Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Friday, 22-Sep-2006 12:03 Email | Share | | Bookmark
Ramadhan al-Mubaraq

 
 



Aci... Aci .... buka pintu...
Nana balik .... hai pukul satu...
Aci.... Aci... janganlah tersipu...
Nana... balik.. bawak.. murukku
...








MURUKKU



600g tepung kacang kuda
1 sudu besar omum -diayak dan dibuang biji2 batunya
1 sudu besar serbuk lada
2 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh garam halus dibancuh dengan 300ml air
minyak makan untuk menggoreng





Gunakan sebekas mangkuk yang besar. Campurkan tepung kacang kuda, biji omum, serbuk lada, serbuk kunyit dan gaul sehingga rata. Ttuangkan campuran air garam kedalam nya dan gaul hingga lumat. Masukkan sedikit adunan ini kedalam acuan semperit Murukku.

Panaskan minyak didalam kuali. Tekan acuan semperit murukku tadi supaya tepung murukku keluar. Setelah berasa cukup, putuskan adunan tepung dengan jari anda. Goreng sehingga garing dan toskan. Ulangkan lagi sehingga kesemua adunan tepung itu selesai digunakan.

Nota: Simpan murukku yang telah disejukkan didalam bekas yang bertutup rapat.







KEK GULA HANGUS




450g gula halus (caster)
120g mentega
340ml air
10 biji kuning telur
7 biji putih telur
1/2 sudu makan esen rose
1 sudu makan bicarbonate of soda atau potas
260g tepung gandum
200g susu pekat (condensed milk)

Gula digoreng atau dicairkan atas api yang kecil hingga kuning. Kemudian masukkan air dan mentega. (Hati2 semasa menuangkan air kerana ia akan menggelegak sedikit). Kacau hingga rata. Matikan api dan biarkan sehingga gula itu benar-benar sejuk.

Telur, tepung, susu, potas dan esen rose dicampurkan dengan digaul rata. Setelah itu, masukkan air, gula yang telah disejukkan. Gaul lagi sehingga rata. Sesudah itu ditapis dan tuang kedalam tin pembakar. Sebaik2 nya gunakan non-stick baking pan. Tin pembakar hendaklah disapu dengan mentega.

Bakar dalam ketuhar selama lebih kurang satu jam dengan suhu 150C dan menggunakan api bawah sahja. Kemudian ditambah lagi setengah jam , dibakar menggunakan api atas dan bawah. Cucuk kek dengan lidi untuk menentukan sama ada kek sudah masak atau belum.






SAMOSA


Bahan-bahan kisar:
5 ulas bawang putih
5 batang lada hijau
5 batang lada merah
halia sebesar ibu jari


300g daging lembu kisar
1/2 cawan air
garam secukupnya
1 sudu kecil lada hitam
3 biji bawang dihiris halus lalu didadu
1 sudu teh sebuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk lada
2 sudu kecil serbuk kunyit
4-5 tangkai daun ketumbar dipotong halus
sedikit daun pudina dipotong halus.


Gaul daging kisar, air, garam, serbuk lada hitam dan bahan perencah halus disebuah periuk kecil dan masak sehingga kering. Campurkan bawang, ketumbar, serbuk lada serta kunyit, kacau sehingga sebati dan angkat. Gaulkan pula daun pudina serta daun ketumbar dan biarkan ia sejuk lalu boleh lah diisi kedalam kulit popiah. Bungkus seakan membungkus lopis.


Nota : Pasti kan inti ditoskan semasa menyejukkan nya.. agar kulit popiah tidak berminyak bila diisi inti..
Untuk adik2 yang tidak pasti cara membungkus samosa. Ini ader lah cara kak rossya membungkus. Kulit popiah di belah dua.. kemudian akan disambung jadi satu semasa membungkus.. .. Akhir sekali lekatkan dengan putih telur atau bancuhan sedikit air dan tepung.Jangan marah gambar blur sedikit. Lisya belum pandai nak focus camera ini.. heeehee












Kepada sekelian muslimin dan muslimat..





Quote:
Mommy d&d ~ Murukku tu senang nak bat cuma nak ader acuannyer lah.. Untuk mengelakkan gula hangus tu melecek terlalu banyank.. gunakan air panas ..
Tina ~ Ramadhan al Mubaraq to tina & family too
Ecah ~ Kek gula hangus memang sedap, Ecah. Selamat berpuasa sis..
Mama Anis ~ My fave too. Semuga diberi kesihatan seisi keluarga dalam menjalani ibadah puasa..
Sabrina ~ Selamat berRamadhan al mubaraq to Sab and hubby.
MamaFami ~ Kak rossya guna omum sebenarnya atau disini orang Melayu panggil jemuju. My resepi tak guna asafoetida (hingu). Bau nya serupa kot, mama. Sama lah kiter Mama.. mula berpuasa hari Ahad.
Izan ~ Ramadhan al-mubaraq to izan and family yer..
MyPeriukBelanga ~ Yer lah Niss.. saing2 sekali ler. Aiks! CCk ngan Wdlands tak jauh pun nak guna DHL ker?
MummyJam ~Oh banyak ler sori lah mummy. Aci tadak jual itu murukku... Aci buat dan makan sendiri.. hehee..
Ibu Shasya ~ Tak ler susah lela.. Senang tau buat nyer..
Kuchai ~ Jangan satu beg.. nanti kak rossya hanto satu guni... boleh abes tak? Selamat berpuasa Betty..
Nic ~ Ah'ah Nic.. bila makan murukku ni susah betul nak berhenti..
Linad ~ Lisya pun minat baking2... ini lah seronok kak rossya ader geng kat rumah ni...
Hellikonia ~ Eh tu bukan minatang ler sis. itu rempah murukku.. rupanya tak jauh beza macam jintan cuma halus sedikit kot..
Nabialishad ~ kak rossya actually kulit samosa suka buat sendiri. tapi tu susah2 senang... kadang2 cepat retak tepung nyer. kalau samosa tu nanti kalau kak rossya buat lagi , cuba amik gambo cara nak melipat kulit popiah tu.. Hari tu buat.. Lisya tak der kat rumah.. jadi relief photographer tak der.. so susah sikit nak amik gambo.. hehee..
ida ~ Selamat berpuasa Ida. Kak rossya dah letak gamo omum tu di thumbnail...
Muni ~ Datanglah Muni ni... jauhnyer bunyi krap krup kiter. Sampai malaysia dengar.. Boleh gitu? Lawak ler Muni ni...
Trey ~ Belum raya lagi trey.. baru masuk Ramadhan ni. Selamat menjalani ibadah puasa yer..
rozzan ~ betul tu Rozzan.. kadang kiter panggil jemuju.. Alamak awak nak tumpang kiter kah? Kiter ingat nak ngendeng kat rozzan nanti... hehee..
Edoras ~ hai Edoras..jangan kalah dengan gambo... Selamat berpuasa Edoras.
KakMon ~ Salam Ramadhan al-Mubaraq KakMon. Kiter pun suka kek getah tu...
Cuyus ~ ish.. tengah makan murukku ker?
ainil ~ yes, ainil.. samalah kiter memperbanyakkan ibadah dan sedekah di bulan ini dan seterusnya hendaknya...
Along ~ Practice makes perfect Along...
Sri ~ Sama2lah kiter menjalani ibadah puasa ini denga penuh keiklasan dan sentiasa tawaduk mecari keredhaanNya.
Aureanayz ~ Aiks.. tergugat ker bila tengok makanan? Ish 3x
Cik Bawang ~ Ingat bulan posa nak kurangkan resepi lah.. takut ader orang yang tak tahan..
Mama Siti ~ Salam ramadhan al-Mubarak to Mama siti & family.
Fasha ~ Semuga Fasha sekeluarga sentiasa dibawah lindunganNya. Selamat berpuasa dirantauan. Sukatan susu manis untuk kek gula hangus tu telah kak rossya update.
Ramsis ~ Sabar ler Ram.. Yang penting kaki nak betul baik barulah boleh berkhidmat dengan lebih sempurna... Semuga cepat sembuh.. Insya'Allah..
Nn ~ Insya'Allah kiter semua sentiasa diberi petunjuk dalam mencari rahmatNya..
Dayats ~ Potas actually to help kek ni bersarang nanti.. if you can't find potas at your place.. takper. Just replace dengan bicarbonate of soda ok.. Sorry kak rossya lambat jawab..
Lisa ~ Nak kurangkan telur... kenapa.. banyak cholestrol yer... Kalau 1/2 adunan.. maybe Lisa boleh guna just 4 egg yolks and 3 egg whites. Bakar guna api bawah for 45 minits..kemudian sambung another 15minutes menggunakan api atas dan bawah. Lepas tu cuba cucuk dengan lidi.. kalau dah masak. Kalau belum.. teruskan bakar.. tambah another 15minits.. Let me know the outcome ok.. I hope takder masalah.. SElamat mencuba..
Niza ~ tak payah.. guna hand whisk ajer.. asal sebati.. dan tepung tak berketul2.. Kalau banyak sangat telur.. cuba buat setengah adunan dulu..


