Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 9-Nov-2006 22:33 Email | Share | | Bookmark
Tried and tasted...

 



CHOCOLATE MINT CAKE
Sumber : Halimah Anang @ http://resipidiana.blogspot.com

200g tepung self-raising
230g mentega/ margarine
220g gula castor
230g telur (kak rossya guna 7 biji)
3g esen vanilla
30g serbuk koko
50g susu segar
beberapa titik pewarna hijau
beberapa titik esen peppermint

Untuk Honey chocolate Fudge
150g cooking chocolate
90g fresh cream
30g mentega
2 sudu besar madu

Panaskan oven 180C. Alas kertas kuih pada loyang pembakar. Pukul tepung self-raising yang sudah diayak bersama mentega/ margarine sehingga menjadi pes yang sebati. Dalam mangkuk berasingan, pukul telur dan gula sehingga likat. Masukkan adunan ini dan esen vanilla kedalam adunan tepung yang telah disediakan tadi dan pukul sehingga ia sebati dan kembang.
Bahagikan adunan kepada dua. Satu campurkan dengan serbuk koko dan susu segar. Manakala bahagian lagi satu dicampurkan dengan pewarna hijau dan esen peppermint. Tuang adunan berselang-seli kedalam loyan berukuran 8".


Honey Chocolate Fudge Topping :
Campurkan kesemua bahan kedalam mangkuk . cairkan menggunakan teknik double-boil. Pukul bahan-bahan selama 5-10 minit sehingga fudge menjadi sebati. Fudge yang masih setengah panas, bolehlah anda sapukan diatas dan tepi kek.


ps ~ Thanks Norma.. u're soooo alert!!


** I have the cake plain on its own without the fudge topping..





CHICKEN KUNG PAO
Sumber: Cranko21 @ http://mamafami.fotopages.com

600g chicken fillets -diced ( I used chicken whole.. cut into small parts)
corn flour
salt

- Coat chicken fillets with salt and cornflour and fry
- Once cooked, remove from oil and place on a kitchen towel to absorb oil.

Ingredients B:
100g cashew nuts ~ fry with oil
30g dried chillies ~ cut into 1 to 1.5 inch long
2 white onions diced
4 nos garlic pounded
2 inch fresh ginger pounded
1 green pepper diced
3 tablespoons oyster sauce
2 tablespoons chilli sauce
1/4 cup water ( I added more.. Lisya loves some gravy)
cooking oil
salt if needed

Method:
Heat a bit of oil in a wok and fry the dried chillies till crispy. Set aside. Saute ginger and garlic till fragrant. Add in the diced white onion. Add the green pepper, fried chicken, oyster sauce, chilli sauce and water. When there's only a little liquid left, add in the fried cashew nuts. Mix well and remove from heat.


Note : I didn't add any cashew nuts..






Quote:
Ira ~ Yes. it's nice..
Sabrina ~ Ermmm.. nak pedas eh? Boleh saje tambah.. apa2 yang patut..
Yangmazni ~ U're welcome...
Ecah ~ Ayam tu seksi ker.. sampai memberahikan.. wakakaa
Kuzi ~ tq Kuzi
Nabialishad ~ Oven masih mogok.. kek tu projek bulan posa ler.... Suka.. suka dengan Nabia nak dapat oven.. nanti leh baking2 ekk..
Ida ~ ish.. jangan kalah ngan gambar...
ZakiahZ ~ Yes.. Zakiah.. serupa marble cake ler.. Kak rossya buat untuk raya aritu.. Aiks.. oven mu dah buat pasal ker... aiyohhh.... dah macam kak rossya nyer oven ler...
Mommy d&d ~ Buat saja apa yang berkenan dihati.. memang kadang2 kak rossya dapat penyakit 'confuse' tu..
Imaan & lana ~ Alah kek roll tu.. kak rossya dah share resepi.. Asma leh cuba kalau teringin nak rasa..
Elin ~ Tergoda ker?
Suecute ~ Mintak sikit? Camner nak hulur ni... boleh sampai tak?
Irfan ~ Kak rossya masak ikut selera keluarga ajer.. Zubye..
F&Z ~ Try lah Fazi.. it's nice..
MamaFami ~ Cuba lah mama.. kek tu I find not bad ler.. Aiseh.. rehat ker... emm. kalau posa tak leh tengok gambo makanan yer.. tergugat iman ker?
Gee+ Candid Syndicate ~ Nyum nyum..
Joni ~ lapar kena makan ler Joni..
Fieza ~ Yes.. it's true.. kalau tak suka makan tak kan nak buat kan.. For me.. mint is my favourite..
Norma ~ Thankyou Norma.. for pointing out what I left out...
Edoras ~ yes.. selalunya.. rossya amik end-product ajer.. Sama lah kiter Edoras.. Edoras share tips on photograpy and editing. Rossya pulak teringin nak Share resepi..
Anna ~ The cake is minty lah.. Ish.. kak rossya pun suka chocolate after-eight tu.. Best kalau dengan secawan black coffee....
Edoras ~ Wah.. tak sabar nak tengok yr next entry.. jangan yang klakar2 sudah lah..
Zuhri ~ kek pun sedap tuan..
IL ~ Ish .. budak Yani ni.. masuk sini.. mesti lapo...
Leezsa ~ Cobaan...
Ah-yue ~ Kalau cari kat kedai bahan -bahan kuih pasti ader.. Kak Rossya bought mine kat ShopnSave kat belakang umah aritu..


Wednesday, 8-Nov-2006 04:05 Email | Share | | Bookmark
nyum nyum..

