Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 14-Dec-2006 23:02 Email | Share | | Bookmark
Abuk-abuk

 
Abuk-abuk... Dah lama rasa nya tak terbuat kuih ni.. Memang kuih kegemaran kami.. mudah dan ringkas bahan-bahannya. Tapi rasanya, ada juga di kalangan kita yang tidak pernah mendengar nama kuih ini.. apalagi merasa nya.. Selalunya ia akan dibentuk tigasegi dalam daun pisang.. dan adakala nya kami mengukus nya seperti kuih talam diloyang..





ABUK-ABUK

500g sago biji
1/2 biji kelapa diparut
1 cawan gula melaka diracik
sedikit garam
beberapa helai daun pisang disiat 3inci lebar

Sago biji di bersihkan dan ditoskan. Kelapa parut digaul dengan garam secukup rasa . Kemudian dicampurkan bersama sago dan digaul sebati.

Lipatkan daun pisang dalam bentuk kelongsong dan isikan dengan sedikit adunan sago. Letakkan sesudu kecil gula melaka dan tutup kembali dengan sesudu adunan sago. Bungkus daun dan lipat rapat , lalu disematkan kan dengan lidi. (this should look more like a cone) Panaskan kukusan dan kukuslah abuk-abuk selama 8-10minit.









MAKARONI GORENG

1 packet macaroni direbus dan ditoskan
1 batang lobak merah dihiris
400g daging cincang
sedikit daun sop/bawang dihiris
1 cawan bawang goreng
2 biji telur
1 sudu besar tomato sos
sedikit minyak menumis

Bahan-bahan kisar:
10-12 batang cili kering dicelur
1 sudu kecil jintan manis
3 butir bawang besar
2 ulas bawang putih

Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang digiling . Kacau hingga garing, lalu masukkan daging cincang. Sesudah daging empuk, masukkan macaroni yang sudah direbus dan hirisan lobak merah. Tumis sebentar. Masukkan tomato sos dan sesuaikan rasa (garam, pepper mengikut citarasa). Buatkan lubang ditengah kuali, lalu pecahkan telur. Masukkan bawang goreng dan hirisan daun sop/ bawang. Gaul rata.. dan sebati lalu dimatikan api. Boleh dihidang bersama limau kasturi.





Sekadar berkongsi idea.. apa nak masak.. Lagipun.. dah ramai yang tau bagaimana nak membakar ikan. Sedap jugak makan ikan bakar dimusim hujan ini.. tambahan dengan sayur bening dan sambal kicap cili padi.










