Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]
Wednesday, 13-Sep-2006 07:45 Email | Share | | Bookmark
Sop.. pembuka selera...

 



Alhamdulillah, tak lama lagi masuk lah bulan Ramadhan. Yang pasti di pagi hari, telefon tu mesti berdering2 bila masuk jam 4.00 pagi. Dan akan kedengaran suara dari dalam telefon... Sahur! Sahur!. Begitu lah setiap tahun, ada sahja giliran yang mengejut kami untuk bersahur. Walaupun memang jam alarm siap diletak ditepi meja... Tapi selalu.. waktu bersahur, kita tak masak yang pedas2 sekali pun kita dinobatkan juara pedas. Selalu untuk juadah bersahur.. mudah sahja. Lauk air.. atau sop dan sayur2an. But for me... don't be surprise... sekalipun masak untuk Lisya dan suami berbagai sop untuk bersahur, I tetap setia dengan my cereal and fresh milk. Eh-eh.. cam sarapan pagi kot.. tapi betul... itu sahja yang kak rossya termakan bila bersahur... normally cornflakes dalam fresh milk.. lah.. dan segelas air teh panas.. Slurp... erghhh.. Alhamdulillah..


This Chicken macaroni is not at all hot. But it's for those who love tomatoes.. Sebab ader rasa masam nyer tomato






MACARONI AYAM KUAH TOMATO

1kg dada ayam dipotong kecil-kecil
4 biji tomato sederhana dibuang biji dan dipotong kecil dan dikisar
2 ulas bawang putih dikisar
1/2 sudu besar lada puih serbuk
1 sudu besar mentega atau margarine
6 sudu besar pati tomato (kalau tak suka masam sangat .. gantikan dengan tomato sos sahja)
800ml air
1 batang lobak merah sederhana di kupas kulit dan potong dadu kecil
50g kacang peas
air perahan dari 1 biji lemon
garam secukup nya
gula jika suka

Gaul ayam bersama serbuk lada putih dan tomato kisar dan bawang putih. Pijarkan mentega, tumis ayam bercampur tomato . Kacau sehingga rata. Masukkan pula pati tomato, air, lobak dan kacang peas. Setelah mendidih, campur air perahan lemon, serta garam secukup rasa. Kacau lagi sehingga daging ayam dan lobak empuk.


Oops! MamaFami.. u're sooo alert horr...

500g macaroni di rebus dengan sedikit minyak agar tidak bergumpal kelak.
Semasa menghidang letak kan macaroni dalam mangkok dan tuangkan kuah tomato... heheee

Senyum ... Mama.. jangan tak senyum...







PRAWN & LIME SOUP



500G Udang kecil dibersihkan dan buang kulit dan tinggalkan ekornya
8 cawan air
6 helai daun limau di hiris tipis
1 sudu besar serai dicincang atau di racik
2 sudu kecil sos ikan
1/3 cawan jus limau purut ( boleh menggunakan lemon)
2 ikat daun sop di hiris
2 ikat daun bawang dihiris
1 batang cili merah dibuang kulit dan di hiris kecil
garam dan serbuk lada putih


Tuangkan air kedalam periuk dan didihkan. Masukkan daun limau dan serai dan kecilkan api. Renih selama 10minit. Masukkan sos ikan dan masak lagi selama 5 minit. Campurkan udang dan air limau purut dan masak menggunakan api yang kecil buat beberapa minit sehingga udang bertukar warna. Akhir sekali masukkan daun sop/bawang, cili dan bahan perasa secukupnya. Hidang kan panas2 dengan hirisan daun bawang.








WAJIK DURIAN (Ialah tengah musim durian ni kan.... )



500g pulut
50g gula pasir
750g gula melaka (kak rossya campur sedikit gula timbang(brown col sugar)
1 cawan isi durian
3 helai daun pandan
375ml santan pekat
sedikit garam


Cuci bersih pulut dan rendam semalaman. Pada keesokan hari, pulut ini hendak lah dikukus sehingga masak. Sementara itu masak gulaMelaka, gual pasir, garam, daun pandan dengan 1 1/2 cawan air, sehingga gula larut. Kemudian tapis. Masukkan santan kedalam gula ini dan masakkan sehingga pekat dan bertali. Masukkan isi durian, kacau rata lagi sebentar. Setelah durian hancur, masukkan pulut. Kacau dan masak sehingga adunannya tidak melekat kepada kayu pengacau.

Nota ~ Jika hendak membuat WAJIK biasa tanpa durian, tambah kan gula pasir nya 50g lagi menjadi 100g. Wajik enak sekali jika dibungkus dalam daun pisang atau upeh.






Quote:
tina ~ DiJepun tak der pulut ke Tina? Buat nyer pun senang.. cume jangan give-up godeh sudah ler..
MyPeriukbelanga ~ ish .. tak makan durian ker? Kenapa nak tutup idung? Durian Sodap! Tak makan rugi ler Niss!
Yati ~ Aiyoh.. bulan posa tak boleh tengok makanan.. camner nak masak?
Anna ~ Sama dengan kak rossya... sekarang makan jugak tapi tak boleh banyak.... cepat pening!
Cik Bawang ~ camner ler Cik Bawang nak bagi kak rossya info ni? Asyik not sure... pulut pagi ker pulut manis? Sup udang harus di cuba.. sebab really refreshing . Hirup ajer cam tu.. slurppp
Izan ~ Ah... hubby dah suka.. Izan kena buat tu.. dah ader resepi..
Nabialishad ~ Camano kalo ngidam? Buat sendiri tau.. dah ader resepi.. tak yah guna oven pun...
Sabrina ~ Wahh.. bulan posa dah ader list aper nak masak.. caya ler Sab..
Ibu Shasya ~ Lela kalu nak rasa, kena buat ler.. kak rossya nak hanto jauh sangat ni.. Haa.. masukk.. masukk dalam list dulu lah..
Nic ~ Nic kalau suka masam, then this is the one for u. Udang dan lime soup tu pun favourite kami.. very refreshing.. Ratah begitu sahjer.. tak yah cicah aper2 pun..
MamaFami ~ Ish,yang heran tu bila datang Syawal.. baju semuanya ketat. Hoohoo kembung angin agaknya kiter mama.. hehee.
Mommy d&d ~ Yes, Little Damia pun bole makan ni... tak pedas pun. nak datang S'pore.. mai singgah tau..
Kak Leen ~ Kenapa tak leh makan tomyam? Tak tahan pedas ker? Ha.. makaroni tu tak pedas.. nanti Leen leh try...
MamaFami ~ Bagus ler Mama.. boleh jadi proof reader .. tip top perhatiannyer, Macaroni rebus dolu horr..
Mar ~ Thanks Mar, nanti kak rossya jalan2 kesana lagik yer... and try again..
MamaFami ~ Pandai... mama..
Aishifu ~ Ish jangan menangis.. Ash pun bole buat.. simple ajer tu..
Aureanayz ~ Nanti Aureanayz cuba ler this resepi. Insya'Allah tak lembik. Ni resepi orang bandar.. hehee..
Trey ~ Betul ker nak try Trey?
Ainil ~ Yes, try something new?
Weda ~ Kak rossya leh masakkan sahur.. tapi Weda kena bangun tolong potongkan sayur dan bawang boleh? My Lisya is 10years old.
Muni ~ Bulan posa slim.. Raya balooning.. Takper lah Muni.. asal cik abang tak complain..
CT ~ Nyum nyum
Sri ~ orang sekampung dah mai!! thanks for dropping by Sri. Nak wajik?.. mai datang Woodlands yer..
Yani Cologne ~ Yes Yani, Nabilah boleh makan macaroni soup tu.. tak pedas pun.. Hope she'll like it..
K.I ~ where r u right now Khairil? Somewhere 'overseas'? Kesian.. kalau kena masak sendir.. masak yang simple2 ajer lah..
F&Z ~ Sure sodap ler Fazi...
Phalinn ~ Hoohoo.. dah kena masak sendiri ler Phalinn.. What's cooking today?
yangmazni ~ Permission granted.. Go ahead ler Maz, tak ader masalah...
Luz Macia ~ Pulut kacau? Oh yer.. lain daerah.. lain jugak panggilan nyer yer..
Kuchai ~ Rajin kiter kerana nak makan.. Sup udang best.. mak ngan datuk jalan pun sadar..
MummyJam ~ Oh kiter ader geng ngan your yonger son eh? Betul tu mummy.. nanti akhir2 posa.. mesti tak lalu nak makan..
Cakcibur ~ Makanler Cak.. Sekarang kan Cak makan untuk dua orang..


