Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 1-Sep-2006 22:30 Email | Share | | Bookmark
..have 'em any way u like it...

 
MUFFINS I notice now that muffins do charm all age groups. And it's easy to prepare. I still recall how a few years back when muffins began to make its name here. I remembered when our culinary teacher introduced muffins to us for the first time as 'kek bantut'. She said, 'don't worry about how you handle the mixture, it will never go wrong'. Unless of course you have the wrong recipe combination. If you overbeat, they just don't 'pop up' nicely. And the mountain won't be high enough. But this won't distort the taste, just the look will no longer be inviting. Nowadays, when we prepare muffins, the kids will never ignore or turn away. It'll disappear fast enough. Well, at least it's still being sought after... and enjoyed still by all ages.





CHERRY CHOCOLATE MUFFINS


400g plain flour
175g caster sugar
1tbsp baking powder
finely grated zest of 1 orange (optional)
1/2 tsp salt
285ml buttermilk
2 eggs, beaten
85g butter, melted
250g cherries pitted,chopped coarsely
100g white chocolate chips



Preheat oven to 170C. In a large mixing bowl, combine the flour, sugar, baking powder, zest and salt. In a separate bowl, mix together the buttermilk, eggs and butter. Make a well in the centre of the dry ingredients and pour in the buttermilk mixture. Stir until the ingredients are combined and the mixture is quite stiff, but be careful not to overmix. Lightly fold in the cherries and white chocolate chips. Then spoon the mixture into muffin trays. Grease trays accordingly before topping with mixture.

Bake for 15-18 minutes until risen and pale golden in colour, Leave to cool in the tray for a few minutes. Carefully transfer to a wire rack. Best eaten on the same day whenever fresh fruits are used.







VANILLA CHOCOLATE-CHIPS MUFFINS



250g butter
225g caster sugar
210ml fresh milk
3 eggs
375g all-purpose flour (sifted together wif bakingpowder )
2 teaspoons baking powder
2 teaspoon butta vanilla ( from the baker's shop)
100g mini chocolate chips

Beat butter, butta vanilla and sugar together until light and fluffy. Add the egg, one at a time. Stir in milk at a low speed. Using a spatula, fold in flour/baking powder softly. Add in chocolate chips.

Scoop into paper cups and bake at 170C until lightly browned.






OREO MUFFINS


1 3/4 all-purpose flour
1/4 cup sugar
1 tablespoon baking powder
1/3 cup butter or margarine
1 cup milk
1 egg
16 OREO chocolate sandwich cookies, coarsely chopped
50g white chocolate chopped
50g dark chocolate chopped


Mix flour, sugar and baking powder in medium bowl. Cut in the butter until mixture resembles breadcrumbs. Blend milk and egg in a small bowl. Stir into flour mixture. Gently stir in chopped cookies and chopped white/ dark chocolate. Spoon batter into greased or paper-lined muffin trays.
Sprinkle with more chopped chocolates.

Bake for 15-20minutes or until toothpick inserted near centres comes out clean. Cool in pan on wire rack for 5 minutes. Remove from pan, cool slightly.