Quote:
Nic ~ Dah carik ke belum?
Ecah ~ Hanto gambo ajer lah..
Zakiah ~ Best nyer cuti2 Malaysia .. ziarah sanak saudara..
Hellikonia ~ Kat sini belum pupus.. masih ramai yang jual..
Imaan & lana ~ Kalau kat sini.. banyak Asma..
Yanina ~ Itu lain.. Yani.. Itu kuih habuk2... wakakaa
Acik ~ Acik dah jumpa resepi macaroni and cheese tu?
Noor ~ InsyaAllah, nanti Rossya tepekkan resepinya..
Kakyong ~ Lauk bakar2 tu buat ratah kakyong..
Ibu Aqil azhad:ida ~ Kak rossya memang suka udang bakau tu..
Sha ~ Dah buat ke belum tu?
Linad ~ Kalau kat JB pun kak rossya biasa nampak..
RoseInDBottle ~ Hehee..
Leezsa ~ Ehh.. apa pulak, tepung gomak guna tepung kacang hijau..
Chendana ~ Sejuk2 pun sedap tu makan ikan bakau..
Mar ~ Ikan jacket yer tu.. Mar?
Mama Siti ~ Dah baik migraine nyer tu.. Rest cukup2 tau..
Mok nDa ~ Ish.. samalah ngan kak rossya.. tapi dulu best.. balik sekolah emak dah siap buatkan..
Nabialishad ~ Best juga dengan sup panas2 yer Nabia..
Mommy d&d ~ Nanti InsyaAllah, kak rossya tepekkan gambo sago biji tu yer mommy..
Ruby ~ Pandailah awak makan yer Ruby.. Kak Rossya pun hantu Geylang tau..
Sabrina ~ Sini kak rossya kalau bikin sambal kicap mesti nak ade sayur bening.. tak kiralah guna sayur jenis yang mana..
Marcia ~ Senang pun buat nyer...
KNizam ~ Nyyum nyum..
MamaFami ~ Tq for trying Mama Mama.. bab ikan tu kalau jenis yang tawar, mama bolehlah lumurkan garam dan black pepper pada ikan sebelum dicelup telur.. Tapi kak rossya suka guna cod atau sutchi fillet.. lemak sedikit.. jadi kak rossya cuma bubuh garam dan black pepper kedalam bancuhan telur saja.. it's ok mama.. don't u worry lah..
Mademoiselle Ayu ~ Hampir serupa yer kuih tu Ayu..
MummyJam ~ Boleh jugak tu mummy.. Kita pun buat cam tu kadang2..
Kuzi ~ Nanti leh buat lah Kuzi..
Sweet Frosting 4 Cupcake Lovers ~ Sedapkan ikan bako cicah sambal kicap pedas2 Shida..
Mammahouse ~ Nanti kak rossya tepekkan resepi nya.. mudah sebetulnya..
Strozze ~ Amboii.. jauh nya tukang tester ni...
Sharmila ~ Hope my email helps..
Muni ~ itu tepung gomak Muni..
Za ~ Tentu lah best.. Za.. kena cuba sendiri baru tau..
Rozeela ~ Actually ikan bako kosong, kak rossya paling minat ikan terubuk.. syiookk..
Edoras ~ Aiyoh.. it's ok lah Edoras.. biasalah birthday 4series ni.. kelam.. ajer... hehee Nak ajak? Cam ye-ye ajer Edoras.. nanti dijemput pun tak datang...wakakaa.
Ishzah ~ Best nyer ader pokok pisang kat belakang rumah.. Kat sini carik kat kedai pun kadang sush nak dapat..
Rosleenda ~ Hehee.. Leen ni lucu lah.. sampai bermaafan pulak..
Idaa ~ Adehh.. sampai gitu sekali ker?
Phalinn ~ Thanks Phalinn.. u're soo full of kind words..
Gee & Anis ~ Nanti kak rossya bagi resepi kat loyang nyer.. Lebih mudah.. cuma takder bau daun pisang ler..
Izza @putrajaya ~ Edit lah.. bagi orang terliur.. Boleh?
Sue ~ Resepi kesihatan kak rossya kurang arif lah.. Sebab seme kak rossya bantai.. asalkan bersederhana..
Sharmila ~ Sorry for the late email..
Cuyus ~ Waalaikumussalam Yus.. Lama menghilang eh..
Ibu Shasya ~ Alah.. kuih ni tak makan masa lah Lela.. nanti buat tau..
Ida ~ Susah ker nak dapat daun pisang tu kat sana Ida?
Ouled Kenitra ~ Oops saya pun cam lama tak jenguk sana.. nak gi singgah jugak.. Sibuk jugak lah kiter tuan..
Asyila, Atef, eishah ~ tak sanggup daku menyiksa mu.. Mai.. bak sini pinggan kosong..
Edoras ~ Alhamdulillah.. dah tamat pun edisi tu...
Anna ~ Jaga badan ker Anna..
Yani Cologne ~ Dah abes packing2 Yani.. Bila berangkat pulang ke Msia?
++ FarEastPhotoworld++ ~ Hahaa.. ye.. itulah nama aslinya.. bukan habuk2 tau!!
Fadzliali ~ Makaroni simple tu..
Lily ~ Alahai Lily.. camera tu yang buat kuih tu cantik... tapi abuk2 memang feberet kami sekeluarga..
Norazlina ~ Mungkin disana namanyer lain Nora..
Ciksue ~ Kalau disini.. itulah panggilan nyer Ciksue..
Edoras ~ Dah update dahhh..
Kuzi ~ Lawak yer Dr....
Aliza ~ Sago ngan gula melaka.. memang kombinasi yang best Liza..