Monday, 11-Sep-2006 08:01 Email | Share | | Bookmark
I'm letting my kid have her day...

 
Today, lisya insisted on trying to make Kuih Serimuka by herself. Can she? Macam ye-ye ajer.. So hendak tak nak... I let her try to prepare one small one for her dad.. of course with the supervision of 'mama boss'. Hahaa.. Made half portion of the recipe. Actually, 'playcheat' jugak. She took 1/4 of the steamed glutinous rice and topped with half portion of serikaya. Why? Because.. kids just love serikaya more than the glutinous rice. I tell you I guess she's not ready yet.. banyak problem jugak.. First thing... bila panaskan serikaya.. asyik complain panas.... panas.. Secondly, bila nak tuangkan serikaya.. belum tinggi pulak budak ni.. Nak kena panjat kerusi.. kalau tidak tak nampak nak tuang serikaya... Macam2. Walau aper2 pun, papa said Sedap! Dia sendiri yang potong dan sendiri amik gambar guna Coolpix. Biarkan... asal she's happy..

So.. I asked her... bila nak buat lagik Lisya? Dengan pantas dia jawab, " TAK NAK.... PANAS!!!"





SERIMUKA (PUTRI SALAT)


500g beras pulut di rendam dengan satu sudu kecil air kapur selama 1 jam
1 sudu teh garam
340ml santan cair
daun pandan disimpul

Bilas beras pulut bersih2 dan tos kan. Satukan beras pulut , garam, daun pandan dan santan cair. Kukus hingga masak selama 45 minit. Setelah pulut masak, balik2 kan dengan garfu dan alihkan kedalam sebuah loyang yang telah digeser dengan sedikit minyak. Ratakan pulut dengan sehelai daun pisang supaya padat. Kukus lagi selama 5 minit.

Bahan serikaya:

250g gula pasir
6 biji telur (anggaran 60g setiap satu biji)
60g tepung gandum
10g tepung sago ( boleh ganti ngan tepung jagung)
750ml santan pekat (Boleh gunakan 200ml santan kotak tambahkan 550ml air)
sedikit garam
1 sudu makan pandan paste
sedikit pewarna hijau jika perlu

Telur dipukul dengan gula hingga gula larut. Jangan sampai berbuih. Masukkan tepung gandum dan tepung sago dan garam. Tuangkan santan sedikit2 dan kacau perlahan hingga sebati dan rata. Tapis. Masak adunan yang sudah ditapis hingga panas dan naik wap. Sentiasa di kacau perlahan agar tidak bergentel. Jangan sampai mendidih.
Pulut yang didalam loyang dicucuk2 paras atasnya dengan garfu supaya lapisan serikayanya mudah melekat. Tuangkan adunan serikaya itu keatas nya dan kukus selama 30 minit. Setelah serikaya masak, sejukkan dahulu sebelum dipotong.



Nota : Pastikan anda membungkus penutup kukusan dengan kain putih agar tidak banyak air wap yang menitik keatas kuih. Potong kuih dengan pisau plastik lebih mudah. Jika anda merendam beras pulut anda lebih lama, anda tidak perlu mengukus nya terlalu lama kelak.Dan pasti kan api tidak terlalu besar bila mengukus kuih.






SERIMUKA DURIAN



Bahan2 nya sama seperti diatas, kecualikan pandan paste dan pewarna hijau.... hanya tambah 300g isi durian pada serikaya.

Keluarkan 100ml santan dan kisar bersama isi durian hingga menjadi puree. Telur di pukul bersama gula. Bila gula telah larut, masukkan kedua2 tepung dan garam. Dan masukkan santan sedikit demi sedikit. Tapis. Sesudah ditapis campurkan puree durian dan kacau rata. Boleh juga dicampurkan sekali puree durian kedalam adunan baru ditapis.. tapi hilanglah hampas durian tu nanti. Oh ya.. jangan lupa letak sedikit pewarna kuning. Kemudian dipanaskan hingga naik wap dan siap di tuangkan keatas pulut yang sudah ditanak.


Nota : I used the above serikaya recipe for most of my kuih talam that contains serikaya. You can actually make all kinds of variety by changing its base. Then top with serikaya of different flavour. Put different essence or flavouring or paste for the serikaya for different variety. The base can be anything if your imagination can run wild. Be it green beans, red beans, glutinous rice with kacang lepat, or just another plain talam or talam gula melaka or talam su'un .. the list goes on and on.... isn't it...



Quote:
Gee says ~ Kak rossya serimuka nangka ada tak? Tadi baru beli nangka, kat sini durian mahal...


Khas untuk Gee

Sila lihat di bawah untuk resepi talam lapisan bawah . Kak rossya rasa serikaya kalau letak cempedak kisar lebih enak. Kalau Gee menggunakan nangka, rasa2 nya lebih enak kalau di isi di lapisan bawah.


Resepi untuk talam lapisan bawah:

300g tepung beras
10g tepung sago (boleh ganti ngan tepung jagung)
125g gula
sedikit garam
1100ml santan cair
1 sudu kecil air kapur (alkaline water)

Semua bahan digaul rata dan tapis. Boleh masukkan hirisan nangka. (boleh juga guna keladi, keledek, sengkuang cina , mangga , betik etc) Masak hingga naik wap dan panas. Kacau senantiasa agar tidak bergentel dan jangan sampai mendidih. Tuang kedalam loyang yang sudah digeres sedikit minyak dan kukus selama 20minit sehingga masak. Setelah talam masak, tuangkan bahan serikaya yang sudah dipanaskan keatas talam. Kukus serikaya pula hingga masak. Selamat mencuba Gee...

Nota ~ jikalau setelah talam masak , diatasnya itu kelihatan terlalu banyak air dari air wap penutup kukusan, boleh gunakan kitchen towel (paper towel) untuk menerap air perlahan-lahan). kemudian barulah dituangkan serikaya keatasnya.