Quote:
Sabrina ~ Aiseyman Sab, kak rossya baru nak suruh Sab cuba... Oven dah beli dah?
MamaFami ~ Hai, ini buat pun sebab Lisya yang suruh. Hari ini dia suruh kita buat OREO muffins tu lagik... Mama nyer buat dak.. ajer lah..
Jejaka -FM4555 ~
Steve Troy ~ My froggy welcomes you here to view the food...
Ira ~ Jangan tak try Ira..
Cuyus ~ OREO memang best.
Bakadasu ~ Single and lazy.. Alamak aper yer resepi yang mudah.. Cepat2 ajer lah kahwin..
Edoras ~ Aisey itu macam kah? Tak suka ajer tukar channel kah?
F&Z ~ Bestnyer buat muffins ni bila lihat dia membukit... assoy...
MupaMan ~ Pernah.. akak pernah kesana .. ke Ezdy nyer FP. Sahja tak tinggal kan komen... takut.. Editingnyer power giler.. sampai akak pun mati akal tak tau nak komen aper...
Nurainil ~ Hai cik adik ni.. lama tak dengar khabar berita. Alhamdulillah kalau Ainil sihat2 , busy tak aper asal kesihatan tu dijaga yer..
Mai ~ Thanks for dropping by.. By the way, betul ke Nasi Lemak tu RM3.00. Kasi kak Rossya discount ker.. ader udang lagik.. hehee. reply to yr question.. Kak rossya guna photoshop untuk edit gambo2 tu..
Bnurushd ~ nanti suruh cik adik sayang buatkan Muffins Vanilla tu.. Safeya pasti suka..
Myperiukbelanga ~ Sabo2..Niss. Nanti tak pasal2 PC tu jadik mangsa pulak..
Palik ~ kesiannya keje ker? Mana semangat patriotik tu?
MummyJam ~ Cuab mummy..jangan tak cuba...
Abdakambdah ~ Thanks for visitng my humble FP.. Nanti kalau senang singgah2 ler. tapi banyak santapan makanan ajer ler..
Luz Macia ~ Kenapa tiap kali ke sini..hang belum makan? Itu pasal ler selalu lapar... kenapa? Kenapa?
MamaFami ~ Aiks! Dah buat ker? Betul ler Mama ni Superwoman. Macam lightning dah pi try... Kenapa tak cantik? Over-react ajer kot..
Mohamad Saifol ~ Dah abes dah..Lisya dah ngap.. Nanti next time akak tinggal sikit orite..
Cneo ~ You like? Here have one!
Cik Bawang ~ Give it a try, Cik Bawang. it's simple... sure jadik..
++FarEastPhotoworld ++~ Taruh coklat M&M yang kita selalu makan tu sure cair ler.. Tapi ader juga cooking coklat jenis M&M... smaller in size . Itu memang buat baking2..
Judith ~ Coming right up!
Allodealova ~ Hm.. dah jadik wedding photographer ler dier..
Muni ~ Apalagi.. tekan ler vending machine tu.. untung2 jatuh satu ketul.. hehee..
Nic ~ Jangan ler tersiksa adik ku.. Nanti buat ler muffins tu..
Kakyong ~ Cuba ler kakyong...
Amy ~ Oh Amy dulu orang Bedok yer.. Kalau dah rindu sop tulang beach road tu.. u can actually make your own tau..
Kak Kham ~ Yes.. kak kham my anak pun memang suka dengan OREO muffins ni..
Hellikonia ~ Siapa yang makan ? Eh.. kiter ler yang makan.. Takkan makanan tu dok posing ajer kot..
Anna ~ Memang it's true.. muffins lebih enak kalau dimakan panas2..
Weda ~ Raya takder muffins! Tapi kalau Weda datang kak rossya buat kan...
Kuchai ~ Nak? Mai ler..
Ouled Kenitra ~ Tak boleh.. takder lesen... Semua resepi orang...
darling ~ Ish.. kak rossya tak jual ler.. Buat cuma untuk makan.. dan merasa. Nasi Beryani dan daging beryani? Nanti kak rossya tepekkan resepinyer yer... Insya'Allah. Memasak ni nak kena ader minat darling. If you practise.. you'll get better everyday. Kadang2 nak dapatkan rasa yang perfect pun nak kena cuba berkali.. But we can try, sebab kiter ader ready tester kat rumah.. They are actually pendorong kiter untuk terus mencuba.. So you go gal!!
Elin ~ Kenape eh? Tak tepek gambo kat FP ker?
Apiq ~ Apiq.. kalau nak merasa.. kena mintak tolong emak buat kan..
Marcia ~ Ish.. jangan ler begitu Marcia.. Anyway... bulan posa maybe kurang gambo makanan ler..
Sba ~ tq
Helli ~ Apa pula hazab. cantik dan gebu tu... Yang pasti sodap!!
Nabialishad ~ Nanti kak rossya kirim kan guna pos laju yer..
Nn ~ Kesian nyer nak berbuka posa yer? Jangan kan satu .. 10 nanti kak rossya hanto..
Leezsa ~ Posa jugak? Jangan.. Leez.. nanti batal karang..
Mademoseille Ayu ~ Mana nak carik? Kat dapur.. kena buat sendiri.. hehee Haa.. kalau nak datang nanti ajak si Weda.. Weda pun nak datang makan mufins..
Aishifu ~ Memang sodap!
Fazaliza ~ kak rossya dah email to you.. ader received tak?


Thursday, 31-Aug-2006 22:00 Email | Share | | Bookmark
tender lovin' delights...