 



KEK ROLL BLUEBERRY


25g air sejuk (dari peti ais)
60g tepung jagung
185g gula castor
100g tepung gandum
30g ovelette
1 sudu kecil baking powder
10biji kuning telur sejuk
6 biji putih telur sejuk

100g mentega cair (guna double-boiler)


Satukan semua bahan kecuali mentega cair. Pukul dengan high speed sehingga menjadi puith dan gebu. Masukkan mentega cair dan dipukul lagi sehingga kembang. Warna kan adunan dengan sedikit pewarna merah dan letak sedikit essence jika suka . (Kak rossya guna raspberry essence)

Tuangkan adunan kedalam acuan kek roll dan ratakan. Bakar dalam ketuhar dengan kepanasan 160C. Ketuhar hendaklah dipanaskan dahulu sekurang-kurangnya 30minit sebelum digunakan.

Setelah masak, keluarkan dari ketuhar dan biarkan sehingga ia sejuk.

Cream nya:
250g gula dan 150g air dimasak dan disejukkan didalam peti sejuk. 500g mentega dan 1/2 sudu kecil vanilla di pukul hingga pekat. Baru masukkan air gula sejuk sedikit demi sedikit dan pukul hingga rata dan halus.


Jem Blueberry:
1/2 tin blueberry(pie fillings) dimasak dengan 1/2 sudu makan tepung jagung dan sedikit air sehingga pekat dan hancur. (Boleh juga ganti dengan blueberry conserve.. tanpa perlu dimasak. Terus gunakan dari botol)


Cara menggulung:
Keluarkan kek dari acuan. Sapukan dengan cream dipermukaan kek sehingga rata. Letakkan sedikit jem blueberry dan gulung kemas-kemas. Bungkus dengan kertas kek atau plastik dan simpan dalam peti sejuk.






NASI HARISSA

1kg beras basmathi
(air ikut padat beras dan lebihkan 100ml)

Bahan kisar:
1 sudu kecil jintan halus
3cm halia
10biji bawang putih

3 biji bawang besar dihiris
500g lobak merah (diparut kasar)
3 ikat daun ketumbar (ambil akarnya, dibersihkan dan kisar bersama 5 batang cili hijau)
2 jari kulit kayu manis
6 kuntum bunga cengkih
10biji buah pelaga
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak atau mentega untuk menumis

Beras dicuci bersih. Gaul dengan lobak merah dan tos hingga kering. Panaskan minyak dengan api kecil dan tumis bawang besar hingga layu.

Masukkan kayu manis, cengkih dan pelaga. Masukkan lada hijau yang dikisar dengan akar ketumbar tadi. Tumis hingga garing. Masukkan air dan garam. Apabila mendidih, masukkan beras yang digaul dengan lobak, lalu tanak hingga masak.

Setelah masak, masukkan daun ketumbar yang dipetik-petik dan bawang goreng. Tutup periuk rapat-rapat. Setelah beberapa minit, kacau dan masak hingga tanak. Hidangkan dengan lauk-pauknya.






AYAM MASAK MERAH BEREMPAH


1 ekor ayam (potong dan dibersihkan dan goreng setengah masak)
3 biji bawang besar dipotong bulat
3 biji cengkih
4 biji buah pelaga
3cm kulit kayu manis
200g tomato puree (kak rossya guna sos tomato)
4 biji tomato (dipotong enam)
sedikit kacang peas dan bawang goreng
2 batang serai dititik
3 cm lengkuas dititk
2 tangkai daun ketumbar (digunting kasar)
garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar:
10 batang lada kering
4 biji bawang putih
3cm halia
2 sudu makan ketumbar
1 sudu makan jintan manis

Panaskan minyak. tumis bawang besar, kayu manis, cengkih, pelaga , serai, lengkuas dan bahan kisar hingga wangi. Masukkan 1 cawan air, ayam goreng, tomato puree, garam dan gula. Masak hingga ia pekat. Bila pekat, taburkan buah tomato, kacang peas , bawang goreng dan daun ketumbar.

Tutup periuk dan matikan api. Sesuai dimakan dengan roti, roti prata dan nasi.



Sorry.. ader typo-error for kek roll (tertinggal putih telur) . Secretary tak pass lagi.. hehee. I have updated and make amendments.
~ Telur sejuk... Sejukkan telur dahulu dalam peti sejuk.. baru digunakan..
Acuan kek roll ader bermacam size.. Sama seperti loyang empat persegi.. cuma ketinggian hanya 1 inci. Tapi guna loyang empat persegi biasa (baking trays for cookies) pun boleh. I used loyang 11X 8 inch.. boleh dapat around 3 kek rolls.
Nota ~ Aduanan cream diaatas adalah untuk mengisi DUA adunan kek roll.