MEE HOON BERYANI

450g meehoon direndam dalam air panas supaya lembut.
2 cteh pewarna kuning- ditabur keatas mee itu supaya rata warnanya
2 sudu teh lada hitam dihaluskan
1 ekor ayam (seberat 1.3kg dipotong kepada beberapa bahagian dan dilumur dengan serbuk lada hitam. Perap selama 10-15 minit dan goreng sehingga garing.)
3 sudu besar minyak sapi atau minyak makan

1 inci halia dikisar
3 ulas bawang putih dikisar
6 batang lada kering direndam dan dikisar
garam secukup rasa
4 biji tomato dibelah dua dan dihiris tipis-tipis
1 batang lada merah di belah dua
1 batang lada hijau dibelah dua
1 sudu besar rempah beryani
1 ikat daun ketumbar dihiris
1 ikat daun pudina dihiris
230ml air (1 cawan)
1 cawan bawang goreng
1 tin kecil kacang peas

Pijarkan minyak sapi didalam sebuah kuali dan tumis bahan perencah halus sehingga wangi. Masukkan garam, tomato, lada merah/hijau, rempah beryani, bawang goreng dan daunketumbar/pudina. Kacau selam 2-3 minit dan tuangkan air.
Setelah mendidih, masukkan ayam goreng dan gaul sehingga rata. Angkat ayam dan tinggalkan rempah itu ditamabah sedikit garam lagi jika perlu. Masukkan mee dan gaul rata. Akhir sekali masukkan kacang peas dan ayam itu kembali. balik2 kan sebentar. Hidangkan bersama sedikit lagi bawang goreng, kacang peas dan daun pudina. Sertakan ulam nenas dan timun jikalau suka.







Quote:
darling ~ I'm happy I give semangat yang 'produktif' untuk Darling cuba memasak. Nanti kalau dah tekun.. jangan lupa tunjuk Kak rossya yr signature dish yer..
Cakcibur ~ cuba ler Cak. to me this recipe is failproof. Yang penting is actually kukusan nyer tu..
Aureanayz ~ Wa'alaikumussalam. Kak Rossya alhamdulillah sihat2 ajer. Nasih baik putri salat ku menggodan mu singgah kemari. How are you? Ho'w your family? I hope sume sihat2 belaka yer..
Gerimisalji ~ Memang enak kalau disajikan dipetang hari..
Mar ~ Ish! Malu ler kak rossya.... mana ader first class? Kak rossya kalau petik gambo kadang2 pun syiok sendiri tau..
Sha, Sya & Syahmi ~ Serimuka ini senang nak buat.. kenapa malas. Buatkan lah .. syahmi mesti suka serikaya nyer.. heheee..
Hanieliza ~ Tq Kak Liza
MummyJam ~ Boleh apa salah nyer..
Ibu Shasya ~ Kalau ikut resepi betul2.. mesti jadi macam kak rossya. Kan resepi yang sama.. could be better...
Muni ~ Hmm.. tak boleh ler Muni. Nak masuk FP pun nak kena supervision ler.. Ader yang kena bar from entry jugak untuk budak2 ni..
Za+za ~ mmmm.. sedap za..
F& Z~ Yes, dia lah pembantu setia waktu time nak Raya, Fazi.
Mamafami ~ Jangan kata cam tu Mama... Lisya tu dapat step-by-step instructions. You pun boleh mama..
Faiz ~ Yummy ...
Yani Cologne ~ Kalau takder durian, Yani bole ganti dengan durian paste..yang macam essence tu. Kak rossya guna essence durian bila tak musim durian kat sini.. Btw, my Lisya is 10 years old.
Amir ~ Oh ya? lain daerah lain pulak namanyer yer..
gee ~ Dah kak rossya sarankan untuk Gee cuba... Lihat diatas yer..
Me ~ Sotong pulut santan tu camner Anna? Kak rossya belum pernah rasa..
Mama Anis ~ Nama nyer ajer lain kan Mama? tapi kuih nyer sama..
Nic ~ Nampak cam susah? Takder lah Nic. Belum try belum tau.. Mana yang baik tu kita manfaat kan bersama...
Nabialishad ~ Sekali gagal tak bererti terus gagal. Cuba lagi.. we do better the nex time tau.. Jangan kan kata sepinggan... haa.. ni kak rossya hulur 2 pinggan besar mee hoon beryani tu dan 4 pinggan cute yang tak pedas berserta papedom nyer sekali... heheee..
Kaezrin ~ Our favourite too...
mar ~ I think kat mana2 pun di S'pore ni pricing nyer standard. Cuma kalau nak dapat banyak variety bawah satu bumbung... kiter selalu pegi ke Phoon Huat, Ghim Hin dan kak rossya pulak suka patronise kedai Ailin di Tg Katong Complex tu.. sebab macam2 ader. Anyway, I rasa kat S'pore ni bahan2 baking mahal2 belaka.. Btw, camner projuct serimuka Mar... third try?
Steve Troy ~ yes Steve, that's why I luv playing with colours on my food..
Mommy d&d ~ Ish! tak pernah makan? Rugi tau.. nanti buat eh..
Zahara Khamis ~ Wa'alaikumussalam Kak Zah. Terima kasih kerna sudi singgah kemari. Ini serimuka ialah resepi arwah emak yang telah rossya ubah mengikut selera keluarga. Kalau di ikut betul2.. pasti jadi .. kak.. tak susah nak membuatnyer..
Izan ~ Yes, kak rossya memang galakkan kalau anak2 nak 'mengacau' didapur. Bagi diorang enjoy ler..
Kakyong ~ With your experience, I bet u r a very good cook. For me, I used to resent cooking, sebab dulu time kecik2 selalu kena PAKSA belajar memasak.Masih ingat bila emak marah benar bila kiter anyam ketupat tak cantik. Nangis2 kiter. I started cooking seriously only bila ditingkatan dua.. Btw, mee hoon beryani bukan resepi Rossya. I got it from a cookbook tapi first made this long before I got married. My hubby suka sangat kat beryani meehoon ni with daging.
Kak Kham ~ Takper lah kak kahm... Sekarang dah berkemas, kak kham relax ajer lah.. nanti nak balik tak ler kelam kabut tau..
Diella ~ Lambat sikit tu... semua dah kadam dahh..
Lina ~ Tak berani? Kukusan tak der? Camner?
MyPeriuk Belanga ~ ish .. awak pun terer kan buat serimuka ni kan... Sedap ler Niss .. makan purit salat dengan secawan kopi.. Assoy...
Irda Idris ~ Tq Irda. Insya'Allah selagi masih ader idea memasak...
Gee ~ U 're most welcome my dear..
Salina ~ TQ Salina
Zakiah Zainudin ~ Ha.. ini dah tepek resepi Zakiah tak nak mencuba ker? Kak rossya dah jenguk yr FP, u pun minat memasak kan...
Rozzan ~ Hmm.. pulut berinti kacang lepat dan kelapa.. siap dengan serikaya gula melaka diatas nyer... Mintak ampun sedapnyerrrrr..
Fasha ~ Dah ader steamer.. boleh lah buat project kukus mengukus ni... Nanti leh buat serimuka.. tapi tak leh taruh durian.. takut cik abang tak tau makan kot. Untuk memudahkan kuih keluar dari loyang, Fasha boleh guna tactic orang berniaga. Mereka letak plastic heatproof pada dasar loyang. Kemudian bila kuih talam masak, bila sejuk angkat saja kuih itu keluar bersama plastik nyer sekali. Untuk yang ini, Kak rossya hanya guna baking pan yang boleh dibuka 'dindingnya' .. kemudian angkat seluruh kuih talam dengan palette knife yang lebar tu..
Yangmazni ~ cuba Maz jangan tak cuba...
Ira ~ Dia kalau minat.. bersungguh nak belajar.. kadang2 pun give up halfway jugak..
Ecah ~ Kuih serimuka sedap , Ecah tak makan?
Sabrina ~ Yes, Lisya buat. But of course ader yang ajar.. Psst.. Lisya kat dia boleh datang.. tapi dia tanya nak sponsor aper.. tiket kapalterbang ker tiket kretapi? Heheee..
Kak Leen ~ Cuber ler Leen ..jangan tak cuba yer..
Luz Macia ~ haha..
Kuchai ~ Sini tengah musim durian lah Betty... itu pasal lagik kemaruk ni...
Mama Siti ~ Boleh guna loyang bulat 11" atau 8x8 persegi..
Zack ~ Hai Zack, u're so humble.. kak rossya pulak tengok your gambo2 pulak yang envy.. sume cantik2..
Ira ~ you mean.. air kapur dalam pulut tu.. ia bertindak untuk melembutkan pulut. You only need sedikit air kapur dan pulut setelah dikukus akan jadi lembut.. biarpun telah beberapa hari. If you don't have alkaline water, boleh jugak omit this.. tapi pulut tu kenalah rendam cara lama... bermakna semalaman atau at least 6-8 hrs... supaya dapat pulut yang lembut bila dikukus.. Dengan sedikit air kapur.. pulut tu hanya perlu direndam selama 1jam sahja..