 

Laughter is the best medicine (Petikan dari Melayu Jenaka)


Dialog Dua Hantu

Tersebutlah kisah dua orang hantu. Mereka ni baru bertemu lalu mereka pun berborak-borak lah untuk mengisi masa lapang kehidupan mereka sebagai hantu. Sepanjang perbualan mereka, Hantu B ni tak habis-habis menggigil. Lalu, Hantu A yang kehairanan ni bertanya,

"Apsal kau ni asyik menggigil?"

"Oh.. cara aku mati dulu teruk.... aku mati dalam peti ais... sejuk!" Jawab Hantu B sambil menggigil lagi.

"Oooo.. kesian... aku dulu mati sebab heart attack." Kata hantu A ramah.

"Kau memang sakit jantung kronik ye? Apsal ko tak gi buat operation? Kalau tak sure kau tengah lepak-lepak ngan famili kau sekarang." Balas Hantu B.

"Dah, aku dah buat dah ! In fact mase aku mati tu, aku in recovery. Panjang ceritanya," jawab Hantu A sayu.

" Cerita lah sikit.. Sambil-sambil lepak nih..."

" Camni... Aku syak isteri aku main kayu tiga ngan aku. So this one day, aku ingat nak perangkap lah isteri aku. Aku pura-pura gi keje tapi actually aku park keta aku kat simpang hujung umah aku. Seperti yang aku syak, masuk sebuah keta kat carpark rumah aku. Aku rilek dulu sebab nak carik mase sesuai tangkap diorang."

"So, ko dapatlah tangkap diorang?" tanya Hantu B penuh minat.

"Tak. Aku cume jumpe isteri aku kat dalam bilik. Yang aku heran, mase aku masuk umah tu, aku nampak sepasang kasut lelaki kat depan umah aku. Aku tanye isteri aku tapi dia tak mau jawab. So aku pun lari-lari sekeliling rumah aku nak carik jantan tuh. Abis semua bilik aku carik tapi tak jumpe. Last-last, sebab aku penat sangat berlari carik jantan tu, aku pun pengsan sebab heart attack. And aku tak sangka aku mati lak.." kata Hantu A mengakhiri ceritanya dengan kesedihan.

Hantu B terdiam mendengar cerita Hantu A. Selepas beberapa ketika, Hantu B pun berkata,

"Kenapa kau tak check kat dalam peti sejuk? Kalau kau check kat situ, sure kita berdua still hidup lagi."







DONUTS


Bahan:
I paket ibu roti kering (yeast)
1/4 cawan air suam
1 1/2 cawan susu suam
1/2 cawan gula pasir
1 sudu kecil garam
2 biji telur
1/3 cawan lemak sayuran ( shortening)
5 cawan tepung kek
minyak sayuran untuk menggoreng





Taburkan ibu roti kedalam air suam dan biar kan selama 5 minit sehingga ia berbuih.

Didalam mangkuk besar, satu adunan ibu roti, susu suam, garam, lemak sayuran, gula dan 2 cawan tepung. Adun selama beberapa minit dengan kelajuan mesin yang sederhana. Masukkan baki tepung sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi adunan yang lembut dan tidak melekit. Perap kan adunan didalam bekas yang sudah digris selama 45 minit sehingga adunan naik dua kali ganda.

Setelah adunan naik, gelekkan dan terap dengan menggunakan citak donuts setebal 1/2 inci. Tutup dengan plastic wrap dan biarkan ia naik sekali lagi. Selepas donut naik, boleh lah digoreng didalam minyak yang panas. Balik-balikkan dan angkat sambil ditoskan minyaknya. Hiasi lah ia mengikut kegemaran anda atau disira dengan gula sahaja.






KEK COKLAT

Bahan:
4 biji telur
225g tepung naik sendiri di ayak
55g serbuk koko diayak
225g gula caster
340g mentega
3 sudu makan susu manis (dibancuh dengan 55g air)
1 sudu teh esen vanilla



(Loyang yang sudah di alas dengan kertas kuih dan disapu dengan mentega sekelilingnya.)

Panaskan ketuhar 160darjah. Bila hendak masukkan kek, turunkan ke 150darjah. Pukul mentega, gula dan vanilla sampai putih dan gebu. Masukkan telur satu persatu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan 1/2 bahagian tepung/koko dan 1/2 bahagian air susu dan pukul lagi hingga rata. Masukkan lebihan tepung/koko dan lebihan air susu dan gaul hingga rata. Bakar selama 60 minit atau sehingga masak.