Wednesday, 20-Sep-2006 23:38 Email | Share | | Bookmark
cemil-cemilan....

 
Syaaban hampir berakhir... tak lama lagi hadir lah Ramadhan. Tinggal beberapa hari lagi sahja. Malah boleh kita hitung dengan jari-jemari yang ader. Sempat lah lagi kiranya kak rossya tepek kan beberapa resepi yang diminta.

Pada hari ini yang penuh barakah, ingin kak rossya berkongsi resepi Chocolate Balls aka 'Rum Balls' permintaan Syasya, siapa pun gerangan anda.. Masih ingat kembali.. tatkala Lisya berusia dalam 3thn, mesti menangis tiap kali kita melintasi depan kedai kek. Merengek2 minta dibelikan Rum Balls. Susah betul untuk menerangkan pada anak sekecil itu bahwa makanan tu tak boleh mama belikan sebab mengandungi rum. Kak Rossya tak pernah membeli apalagi merasa , tapi kak rossya telah cuba buat exactly the same recipe minus the rum. Kak rossya gantikan dengan orange juice. Lisya pulang dari sekolah tempuhari, dan apabila terlihat Chocolate Balls tu di dalam fridge.. terus berkata," Ma, inikan kiter tak boleh makan?" Dengan pantas kak rossya menjawab,..." Itu yang dikedai namanya Rum Balls,.... yang ini mama buat.. Chocolate Balls.. boleh dimakan.. HALAL!!"

Tapi sebelum kak rossya tepek resepi nya, izinkan kak rossya bersarapan dulu... I must have my Colombian dulu baru boleh start enjin... Heheee.. arabicas memang best!!











CHOCOLATE BALLS


250g kek coklat, dihancurkan
1/4 cawan walnuts dikisar (Kak rossya guna hazelnut kisar)
1 sudu besar golden syrup
1 sudu besar jus oren
80g mentega
1 sudu besar jam blackberry
50g chocolate block diparut
1/2 cawan chocolate rice


Campurkan mentega dan blackberry jam kedalam periuk kecil dan masak dengan api yang perlahan. Sesudah mentega cair, matikan api dan ketepikan.
Satukan kek yang telah dihancurkan, walnuts, golden syrup dan jus oren. Buat lubang ditengahnya, dan tuangkan adunan mentega/jam kedalamnya. Gunakan senduk kayu, kacau perlahan2 sambil masukkan chocolate parut. Dengan menggunakan tangan, ambil 2 sudu teh adunan dan bulatkan lalu digolek kedalam chocolate rice. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga 'firm'. Chocolate Balls boleh di simpan dalam bekas ketap udara dan di simpan dalam petisejuk selama 3 minggu.



To Syasya~ Selamat mencuba. It tastes like truffles... FYI, kak rossya gunakan Nurdia's Best Choc cupcakes (lihat link sebelah kiri) untuk chocolate cakenya. Satu adunan boleh dapat about 600g of ready cake bila dibakar dalam satu loyang kecil. It's nice..and chocolatey..


Kiter kalau bercemil2 suka buat tempura-like makanan. Isi perut sebelum makan yang berat.. Tapi yang tak shioknya, tepung tempura ni.. sedap kalau dimakan panas2. Kalau dah sejuk kenapa longlai ajer??






TEPUNG TEMPURA


1 cawan tepung serbaguna
1 cawan air sejuk (pastikan benar2 sejuk)
1 biji telur yang dipukul sedikit


Sediakan tepung, masukkan air dan kacau. Akhir sekali campurkan telur. Kacau sedikit sahaja asal rata.
Celupkan bahan2 gorengan seperti udang dan sayur2an. Sayuran yang sedap dengan tepung tempura adalah terung, asparagus, kentang, lobak merah, cendawan dan sebagainya.

Nota :
1) Pastikan anda sediakan bahan gorengan terlebih dahulu sebelum membancuh tepung.
2) Tepung yang sudah dibancuh harus digunakan secepatnya.
3) Gunakan air yang benar2 sejuk. Kak rossya gunakan airbatu yang sudah dicairkan dahulu.
4) Jangan kacau adunan tepung berlebihan. (Do not overmix)
5) Boleh juga disalut dengan breadcrumbs sebelum menggoreng tempura.
6) Pastikan minyak betul2 panas sebelum menggoreng tempura.
7) Gorengkan sayuran2 dahulu baru diikuti dengan seafood.
Yang paling penting, hati2 bila menggoreng udang tempura.. kadang2 minyak akan 'meletup' sedikit sebab ekor yang basah. (Last but not least, slit the bottom part of the shrimp to prevent it from curling when frying)






Tempura selalu di nikmati dengan Tempura Dipping Sauce. Tapi kak rossya tak pernah buat sebab tak pernah beli Mirin.. bahan utama sos ini. Tapi disini kak rossya nak berkongsi sos yang digemari keluarga kami untuk mencicah tempura.. dan lain gorengan tepung (savoury kind).





SWEET SAUCE


1 batang cili merah dicincang
1 ulas bawang putih dicincang
sedikit daun ketumbar dicincang
50ml air
50ml madu
50ml sos ikan
100ml jus lemon

Satukan semua bahan. Bahan cincang boleh juga dikisar. Cili boleh juga ditambah jika suka.