Thursday, 7-Dec-2006 02:09 Email | Share | | Bookmark
Inspired to inspire...

 
Ya Allah! Bila dah selalu ader teman siceconet tu kat rumah; bila tak ader tu terasa sunyi betul.. Bila takder request masak2 pulak, tergerak pulak nak masak dan makan ikut selera sendiri. Tapi selera kiter sebenarnya.. yang mudah2. Jadi dalam beberapa hari ketiadaan Lisya, sempat pulak kak rossya masak lauk harian yang sering disedia kan oleh arwah emak. Ikan masak potong-cili & bawang. Amboi.. panjang nya nama! Tapi lauk nya ringkas.. haha.. Sebenarnya orang Tionghua panggil lauk ni.. Ikan Chuan-chuan .. sahja ditambah dengan taucu. Tapi kiter selalunya sediakan tanpa taucu.. dan lauk ni sedap bila manis sedikit.. Lansung tak pedas.. dan enak dimakan dengan nasi putih panas2. Enak bagi kami lah..bila menggunakan ikan rebus yang digoreng garing.. Kalau kat sini, kalau tidak kepasar Geylang, ikan rebus memang susah nak cari. Di supermarket.. selalu nya tak fresh..








IKAN POTONG CILI BAWANG

beberapa keping ikan goreng
2 batang lada merah & hijau dimayang
1 labu bawang besar dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
1 mangkuk kecil air asam jawa
garam dan gula


Sediakan kuali dan bubuh sedikit minyak untuk menumis. Masukkan cili, bawang besar dan bawang putih. Tumis hingga wangi dan garing. Tuangkan air asam dan bubuh garam serta gula. Masukkan ikan goreng. Setelah mendidih.. matikan api..







KETAM SAMBAL

1 kg ketam di bersihkan dan dipotong jika suka
2 batang cili merah dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
1 labu bawang besar di hiris
1 batang serai di ketuk
2 sudu kecil cuka
minyak untuk menumis

pes cili (dikisar lumat) :
14-20 batang cili kering dicelur hingga lembut
1cm belacan
5 ulas bawang kecil
1/2 cawan air


Ketam yang sudah dibersihkan, dilumurkan dengan sedikit garam dan serbuk kunyit lalu digoreng garing. Ketepikan.

Panaskan minyak menumis dikuali. Masukkan serai dan bahan2 hirisan. Tumis hingga bangkit bau , lalu masukkan pes cili. Masak dan kacau hingga cili masak. Bubuh kan garam dan gula secukup rasa lalu di masukkan cuka. Gaulkan ketam yang sudah digoreng, balik2kan sebentar lalu matikan api. Siap dihidang dengan nasi putih.



Nota : Ketam bolah juga digantikan dengan ikan goreng, udang goreng, ayam goreng atau telur rebus.. juga digoreng dahulu..






VIETNAMESE LEMONGRASS CHICKEN



450g isi ayam ( Kak rossya guna chicken parts biasa)
4 sudu besar jus lemon
1 sudu besar cornflour
3 batang lada padi dicincang kasar
2 batang lada merah dicincang kasar
2 batang serai diketuk (dititik)
2 sudu besar kicap cair
1 ikat daun bawang di hiris kecil
2 sudu besar kacang tanah disangar (tumbuk kasar)

Ayam yang sudah dipotong kecil, digaul dengan 2 sudu besar jus lemon bersama tepung jagung. Perapkan selama 30minit didalam peti sejuk.