Setelah 45 minit, sila buka ketuhar dan lihat keadaan keknya. Jika masih belum masak, turunkan kepanasan kepada 140 darjah dan biarkan sehingga ia masak. Untuk mengetahui kek sudah masak.. cucuk dengan lidi, jika lidi bersih apabila dikeluarkan, bermakna keknya sudah masak.








Quote:
Muni ~ Terima kasih kerna sering menjenguk kemari. Rossya letak isi donut tu dengan sudu ajer. Buat kan adunan seperti bentuk mangkuk yang dalam, kemudian diisi inti. Ketapkan hujungnya dengan sedikit air dan bulat2kan perlahan2 kembali sehingga licin permukaan nyer. Boleh juga menggunakan nozzle yang tajam untuk mengisi inti..
Hanieliza ~ A'ah, Rossya pun ader lihat kak liza pun buat Donut suria kan? Tapi kalau chef yang buat, mesti sodap kan, sebab tu budak2 tu tak sabar nak serang..
Ramsis ~ Takder tepung kek, Ram gunakan all-purpose flour ajer atau sebarang super-fine flour..
Hanna & Eez ~ Takmo cuba ker... yang ini Eez dah boleh makan kan?
Kak Kham ~ Lucu kan kak kham? Sedih tau kak kham.. dah ler jadi hantu.. hilang bini pulak tu..
Edoras ~ Oh Edoras pun chocoholic yer? Nih dah buatkan 4 dozen.. kenape tak collect2 ?
MamaFami ~ Makanan tu kan siap dimake-upkan mama sebelum 'photo-shoot'. Menarik ler jadik nyer... alah cam mama punyer jugak ler.. heheee
Elin ~ Ish ! Mana ader sama dengan Dunkin Donuts? Cuma macam Rossyabakes ajer lah Elin..
KNizam ~ Yes, Selamat Hari Merdeka kepada semua rakyat Malaysia.. Hooray!
Mademoseille Ayu ~ Nak gi Dunkin Donuts? Nakkkk ittut!
Luz Macia ~ Alah.. dah malam ni.. besok ajer ler carik..
Nic ~ Makan dulu Nic... besok leh diet..
Ida Natrah ~ Itu makner nyer masih laporr Idah... Ah.. pi ler makan..
Kuzi ~ Terima kasih Kuzi, dalam kesibukan pun sempat jenguk kemari...
Yangmazni ~ Donuts ni kegemaran semua kanak2.. Buat jangan tak buat..
Gee ~ Eh.. real ah tu.. kak Rossya kalau buat kuih suka yang minis.. comey2...tak muak dan lagi cantik..
Khairul hafiz SF ~ Thanks for visiting khairul..
Ouled kenitra ~ ish ni bukan batu... Mana ader pakai ketul? Ini ..donuts.. mesti pakai biji..Ok.. nak berapa biji?
F&Z ~ Best eh citer tu? Did it make you laugh Fazi?
hellikonia ~ Helli ni busy betul ler... asyik tak cukup time ajer.. Suruh ler 'askar2' kat rumah tu tolong.. mesti fun punyer..
Sabrina ~ Kesian nya Sab.. Hopefully dah sembuh yer.. Take it easy ler.. Migraine ni nak kena relax dan jangan stress2...
Anna ~ Donut tu memang sedap buat snack .. siang malam pagi dan petang.. pasti enak dimakan..
Marcia ~ Adoii... marcia... hang kalo lapaq.. pi ler makang...
Myperiukbelanga ~ Donuts are 'safe' snacks for kids... Sure diorang serbu punyer...
Nina ~ Amboi .. malas yer... Tapi rossya intai Nina asyik gi kedai bakery ajer... Mesti kumpul bahan nak buat project kan..kan..Nanti rossya nak pi intai lagi ler..


Wednesday, 30-Aug-2006 23:24 Email | Share | | Bookmark
Mee rebus... dan..

 
 
Bual kosong ~ I guess this year is really an EVENT. A fairytale event. Now that CT is married. So ..many broken hearts out there huh? Don't you think she looked amazingly beautiful.. Over in Singapore , it is also BIG news. Press made non-stop coverage on her last solemnization. The ceremony captured in mega pixels is really a boost for the local newspaper. Everywhere I go, people are talking about CT and her prince charming. My emails looks like a mega traffic jams with topics on CT and her wedding.. And her photos, past photos.. and future anticipated photos... blah blah blah... (Baik2 minat jadik penat... ler ~ jangan marah ler peminat CT) But anyway.... I think she's great... beautiful and talented and oh sooooooooo manis mannnnnjaaaa...