TEPUNG PRAWN FRITTERS

1/2 cawan tepung naik sendiri
1/2 cawan tepung beras
1 sudu makan tepung jagung
sedikit garam dan serbuk lada putih
1 biji telur
hirisan daun parsley atau corriander
Air sejuk secukupnya
1/2 cawan serbuk roti (bread crumbs)

Bancuh semua bahan dan celupkan udang lalu digoreng garing. Ini adalah resepi my dear sister. Aiyoh dia tak tahu ni kiter tepek resepi dia.... Thanks Sis!







BEGEDIL AYAM

1 tangkai lada merah ditumbuk halus (optional)
1 ulas bawang kecil ditumbuk halus
150g daging ayam dikisar
1 batang lobak merah yang kecil di dadu kecil
3/4 sudu teh sebuk lada hitam
garam secukup rasa
1 sudu teh penuh bawang goreng
sedikit daun ketumbar di hiris
300g kentang, dikupas, dibelah dua dan dihiris (1cm tebal). Goreng hingga masak lalu ditos dan di lecek atau ditumbuk halus)
1 biji telur

Panaskan seikit minyak, tumis bawang kecil hingga bangkit bau.. Masukkan ayam dan lobak tumis hingga rata. Setelah lobak dan ayam masak, angkat dan ketepikan.

Didalam sebuah bekas, satukan semua bahan. Kentang yang sudah dilecek, ayam/lobak, bawang goreng, daun ketumbar, serbuk lada hitam dan garam. Buat begedil bebentuk bujur dan selaputkan dengan telur lalu digoreng dengan api perlahan. Cicah bersama sos cili.








RAMADHAN AL-MUBARAK

Ramadhan hampir tiba..
tiada kata yang layak diucapkan KECUALI mohon kema'afan
atas segala kesalahan yang tidak disedari...

dan dengan IKHLAS diucapkan
diiringi dengan doa....


HAVE A NICE AND BLESSED RAMADHAN








Quote:
Nic ~ Thankyou Nic.... Ni Begedil Ayam pun simple jugak... sak-suk sak-suk dah siap. Jangan tak cuba nanti... Sekarang boleh yummy2.. kejap lagi dah posa hah...
Mommy d&d ~ Amboiiii!! Macadamia dia banyak? Macadamia lagi best kot.. bakar dan kisar. Kalau jam yang resepi asli guna blackberry.. tapi kak rossya rasa ganti dengan lain jenis jam (bukan conserve) pun boleh, cuma flavour nya bertukar sikit kot. By the way,cemil-cemilan tu titbits ler.... macam snacks... heehee... kesian kak rossya guna bahasa alien yer... Itu bahasa orang singapore kot..
Sabrina ~ Ye lah Sab.. selalu kak rossya buat begedil yang ader daging ajer..buat makan ngan nasi. Begedil ayam , my famili suka ratah sahja..
Muni ~ Yes, rasa manis chocolate tentu budak2 tu suka Muni..
Cakcibur ~ Memang banyak tepung tempura ada dijual dipasaran Cak. Resepi ni sengaja kak rossya tepek buat mereka yang nak cuba buat sendiri. Ciluk lah Cak... kak rossya lagi suka.. hehee By the way.. bila Cak due?
Kuzi ~ Kak rossya pun suka vege tempura especially asparagus..
MamaFami ~ Hai... cik adik ni.. malas2 pun laju jugak dia kat dapur... Kiter kejar pun tercungap2.. Lisya tu actually kalau nak suruh bergambar bukan senang mama, selalu ajer clowning around..
Hellikonia ~ Betullah Helli .. semua rum punya pasal! Kat sini kedai2 kek kalau takder sijil halalpun susah kiter nak percaya. Sebab kadang2 diorang use rum sebagai pengawet untuk kek2 mereka. Lagi pun rum selalu digunakan to give the cakes it's moist texture.. You shud try these chocolate balls.. yr kids will surely love them.. macam chocolate truffles.. soft and chocolatey. For hazelnut, I tak bakar pun.. I used mentah. Tapi for walnut I rasa kena bakar sekejap sebab dia ader rasa kelat2 sikit.. same goes if you use cashews mentah... ader kelat2 kan. Badam kisar like hazelnut.. takyah bakar.. you boleh terus guna cam tu..
KC ~ Lisya dah 10years old KC. Kalau dia tak nak puasa... jaga dia..
Nabialishad ~ alahh.. cayang... Tepung allpurpose tu samalah ngan tepung gandum. It is tepung gandum.. usah diragu lagi. They're the same. And bab breadcrumbs tu, Nabia boleh buat sendiri tau. Just use sliced white bread.. buangkan crustnyer.. dan bakar dalam oven sampai garing.. (Bukan hangus yer). Kemudian diramas dan dihancurkan... Taadaa.. u got urself a homemade breadcrumbs. Psst~ kak rossya actually pun buat crumbs sendiri. I used my roti2 yang dah masuk angin tu... Betul... (tapi bukan yang dah bercendawan tu tau).. Lepas tu store dalam airtight container..
Leezsa ~ Chocolate balls tu Leez boleh buatkan Adam.. Adam mesti suka .. it's soft and rasa chocolate yang amat...
Rieyza ~ Ni mesti chocolate lover ni.. Nanti jangan tak try chocolate balls .. sedap tau.. Btw, kak rossya guna camera Nikon ler... Riza..
Fadzliali ~ Kat kedai pun ader jual tepung tempura yang dah siap. Tapi actually kalau u buat sendiri pun mudah ...
MyPeriukBelanga ~ Hehee.. pandai u cakap Jawa yer Niss. Dah sounds macam my mother pulak.. I pun tak pernah terfikir nak buat rum balls tu.. Itupun sebab Syasya mintak resepi.. terus I try lah. Buat kan lah Niss for your 3 'askar' tu.. Diorang mesti berebut punya.. manis chocolate gitu. Senang ajer tau.. takyah nak bakar2 segala..
MyPeriukBelanga ~ Psst , Lisya tu bukan aper.. sahja nak kasi u all geram.. hehee
Syasya ~ I'm glad to make you happy. So now you can give it a try ler..
Gee ~ Gee rebus ker goreng tu kentang? Kalau Gee rebus dan lecek.. mesti add a little bit of flour. Tapi kak rossya tak suka buat cara ini sebab.. kalau terlebih tepung.. begedil jadik keras. Kak rossya suka goreng kentang in slices, lepas tu lecek atau tumbuk halus atau masuk processor. then gaul dengan bahan2 lain lalu dibulat2kan. Boleh juga tambah telur sedikit kedalam adunan sebelum dibentukkan..
Zuhri ~ Hai ..cik abang ni bertanya lagi pulak dia.. Tidak tuan, rossya tak berniaga. Kenapa.. interested nak order ker?
Diana ~ U can try it D. Semua resepi hari ni senang ajer nak buat..
Ainil ~ Bulan posa makcik tutup kedai ler...
LadyLee ~ Thankyou my dear for dropping by. Tempura tu ringkas kalau makan berdua.. And that chocolate balls really taste macam choc truffles.. sedap pulak kalau mamam berdua2an.. Hehee
Kak Yong ~ Selamat berpuasa to Kakyong & family too. Kakyong ni jauh2 pun boleh terasa macam2 yer..
Rieyza ~ Yes Riza, DSLR. Eh.. Riza tak guna DSLR ker? Tapi gambo2 pun power2..
KakMon ~ Thankyou for visitng my fp kakMon. Kalau kita boleh buat sendiri takder lah kita nak was2 kan..kak.
MamaSiti ~ Alahai.. terharu kiter dengar ader orang sudi juga nak cuba resepi campak2 mak kiter yer. Selamat menjalani ibadah puasa, Mama Siti. Semuga dapat kiter lalui hari2 mendatang dengan lebih berakah..
F&Z ~ Aiks.. I tunggu u.. siap tuangkan secawan kopi.. .. tapi Fazi tak muncul2..
Mama Anis ~ Ramadhan Al-Mubarak Mama Anis. Lama tak dengar khabar... Dah buat mee rebus ker belum?
Cuyus ~ Buat ler Yus tu begedil ayam.. boleh diratah pun.. Kalau goreng begedil tu.. spek tu jangan dekat2 minyak panas.. kesian.. nanti cair dier..
Sulia ~ Salaams Su... gembira kak rossya dengar yang Su dah try Cornflakes Crunchies and family accepts it. Alhamdulillah.. For chocolate balls, kak rossya rasa guna aper jam pun boleh.. cuma flavour nya berbeza sikit ler. Anyway.. dua2 pun jenis berries.. so I don't think there's gonna be much difference. Please send my Birthday wish to yr son. Hope he has the happiest birthday ever.. How old is he?
Kuchai ~ Tempura model tu macam badut... dia pun mengusyik tu Betty..
Cik Bawang ~ Wahh.. mengimbau kenangan silam yer cik bawang? Korea & Japan tu tak banyak beza nya in terms of culture kan.. So I guess, their diet pun mesti lebih kurang sama...
Luz Macia ~ Lapor? Nah! Nah.. ni kak rossya hulur ni...
Su - Mamaqimie ~ Welcome Su to my humble fp. Jemput2 lah selalu kemari...
Rozzan ~ Wah.. rozzan dah ader assistants yer.. Bagus ler.. meriah lagi kerja didapur tu....
Kak Leen ~ Order? Tak leh! dah bagi resepi tu.. kena buat jugak... hehee... (paksa pulak rossya ni.. )
Yani Cologne ~ Ish.. naik bingung pulak budak ni...
Ninie ~ InsyaAllah nanti kak rossya jenguk yer..
Taufik ~ Janganlah kata dugaan taufik.. Fp ni hanya bagi semacam idea.. apo nak masak karang.. hehee lapo ker?
Ouled Kenitra ~ Hoohoo itu Jaja yer.. itulah dok terfikir pulak.. si Jaja pun ader Monday blues ker..hehee
Niza ~ OOwee.. keropok udang geragau... dah lama kak rossya tak buat dan makan.. Dulu selalu makan kat Bedok. Nantilah kak rossya tepek versi kak rossya yer.. Tapi sini tak musim geragau basah ler Niza. Nak gi pasar Geylang.. jauh sikit. Takper nanti kak rossya guna ikan bilis basah pulak... sama rempah nya. Tunggu yer... tapi nanti dah posa....masih nak tengok resepi ker?
Mas ~ Selamat berpuasa Mas. Kak Rossya sekadar berkongsi tips yang akak tahu.. Hope it helps..
Ira ~ Hai.. Ira.. Beriani tu kalau dah cuba buat.. senang tau. Tak nak cuba? Nanti boleh lah jamu kawan2.