Saturday, 9-Sep-2006 14:38 Email | Share | | Bookmark
let's do some cooking...

 
Welcome to my humble FP. I was pretty pleased to receive a warm feedback from a cyber enthusiast on my fp. That private message I received really made my day.. and change my whole perspective on entry posting on this photoblog. You see guys, I am not a master in anyway.. nor am I a professional chef. I cook out of passion and these are mainly the results of trials and errors in my very own kitchen. Again the recipes are not mine.. simply try to experience the taste myself. Kudos to all the original inventors of all these 'food'. Most of whom we'll never find out. Don't believe me? So tell me who invent Serimuka? Who gives this brilliant idea that you can stack a serikaya on top of a steam glutinous rice and give its name? I've googled but still not satisfied with the findings. Same goes with the other food. We can never call any dish authentically ours.. can we? So don't be surprised that sometimes we do prepare our dish differently. I remember Azli's frequent quote that there is no right or wrong answer. So is cooking... there is really no wrong or right preparation of certain food. The only difference is the end product and the final taste that it produces. "Sedap' is subjective. It all depends on how the whole food compliments your tastebuds. "Sedap" to me may taste differently to you and vise-versa.
I wish to thank ALL of you for taking the time to browse my FP. Even my own husband does not see my entries! Surprised? come on guys, we have the same menu.. but sometimes prepared differently.. that's okay. We make the same recipe but it turns out differently. And that's okay too. Certain recipes need several try-outs, if you fail once... you'll only improve the next time. You see better things sometimes are produced through time and mere adjustments. Never be discouraged... you'll be happy once you put some smile on those faces at home waiting at the other side of the table...




I made some Sweet Buns the other day. Got the recipe from Kak Hanieliza aka cyber chef at http://hanieliza.fotopages.com. We luv it... though I add additional ingredients to it like chopped dates and walnut. Seriously guys, this is my third try on breads. I think I'm just a goner at making bread. Please see the the original beautiful ones at kak liza's fp. The look of my sweet bun is somehow discouraging for me, but the taste.. is liked by everyone at home. None wasted... all consumed in one day. Thankyou Kak Liza....





SWEET BUN KAK HANIELIZA

Bahan A
500g tepung high-protein
25g susu tepung
75g gula
10g ragi segera (instant yeast)
1 sudu kecil bread softener
1 egg
1/2 sudu kecil garam
100g kurma dicincang kasar
100g kacang walnuts dicincang kasar

bahan B
250ml air
75g margarine

Satukan bahan-bahan A. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi adunan yang lembut. Masukkan margarine dan uli lagi sehingga lembut dan kenyal. Akhir sekali masukkan kurma dan walnuts.
Bahagi adunan kepada beberapa ketulan seberat 50g setiap satu. Bentuk mengikut minat anda. Perap kan sehingga naik dua kali ganda.
Bakar dalam ketuhar yang panas 180C sehingga masak dan keperangan. Sejurus dikeluarkan dari ketuhar, terus sapukan sedikit margarine diatas roti..






SHAMEEN KAMBING


Bahan A
1 kg daging kambing atau lembu - potong ikut suka
3 biji bawang besar di hiris halus dijadikan bawang goreng
Minyak menggoreng bawang diketepikan untuk digunakan lagi
1 sudu makan halia dikisar
1 sudu makan bawang putih dikisar


Bahan B
3 biji tomato didadu
2 biji lada merah dibelah dua
2 biji lada hijau dibelah dua
1 sudu makan tomato puree
3 sudu makan rempah kari daging
3 sudu makan tairu
5 biji badam dikisar
5 kuntum bunga cengkeh
5 biji buah pelaga
1 jari kulit kayu manis
segenggam daun pudina
2 pokok daun ketumbar
2 cawan air
garam secukupnya.

Satukan Bahan B dalam sebuah bekas dan ketepikan. Gunakan setengah cawan minyak bekas menggoreng bawang, tumis halia dan bawang putih hingga wangi. Masukkan daging.
Masukkan bahan B, kacau rata dan masak selama 45minit. Kacau setiap 15 minit. Setelah 45 minit, masukkan bawang goreng, kacau rata dan masak sehingga daging empuk dan kuah nya pekat.
Setelah daging empuk, kecilkan api dan biarkan minyak nya naik. Enak dimakan dengan nasi atau sebarang jenis roti.



CAPATI

450g tepung Atta
2 cbsr mentega atau minyak sapi
1 cawan air dicampur dengan 1 cteh garam

Caranya :
Ayak tepung Atta kedalam sebuah mangkuk besar. Gaulkan dengan mentega atau minyak sapi. Gaul biar benar2 rata lalu dituang kan separuh bahagian air garam itu. Uli selama 10minit.
Setelah sebati.. tuangkan baki air sedikit demi sedikit dan uli lagi selama 10 minit. Tidak perlu habis kan air jikalau adunan sudah lembut. Tutup dengan sehelai kain lembab dan diamkan dahulu selam 45minit-1 jam. Bahagi adunan tepung itu kepada beberapa bahagian sebesar bola ping-pong. Canaikan sehingga ia leper.
Panaskan tawa dan masak capati itu. Jangan taruh minyak. Setelah ia mula mengelembung.. balikkan. Tekan hujung2 nya dengan sehelai kain, setelah masak, angkat dan BUNGKUS didalam sehelai kain sehingga tiba masa untuk menghidangkannya kelak. Sapukan sedikit margarine atau minyak sapi sebelum menghidangkan jika anda suka.

