreng hingga sebati.

Selepas itu bubuh udang, peria, santan, air asam jawa pekat. Bubuh garam dan serbuk perasa dan gula jika suka.










Quote:
Mar ~ Sedap bila pria tu crunchy2..
FarEastPhotoWorld ~ ish bukan mainan..
MamaFami ~ Peria is nice kalau kena ngan lauknya..
Yangmazni ~ tak makn peria eh..
ishzah ~ Yes, kiter pun suka ratah begitu ajer..
Korok ~ hmmm
Sabrina ~ Cuba lah yang ini.. buat sikit dulu.. InsyaAllah tak susah..
Sricandid ~ Takper .. sapa tau tengok ajer boleh kenyang.. hehee
Ida ~ camner boleh berterabur? Garing sangat kot..
Linad ~ Baru hari ni kak rossya masak sambal udang..
Ouled Kenitra ~ bawak lah keluarga.. singgah sini..
Nn ~ Kat S'pore.. orang lebih guna roti kirai..
Kuchai ~ Kak rossya malas buat roti jala.. tapi tengok lisya suka makan.. adoiii..
Nic ~ Adehh.. tak kasi hint pun dah ader fp yer!! Dah lah kak rossya ni.. boleh tak nampak link kat sebelah tu...
Leezsa ~ Ader ketumbar dan jintan dan boleh buat lauk kari.. itu kan asas dia..
Delia ~ Peria kalau bilas ngan air garam dahhh.. tak pahit pun.. My hubby pun asssumed peria tu pahit sangat. Lepas kak rossya 'paksa' dia rasa... hahh.. bertambah pulak lauk nya..
Lily ~ Adeh... kak rossya kat sini pun tak ramai orang tau..
Nabialishad ~ Alah .. campurkan rempah tu semua.. dah tak yah guna instant curry powder.. Rasa kari jugak..
Yani Cologne ~ Ah-ah lah Yani.. roti jala ..anak2 seme feberet..
MummyJam ~ Kalau buat tu lebih2 lah mummy.. (hint#%)
Mademoiselle Ayu ~ Benda sama Ayu.. tapi ader macam2 nama.. hehee
Sha ~ Senang ajer.. tunjuk ajer lah..
Tetupai -xp ~ Malas nak buat? Amik bau ajer lah..
Strozze ~ Pria kalau makan peria .. jadi periang..hahaa
Azli ~ Peria sedap.. kenapa don't like?
Kunci ~ your cuppies pun dabomb.. I also like..
hellikonia ~ Hmm.. roti suria.. kalau kat sini kiter sering panggil roti kirai..
Kuzi ~ Kak rossya suka cicah dengan kuah yang berempah dari yang manis tu Kuzi..
Gee & Anis ~ Peria bilas ngan air garam.. kurang lah pahit nyer..
nn~ Congrats on yr acheivement.. insyaAllah.. berkat usaha gigih..Noni pasti akan berjaya..
Riena ~ Now, winter ker kat sana? Best jugak minum kopi panas time sejuk2 ni.. Btw, kak rossya dari S'pore.
Ecah ~ Thanks.. Hish.. kak rossya blow you a birthday kiss... tak sampaiker?
Weda ~ Tq Weda
Wanie ~ Trylah Wanie.. senang ajer buat nya..
Fieza ~ yes.. akak guna PS2. yesterday was my birthday 4th Dec. I'm 43 this year.
Ciksue ~ Nah.. akak hulur ni.. capai tau..
Ieza98 ~ Nanti Ieza leh duduk semeja ngan Lisya..
SweetFrosting ~ Kenapa lak tak sama?


View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net