Ok.. today my dear, I'm posting a recipe called Mee Rebus.. I don't know whether my friends in M'sia have such noodles there. Anyway, here's our version...





MEE REBUS

500g mee kuning
500g tauge (dibuang akarnya)

Bahan kuahnya:
500g ubi keledek(direbus dan dikisar halus)
250g tetel lembu (dicuci bersih dan direbus hingga lembut)
sedikit minyak unuk menumis
garam dan serbuk perasa secukupnya

Bahan kisar:
3 sudu makan tauco (cuci sedikit jika tidak mahu terlalu masin)
4 sudu makan rempah kari daging
6 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
1 ibu jari lengkuas
2 ibu jari halia
2 batang serai
1 sudu besar udang geragau kering (disangar)

Bahan taburan :
telur rebus, tahu goreng, limau kasturi, hirisan cili hijau, hirisan daun sop/bawang dan bawang goreng.







Panaskan minyak dan tumis bahan kisar. Bila sudah berbau wangi, masukkan air rebusan dan tetel lembu. Kemudian masukkan keledek , garam dan serbuk perasa. Jika hendak manis, masukkan sedikit gula. Lebih enak kalau menggunakan gula tanjung. Bila sudah mendidih, matikan api.

Celur mee dan tauge, lalu toskan. Bila hendak menghidang, masukkan mee dan tauge kedalam mangkuk. Tuangkan kuahnya dan taburkan dengan bahan2 taburan. Hidangan ini elok dimakan semasa panas.



Do you have food or any dishes that you don't have a proper name for it. Well, I have lots of such food. My late mum used to give nicknames to her food. Those short-formed that only her family members are familiar. We would come home from school and ask, " mak.. masak aper mak arini?" And she would answer, " Mak masak 'ikan potong cili bawang." atau " mak masak ayam goreng2 ketumbar" atau "mak masak sambal gerenseng". Sambal gerenseng ni sebab sambal nyer kering dan ditumis dikuali .. dan bila proses memasak tu mesti bunyi macam 'seng..seng.... seng..' '.Ikan potong cili bawang' is fried fish in tamarind gravy.. and 'ayam goreng2 ketumbar' is stir-fry chicken with corriander powder. This is quick to prepare..






AYAM GORENG KETUMBAR

1/2 ekor ayam di potong kecil
1 sudu makan ketumbar serbuk
1 sudu kecil serbuk lada
1 sudu kecil serbuk kunyit

Bahan hirisan:
I labu bawang besar di potong empat
2 biji cili merah dihiris serong
6 biji cili padi dihiris
1 batang lobak merah dihiris tebal
3 tangkai daun kari

Ayam di bersih kan di lumur kan dengan serbuk ketumbar, serbuk lada dan serbuk kunyit. Perap selama 15 minit.

Panaskan sedikit minyak dikuali dan tumis ayam bersama daun kari hingga masak. Setelah ayam masak dan lembut, masukkan bahan2 hirisan dan gaul sebentar. Bubuhkan garam dan sedikit gula dan gaul lalu dimatikan api. Hidang bersama nasi putih