Quote:
MummyJam ~ Kiter memang dah stick to this basic recipe for most of my kek gulung.. sebab memang reliable dan jugak lembut.
nn ~ Wah.. sakan beraya dia.. siap ader promosi.. juadah raya... dan video lagi..
Nabialishad ~ Telur tu.. masukkan kat peti sejuk kejap ajer.. sejukkan sikit.. biar naik gebu nanti. Boleh ajer guna loyang untuk biskut tu.. asal tak terlalu tipis loyang tu.. nanti cepat hangus..
Ayu ~ Actually loyang untuk kek roll lain SEDIKIT ajer dari loyang biasa yang kiter gunakan untuk bakar biskut tu. Tinggi nyer cuma 1inci ajer.. Size aderlah bermacam2.. Cuba tanya kedai bahan2 kuih for swiss roll baking tray.. diorang mesti tahu.. Kalau tak pun.. leh guna loyang yang bakar biskut jugak..
MamaFami ~ Akak guna 11X8 inch trays. Dapat dalam 3 rolls.. Actually kek roll ni boleh diperbagaikan.. letak different essence on the cakes.. and fillkan dengan different inti/ jam.. pun dah jadi bermacam2 jenis kek roll..
Nic ~ Kalau nak yang akak masak.. nak kena mai lah Nic..
cakcibur ~ Kak rossya pun kengkadang letak buah keras untuk memekatkan.. tapi yang ini memang sudah sedia pekat.. Jangan lupa rest banyak2... Tak sabar nak tengok gambar baby... bila due ni...
MamaSiti ~ Alah buat Nasi Minyak ni tak susah.. semuanya sama actually.. tukar sedikit bahan ..dah dapat nama yang berbeza.. Tak sabar nak bersua... jangan tak datang yer.. mamaT..
IL ~ tengah2 ujan.. best kalau makan kek roll dengna secawan kopi.. hehee...
Ishzah ~ Cepat2 lap keyboard tu ishzah.. bahaya..takut kena karen karang...hehee
Shah, Sya, Syahmi ~ Raya kedua lagi best kan...
Yusoff + yana=azhad ~ memang sedap...
Otopan otosan ~ Mai lah singgah beraya...
Zack ~ Zack kalau nak intikan.. lebih sedap blueberries yang fresh tu dimasak dengan sedikit gula.. dan tepung jagung/ air. lagi sedap.
Aurenayz ~ Semekut ader.. belen2.. kek dah kontang ... Kenapa lambat sangat ni..
Unnamed ~ tq..
Cashier Restoran Naz Maju ~ Aiks... food poisoning lak... kesiannya... Kena posa lah lagi...
Mamahouse ~ InsyaAllah.. kalau kak rossya buat lagik.. nanti cuba tunjukkan step-by-step method..
Mommy d&d ~ Mommy apo kabo? Sakan beraya eh... lama tak nampak..
Mar ~ Uishh.. apa lah yang cantiknyer.. Mar.. Semua pun biasa2 saja...
Ida ~ Yes.. kiter tungguuuu..
Leezsa ~ Nak buat ayam tu yer..... jangan tak buat tau...
Kc ~ Yummy too..
Sabrina ~ Nasi Harissa boleh di hidang dengan sebarnag lauk2 melayu.. dan kek tu boleh diganti dengan sebarang inti yang Sab gemari.. just do to your likings and the jams of your choice..
Azeemah ~ Bukan rajin... akak buat .. orang merasa..
Shahidah ~ Thanyou for linking me up.. By the way what's your url that I can visit. Semuga fp kak rossya dapat memberi sedikit motivati dan inspirasi pada adik2 yang ingin mencuba..
Za+za ~ I luv 'kek roll' too...
Mademoisellte Ayu ~ Alamak.. ingat balik yer Ayu.. camner tu...
dilaOHdila ~ glad you like it.. tq.


Saturday, 4-Nov-2006 00:15 Email | Share | | Bookmark
teman baru..

 
It's fifteen minutes past midnight.. So I thought, why not post my last update for this week.



I like to introduce.. a new member in my family... haha.. I can still remember.. about a week before the fasting month when my brother-in-law came to my place bringing with him an arowana for my husband. Gosh !! Was I mad!! No offence. But I just shun pets in the house. As we are staying in a flat, I think it's pretty inconvenient to rear any pets. At least , that's what I thought. So I just warned him, should the fish happens to jump out of the tank.. I won't be able to save it.. cos I won't hold or touch it.. My daughter seems attached to it now. She'll feed it and talk to the fish sometimes.. hehee She'll snap lots of photos and file them for my hubby to see. Fish ni pun dah pandai pose untuk Lisya... wakakaka. For me... sometimes I ask my husband.. "sedap tak ikan ni kalau dimasak asam pedas?" Heeheee... Pet lovers.. jangan marah ler.... Few years back, we also had two arowanas, but when my hubby went to Sarawak to work for a few months, one of the fish died. Maybe I didn't feed it well. My Chinese friends kept telling.. it's going to be bad luck down the road for me... Of course, qada' & qadar di tangan Tuhan kan... So , here I am again... letting my hubby have his way... But what's its name? No name yet... The last one we had was called "Dragon Prata'. Yes... Lisya gave its name.. Like it? Dragon prata....







This few days, after meals of hariRaya delicacies... we tried yet another spicy dish for our meal... Boleh tahan lah.. tapi berempah lagi... Bila lah nak start makan lauk2 air ni...





IKAN MASAK KERISIK

1kg ikan tenggiri ( di potong ikut suka hati)
1 biji limau nipis
2 cawan santan dari 1 biji kelapa parut
15 biji bawang merah dikisar
6 biji bawang putih dikisar
4 biji buah keras dikisar
2 batang serai dikisar
1 jari lengkuas dikisar
1 jari kunyit dikisar
2 ulas cekur dikisar
2 sudu makan kerisik
1 sudu makan serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
10 biji cili padi
10 biji belimbing buluh
sedikit air asam
garam secukup rasa
bawang goreng
minyak untuk menumis

Lumur ikan dengan air limau nipis. Perapkan sebentar.

Tumis bahan kisar sebentar. Masukkan serbuk ketumbar, jintan putih, jintan manis, kerisik dan tumis lagi sehingga wangi. Masukkan santan. Setelah mendidih, masukkan ikan, lada hitam, sedikit air asam, garam, belimbing dan lada padi. Masak sehingga rempahnya pekat sedikit. Semasa menghidang, taburkan bawang goreng.