Monday, 18-Sep-2006 07:28 Email | Share | | Bookmark
Nasi beryani... berani kah mencuba?

 
BERYANI ... Makanan India yang digemari berbagai bangsa.. Memang orang bilang banyak lemaknya.. memang banyak cholestrol nyer... Tapi apa2 kalau kiter bersedehana.. menjadi juadah yang barakah..
Masih ingat lagi tatkala zaman remaja dulu, kami terpaksa beramai-ramai ke jemputan Kahwin setiap hujung minggu. Bukan kerana mendapat undangan.. tetapi diperintahkan emak supaya membantu ber-rewang untuk yai(datuk). Arwah yai memang tukang masak untuk majlis2 perkahwinan. Hujung minggu kami lebih banyak memotong bawang, sayur2an, cuci ayam dari beriadah di tepi pantai.. Paling tak suka mengopek bawang... sebab kiter ni tak produktif bab mengopek bawang. Baru beberapa ketul bawang, mata dah tak leh dibuka. Menangis2 macam baru kena marah. Kat rumah pulak di suruh kopek bawang kecil untuk buat bawang goreng. bertin-tin.. Aduhhh.. pengalaman sungguh. Walau apapun, ini lah sejarah kehidupan yang sungguh memberi pengalaman memasak yang agak berbaloi. Bukan kerana di ajar.. tapi kerana banyaknya memerhati..





Masakan Beryani ni memang banyak versinya.. Kalau beryani dam.. iaitu nasi beryani yang ditimbus dengan lauknya.. nasi ini lebih mudah sedikit. Direbus semuanyer sekali gus.. terus dimasukkan beras..sebelum ditimbus denga lauk yang telah dimasak dahulu.
Tapi disini kak rossya sertakan resepi yang sering kak rossya guna untuk membuat nasi beryani berasingan dengan lauknya. Tak susah dan boleh jugak disediakan untuk hari2 biasa kita menjamu selera.. tak perlu tunggu hari2 keramaian pun. Resepi ini telah kiter kongsi dengan ipar-duai dan verdict dari seorang kak ipar merngatakan '" Tak susah jugak yer Ros, nak buat nasi beryani. Kak Zizah ingat susah betul ler..."

Khas untuk Darling... selamat mencuba.. Lisya tanya," Hmm cantik nama auntie ni yer mama. Darling tu nama betul ker mama?"






NASI BERYANI


1kg beras Basmathi
1 sudu makan pes halia dan bawang putih
1 sudu makan rempah beryani
1 1/2 liter air
1 sudu makan pewarna
2 sudu makan air mawar
2 genggam gajus - digoreng hingga garing
1/2 tin susu cair (200g- evaporated milk)
1 ikat daun pudina
1 ikat daun ketumbar
garam secukupnya
sedikit bawang goreng untuk taburan
Minyak sapi (boleh ganti dengan miyak jagung atau sayur)

Bahan menumis:
2 labu bawang besar dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 biji buah pelaga
1 kerat kulit kayu manis
3 helai daun pandan diikat

Beras di cuci bersih dan ditoskan.Panaskan periuk non-stick dan panaskan minyak. Masukkan bahan menumis dan tumis hingga garing dan wangi baunya. Masukkan pes bawang putih/ haliadan repah beryani. Kacau sebentar baru sambil masukkan beras , susu, daun pudina/ ketumbar dan air. Letak kan garam secukupnya. Biarkan hingga nasi kering, lalu di kacau sekali lagi baru ditutup periuk, kecilkan api dan ditanak hingga masak. Setelah nasi masak , buatkan lubang2 kecil dengan menggunakan belakang sudu dan isikan setiap lubang dengan campuran air mawar dan pewarna. Tutup lubang2 ini kembali. Tutup periuk lagi dan masak nasi lagi lebih kurang sepuluh minit. Aduk nasi perlahan2 untuk mendapatkan warna yang rata. Taburkan dengan bawang goreng dan gajus goreng.