Nota : Adunan itu dibiarkan untuk beberapa waktu dahulu.. barulah ditekan semasa dimasak. Sebab ini akan menjadikan capati tiu agak 'ringan' lagi. (Pada Ramsis dan Aziah~ Selamat mencuba.)








KERABU SOTONG

300g sotong
1 labu bawang besar
1 kuntum bunga kantan muda
1 biji buah tomato
2 pokok daun kesum
3 batang serai
4 pokok daun ketumbar
10biji cili api
2 biji cili merah
3 biji limau kasturi
garam dan serbuk perasa secukupnya

Cara membuatnyer:

sotong dibersihkan kemudian dipotong-potong. Dibasuh dan toskan airnya. Setelah itu masukkan kedalam periuk dan jerangkan diatas api yang sederhana (Jangan tambahkan air). Biarkan sehingga air sotong semua keluar dan sotong empuk. Angkat dan ketepikan. Bawang besar dan buah tomato di dadu halus. Cili merah dan cili api dimayang halus-halus. Serai , daun ketumbar, daun kesum , bunga kantan dimayang halus.

Gaulkan semua bahan-bahan yang sudah dimayang bersama-sama sotong tadi. Perahkan air limau kasturi. masukkan garam dan serbuk perasa secukupnya sambil digaulkan sehingga sebati dan rata. Sesuaikan rasanya.







Quote:
Muni ~ Tq Muni.. Macam hepi gitu bila tgk Muni datang singgah. Give it a try ler Muni itu Kerabu sotong. Jangan segan2..
Kak Leen ~ Hai Cik Puan Rosleenda pun minat memasak kan.. Nanti boleh lah dicuba untuk keluarga tecinta.. Budak2 tu pasti suka..
MamaFami ~ Dah kak Rossya kata.. semua jenis yang halal dan dari mana daerah pun kiter suka. Asalkan bukan jenis yang 'manis2' tu..
Kak Kham ~ Nanti balik M'sia boleh try buat kerabu ni yer Kak Kham..
Rozzan ~ Tq Tuan. But sorry, Rossya takder resepi Jeneket. Tak pernah buat pun... sowee..
Anna ~Tq my dear sebab sudi kemari. Beruntung kalau dok dengan mak. Makanan yang sememangnya Paling lazat... ialah yang dimasak oleh ibu kiter sendiri.
Kakyong ~ Betulkan Kakyong? Aisey, kak yong pun dah sound cam Bro Azli... Mana dia menghilang yer...Dia dah gi Flickr .. terus senyap ler.. Rindu pulak entry dia..
CT ~ Tq my dear..
Amy ~ Budak2 Amy.. saper2 pun yang paling best mesti 'My Mother'. I know how overwhelmed... the feeling when our kids give us their 'approval'. That we are simply the BEST.
Zuhri ~ Tak tahu pulak 'ori' ker tidak. tapi sah memang Rossya dapat resepi sweet bun dari kak liza nyer FP.
MummyJam ~ Memang enak....
Ramsis ~ Alahh.. capati dan kari ikan dah biasa orang buat.. Tak yah ler resepi. Kalau u nak I nyer version.. nanti I 'under-table' to you horr... Dua tiga hari ni senyap ajer? takder project ker?
Hellikonia ~ Aiseh.. itu Shameen ah.. India mari ler.. Tapi yang masak itu hari.. melayu juga.. hahaa
Cakcibur ~ Syabas ler dapat pujian dari MIL. I know the feeling.. Best kan masak ngan 'air-tangan' sendiri kan? Terus kan memasak yer Cak. Selain ibubapa kiter sendiri.. kedua mertuapun nak kena pikat hatinyer juga..
Nic ~ Janganlah jeles Nic.. kak rossya buat roti pun belum pass lagik ni.. heheee
Kuchai ~ Haa.. nak kambing? Kambing dah kak rossya tambat kat belakang umah tu.. Kalau nak Shameen kambing.. mai ler datang rumah yer..
Ouled kenitra ~ Hai cukup ker satu ajer?
Yangmazni ~ Improvise ler Maz mana2 yang perlu.. asalkan dapat merasa...
Zess ~ Tq
Syasya ~ Chocolate balls tu camner? Cookie yang ader hazelnut kat dalam dan diluar macam Ferrero ker? Atau yang macam 'Rum Balls' yang ader kat kedai2 kek tu? Kak Rossya tak pasti which one yang syasya referring to..
Aziah ~ Alahh.. capati tu dah banyak orang tau bikin ler Aziah.. Takper .. nanti kak rossya tepek versi yang kak rossya selalu bikin yer.. Insy'Allah .. kejap lagi ajer..
Mai ~ Jangan kata 'cikett', banyak pun boleh asal Mai sudi ... hehee
Nn ~ Alahh.. fell in luv with my kerabu... ingat tadi fell in luv ngan sape...
Nabialishad ~ Tak makan kambing .. boleh Nabia gantikan daging lembu ker ayam.. pun ok..
Leezsa ~ Ish budak ni.. dah seronok tengok tu.. aper lagi? Buatkan lah untuk cik abang tu... Nak kasi dak Adam tu..belum penuh gigi nyer.. hehee
Syasya ~ Oh.. that rum balls. Tapi kak rossya memang tak pernah beli dan rasa.. ye lah sebab ader rum nyer.. takut mabuk pulak. Tapi Insya'Allah.. nanti kak rossya cuba buat dan tepek kan resepi nyer.. And that rum nak kena replace jugak... takut kiter makan.. pusing pulak dunia ni.. haahai..


Friday, 8-Sep-2006 00:04 Email | Share | | Bookmark
the colors in my life..

 
Yesterday since all of us were fasting, I decided to open my kitchen for special requests. Special because they personally wanted to savour their preference. My dear husband requested for MamaFami's Roti Canai (again.. this is my second time preparing Mama's Roti canai) and fish curry. And dear Lisya wanted Prata Plaster with some kheema . Oh it's just egg on top of ready prata. By the way, in Singapore we call our Roti Canai as Roti Prata. Exactly the same, just address differently. Luckily she didn't ask for Naan to go along with her Kheema. And for me... just my Banana Fritters (hmm.. cam mengidam pulak ngan goreng pisang).





ROTI CANAI MAMAFAMI

500g flour
300ml water
1 egg
1 tsp salt
2 tablespoon condensed milk
1 tablespoon shortening

Dissolve salt in water. In a bowl, combine flour, egg, shortening and condensed milk. On the mixer, and pour the salt water bit by bit. Mixing till soft and smooth dough is formed. Make into 11 small balls. Coat with margarine and keep for at least 2 hrs. Best still if you keep longer or even overnight in the fridge.
Preparation ~ Pour some oil and margarine in a small bowl. Grease yr working table with a bit of oil. Flatten a small dough. Spread a bit of oil on the flatten dough and start to 'tebar' or throw in circular movements. Pull the sides of the dough to get a thinner sheet. Sprinkle with oil/margarine and roll up lengthwise. Then swirl to shape like a snail. Leave it aside for another half an hour. Finally , just flatten and fry with a little bit of oil...