GORENG BUNCIS

minyak untuk menumis
1 biji bawang di hiris
1 batang lada hijau dihiris
1 batang lada merah dihiris
1 sudu kecil halia di tumbuk halus
1 tangkai daun kari
50 g kentang dipotong memanjang
100g buncis di potong memanjang serong
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil air
garam secukup rasa
2 biji tomato di dadu kasar
segenggam bijan disangar

Panaskan minyak , tumis bawang, lada, halia, dan daun kari. Setelah bawangnya layu, masukkan kentang.
Goreng sehingga kentang itu separuh masak. Campur pula buncis,serbuk kunyit, air dan garam. Masak lagi sambil dikacau-kacau. Setelah kentang itu hampir empuk, masukkan pula tomato. Kacau lagi, sehingga masak. Sebelum diangkat, taburkan dengan bijan yang telah disangar.


Quote:
Syikin ~ thankyou sekali lagi sebab sudi mencuba resepi disini.. For cupcakes, muffins dan biskut.. kak rossya guna suhu atas dan bawah.. Kak Rossya guna hanya kepanasan 160C sahja sebab oven kak rossya berFan. Untuk biskut, kak rossya suka guna rack yang bawah sekali.. 3/4 thru baking.. kak rossya akan alihkan ke rack yang atas pulak for another 5-10 minutes. For cookies, kiter pun nak kena pusing2 kan tray tu.. agar biskut brown sama rata..
MamaFami ~ Mama.. dulu my hubby bela yang red... This one is a mixture of red & gold.. Tapi I guess.. ni jenis yang murah kot.. kalau tak , tak kan orang nak bagi kan... Gasak cik abang kiter lah mama.. asal dia happy.. balik keje.. ajer tenung fish tank.. Psst ~ Lisya pernah. tanya.. kenapa tak pernah lihat mama di fp.. then dia sendiri pernah jawab.." I think mamaFami is a beauty.. sebab she's so genius!!" Mama jangan tak tau.. Lisya kasi your nickname.."genius"..
Mar ~ Ikan masak kerisik.. not bad ler Mar.. tapi berlemak sikit..
ZakiahZ ~ Hehhee.. lucu ler Zakiah ni.. Kak Rossya pun kengkadang terbayang2.. 'Arowana masak asam pedas"..
Ishzah ~ Aiyoh.. ishzah.. Lisya pun sekarang sibuk nak bela kucing... TAkut kak rossya... camner nak bersihkan kucing kat rumah flat ni... So kak Rossya kat.. NO..
Phalinn ~ Thankyou Phalinn..
Muni ~ Ish itu bukan dragon prata... Ini belum di bagi nama lagi..
Edoras ~ Takut arowana tu dengar saranan Edoras.. Tengok tu.. ikan tu pandai menyorok.. sembunyi..
Tina ~ Memang tengok ikan ni tenang.. boleh jadi stress-reliever..
Syasya ~ Oh.. dah try chocolate balls? I'm glad you liked it..
Ecah ~ Cepat kesian jugak Ecah ni yer...
Kuchai
~ Lisya.. yang ajak ikan ni berbual.. Kak Rossya tak kuasa ler... Kadang2 hubby pesan kasi makan.. pun dok terlupa.. hehee
Nic ~ Nic macam dah nampak yer kak rossya pegang parang ni.. nak sembelih arowana tu.. Tapi tak boleh ler..
Leezsa ~ Hahh yang itu belum terfikir lagi.. Ah'ah.. camner nanti kalau dia membesar..
Ouled Kenitra ~ yer lah tuan.. sekarang ni.. kalau tengok ikan tu.. terbayang2.. Siakap masak sweet sour.. hehee..
sabrina ~ Ohhhh ni bukan hobby baru kak rossya.. Kak rossya pun jenis yang tak rajin bela pets..
MummyJam ~ hmmm...
Linad ~ Ikan puyu camner rupa nyer Lin? Besar ker... Kak rossya bab pegang ikan hidup ni.. penakut jugak ler..
Mademoseille Ayu ~ Hamster!!! Lagi kak rossya cabut lari...
Ida ~ Tak larat eh... tapi kalau cik abang dah bawa pulang.. nak kata camno ?
Knizam ~
IL ~ jangan ketawa... prata kat sini.. maknanye 'roti canai'.. wakakaka..
Ieza98 ~ Oops.. takut satu hari jadik jugak arowana sweet sour...
Zack ~ Ikan tak berapa pedas.. tapi berlemak...
Imanadam ~ Sup tulang Singapore tu.. kalau kat sini.. kiter tak guna straw pun.. Kita akan ketuk2 kat pinggan dan goncang2 sikit.. keluarlah som-som nyer.. Hehee.. orang perempuan kadang malu nak makan tulang in public places.. Tapi kalau gi Beach Road.. seme orang dah tak kisah.. takder sape nak pandang.. seme pun syiok makan sup tulang..


Thursday, 2-Nov-2006 00:53 Email | Share | | Bookmark
Juadah ringkas Musim Raya

 
It's the second week of Syawal.. Hope everyone's still enjoying their Eid. Life's going on as usual here.. everyone's back to work and the kids are in school except those secondary students who by now are having their year-end holidays.

Do you ever feel like sometimes.. you just ran out of ideas of what to serve your guests this HariRaya. I am feeling just that... I wonder what I'll cook for this weekend when friends and relatives come to visit. Sometimes.. you just worry that you might just be serving the same thing .. as you have served them the previous years.. You just ran out of ideas sometime.. So guys.. any suggestions? Care to share some ideas? You even worry, should you try out some new recipes, at the last minute you find out that the recipes obviously don't turn out well for you.. More worries...