Setelah ayam diperapkan, panaskan minyak dikuali. Masukkan ayam dan tumis dan goreng ayam sehingga isinya masak. Keluarkan dari kuali dan ketepikan.

Panaskan kuali kembali dan tambah kan sedikit minyak lalu masukkan hirisan cili2 dan serai yang sudah dititik selama 1 minit. Masukkan ayam yang digoreng tadi kembali dan teruskan menumis selama 2 minit lagi. Tambahkan jus lemon, kicap cair, daun bawang dan kacang tanah. Bolah tambah kan gula jika suka. Masaklah sehingga ayam benar2 empuk , lalu matikan api..





Tuesday, 5-Dec-2006 04:42 Email | Share | | Bookmark
Life goes on.. after 40.. add another 3 please!!

 




At this age, I guess birthdays come and go.. Nothing special.. except to ponder and be my better self spiritually.

Celebrated an early birthday on Sunday.. just with my other half.. cos Lisya's not home. She's been staying over at her cuzin's place for the past few days. Everything seems routine, with 'special treat' to dinner and early present... (thankyou Pa )

Yesterday, came as a surprise for me when the kids dropped by to wish me a "happy birthday'. It's like a consolation for me since hubby had to work late yesterday. When they saw the Chocolate Mocha Cake that I made, they 'offered ' to frost it and make it into a birthday cake. So whipped them the icing and they venture to make me an iced birthday cake. Well, of course they did turn my kitchen into a chaotic mess.. but the fun on their faces.. was a joy.. Couldn't have asked for a better one..







KEK COKLAT MOCHA
Sumber : Nina http://babybatriesya.fotopages.com[/size]


[size=12]Bahan A:
250g butter
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula perang
1 cawan susu cair
1 pkt Nescafe 3-in-1
3/4 cawan susu pekat manis

3 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla

Diayak bersama:
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu secil baking powder
1/2 sudu kecil bicarbonate soda

Campur semua bahan A dalam periuk atas api yang sederhana. Kacau sampai cair dan semuanya sebati dan tidak berketul-ketul. Biarkan suam

Pukul telur denga vanilla sehingga kembang. Curahkan kedalam adunan koko diatas nya. Masukkan tepung sedikit demi sedikit, sambil gaul sebati. Tuankan adunan kedalm acuan dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 1 jam dengan api yang sederhana.






My last minute assembly:
Left-over apple pie fillings on left-overs pastry-tart shells. Yummy..



Quote:
Mama to Lisya :
Bila nak balik?