NOTA : Orang dahulu sering merendam beras beryani mereka sekurang2nya 30minit untuk mengelakkan beras beryani mereka dari mudah patah bila dimasak. Tapi sekarang kak rossya rasa tak perlu lagi process merendam ni sebab mutu beras Basmathi sekarang adalah jenis yang baik. Ia boleh terus di cuci dan dimasak. Cuma utamakan kalau mencuci beras, hendaklah dikosek perlahan-lahan . Jika ingin cepat naik wap dan nasi cepat masak, lapik tutup periuk dengan kain putih, baru ditutup periuk. Pewarna: Lazimnya, sedikit koma-koma akan direndam dalam air yang digunakan untuk mewarnakan nasi. Disebabkan koma-koma agak mahal harganya, pewarna kuning digunakan untuk mewarnakan nasi sahaja.





BERYANI DAGING

1kg daging lembu atau kambing dipotong kepada beberapa bahagian
1 sudu besar pes halia & bawang putih
4 tangkai lada hijau dikisar
4 tangkai lada merah dikisar
1 cawan tairu
150g minyak sapi ( atau minyak sayur, jagung)
4 sudu makan rempah beryani
1 tin kecil tomato paste atau puree
4 biji tomato dihiris
1 cawan bawang goreng

Bahan-bahan untuk ditumis:
3 labu bawang besar dibelah dua dan dihiris
4 kuntum bunga cengkih
3 kuntum buah pelaga
1 btg kulit kayu manis

1/2 cawan badam kisar yang digaul dengan sedikit air(untuk jadikan pes)
4 cawan air

Gaulkan daging dengan pes bawang putih/halia dan cili2 kisar. Ketepikan selama 15 minit. Panaskan minyak , masukkan bahan untuk menumis. Apablia bawangnya sudah garing, masukkan campuran daging. Kemudian masukkan rempah beryani, tomato puree, daun pudina, daun ketumbar, hirisan tomato dan bawang goreng. Tumis hingga bangkit baunya. Tuangkan tairu,dan air, tutup periuknya dan dimasak, dikacau sekali-sekala. Bila kuahnya tinggal separuh sahja, kecilkan apinya dan masak hingga kuahnya pekat. Masukkan badam yang ditumbuk, garam dan gula jika suka. Masak lagi hingga mendapat kepekatan yang diinginkan dan daging nya empuk.



NOTA: Orang India menggunakan tairu untuk melembutkan daging. Campurkan tairu dengan daging dahulu lalu diperapkan selama 20-30 minit sebelum memasaknya akan membantu melembutkan daging anda.






DALCA



450g daging rusuk dipotong kecil2
1 cawan kacang dhal - direndam selama 2-3 jam

3cm halia
4 ulas bawang putih
1/2 biji bawang hiris tebal-tebal
2 batang cili hijau di belah tengahnya
2 batang cili merah dibelah tengahnya
1 1/2 cteh rata serbuk kunyit
1 helai daun kari
1 batang kayu manis
2 biji pelaga
3 kuntum cengkih
garam secukup rasa
8 cawan air

Sayuran:
300g kentang kecil dikupas dan dibelah dua atau empat
3 batang lobak merah di potong sepanjang 4cm
3 biji terung ungu di potong kepada 3 bahagian
2 sudu besar rempah kari daging ( boleh guna rempah dalca)
1 biji mangga hijau di potong2
3/4 cawan santan
1 1/2 sudu besar asam dicampur dengan santan dan ditapis
3 biji tomato dibelah dua
6 sudu besar minyak

Bahan untuk menumis:
1 biji bawang besar di hiris tipis-tipis
1 sudu besar serbuk cili
1 helai daun kari



Rebus dhal bersama perencah halus, bawang yang dihiris tebal-tebal, lada hijau/merah, serbuk kunyit, daun kari, kayu manis, cengkih, pelaga, dan garam didalam sebuah periuk sehingga daging itu empuk dan dhal itu lembut.

Masukkan pula kentang, lobak, terung, mangga, rempah kari, tutup dan biarkan mendidih selama 5 minit. Tuangkan santan yang telah dicampurkan dengan air asam dan tutup lagi. Masak sehingga mendidih dan sayuran itu elok masaknya. Masukkan tomato dan kemudian matikan api.

Pijarkan minyak dikuali dan masukkan perencah tumis. Kacau sehingga garing. Kemudian tuangkan kesemuanya (dengan minyaknya sekali) kedalam periuk dalca itu. Gaul hingga rata. Siap dihidangkan.






ACAR


600g timun - dihiris sepanjang 5cm setelah dibuang bahagian tengahnya
1 batang lobak merah - dikupas dan dihiris sepanjang 5 cm
30biji bawang kecil dikupas kulit
5 batang lada hijau dibelah dua jangan putus
5 batang lada merah dibelah dua jangan putus
20 ulas bawang putih dibelah dua jika besar
1 1/2 sudu kecil biji sawi
3 sudu besar minyak
1/4 cawan air
3 sudu besar cuka
gula dan garam secukup rasa

Rempah menumis di gaul bersama dengan sedikit air:
2 sudu kecil serbuk cili
1 sudu kecil serbuk kunyit

Lumurkan garam pada timun, lobak merah, halia, lada, bawang merah kecil dan bawang putih. Jemur selama beberapa jam, sambil membalik-balikkan supaya keringnya rata. (boleh juga di rendam semua bahan dalam air kapur untuk merangupkan nya)

Siapkan kuali, masukkan minyak untuk menumis, biji sawi dan rempah cilli/kunyit. Baru hidupkan api dan tumis perlahan2. Ini akan mengelakkan rempah dari cepat hangus. Tumis sehingga wangi.. tuangkan air, cuka, gula dan garam sehingga sebati. Kemudian masukkan sayur2an. Kacau selama 5 minit dan angkat. Jangan masak sampai sayuran itu lodoh.



Resepi kali ini adalah untuk anggaran lapan orang makan... Yok... sila.. yok makan..