For all I know, here in Singapore.. we'll definitely won't be serving lontong/ ketupat or rendang anymore.. Not after the first week... everyone.. dah jelak... Hmm.. let me think..

The following stuffs were prepared among those days.. my daughter called from school during her recess time... "Ma, arini.. my friends boleh datang tak.. lepas sekolah..." Simple.. yet the kids smiled their way to the table..





LAKSA GORENG

2kg mee taibak (mee chendol)
500g tauge
segenggam daun kesum
750g ikan bawal atau ikan kembung (kak rossya guna ikan tenggiri )
(ikan disteam, dibuang tulang dan isinya dikisar halus)
30g ikan bilis dikisar
10g kunyit hidup dikisar
5 ulas bawang putih dikisar
1 1/2 biji bawang besar dikisar
80g kelapa parut dibuat kerisik
2 sudu makan lada kisar (tambah jika mahu pedas)
10g lengkuas dititik
1 batang serai dititik
4 cawan santan pekat (dari 1 biji kelapa)
3 sudu makan serbuk rempah kari ikan
5 biji lamu kasturi (ambil jusnya)
minyak untuk menumis
sedikit garam

Panaskan kuali, tuangkan minyak. Tumis bahan kisar dan lada kisar. Gaul rata. Masukkan rempah kari ikan, kerisik, ikan rebus, serai dan lengkuas. Tumiskan hingga wangi.

Tuangkan santan dan jus limau kasturi. Kacau rata, jangan sampai berkerak. Masukkan garam dan gula jika suka. Masak hingga pekat.

Masukkan mee, daun kesum dan kacau hingga rata dan kering. Tambah apa yang kurang. Akhir sekali masukkan tauge, gaul rata dan segera matikan api.

Hidangkan bersama bawang goreng, fishcake atau fishball dan tahu kering yang sudah digoreng.






JACKFRUIT CUPCAKES


125g butter diced
125g all purpose flour
1/2 tsp baking powder
1 pinch of bicarbonate of soda
50g castor sugar
1 large egg
180ml condensed milk
125g honey jackfruit, seeded and coarsely chopped (kak rossya guna buah Nangka)

Line muffin trays with paper cases. Sift plain flour, baking powder and bicarbonate of soda together.
In a bowl of electric cake mixer, cream butter and castor sugar until light and creamy. Beat in egg for 1 minute untul light and fluffy. Pour in condensed milk and mix well. Fold in sifted ingredients. Stir in jackfruit.

Spoon mixture evenly into cases and level surfaces with a teaspoon.Top with more jackfruit slices if you like. Bake in preheated oven at 175C for 20-25 minutes until well risen and cake is cooked through when tested with a wooden skewer.
Remove form oven and cool in the pan for 10minutes before placing on wire rack to cool completely.






BREADED CHICKEN CHOP


1 ketul peha ayam dibuang tulang
50g serbuk roti
50g tepung jagung
1 biji telur
1 cawan minyak masak untuk menggoreng
sedikit garam dan lada sulah

Peha ayam digaulkan bersama garam/ lada sulah dan diperap seketika. Pecahkan telur didalam satu bekas. Letakkan tepung jagung dan serbuk roti didalam bekas yang berasingan.

kemudian panaskan minyak dikuali. Salutkan isi ayam kedalam tepung jagung. Kemudian celupkan kedalam telur dan salutkan lagi dengan serbuk roti. Goreng hingga keperangan.

Hidangkan bersama makanan sampingan seperti fries, coselaw atau salad dan sos cili...