Ooops! thank you MamaFami again..




KHEEMA


500g daging cincang di cuci dan ditoskan
2 biji bawang besar didadu kecil
2 biji tomato besar di dadu kecil
2 biji kentang didadu kecil
2 sudu makan paste halia dan bawang putih
150g kacang peas
2 sudu makan rempah kari daging
1 sudu makan serbuk lada
1 sudu teh kunyit sebuk
1/2 sudu teh garam masala (pada yang tidak suka bau garam masala, boleh lah dikecualikan)
1/2 cawan hirisan daun ketumbar
1/2 cawan minyak canola (atau minyak zaitun)
garam secukup nya


Panaskan minyak, tumis bawang besar yang telah di dadu sehingga kuning. campurkan paste bawang putih/halia, tomato dan kacau rata. Masukkan pula lada serbuk, rempah kari daging dan serbuk kunyit. Tumis selama lima minit. Campurkan daging cincang, garam dan selepas itu, masukkan pula kentang dan 300ml air, masak lagi selama sepuluh minit. Masukkan kacang peas, garam masala, daun ketumbar. Enak dihidangkan dengan roti Naan atau roti perancis. (Lisya makan ngan Prata Plaster heeehe)






This week is a one-week school holiday for the kids. So I had the opportunity to make this Kuih Lapis with my Lisya last Monday. Yes, the first day of school holiday. You can imagine when she's given the authority to pick the colors combination.. she tends to combine the wierdest colors together and calls them pretty. So please excuse the colors combination for our Kuih Lapis. These are personally chosen colors. You may choose yr regular colors for your Kuih Lapis...





KUIH LAPIS NYONYA


525g gula pasir
1900ml santan
3 helai daun pandan
100g tepung Hong Kwe
250g tepung sago
300g tepung beras
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil air kapur

Masak santan, gula dan daun pandan bersama sehingga mendidih lalu disejukkan.

Satukan kesemua bahan2 , lalu di tapis. Asing kan kepada beberapa mangkuk adunan, lalu di bubuh warna yang anda minati. Kukus selapis-selapis selama 6-8 minit hingga habis. Pastikan lapisan benar2 masak , baru ditindih dengan lapisan seterusnya.







Quote:
Sha ~ Sampai nyer hati kata kalau bulan posa bukak fp kak rossya nanti kureng pahala.. Jangan cam tu Sha.. kak rossya cume bagi idea aper nak masak ajer... heee he
Nabialishad ~ Oh ader jugak orang kat M'sia yang sebut Prata yer? Yerlah .. Nabia kiter ni kan serumpun.. mana nak lari kan? Untuk kheema.. kalau takder garam masala pun takper.. Tak yah letak! Kengkawan pun ader tak suka bau nyer.. rupanyer macam ketumbar serbuk.. tapi bau nya kuat sedikit... Dan kalau guna minyak zaitun lebih enak.. tapi kalau takder.. ganti kan dengan minyak sayuran.. Boleh jugak... Semua boleh disimplify... masak tu bukan satu beban.. ok..my dear..
Mar ~ thanks mar..
Ouled Kenitra ~Kuih Strata yer... Macam rigid pulak sound nyer Tuan..
Gee ~ ish memang budak2 suka makan cam tu... seronok agaknyer...
Jejaka FM4555 ~ Tq
Nic ~Best Nic roti canai tu... Buat tau nanti.. At first I thought the colors were odd. But go ahead jugak pasal dah cakap lisya boleh choose the colors..
Darling ~ Kalau FIRST TIME buat.. kenalah ikut exactly to the recipe. Selanjutnyer.. barulah boleh kita tahu aper nak diadjust mengikut selera kiter. Penimbag is a must.. alah belilah yg max. wt nyer 500g pun sudah berbaloi tu..Nanti cuba buat bersama budak2 tu. Kakak mesti suka pat baking2 tu.. Kalau adik ngan ngah tu boleh mengacau2 ajer lah..hehee Itupun dah pasti fun for the kids..
Cik Bawang ~ Tq cik Bawang. Kheema tu senang buatnyer... Nanti leh cuba yer..
Cakcibur ~ nanti jangan tak buat roti canai tu.. Sedap betul! Kalau tebar tu.. petua nyer ... badan nak kena gelek sikit... Nanti roti canai lagi power... hehee..
Mommy Nadiah ~ kalau nak cuba boleh kan.. Simple ajer tu Mommy..
Anna ~ Lisya pun suka makan layer by layer kuih lapis tu.. Alah.. lambat sangat ler makan cam tu.. Bila nak abes? Insya'Allah nanti kak rossya tepek resepi tu yer... Tunggu tau!
shukri Sfawani ~ Warna pilihan budak2 begitu ler jadinyer..
Hanieliza ~ roti canai tu memang sodap kak liza. Cuba lah kak kuih lapis nyonya ni,, ia kenyal sikit dari kuih lapis melayu ..
Mai ~ Yummy..
Weda ~ Ok.. nanti kak rossya turun n carik u all.. Bilang ngan Tok Yam.. Latte Satu!! Untuk kak rossya!
KC ~ Colors are chosen by a kid too. Cuba ler KC.. I'm sure your gals will love it..
Muni ~ Memang kena cuba Muni ! Sebab Sedap! Nisfu Syaaban bulan peringatan jugak Muni. Menandakan tak lama lagi datangnya Ramadhan. Inilah bulan dimana segala amalan kiter diangkat kepada Tuhan pemilik semesta alam. Semuga kiter lebih istiqamah dibulan ini.. Insya'Allah.
MamaFami ~ Mama jangan tak tahu.. last 2 weeks, I made 3kg of flour for my roti canai. itu pun semua bawa kekelas. Dan Alhamdulillah enjoyed by everyone. Last Thurday, kak rossya buat 1 kg tepung.. masak semua.. besoknyer tinggal lima keping Lisya buat sarapan.. Lisya ngan kak Fatin bole duduk satu bot... dua2 suka main color2 kan? Aisey tepung hong kwe takder.. don't worry ler mama... just ganti ngan tepung jagung orite. Tepung hong kwe tu ialah green peas flour. Kuih lapis ni jenis yang kenyal tau.. Lisya suka sebab nak kopek layer nyer senang sekali.. Ish.. aper pulak nak marah... kalau tak tanya.. nanti sesat jalan pulak..
Mademoseille Ayu ~ Memang kalau dapat lepak sesama, makan2 memang best! Nanti nak gi lah rumah pak ngah kat Taiping tu.... nak makan goreng pisang..my feberet!
[b]Kuchai ~ Nanti leh try eh Betty.. Yahoo...
kakyong[/b] ~ Macam senyuman nyer yang 'mentel' tu kakyong.. hahaa
Yani Cologne ~ yani.. Kuih lapis Nyonya ni kenyal sedikit.. tak serupa kuih lapis melayu. Kalau takder tepung hongkwe takper.. cuba ganti dengan cornflour ajer..
Nn~ Nak courier buat berbuka? Mana sempat ni?
Kak Kham ~ Tepung Hongkwe tu green peas flour . Kuih2 Indon banyak gunakan tepung ni. tapi kat M'sia pun ader. Selalunyer dijual dalam tube.. atau plastik2 kecil.. Nett weightnya sebungkus selalu tak lebih dari 150g. Rossya selalu buat jenis nyonya ni sebab Lisya suka makan sebab dia boleh kopek lapisan dengan mudah. Kalau buat kuih lapis Melayu.. memang rossya guna tepung beras dan tepung gandum.. tapi lebih lembut kalau guna tepung beras boh...
Edoras ~ Yang dinamakan puasa.. mestilah lapar sedikit. tapi kalau tengok makanan tambah laparnya.. ish... dah jadik macam budak2 ler Edoras nyer..
Korok ~ Aiyoh.. inspector cholestrol dah mai... Caaaaabuttttt....
Rosleenda ~ hai tengok gambo dah lapo... dugaan betulll....
Cuyus ~ Boleh dok ngan Lisya... Challenge siapa abes dulu kopek layer by layer..
Mmazharo ~ ingatkan Zorro tadi.. jauh2 cume nak order tiga ajer? Cam ni kak rossya berniaga cam mana nak untung ni?
Ida Natrah ~ Jom kiter makan sesama.. tapi kat mana eh? kat S'pore ker kat Trengganu? hehee
Shah, sya & Syahmi ~ ai.. jauh nyer pegi bunyi pisang tu... Gopi pun gopi ler Sya...
F&Z ~ kalau kiter memang sedap ajer lah Fazi...
MupaMan ~ Haa.. kalau nak tebar Izhal mesti ikut petua... Kalau nak tebar.. badan pun mesti nak gelek macam 'Syakira'... baru boleh jadi... heehee..
Mama Anis ~ Alahai.. kesian nyer.. Takder pisang yang jenis boleh digoreng kat downunder ker tu Mama?
Dusyum ~ Where did I get the blue color? Warna biru kat kuih lapis tu food colouring biasa ajer.. ~true blue color. Do you know that the colour changes according to the amount of drops of food colouring you put in. Go on and experiment. Start by using just satay stick to dip into the food colouring bottle and drop a bit on the food mixture. Add slightly more and see how the colour changes. For that purple colour, Lisya mixed true blue with cochineal colour (macam pink) together.. Give it a try.. you'll be amazed at some of the results..
Sabrina ~ kat sini kitorang kalau makan roti prata suka dengan kari ikan. Lagipun my husband tak makan ayam yang dimasak lauk except ayam goreng. Kalau makan di luarpun, mesti request kari sampingan kari ikan. Btw, those colours are normal food colouring... Lisya mixed some of the colours..
Hellikonia ~ Yes.. tepung hongkwe boleh buat kuih lapis dahh..
Ramsis ~ itu lah tujuan nyer.... hehhee
Ira ~ Hahh.. cuba ler resepi yang ini.. gerenti tak lembik pun..