Quote:
Muni ~ Sambal gerenseng tu eh? nanti yer rossya tepek kalau nak cuba...
Mama anis ~ kat sini semua orang melayu pun panggil tetel jugak. Ia sebenarnya bahagian yang berlemak dan banyak urat tu. In English, they call it 'beef trimmings'.
Ecah ~ Tak yah ler nak cari.. masak sendiri pun orite kan..
Leezsa ~ Alhamdulillah... boleh wat berbuka posa ni..
nabialishad ~ Dulu selalu ke Komtar, JB. Tapi tak pernah lagi makan mee rebus diM'sia. Itulah kak rossya ingat takder mee rebus diM'sia. ps: Nabia, camner nak buat kerak2 tu eh?
Kuchai ~ Ingat yang sodap2 ajer ler..
MamaFami ~ Aisey.. tak pernah makan mee rebus dengan pendaram. Camner resepi pendaram tu mama? Ps: Nanti kiter tepek yer resepi masak campak2 emak kiter yer..
Cakcibur ~ Cak ni buat kak rossya tergelak ler. Ader ker nama sambal tu 'sambal setan'. Dhasyat nyer!! Kak rossya hari ni masak sambal sotong pun tersenyum sendirian.. kot2 takut sotong tu keluar tanduk pulak. Ps: Kalau cik abang tu ajak jenjalan .. pegi ler.. Kesian dier.. make him happy. Kiter pun masak sebab nak membahagiakan selera nya.. Kiter ikut dia jenjalan sebab nak membahagia kan hatinyer pula.. ok
Darling ~ Betul??? Nanti kak rossya nak gi sana pi intai yer..
Anna ~ Itulah, Anna.. emak2 kiter ni macam2 nama dia bubuh. Ader yang tak sedap betul didengar. Tapai rasa nyer power. Mungkin itulah yang membuat sesuatu masakan itu unik..
Myperiuk belanga ~ Go ahead lah Niss. I pun dah curi link you punyer blog. Marah tak?
MummyJam ~ Betul mummy.. janji sedap!
Amir ~ Hai akak dah hulur dari tadi.. kenape tak sambut2 Amir?
Cuyus ~ Emm.. mengelamun tengok langit yang dramatik tu ker? Lama tak singgah sini.. busy kot Yus..
Hellikonia ~ Helli , yang lucu tu bila emak2 kiter bubuh nama yang kelakar2. Ader lauknyer simple, tapi nama nyer pula berjela2 pulak..
Kakyong ~ Di Singapore ni, mee rebus is voted as one healthy dish. Of course, tolak tetel lembu tu ler..
Gee ~ Nanti kalau gi Stulang, Kak rossya nak try ler Mee Rebus nyer. Masih ader dijual disana ker Gee?
Mademoseille Ayu ~ Mee rebus memang sedap Ayu. Kalau ader tetamu, it's safe to prepare this .. cos.. semua orang suka makan..
Tina ~ Serbuk perasa tu seperti ajinomoto ler Tina. Tapi kalau Tina tak suka, tak yah bubuh ler..
Door Gift 4 Wedding ~ nYum nYum
Yangmazni ~ Malas nak masak takper.. boleh beli sahjer...
F&Z ~ Memang sedap Fazi.. cuba try kalau tak caya.. hehee..
Kak Kham ~ Nak order? Tak leh ler.. kena bikin sendiri... hahaaa..
Edoras ~ Begitu popular tak kenal? ker action tak kenal? Aisey, Edoras pun kecewa jugak ker..
nn ~ Siapa tu? kat mana gerai nyer... boleh jugak kak rossya cari...


Monday, 28-Aug-2006 23:24 Email | Share | | Bookmark
Most spectacular photos of 2003

OMG! These are amazingly SPECTACULAR. Wonder how I could have missed these. When I first stumbled upon these great photos.. I began to ponder on what you might consider great photography. Well I definitely do not have such skills.. (Yer lah kita pun main belasah ajer bila amik gambar. Paling kuat.. I only try to take as sharp a picture as I could. The manual pun tak pandai lagik nak godeh) But seriously, I salute those people who apparently has the X-factor to take good quality photographs.
You may have come across these fabulous pictures. But if you don't, please join me for a while. The pictures are not doctored in any way by moi.. Any distortions, may have been caused by frequent circulation..

These are apparently superb shots by talented people who happened to be at the right places but at the wrong time. Enjoy...















Sunday, 27-Aug-2006 20:16 Email | Share | | Bookmark
Biskut jejari oats...

 
When I first got this recipe from Helli of http://yt5486.fotopages.com, I was excited. I was sceptical at first looking at the recipe which required the cookie to be rolled into milk powder. I simply can't imagine myself taking in baby milk powder just like that. When I finally have the first batch of cookies out of the oven, I was having four young testers in my kitchen. Eager to sample the product. Once cooled, we quickly dabbled the cookies into the milk powder and slide one each into our mouth. The cookies turned out pretty well. The kids gave their thumbs-up. I made my second batch last Thursday. Today, the cannister is totally empty. Thank you Helli for sharing your wonderful recipe with us. Though I made some drastic changes to its shape.. I know deep in my heart that you wouldn't mind at all...