Quote:
Ouled Kenitra ~ Suruh cuba buat ler tuan.. tapi kalau tuan nak sepinggan.. ni aye hulur..
Hellikonia ~ Eh.. Helli tanam pokok safron ker? Wahh.. boleh bikin business ni.. kalau dijual tinggi harga nyer tau..
Luz Macia ~ Hmm.. mentang2 ler ader nama dier "Yani' kat spelling beryani tu.. Excited gitu..
Nic ~ Alhamdulillah menjadi. Tengok lah tangan sape yang buat tu.. tangan Nic tau bilang diorang. Agak bab kek bantat yang dulu tu dah kena erased ler..
Darling ~ Cuba nanti tau.. jangan tak cuba..
MummyJam ~ Oh.. sama ler kiter..
Cekya ~ Yes, di M'sia dipanggil 'Beryani Gam'.. tapi di S'pore ni kiter panggil 'Beryani Dam'. Betul.. bukan typo-error tau.. it is 'DAM'.
Mamafami ~ Wahh.. sehati sejiwa kiter yer.. dua2 masak nasi briyani..
Linda ~ Yiaks!! Sungguh tak sensored!!
Linad ~ Nanti Linad can try buat sendiri ok..
Kakyong ~ Hai pesta perut kakyong.. nak lah selalu menjamu selera sendiri..
Cakcibur ~ Resepi tu boleh diolah untuk menyesuaikan rasa kiter. Kak rossya kalau masak Ayam Masak Merah.. mesti nak lawankan dengan Nasi Minyak.. Arggghhh.. terliur pulak kiter... Camner ni Cak?
Nabialishad ~ Ish.. dah jemput tu.. "Jom makan jom!!
KNizam ~ Kak Rossya belum try lagi acar buah Melaka. Macam mana agak rupanya yer..
Mademoseille Ayu ~ Aiseh.. camni kalau bulan posa kak rossya post resepi... nanti Ayu tak jenguk ler..Syedeh nye...
Diana ~ Dah malam2 belum makan lagik ke D? Jangan berlapar.. gi makan... gi... alah cayang intan payung..
Muni ~ 'Nasi Takut' takper Muni... asal budak2 makan berani..
Rozzan ~ Caya lah Rozzan!! Camni kiter nak tunang lagi ler.. boleh masak kan?
Hanieliza ~Ye lah kak Liza... share resepi dengan adik2....
F&Z ~ Hai idea Fazi lagi meriah...
Kak Leen ~ Nak sikit? Boleh.. apa salah nyer.. Kak angkat bila nak masak pulak? hehee 0)
Kuzi ~ Cuba Buat!! Mesti berani kan?
Zakiah ~ Ish! daun2 tu takder kat Jepun.. Setahu kak rossya corriander and mint leaves ni common dalam international kind of cooking..
Sabrina ~ Nampak ajer susah.. sebab ramuan banyak sikit. Tapi 'chicken kedodol' ajer lah Sab. Cuba lah dulu.. baru percaya betapa mudahnya..
Fazliali ~ Yes... certain lauk mesti guna daging kambing baru ader ummmphhh..
Mommy d&d ~ this few days takder yang sweet ker mommy? heehee
Sha ~ Kalau MIL dah buat catering.. masak mesti power ni.. Sha amiklah tips2 dari MIL tu.. berbaloi nanti..
Ira ~ Tahun ni boleh lah Ira try sendiri yer.. apa kata.. berani?
Leezsa ~ Haa.. dah tepek kat fridge tu.. dah kira one-step closer lah...
Amir ~ Bila lah Amir try tu? Bila nak dtg? Nanti kak rossya masakkan... chewah...
Leezsa ~ Ader... kat belah kiri tu...
Leezsa ~ dah jumpa?
Azurahakim ~Cuba ler resepi ni.. Insya'Allah tak susah..
Anna ~ Sabarlah anna.. Maid ni untuk memberikan sedikit kemudahan untuk kiter.. Jangan sampai ia memeningkan kepala kiter pulak..
Gee ~ Yes ! You go Gee!
Nina ~ Sila lah mencuba Nina..kalau tergerak nak mencuba lain versi..
Morkymoqq ~ Thankyou adik for sharing this info. It's true the best basmathi comes from India. But do you know that US has patented basmathi grains to best there? Boleh gitu?
Siti Ruzaimah ~ Hai... satu bungkus ajer...? Abes aisyah and papa nya.. camner?
Elsa ~
D4yats ~ Selamat menyambut Ramadhan jugak... kenapa dah lama tak update?
Phalinn ~ Aiseh.. ini bukan pro pun yang masak... Phalinn pun boleh masak.. 'Chicken' ajer..
Rieyza ~ Cuba lah Riza nanti yer..
My PeriukBelanga ~ kenduri makan anak-beranak heehee
Kuchai ~ Kalau dah ader resepi.. takyah guna yang instant lah..
Yani Cologne ~ Aiks.. nak berguru ngan kak rossya? Ini cikgu tak bertauliah tau.. sanggup?
Nassem ~ thankyou Naseem. Go on Naseem, give it a try.. I'm sure Mama wouldn't mind translating the recipe to you. But the tempura is crispy while it's still hot.. and that sweet sauce is our favourite sauce..


Saturday, 16-Sep-2006 01:30 Email | Share | | Bookmark
Aiks... jangan lari..

 
Aiks! Jangan lari...








Arwah emak ader berpesan.. untuk menguatkan kaki kiter.. amalkan lah memakan kaki ayam. Jadi lazimnya, kerap jugak kiter memasak kaki ayam kedalam sup. Ketuk2 kan dan rebus buat beberapa waktu. Mujjarab? Wallahualam.. Yakin kah kiter.. OOops! Jangan lupa buang bahagian kuku nyer..








SOTO MADURA


1ekor ayam (berat 1kg~ di cuci dan dipotong kecil2)
10biji buah pelaga
minyak untuk menumis
1/2 cawan daun ketumbar (dirampai)
1/2 cawan bawang goreng
sedikit hirisan kobis
taugeh mentah
keropok belinjau


Bahan Kisar:
1 biji tomato
1 jari halia
6 ulas bawang putih
1 batang serai
1 biji bawang besar
2 hiris lengkuas

Campurkan bahan kisar dengan:
1 sudu makan serbuk lada putih
3 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu makan serbuk jintan halus

Tumis pelaga hingga kekuning-kuningan dan wangi baunya. Masukkan rempah. Tumis sebentar.
Masukkan air, mulakan dengan 10 cawan. Masukkan ayam dan rebuslah perlahan-lahan sehingga manisnya keluar. Masukkan garam secukup rasa.

Rebus hingga ayamnya empuk. Jika perlu tambah lagi air. Boleh juga masukkan kobis sesudah ayam lembut.
Semasa menghidang, curahakan dalam mangkuk2, dan taburkan denga taugeh mentah yang sudah dicuci bersih, daun ketumbar, bawang goreng, dan untuk menyedapkan lagi, taburkan dengan keropok belinjau. Hidangkan panas-panas.

Boleh dimakan begitu sahaja seperti sup atau sesuai juga sebagai hidangan pembuka selera.








LAPIS UBI KAYU

1 kg ubi kayu diparut
6 biji telur yang besar (70g tiap satu)
1/2 sudu teh rata garam halus
1 sudu teh chocolate paste
1 sudu teh pewarna kuning
1 sudu teh vanilla essence
250ml santan dari 2 biji kelapa
380g gula halus
300g mentega
150g tepung gandum
loyang yang sudah disapu sedikit mentega dan dialas dengan kertas kuih

Perah ubi kayu dengan menggunakan kain kasa yang jarang. Untuk menghilangkan pahitnya. Setelah diperah, perapkan airnya selama 10minit. Biarkan sagunya mendap dan perlahan-lahan buangkan airnya. Ambil sagunya yang mendap itu dan masukkan kedalam ubi kayu yang diperah tadi. Gaul rata dan ketepikan.

Santan dan garam dimasak hingga panas sahaja (jangan biarkan mendidih). Setelah panas, masukkan mentega dan kacau rata. Sejukkan.