Quote:
Edoras ~ Aiks.. selalu jenguk kemari pun Edoras tak tau lagik ker Rossya ni dok S'pura? Ish 3x.. Pengeras tu perkara mudah ajer... hmm.. bila lah agaknyer..boleh menuntut ngan Edoras yer..
Ecah ~ Chicken tu paling ler senang nak buat... takyah beli lah... godeh sendiri ajer...
Sha ~ Nasib baik budak2 suka .. Phew!! Lega kak rossya dengar... Lisya suka makan serunding tu dengan nasi putih ajer..
Tina ~ Alahai.. tak leh tolong eh... hmm.. terpaksa lah Rossya pikik pelan2 ni...
Lily ~ Appreciate yr cadangan tu.. hmm.. mee soto dan bihun sup.. pun good idea.. Bab roti jala.. Kak rossya paling maleh nak menjala dah...
Leezsa ~ Laksa you can try.. senang ajer buat... Bila lah agaknya.. nak penuhkan kedua tangan tu yer.. bab visit Sg ni..
Ida ~ Yes.. yong taufu.. tu is infact a very good idea.. tapi kak rossya dah beberapa kali buat lah... For these group of visitors.. is a definite no..
Nic ~ Actually.. icing yang ader belah kiri & kanan tu.. kak rossya guna belen cream dari my kek roll. Yang belah tengah tu.. kak rossya guna royale icing.. Dah kering dia keras... budak2 suka sebab manis.. tapi kalau untuk kiter2 ni.. bahaya... boleh rosak gigi.. hehee..
Noor ~ kalau kat sini.. kiter beli mee taibak kat pasar .. bahagian penjual mee tu.. atau kat supermarket pun ada. Kalau tempat kak Noor takder.. boleh saja guna mee laksa biasa.. Pun boleh.. kak Noor..
MamaFami ~ Dah buntu ni.. mama.. Tak der saranan ker?
Strozze ~ Dah balik beraya ker? Hmm.. kat sini.. laksa goreng sungguh lah common.. Takder lah kreatifnyer..
Mar ~ Hai.. Mar apa nak buat.. tukang masak kat sini.. sorang ajer... Nak taknak.. mesti kena masak.. Are you still in M'sia? Seronok betul yer.. beraya dikampung halaman... terubat segala rindu..
Ira ~ How's your exams? Belum abes lagik ker? Good luck... camner beraya.. mesti stress jugak kan..
Cik Bawang ~ Lepas raya.. bila senang boleh lah try cik bawang...
Muni ~ Thankyou for the suggestions... probably might do something similar..
Zack ~ Lagi 4 bulan.. nak naik pelamin ker? Wahhh.. dah dekat tu.. Cupcakes belah kanan& kiri tu.. kak rossya guna belen cream dari my kek roll.. and the middle ones.. kak rossya hanya guna royale icing.. Psst ~ by the way.. you look good.. bila dah berisi sikit... janganlah diet2 sangat..
Diella ~ Selamat Hari Raya to you too.. Busy ehhh.. Yer lah.. semarak lebaran kan..
Kak Leen ~ Ehh.. kita pun pergi beraya.... tapi kiter masaklah apa yang sempat untuk tetamu yang singgah kerumah. Kadang2 tu terkilan jugak ... bila tetamu call last minute... dan kiter tak sempat siapkan apa2..
Fidah ~ hai lama menyepi... Selamat hari raya yer.. Fidah.
Zakiah ~ Kak rossya guna cream .. yang masih ader kat fridge tu.. I used it for my cake rolls. Yang tengah tu.. kak rossya just whipped some royale icing ajer.. Cupcakes chocolate tu.. Kak rossya guna 'melt-in-your -mouth' chocolate cupcakes dari Chockylit blog. Sedap terasa cupcakes tu.. tapi dalamnyer banyak yang hollow... macam too soft gitu.. tapi bila dah kena cream.. sedap jugaklah..
Kuchai ~ adehh.. bila nak mai?
Kakyong ~ Alahh.. kakyong.. entah apa2 lah coraknyer.. yang kiter buat.. Nanti nak gi Kl nak menuntut pulak ngan kakyong.. camner nak decorate cupcakes... Adeehhh.. boleh ker?
Ouled Kenitra ~ Aiyoh.. kiter jemput dia datang sini.. dia suruh aunty pos pulak...
Sabrina ~ Cupcakes.. tu sebab nak attract budak2 ... Kalau yang manis2 mesti laku punyer.. Sab..
Nabialishad ~ Alahh.. takyah showoff.. kak rossya nyer tools.. Kak rossya nyer tools seme antik cam kak rossya jugak.. hehee tapi dah banyak berjasa lah jugak...
Imaan & lana ~ Tepung kacang kuda.. tak sama dengan tepung kacang dhal.. Asma boleh cuba jugak lah guna tepung kacang dhal... nanti beritahu outcome nyer yer.. Kak Rossya tak pernah try.. tapi pernah dengar ader orang guna tepung kacang dhal jugak..
Suecute ~ Dah berapa tahun ni.. tak buat almond london lagi... cam jelak pulak kat sini... Tukar rasa pulak lah.. Selamat Hari Raya to Sue jugak yer..
Imanadam ~ Thankyou for dropping by... Mee Curry.. tak pernah makan lagi.. Kat sini jarang tengok orang jual Mee Kari... Rossya ader resepinya.. tapi tak tahu camner nak hias dan hidangkan nyer..
Zubye ~ Irfan .. camner raya tahun ni.. Mesti seronok kan... Selamat hari Raya to Zubye dan Family jugak.. Maaf zahir dan batin..
Hellikonia ~ ermmm.. sebelum tamu tiba... I snap lah gambo dulu...
Za+za ~ Untuk jackfruit cupcakes.. I guna nangka..
Kuzi ~ Nak ringkas camner lagik Kuzi..
Mama Siti ~ jangan tak jadi.. mama Siti.. Kita tunggu...
Ayusafura ~ Alhamdulillah.. ader jugak yang suka tgk fp kak rossya yer.. Kak Rossya boleh lah.. letak gamba sikit2... animation.. kak rossya suka... Tapi kalau bercerita.. memang tak pandai.. Nanti rajin2 lah jenguk kak rossya yer..
Yusoff_yana=azhad ~ Yana jangan tak tau.. Kak rossya ni hantu colors.. lagi dramatik lagi suka.. Kalau sempat dan cukup bahan.. boleh lah disiapkan cepat.. Lagi pun kak rossya suka lah layan budak2
Syikin ~ Thankyou sebab sudi singgah di fp kak rossya.. Terima kasih juga sebab sudi cuba resepi kat fp ni.. Kak rossya pun kadang2 takut juga.. kalau ader resepi2 tu yang tak kena dengan citarasa oranglain.. Kalau pertama kali mencuba.. Syikin cuba lah dahulu sedikit adunan yer.. Syikin pun gemar memasak kan.. you have such lovely blog..
ILa ~ Hmm.. oven ni.. kak rossya tak pandai lah.. Oven asal ader fungsi api atas dan bawah.. dah bagus ler.. Dan yang penting .. cari yang boleh control temperature nyer.. Itu sahaja yang penting. Sekarang kebanyakan oven ader fan... tapi kak rossya notice baking trays tu pun nak kena pusing2kan while baking.. sebab susah nak dapat api yang rata.. Good luck yer ILa..
ILa ~ Baking trays yang perlu dipusing2 kan while baking - I'm referring to cookie baking trays.. not the 'cake'. While baking cakes.. tak perlu nak pusing2 kan.. sebab first half hour of baking..MEMANG.. pintu oven tak boleh dibuka...