Hellikonia's BISKUT JEJARI OATS

250g oats
430g tepung gandum
230g gula caster
1 1/2 sudu makan serbuk cocoa
200g Ghee (Minyak sapi)
125g mentega
susu tepung secukupnya


Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati. Ambil sedikit adunan dan bulat2 kan membujur seperti bentuk biskut makmur. Bakar dalam ketuhar 160C sehingga masak.

Biarkan biskut benar2 sejuk lalu digolekkan kedalam susu tepung.



Nota : Kak Rossya tidak bentuk kan bujur, tapi kak rossya gelekkan adunan dan citak biskut ini mengikut bentuk yang diminati. Kemudian setelah betul2 sejuk, ia disira dengan susu tepung diatasnya. SELAMAT MENCUBA.

NOTA: Walaupun biskut dah tak rupa jejari... bentuk telah ku ubah.. tapi nama nak kena retained. Sebab .. copyright reserved.... HakCipta terpelihara...






KEK GULUNG NUTELLA

25g air sejuk ( dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula caster
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu teh baking powder
10 biji kuning telur
6 biji putih telur
100g mentega cair
1 botol Nutella

Acuan untuk kek gulung 8X8 atau 10x10in
(Alaskan loyang dengan kertas kek. Sapukan sekililingnya dengan mentega dan taburkan sedikit tepung)

Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan Nutella. Pukul dengan high speed sehingga menjadi putih dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Bahagi ke beberapa bahagian dan warnakan mengikut kegemaran anda. Masukkan adunan ini kedalam piping bag berasingan dan picitkan adunan ini keatas loyang . Berjalur2 mengikut susunan warna yang anda minati. Ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160 darjah. Ketuhar hendak lah di panaskan dahulu sekurang2 nya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk. Keluarkan dari acuan dan buangkan kertas nya lalu sapukan permukaannya dengan Nutella sehingga rata. Kemudian gulung dengan cermat. Bungkus dengan kertas kek atau plastic wrap. Simpan didalam peti sejuk.

Apabila hendak dihidangkan, keluarkan dan dipotong bulat2.