Monday, 4-Sep-2006 09:21 Email | Share | | Bookmark
atas permintaan..

 
Alamak puan dan tuan.... banyak busy ler saya... Sampai tak sempat nak update... Cam dah lama sangat gitu..
Eh.. Lama ker? Walau bagaimana pun, Kak rossya ingin nak post jugak today's entry bagi memenuhi permintaan seorang teman FP jugak... jeng jeng jeng... Kak Kham.. of http://siti96.fotopages.com. Kak Kham! Sudah ku cuba Tapai Ubi dan Tapai Pulut tempohari. Alhamdulillah.. menjadik jugak kak. Sungguh ler happy. Tak pernah ader konfiden buat tapai ubi.. Jadi, hari ini Rossya ingin berkongsi resepi dengan sesiapa yang berhajat untuk buat tapai sendiri. Senang sebetulnya nak membuat tapai ni... cuma banyak pantang larang nya. Betul... ader pantang larang bila membuat tapai.. tapi tak boleh ler terang kan disini.. Takut tak lepas sensorship board.. hehee..







TAPAI PULUT

1 kg beras pulut di rendam selama 2 jam dan dikukus hingga masak
1 biji ragi (dikisar dan diayak)

Cara membuatnya:

Ambil pulut yang dikukus dan masukkan kedalam bekas. Tuangkan air panas sehingga tenggelam pulut, Gaul rata. Ratakan pulut diatas daun pisang dan tabur ragi di atasnya. Gaul rata dan biarkan sejuk. Kemudian kepalkan pulut dan masukkan kedalam bekas. Balut dengan kain atau plastik dan simpan didalam tempat gelap selama 3 malam.






TAPAI UBI

1kg ubi kayu yang telah dikupas dan di bersihkan
1 1/4 keping ragi yang berukuran sebesar duit syiling 50sen (dikisar dan diayak)
beberapa helai daun pisang
gula pasir secukupnya

Ubi yang telah dibersihkan direbus hingga separuh masak sahaja. Kemudian disejukkan . Potong ubi anggaran 6cm panjang, kemudian sapukan ragi yang telah dihaluskan tadi. Taburkan gula secukupnya keatas ubi dan disusun kedalam sebuah bekas yang beralaskan daun pisang. susun sehingga habis dan tutup dengan daun pisang lagi lalu di tutup rapat bekas. Bungkus dengan sehelai kain putih atau plastik dan peraplah selama 3hari. Apabila bau tapai sudah naik, ia akan mengeluarkan air dan ubi akan menjadi lembut.







Dan Kak Rossya jugak nak berkongsi resepi Fruit Tart hari ini. This is for u Niss... of http://myperiukbelanga.blogspot.com. Cuba lah , I rasa resepi pastry ni enak.. dah beberapa kali pun I buat.. Rossya buat dengan dua inti. Satu custard dan lagi satu guna chocolate ganache.. Buah-buahan yang enak digunakan sebenarnya banyak.. seperti kiwi fruit, buah peach, strawberry, anggur (seedless) dan kekadang tu Rossya gunakan raspberries dan blackberries dan canned pineapples. Tapi untuk buah2 yang masam sangat tu.. kena lah maniskan inti custard nya.. Selamat mencuba.





Fruit Tarts


Bahan Pastry:
350g mentega
130g pastry margarine
240g gula icing
2 biji telur
730g tepung gandum diayak dengan secubit garam
1 sudu teh vanilla essence

Untuk alas tartlett:
200g chocolate block dicairkan melalui double-boil

Peraturan membuat pastry:
Pukul mentega, pastry margarine dan gula icing hingga kembang sedikit. Masukkan telur satu persatu serta esen vanilla. Kemudian masukkan tepung dan dikacau hingga rata. Sejukkan adunan ini dipeti sejuk (sekurang2nya 30minit) sebelum menerapnya. Canai adunan , terap dan isikan kedalam acuan tartlett. Cucukkan adunan dengan garfu sebelum membakar. Bakar dalam ketuhar kepanasan 180C atau 'oven yang mempunyai fan' 160C.... selama 20minit atau sehingga agak kekuningan. Apabila sudah masak, biarkan ia sejuk sebelum disapu dengan coklat cair sedikit. isikan tartlett ini denga krim custard dan hiaskan dengan buah-buahan. Sapukan apricot jam atau piping jelly yang sudah di panaskan dengan sedikit air .. keatas buah-buahan...