Monday, 30-Oct-2006 22:23 Email | Share | | Bookmark
tetamu yang hadir

 







KARI AYAM MADRAS


1 ekor ayam ( anggaran 1kg) - dibuang kulit dan dikerat ikut suka
1 tangkai daun kari
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1inci halia
2 ulas bawang putih
3 sudu besar serbuk lada
2 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan manis
1 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa
6 biji kentang dipotong kecil
1 cawan air
2 batang lobak merah dipotong kecil
1/2 cawan santan

Bahan2 untuk menumis:
1 labu bawang besar (pilih yang kecil sahja) dihiris halus
4 biji buah pelaga
4 kuntum bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
sedikit minyak untuk menumis


Campurkan ayam dengan bahan-bahan berikut:
Campuran halia dan bawang putih, lada hitam, serbuk lada, serbuk ketumbar, serbuk jintan, serbuk kunyit dan garam. Perap sebentar.

Panaskan minyak dan masukkan bahan2 tumis dan daun kari. Apabila bawangnya garing, masukkan ayam yang diperap tadi dan masak hingga bangkit baunya. Tuangkan air dan masukkan kentang dan lobak merah. Tutup, dan kecilkan api dan biarkan ia masak. Bila kuahnya tinggal separuh sahaja, tuangkan santan. Dimasak anggaran 10 minit lagi.
Boleh dihidang dengan nasi atau roti..






ps ~ this is not my original recipe. I got it long ago from a book by Mdm Zarina. I guess this is delicous.. cos last weekend.. nearly seven ladies.. asked for a copy of the recipe. Haii.. sambil2 beraya.. sempat ngecek resepi..ekk..