Quote:
MamaFami ~ Budak2 kata sedap.. caya ler.. Banyak betul bunga kat taman mama yer.. Tapi kak rossya tak nak bunga yang ini.. Nak bunga ros.. ader.. (Ish! Cerewet pulak tu.. orang dah bagi.. )
Along ~ Kesian nyer Along.. Bak sini balang kosong , kak rossya isikan mai..
Apiq ~ Kalau nak merasa.. kat kedai banyak... Tapi kalau nak rasa yang akak buat.. kena ler mai sini..
Muni ~ Kalau boleh beri Muni some ideas untuk HariRaya nanti.. itu sudah buat ku bahagia.. Chewahh..
F&Z ~ Try ler Fazi .. somthing different kan.. asyik inti jam dan cream ajer kan..
MummyJam ~ Mummy boleh beli dari kedai yang menjual bahan2 kek. Disana ader susu tepung dalam paket2 kecil. Sedap pun rasanya. Petua kek gulung.. jangan dibakar terlalu lama,.. oven mesti panas betul, dan jangan letak adunan terlalu nipis diloyang. Ini semua punca kek gulung mudah retak dan pecah bila digulung nanti..
Gee ~ Yummy Gee. Sedap.. kiter favourite ler..
Edoras ~ Hai Edoras, kalau semua kuih yang di ubah tu ditukarkan namanyer.. hilang identiti kuih tu..
Harlina ~ Takper ler Lin.. nanti dah balik M'sia.. kenal ler Lin dengan cik puan Ovelette tu.. Gebu dan kuning melekit dier ni..
Anna ~ Kak rossya suka letak Nutella dalam biskut dan kek. Banyak resepi kak rossya yang menggunakan Nutella. Giler banget ngan Nutella..
Norazlina ~ Nora pun boleh cuba..
Hellikonia ~ Tak ler Helli, Rossya pun guna susu tepung yang dibeli dikedai bahan2 kek. Tapi rasanyer pun macam susu baby jugak. Patutler budak2 tu suka. Eh.. makan biskut ni bole tambah berat badan ker.. Alaah.. biskut2 kecik ni? Minyak sapi tu bukan ler banyak mane..
Amy ~ To my tastebud.. it's really great!!
Kakyong ~ Cuba ler kakyong. Kakyong jangan tak tau.. kiter ni kan hantu colour. Suka sangat dengan bright and vibrant colours on my foodstuffs.. macam lukisan gitu ler..
Darling ~ Kalau posa.. sabar nak ooi... Tabah kan hatimu...
Suhaimi ~ Sana lapaq.. sini lapaq.. akak rasa hang pi ler makan Joni..
Gerimisalji ~ Lagi dasat.. lagi cantiq..
Kuchai ~ Nak jadik instant tester? Boleh.. tapi perut nak kuat hahh..
Phalinn Ooi ~ It's okay Phalinn.. Enjoy urself while u're still in M'sia. Tak lama lagi nak balik Ireland kan. Visit the other fps u can catch up when u're settle back in Ireland. Spend this precious period with your loved ones more..
Nic ~ jangan tak buat untuk papa Nic. Papa Nic suka biskut oats ker? Hujung minggu ni boleh ler experiment Nic..sayang..
Aureanayz ~ Aisey.. ovelette tu actually bahan pelembut untuk kek sponge. Kalau takder.. try to replace dengan sponge cake stabilizer or softener. Kalau kat sini kiter kadang2 gantikan ngan Quick 75 jugak.
Izzaezani ~ OMG.. kak rossya lupa ler dear.. what's the name of that big font.. Jangan marah yer..
Nabialishad ~ Kak rossya kan hantu colour, Nabia. Suka kuih2 yang bercolor2. I remembered once when my late mom jadik marah bila I color my kuih makmur pink and sepit jadik bentuk bunga ros.. ish ish ish.. I thought I was being creative.. tapi my mum kata I rosakkan resepi.. hehee
Ramsis ~ Senang tu Ram .. u boleh bikin haah..
Kak Kham ~ Nanti balik M'sia bole bikin kak kham. Bahan2 nyer tak sukar nak cari..
Yangmazni ~ Maz kalau nak buat.. untung ader tiga pembantu.. yang mesti suka nak buat. It's fun for the kids u know pat baking2 ni..
Beskal ~ Rajin tu tidak adik, but dah jadik semacam hobi.. Nak sikit ker?
Ayu ~ Selamat Hari Raya Ayu.. Takutnyer kak rossya .. kak rossya bukan sifu...Kak rossya pun cuba resepi orang.. Kek Roll kalau u dah ader resepi asas yang you are confortable with ajer dah senang. Intinya .. you boleh gayakan macam2. Krim atau jem sekalipun. Cuba letakkan dirack belah tengah dalam oven bila membakar.. jangan terlalu browned.. nanti sejuk.. kek roll mudah retak. Letak adunan tepung tu diloyang pun.. jangan terlalu tipis.. sebab kek mudah hangus dan pecah. Bila roll kek.. biarkan kek benar2 sejuk.. dan roll atas kitchen towel lebih mudah.. In fact, bahan tepung kek.. tu pun boleh letak perisa for variety. Kak Rossya bab mengajar ni hancur sikit.. sebab bukan chef.. tapi kalau nak kongsi resepi and a few tips boleh lah.. kak rossya tak keberatan kalau dapat membantu..
Ayu ~ Alahai ciannyer... Sungguh kak rossya tak pandai nak bagi kursus. Kak Rossya sebenarnya pun cuba resepi orang. Kalau you were to refer to berita Harian.. ader ramai guru2 memasak yang dah bertauliah. Kalau you teringin sangat nak tengok cara kak rossya.. Insya 'Allah.. nanti lepas raya.. mana tahu lembut hati kak rossya nak membantu.. hehee..(cam betul ajer kak rossya ni.. ) Kak Rossya tinggal di Woodlands St.83. Email me ok at erj2407@singnet.com.sg. Tapi sekarang oven kak rossya baru mogok.. temperature semua dah lari.. nak kena repair dulu lepas raya .. ok..
Min ~ Kalau membuat kek roll.. gunakan telur yang sejuk lebih baik..
Niza ~ yer lah.. citarasa kiter berbeza2 kan.. I got the recipe from Hellikonia who actually sold thousands of these during last Hariraya.. We thought it was nice.. even without icing sugar in the milk powder. My daughter and her frens really enjoy 'em. I even made the second batch lat beberapa hari sahja after the first try. Hari raya tu I pun buat juga sikit.. kids loved it.. but not many adults in my family suka milk powder..Tapi abes jugak tu.. Sorry.. you didn't like it that much..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  [10]  11  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net