Pukul telur bersama gula hingga kembang. Masukkan tepung gandum , ubi kayu dan vanilla. Pukul lagi hingga rata dan sebati. Setelah itu masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kemudian bahagikan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampurkan dengan chocolate paste.. manakala lagi satu bahagian diwarnakan kuning.

Ambil 2 senduk makan adunan warna kuning dan tuangkan kedalam loyang dan ratakan. Bakar dengan menggunakan api atas (grill) sehingga masak. keluarkan dan lapiskan dengan dua senduk makan adunan coklat. Bakar lagi. Ulang sehinga kedua2 warna adunan habis, sama seperti membakar kek lapis.

Untuk lapis terakhir, gunakan api oven 150C dan bakar selama lebih kurang 20minit. Sejukkan , kemudian barulah dipotong. Kek ini boleh tahan lama jika disimpan dipeti sejuk.



ps ~ Betulkan Anna.. ini kah kek lapis ubikayu yang Anna maksudkan? Selamat mencuba...


Quote:
KC ~ thanks KC.. Kak rossya memang suka upbeatkan entry tu.. kasi happy2 gitu.. chewah..
Unnamed ~Alamak .. cepatnyer dah lapo..?
Nic ~ Kak rossya doakan OREO muffins tu menjadi dan berjaya lah Nic. Selalunyer shud be no problem. You go gal! Make them drool this time k..
Anna ~ Ish.. takyah nak amik cuti lah Anna. Sayang cuti kerja sehari hanya untuk buat kuih. Buat ler time hujung minggu nanti. Tak kan lari kuih dikejar.. hehee..
MummyJam ~ Kaki ayam pun sedap cuma tak banyak isinyer. My mum said it's good untuk kaki kiter.. Tak tau ler betulnye tu mummy..
MyperiukBelanga ~ Haa.. tu berkaki ayam tu... kalau tak camner nak tekan 'pedal' mesin jahit tu... Psst.. baju yang I tempah dah siap?
MamaFami ~ Alahai.. soto Madura ni orang Indon makan as an appertiser. Tapi kak rossya kadang2 buat lauk jugak makan ngan nasi. Aiks.. parut ubi tu.. susah ker?
Mommy d&d ~ Sedap kaki ayam to mommy. Buat cemil2 gitu.. Kak rossya pun kadang2 masak gulai atau lemak cili api dengan kaki ayam... oiush... sedapppp...
Rozzan ~ Yelah.. memang ader orang tak suka makan the othe body parts of a chicken. Soto ayam memang dihidangkan dengan nasi empit. Tapi sini Rossya kadang2 buat lauk makan dengan nasi. Berselera anak dara hambo makan u know..
Aureanayz ~ Kak rossya pun tak pasti keberkesanannya.. sebab ini pun pesanan ibu kak rossya yang kiter lazim kan.. Tak tau ler sebab kaki pun belum lenguh lagi ni...
Idah Natrah ~ Aiks.. geng ler kita ni yer..
Dr Junaidy ~ Kalau dah lapar tu.. makan aper pun sedap Dr.. hehee
Gee ~ Kalau dah takder nak buat camno? Takper gunakan isi ayam pun boleh..
Edoras ~ O tak suka yer.. Kalau reti makan kaki ayam ni memang ummph..
Muni ~ Ish.. tak pernah ajak2 ayam.. Kalau berkaki ayam memang selalu...
Diana ~ Tak pandai makan kaki ayam yer.. Sedap tau.. Lapis ubikayu tu memang dari Buku Warna, dah beberapa kali dicuba..dan menjadi.. sebab itu berani cadangkan ngan oranglain.. Memang mudah dan enak..
Kuzi ~ US tak der ubikayu ker Kuzi? Alahai.. kesian nyer..
Sabrina ~ Dia lari keatas sebab kiri-kanan dah terkepung. Soto ni memang banyak jenis.. hanya nama nya ajer sama. Yang penting ia sejenis sop.. Soto Madura ni boleh juga dihidang bersama nasi empit.. Rasa macam soto jugak cuma ia agak ringan sedikit sebab kurang rempah...
Amy ~ Oh yer? Yelah lain daerah.. lain lah ragam masaknyer. Satu dinamakan madura sebab asal Surabaya, Jawa... dan lagi satu yang amy selalu makan tu dari Medan.. asal Sumatra. Walhal rempah nya sedikit lebih kurang serupa juga.. Yang bersantan kak rossya pernah cuba jugak.. tapi tak berapa gemar..
Mademoiselle Ayu ~ Aiseh.. tak makan jugak? Takper asal tak lari sudah ler..
Liz Macia ~ Kaki Ayam? Makan tak?
Edoras ~ Aii! Kedua kali masuk baru perasaan ker Edoras?
Niza ~ Setahu kak rossya soto madura takder nasi empit.. hanya ketulan ayam, kentang dan keropok belinjau.. They wud have this as an appertizer... tapi sini kak rossya buat lauk.. makan dengan nasi..


Thursday, 14-Sep-2006 07:53 Email | Share | | Bookmark
santapan harian..

 
Hari ini nak berkongsi makanan harian kami.. resepi ler... Sebenarnya, segan jugak nak bercerita tentang sambal tumis ni. Keluarga kami memasak sambal tumis berlainan SEDIKIT dari oranglain. Dan kami tidak menggunakan sebarang bwang putih. Dan serai adalah kemestian.. Ini pun disebabkan permintaan Mama Siti tempuhari.. Mama Siti minta resepi sambal tumis ikan bilis siap disuruh kiter timbang bahan2 nya. Camner eh? Selalu masakan harian kami kiter masak agak-agak ajer. Jadi Mama Siti cubaler sesuaikan dengan selera keluarga Mama Siti yer. Selamat mencuba.







SAMBAL TUMIS IKAN BILIS


Bahan-bahan kisar:
50g cili kering di gunting dan direbus kemudian ditoskan
1 labu bawang besar
1 cm belacan
Air secukupnya jika menggunakan blender


ikan bilis yang sudah dibilas dan toskan
1 batang serai dititik
1/2 cawan jus air asam jawa
minyak untuk menumis
garam dan gula


Panaskan minyak menumis. Masukkan serai dan ikan bilis. Kacau sehingga ikan bilis garing, cepat2 masukkan cili kisar dan tumis hingga cili masak dan garing. Setelah pecah minyak, tuangkan air asam. Kacau dan masak sehingga mendapat kepekatan yang anda ingini. Akhir sekali masukkan garam dan gula. Gaul rata dan matikan api. Keluarkan serai semasa menghidang.




NOTA ~ Cili kering yang direbus akan menghasilkan sambal yang cerah warnanya. Masukkan gula apabila sambal sudah masak dan gaul sebentar lalu terus dimatikan api. Sambal yang sudah dibubuh gula jika dimasak terlalu lama akan menjadi gelap warnanya. Untuk mengelak daripada bersin semasa menumis sambal, bolehlah dimasukkan sedikit garam dahulu semasa process menumis cili .