Bahan untuk krim custard:

(A)
500ml susu segar
100g gula
100g mentega

(B)
500ml susu segar
80g tepung custard
2 sudu makan tepung jagung
2 biji telur
sedikit esen vanilla
sedikit warna kuning
secubit garam

Satukan Bahan B dan adun rata lalu ditapis. Ketepikan.

Masak bahan A bersama. Setelah mendidih, tuangkan bahan B kedalam Bahan A. Kacau hingga rata dan didih lagi hingga masak. Jangan sampai terlalu kental.






CHOCOLATE GANACHE

250ml single cream
250g couverture dark chocolate (hancurkan)

Panas kan cream dan didih kan sebentar.

Letak kan chocolate didalam sebuah bekas , lalu tuangkan cream yang panas lalu di gaul rata dengan menggunakan hand whisk. Sejukkan sebentar sahaja sebelum digunakan..


NOTA : Satu adunan Krim Custard dan Chocolate Ganache ini untuk cukup untuk mengisi satu adunan pastry diatas. Pastry yang sudah dimasak.. boleh disimpan didalam bekas ketap udara. Boleh disimpan beberapa hari sebelum digunakan. Jangan dibekukan.. Untuk krim kastard, letakkan sekeping plastik diatas permukaan krim untuk mengelakkannya dari menjadi kering dan berlapik diatasnya. Buka plastik bila hendak digunakan.

PESANAN BERHARGA : Tetamu Dari Temasek pesan bahwa tapai ubi itu tak yah ler nak bubuh gula lagi.. Sebab manis asli dari ubi tu lebih enak.. Sis Helli beri saranan kalau nak wangi, masa peram pulut tu masukkan daun pandan (simpul) sekali dalam bekas pulut tu. Kalau nak lagik klasik, bungkus dalam daun getah yang 1 pelepah ade 3 daun tu... Insya'Allah akan ku cuba.... tapi bab daun getah tu.. mana nak gi carik kat S'pore ni?



Quote:
Muni ~ Dulu arwah emak pernah kata.. bila nak buat tapai.. semua mesti nak bersih.. Baru ler tapai nyer jadinya putih sahja.. Kalau tidak dia pasti bertompok2 merah..
Adhadi ~ tq
Weda ~ Yes, kak rossya pun rasa sejukkan dalam peti sejuk lebih enak..
My periukbelanga ~ Pastry margarine ialah jenis yang digunakan untuk membuat karipap bai dan puff pastry tu..
Mamafami ~ Hai penyakit M.A.L.A.S dah mai ker? nanti buat ler Mama yer..
tina ~ Senang ajer buat tapai.. tapi tapai pulut memang tak guna gula... dia dah manis..
Tetamu Dari Temasek ~ Tq for browsing my humble FP. It's true, my late grandma kalau buat tapai ubi pun tak bubuh gula. Maybe, I tend to follow my late mum yang selalu bubuh sedikit gula to her tapai ubi. In fact, this is the first time I buat tapai walaupun dah beratus kali I tengok my mum buat dulu. Sebab emak kata buat tapai semua nak bersih.. kalau tidak susah nak menjadi. Rossya bukan ahli.. I just want to share this little knowlegde I have mostly acquired from my beloved late mother. I guess nothing is authentic anymore.. Along the way, orang dah banyak buat perubahan pada makanan sebab nak memenuhi citarasa masing2. Dan I rasa tak salah asal makanan tu tak terbuang. I feel sad to see orang2 yang dah berfamili tapi tak gemar memasak.. It's more sad to have orang2 yang pakar tapi lokek ilmu..
Gee ~ Tq Gee
Helli ~ Thanks sis for the tips. Tapi bab daun getah, takder lah kat sini Helli. I hope u try the fruit tart recipe. Nampak ajer susah.. but I believe u kalau dah cuba.. chicken ajer tu..easy-peasy.
Nic ~ Just archive these recipes for future trials. Nanti bila Nic senang boleh ler dicuba..
F&Z ~ Satu ajer? Cukup?
Cik Bawang ~ Betul tu cik Bawang. Kak Rossya pun baru tahu dari sis Helli. Bungkus dengan daun getah..sounds klasik betul..
Kak Kham ~ alah.. Kak Kham perkara kecil ajer.. Kak Kham sebenarnya pembuka semangat untuk rossya mencuba buat tapai buat pertama kali. I hope resepi ni dapat membantu kelak..
Tetamu Dari Temasek ~ Aisey, Adik. Kak rossya paling tak suka buat kek lapis walaupun suka makan. First reason, kak rossya kalau melapis sure tak cantik sebab tak consistent. Secondly.. tak sanggup nak tunggu every 10minutes or so untuk buat lapisan. So if u're really interested, just tell me which you fancy, and I'll email the recipes to you. Don't worry, these are recipes that I've tried and tasted thru' the years. Rasa tetap sedap , kalau orang yang tekun melapis.. tentu bertambah sedap dengan lapisan yang cantik dan tersusun. Boleh? Marah ker? Ps~ I'm just happy when even just one soul can benefit from this fp.
Mama Anis ~ Kak rossya suka buat mini. Aper2 pun kalau boleh buat mini kak rossya buat..
Luz Macia ~ Haa.. kenapa pulak ngan strawberry tu?
Nazli ~ thankyou..for the information.
Sabrina ~ Kak Rossya belum pernah rasa ketupat palas. Sedap agakyer.. Hai.. takper lah Sab.. nak pandai juga menyesuaikan diri.. baru bahagia....
Mai ~ Mai, Kak rossya guna photoshop ajer untuk editing..
Cuyus ~ Lama dah tak makan? Isk ... sana susah ker nak dapat tapai Yus?
Cakcibur ~ Cak are u due for delivery? Bila due? Kalau begitu, Lya tak lama lagi dapat adik yer? Patut lah Lya selalu demam2. Orang2 tua kata kadang2 ini pembawaan.. (Ish macam betul ajer kak Rossya.) Anyway, take care of urself Cak.
Zaitie ~ nak tart buah?
Meorjay ~ Rossya pun suka makan tapai yang sudah disejukkan dahulu.. memang enak..
Cakcibao ~ Yerlah Tuan.. bulan posa tak boleh banyak gambo makanan... cobaaaaaannn..
Nabialishad ~ Kak Rossya pulak feberet tapai ubi... slurpppp.. sedap..
Fadh ~ nyum nyum
Diella ~ tunggu yer Diella depan lift tu.. heheee
Nana~ Yup ! kak rossya dah tengok yr wedding sourvenirs.. Memang cantik...
Kuzi ~ Yer lah Kuzi kan lagik busy.. Kalau bulan posa.. tak banyak ler letak gambo makanan ni..
Yangmazni ~ Maz, Kak Rossya selalu buat 1/2 adunan.. Boleh dapat about 50 mini tartletts..
MummyJam ~ Aisey.. Mummy ni wanita Millenium ler.. Tak makan tapai yer? tapai kan sedap mummy..
Kakyong ~ Fruit tarts kalau bercolor2 memang menarik kakyong..
Linda ~ Okie dokie.. nanti bulan posa kak rossya tone down kan sikit yer.. hehee
Zuhri ~ Hai Tuan, kiter tak jual cookies ler.. Tapi kalau bagi idea kuih aper nak buat.. boleh ler..


[<<  <  2  3  4  5  6  7  8  [9]  10  11  12  13  14  15  16  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net