Quote:
Sabrina ~ Ish.. kak rossya tak pandai menjahit lah Sab. Langsir tu tempah ajer... Kalau kak rossya yang jahit .. abeslah senget-benget jadinyer.. hehee
ZakiahZ ~ Kari Ayam rasa macam kari jugak Zakiah. tapi tak tau pulak semua berkenan dan mintak resepi. Kak Rossya masak time last minute.. rempah packet takder.. so guna campuran rempah sendiri lah..
Nic ~ Oooooo tahun depan dah nak tukar status yer.. Kalau nak duit raya dari kak rossya kena datang sini.. hehee. Lain tahun kalau makan nasi minyak .. jangan lupa jemput kak rossya..
Cakcibur ~ Aiks.. Kak Lisya boleh geng ngan Lya.. dua2 takut bunga api.. Lisya tu.. sebab ader kawan yang main sama... kalau tidak.. pun takut nak pegang bunga api tu... takut sangat dengat denga sparks bunga api tu...
Hanieliza ~ kalau bunga api tu.. Rossya agak selamat sikit lah kak. Cuma lisya tu penakut sangat.. Apinya belum pun abes.. dia dah start nak buang..
Rozeela ~ Betul Zeela.. hingga hari ini.. anak2 remaja masih berbaju kurung dana bersampin.. Kak rossya pun suka tengok. My hubby cuma ader 2 pasang baju kurung.. selebihnya.. guna baju dari tahun2 yang lalu.. kalau dah bersampin.. pun yang lama pun nampak menarik... Takyah lah beli banyak2 pasang.. Raya cuma sebulan ajer kan..
Edoras ~ Rossya memang guna PS2. That's exactly what I did.. tapi tak tau camner gambar nya boleh pecah2 gitu. Penatlah Edoras nak edit lagi...Hmm.. rasa macam nak pindah KL ajer lah.. nak belajar editing and photography ngan Edoras..
Diana ~ Selamat Hari Raya to Diana jugak... Meriah sungguh juadah raya anda... rasa macam nak ngecek ajer..
Nabialishad ~ Oven tu penat kot... biarlah dia rest dulu.. Hari Raya ni sebenarnya syahdu.. Nabia.. tapi terasa kemeriahan bila terima kunjungan teman2 dan saudara-mara.
Mama Aiman ~ Selamat Hari raya to Mama Aiman juga. How's your Macaroon... I hope it turn out alright..
Otopan Otosan ~ Laksa penang tiga mangkuk ajer.. tak menyesal ker? hehee
Ilyani ~ Ohh.. demam raya yer.. kesian... Nasib baik sempat beraya hari pertama.. It's okay lah Yani... Hari Raya kan sebulan... nanti pakai tau baju raya kedua tu...
MamaFami ~ Alah .. mama.. rumah akak biasa2 ajer... Alhamdulillah.. ader jugak tempat berteduh ni untuk masak2 dan godeh Fp ni.. Cuma kak rossya pingin ader laman.. boleh bercucuk tanam... tak tau bila tercapai impian... hehheee
Ida ~ Hari ni beraya lah Ida yer.. Hehee.. Raya kedua kali yer... tapi dengan kemenangan besar..
Nn ~ Kalau Noni datang .. hari2 pun open house. My house is never closed. Berkunjung lah ke rumah kak rossya kalau mai S'pore..
Mademoiselle Ayu ~ Yerlah.. Ayu.. rumah2 flat kat S'pore ni kecik2 belaka.. Dulu pembantu Indonesia kak rossya pernah kata... " Rumah kakak.. sizenya .. hanya kayak dapur saya.." Hahaa.. Harga rumah ajer mahal... tapi rumah kecik2..Kalau kejar Lisya satu rumah.. tiga saat ajer dah boleh tangkap dia.. Itu pasal guna cermin.. untuk nampak kan luas... Kesian gitu..
Leezsa ~ Untung jugak dak Adam ader kampung.. boleh rasa kemeriahan beraya di kampung. Kalau si Lisya tu.. takder saudara-mara di kampung... mainnya dibandar ajer lah.. dicelah tembok2 batu.. hahaaii..
Linad ~ kat mana pun kiter berada.. beraya kiter tetap sama Lin.. Saling kunjung-mengunjungi.. Dan budak2 mesti dapat sampul duit tu kan...
Nina ~ Salam Aidilfitri buat Nina sekeluarga. Beraya dimana tahun ni?
Sha, Sya n Syahmi ~ selamat Hari Raya Sya & family.... Mai sini kiter raya sama2..
Mummy Jam ~ Biasa lah mummy.. kata Hari Raya.. tu belum abes lagi tu...
Awie ~ Selamat Hari raya... nice blog you have...
Cik Bawang ~ Kak Rossya pulak nak nangis tengok makanan raya Cik Bawang dan teman2.. sungguhhhhh lah meriah... Lebih meriah dari kami punyer yang duduk ditanahair sendiri..
Ida Natrah ~ Selamat Hari Raya to Idah...dan keluarga.. Bagaimana suasana Raya di ganu?
Fazliali ~ Haii.. rumah kak rossya takyah jemput2.. kalau mai S'pore mai singgah tau..
Hellikonia ~ Kat M'sia masih boleh main mercun yer? Hai.. Helli.. anak dara sorang ni.. bunga api ajer dah takut nak pegang.. apalagi mercun...
Ishzah ~ Ishzah tinggal ngan abah ker? Kalau ader orang tua.. tambah meriah lah suasana sebab ramai yang berkunjung dan lebih seronok.. Jemputlah kerumah.. just pm me ok..
Ida ~ Hehhee.. Hari raya.. hari raya pun Ida pun cam MamaFami yer.. semangat buat kuih raya masih berkobar2 lagi... Inilah semangat kental a true chef ni...
Leezsa ~ Encik abg you dulu pernah keje di S'pore yer.. jadi Leez selalu lah ke sini dulu.. Kalau turun lagi.. mai lah singgah kesini yer.. Oh. dah start keje 30/10 yer.. kak rossya belum lagi start ... haha memang tak start2..
Ecah ~ Yes Ecah.. anak2 bujang yang ramah-tamah... tapi semua tu masih study.. paling tua pun baru 20thn... nak bawak makwe dating pun.. belum ader income.. hahahaiii
Shahrul ~ yes. I've emailed you.. Selamat Hari Raya
Ouled kenitra ~ Aisey tuan.. camner dayoh nyer nak mampir.. tuanrumah takder dirumah.. Sini pun sama, kiter utamakan yang lebih tua dahulu.. terutama raya hari pertama & kedua.. Selepas itu.. kiter tengok siapa yang sempat.. kiter singgah dulu... Sebab sini.. cuti kerja singkat.. takut tak abes round dalam sebulan .. hehheee
F&Z ~ Aiks.. sana takder bunga api.. nak kena import lah Fazi... Barulah terasa suasana beraya.. dimanapun kiter berada..
Nora ~ yerlah Nora.. kalau diperantauan.. we shud take every opportunity to celebrate with close ones yang ader bersama2 kiter disana. Apa2 pun...lebaran ni haruslah disambut... saling berkunjung.. agar tidak terasa sunyi tinggal di negeri orang.. Sometimes pun I rasa, kiter kena sediakan suasana raya buat anak2 kiter merasai seperti sambutan ditanah air sendiri.. Jadi bila pulang, taklah mereka merasa janggal kan..
Aliza ~ Alah.. bakar biskut.. bukanlah susah sangat.. pun boleh sambil2 buat yang lain.. Most cookies requires about 15-20 minutes or so to cook. Tapi betul lah Aliza, baking2 pun requires some interest..Takper lah.. pelan2.. nanti dah ader interest .. boleh try eh..
Kuchai ~ kari oh kari.. dah bikin Betty lapaq...
Zaza ~ Terima kasih lah Zaza.. sudi singgah di fp kak rossya yang tak seberapa ni.. Looks can be deceiving you know.. heeehee Tapi kak rossya suka takes everyday.. as a beautiful day. And everyday is a happy day. Alhamdulillah..
Ida ~ Hmm.. kalau dah buat.. jangan lupa tepek gambar tu..
Lei ~ Salad timun mesti ader as salad sampingan kalau kiter makan kari disini.. dan roti.. Salam Aidilfitri to you.. Lisya pun tunggu duit raya ni.. hehee
Kak Kham ~ Kak Kham.... mesti dah terubat rindu kan.. beraya di Ganu.. Tenet bila nak masuk ni? Rossya harap kak Kham dan seisi keluarga sihat2 belaka.. selamat berlebaran yer... Kalau ader salah dan silap .. mohon diampunkan..
Aureanayz ~ Oh.. patut lah kak rossya jenguk kat fp sana.. tak berupdate. Takper teruskan berlebaran.. hilangkan rindu dan eratkan kemesraan dirantauan.. Selamat hari raya.. dan ceria2 selalu yer..
Fieza ~ Kak Rossya tak pernah buat open house.. takut.. terlalu ramai datang dalam satu hari.. dan kak rossya tak dapat beri layanan personally. So I'd rather leave my house open.. for anyone yang sudi singgah dan beraya disini.. Hari2 pun rumah kak rossya terbuka buat pengunjung yang sudi hadir.. How about you.. nak datang tak? Salam Aidilfitri to Fieza & family.
Muni ~ Alhamdulillah....Eid Mubarak Muni..
Mummy Hamim2 ~ hmmm.. meriah yer versi UK tu.. tapi Hari raya ni.. dimana kiter berada pun tetap sama.. terasa kesyahduan nyer..
Amy ~ Mesti lah sayang Amy... kalau tak.... jaga dia!! Hahaaii


[<<  <  1  2  3  4  [5]  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net