Dibulan puasa nanti, elakkan daripada memakan terlalu banyak sambal. Sebab selalunya dimusim Ramadhan, badan kita akan menjadi sedikit dehydrated sebab kekurangan air. Sambal itu panas..






SAMBAL TUMIS UDANG


satu adunan sambal tumis diatas

500g Udang
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil serbuk cili


Udang di bersihkan dan tinggalkan kulitnya. Kelar belakang udang untuk mengeluarkan kotoran dibelakangnya. Kemudian di cuci bersih dan gaulkan dengan serbuk ketumbar, kunyit, dan serbuk cili. Diamkan selama 1/2 jam lalu di goreng garing. Ketepikan. Panaskan minyak menumis, masukkan sebatang serai dan masukkan bahan cili kisar. Tumis sehingga cili masak dan garing. Kemudian masukkan udang dan gaul sebentar. Udang ini tidak akan mengecut kerana sudah digoreng tadi. Tuangkan air asam dan biarkan pekat sedikit baru dibubuh gula dan garam. Sesuaikan rasa dan matikan api. Keluarkan serai semasa menghidang.







SAYUR ASAM


125g kacang panjang
3 biji tomato di potong 4
sayur kobis di potong 2inci lebar
1/2 cawan kacang tanah di rebus lalu di kopek kulit
2 batang jagung dipotong2
3 cawan air
2 helai daun salam
1 cube ikan bilis
1/2 cawan air asam jawa
garam mengikut rasa

Bahan kisar:

2 batang lada merah (boleh kurangkan jika tidak mahu pedas)
2 bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 sudu kecil belacan di bakar
6 biji buah keras

Sedia kan periuk, satukan bahan2 kisar, air, daun salam, cube ikan bilis, air asam dan garam. Didihkan. Masukkan kacang tanah dan jagung, lalu didihkan selama 30minit. Kemudian baru dimasukkan kacang panjang dan tomatoes. Masak hingga sayuran masak . Masukkan kobis dan masak lagi selama 2minit. Sesuai kan rasa. Siap dihidang dengan nasi putih.







IKAN GORENG TEPUNG


500g ikan tamban (boleh menggunakan ikan bilis basah atau udang geragau basah)
100g tepung beras
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk kunyit
1/2 sudu kecil jintan manis
sedikit paprika
1 sudu kecil ketumbar yang tumbuk kasar
1 sudu makan minyak masak
garam
air secukupnya
daun kari secukupnya
minyak secukupnya untuk menggoreng

Bersihkan ikan dan buang segala kotoran. Cuci dan toskan. Satukan semua bahan2 kecuali ikan, daun kari dan minyak menggoreng kedalam mangkuk. Gaul adunan sehingga rata. Adunan tidak boleh terlalu cair atau terlalu pekat. Cairan nya seperti adunan tepung menggoreng pisang. Celupkan ikan kedalam adunan tepung dan goreng didalam minyak yang panas. Sebelum mengangkat ikan yang sudah masak, masukkan beberapa helai daun kari kedalam minyak. Balik2kan dan angkat ikan bersama daun kari nya. Toskan. Buat lah seperti berikut sehingga ikan habis digoreng. Enak dimakan ketika panas.


Nota ~ Ikan tamban banyak tulang nya. Hati2 bila menjamu selera...




Quote:
MyPeriukBelanga ~ Aiks.. kat sana takder kah? Aritu rossya beli kat Tekka market dah.. Nasib baik tak ngandung.. kalau mengandung.. .. Rossya anto sekarang jugak
Mommy d&d ~ Tak masam lah mommy.. sedap makan panas2..
MamaFami ~ Aik.. dah surrender ker mama? Naver mind ler Mama.. have a break.. have a kit-kat yer..
Diella ~ Weewee.. tengah lapo yer... pi carik makan ....
Cik Ketumbar ~ Cuba.. jangan tak cuba.. haa
Mama Siti ~ Cuba ler Mama Siti.. semuga memenuhi citarasa keluarga Mama Siti yer..
MupaMan ~ Yes, looks like Tempura.. cuma berempah..
KNizam ~ Sama tak ngan Trengganu nyer?
Yati, Syahril & Syahmi ~ Oh.. nama galmour ker tu? Btw, Mee Ladna tu dari fp Kak Liza yang MamaFami cuba.. Kak rossya belum try lagi..
Kak Kham ~ Tempura pun best dengan seafood kak Kham.. Rossya pun suka jugak buat guna udang dan scallop..
Diana ~ Thx Diana for dropping by my fp. Tak yah ler buat review.. segan lah aye.. I cuma try2 resepi orang untuk jamuan keluarga ajer..
Cik Bawang ~ Sambal udang memang yummy...
Fasha ~ Sambal pun memang kak rossya favourite. Tapi kak rossya kurangkan bila time berposa..
Gee ~ itu petua my late mum.. tak tauler kalau mujarab kat oranglain. Kalau boleh dimanfaatkan bersama kenapa tidak bekongsikan Gee.. Tak luakpun kan..
Anna ~ Tak yah order lah Anna. Nanti Anna bikin sendiri pun boleh..
Kakyong ~ Sayur Asam ni more like the indonesian version. Betul kakyong, guna air asam Jawa. And rossya kalau buat sambal memang selalu lebihkan bawang sebab bawang kan manis..
Sabrina ~ This is more like Sayur Asam Indonesia.. nanti Sab cuba lah..
Nic ~ Merah.. dan nampak pedas ker Nic? Sayur Asam tu memang slurppp..
Ouled kenitra ~ Thankyou Tuan. Yerlah kadang2 tu.. cara kiter masak ni nampak ganjil dimata orang lain..hehee..
Nabialishad ~ Ehh.. kiter geng yer.. Kak rossya pun kalau takder serai dalam stock bila time nak masak .. jadi handicap pulak...
Kuchai ~ Berpeluh panassss..! Tepung tempura pun sedap jugak..
Zakiah Zainudin ~ Itu pun petua my late mum jugak..I'm happy it works for u, my dear.
Mr Tarantula ~ Nyum nyum
Mummy Nadiah ~ Geng pedas ni nampak nyer.. 'Orang Melayu' kalau makan tak pedas..memang tak sah kan..
Edoras ~ Eh.. sekarang pun boleh...
Zubye~ hehee
BadangPerkasa ~ lapar? Kesiannyer.. nak sikit?
Fadzliali ~ Ikan goreng? Nak berapa kilo?
Gee ~ Gee dah buat yer.. I'm glad u like it.. Nanti Gee boleh try lain variasi pulak yer.. Nasi putri Saadong..abes licin? Sedapkan Gee.. Lisya suka beno nasi tu..
Za+za ~ Sayur Asam? It is good.....
Intan Azim ~ Hai.. kak rossya pulak macam dah jelak ngan ayam.. lebih suka ikan...
Kuzi ~ Thanks Kuzi for taking the time to even browse. Sayur Asam tu pun refreshing .. boleh just hirup2 time lepas belajar...
Aeiman's dad ~ Suruh ler mommy Aeiman buatkan .. sedap..
F&Z ~ Eh.. jgn lah cam tu.. Kiter suka kalau berjiran ngan awak.. best selalu ader fiesta makan2 jugak..


[<<  <  1  2  3  4  5  6  7  [8]  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net