Quote:
Mademoiselle Ayu ~ Tq my dear. Yes the sticky tart was delicious.
Ida ~ December baby lah kiter berdua ni yer..
Nic ~ I really envy where u're staying.. cantik pemandangan..
Ishzah ~ Hahaai.. kek tu.. budak2 tu hias... budak2 tu jugaklah yang abes kan..
Lily ~ My niece yang hias kek tu.. pun first time try to decorate.. U belum cuba..mana nak tau Lily?
Aliza ~ Thankyou Liza.. from the bottom of my heart..
Sweet Frosting ~ Budak2 tu kena tuntut ilmu lagi dari sweet frosting lah..
MamaFami ~ Thankyou mama..
Ecah ~ Next year kiter sambut besday sama2 yer..
Aureanayz ~ Ah-ah.. Lisya tu tak rindu mama nyer pulak..
Mammahouse ~ Hish.. kak rossya dah turned 43 years old last 4th Dec. Usia 40 tu.. tiga tahun lalu.. Hehee Tq Mama for the wish..
Mar ~ Tq for your doa Mar.. InsyaAllah bersemarak semangat memasak ni...
Ira ~ Actually.. yang menyentuh hatiku.. sebenarnya budak2 tu nyer effort nak hiaskan kek untuk kak rossya. Tapi bila diorang dah timbun macam2 kat atas kek tu.. naik seram jugak nak makan.. hahaa
Noor ~ Tq Noor.. Noor pun apa kurang nyer.. Rossya pun selalu visit your fp..
Mas ~ Tq so much my dear.. Semuga Allah beri kesihatan yang baik pada kiter semua agar dapat melaksanakan segala apa yang kiter impikan..
Chenorms ~ Terima kasih chenorms... how's your PS2 getting along?
Mama Siti ~ Tq mama Siti.. Let's keep in touch yer..
Hellikonia ~ Apa tak meriahnyer kek tu Helli.. abes berkecah satu dapur..
Kuzi ~ Berbahgia sekali dapat wish dari jauh ni.. tq Kuzi..
Gee & Anis ~ Tq Gee.. Anis dah sihat?
Ellin ~ Where you'll be next 9 years? Angan2... tangga kenyataan jugak..
Rozzan ~ Thank you Rozzan for yr dua..
Yangmazni ~ Terimakasih kerana sudi mencuba the recipe. By all means tempek lah resepi tu mana2 berkenan... I'm honoured..tq
Ibu shasya ~ tq Lela..
Ain ~ sticky tarts.. kak rossya assembled from leftovers sebenarnya.. Ain just guna resepi fruit tart kat link kiri tu for its tart base.. Kemudian topping nya .. just guna inti apple pie filling dari resepi apple pie .. jugak ader kat link belah kiri tu..
Cik Ketumbar ~ Lama tak nampak .. Thankyou cik ketumbar sebab drop by to wish kak rossya. Terharu jugak akak..
Mommy d&d ~ Sebenar kak rossya ngan Danish.. birhtday beza sehari ajer. Mine is on 4th Dec. Lain kali nak hold birthday sama2 lah.. Jeles lah tengok mommy masak macam2. Kat sini.. birthday gal kena masak sendiri.. hehee
Mama Anis ~ Tq mama... tersentuh jua jiwa ku ni... achewa...
kakyong ~ Yer lah kakyong.. the thought that counts most.. biarkan the end-product tu menyeramkan sikit.. I hope your business runs fine too.. Always wish you the best kak yong..
Ieza98 ~ Siapa tak sayang anak oiii... sunyi kalau takder sikecik tu Ieza..
Ibu Aqil azhad:ida ~ Ishh.. kak rossya pun masih tahap belajar jugak.. Takder lah gemuk... Apa2 yang kiter kepingin nak makan.. pi masak.. semasa sihat ni.. TApi sentiasa bersederhana ok..
Mummy Jam ~ Tq Mummy
Myperiukbelanga ~ Aisey Niss .. tenggelam-timbul lah u ni.. I hope you sihat2 selalu Niss.. busy yer anak2 cuti sekolah..
Syasya ~ I hope we all will be blessed and lead a happy life.. Tq my dear for your dua..
Leezsa ~ Hish.. jangan lah kata cam tu.... kita cuma tak familiar ajer. But we learn new things everyday.. Kak rossya pun masih belajar.. bukan lah pandai sangat.. Jom kiter belajar sama2..
Nabialishad ~ Honeymoon tu.. honeymoon jugak.. tapi rindu kat anak ni semacam lah Nabia..
Yus ~ Tq yus..
Fasha ~ When my nephew asked me, " Cantik tak aunty my decorated cake?" Kak rossya senyum dan kata "cantik....." Tapi actually seram jugak.. segala macam topping dia tabur atas kek, tiap2 dia piped, dia akan cuit krimnya dan jilat jari nyer.. Adehhh.. budak2 ni menduga iman betul ler...
Muni ~ It was my niece and nephew who iced the cake.. Lisya kasi instructions ajer.. Macam cikgu2 pulak.. hehee. Tq Muni for the wish..
Strozze ~ Indeed.. I'm thoroughly pleased..
Tina ~ Tq Tina..
Sabrina ~ Mana ader awet nyer Sab? Badan kiter ni sebenarnya usia kiter.. ni seme dah sakit2 hehee
Aliza ~ Hish.. kalau dah ader si jr tu pun nak kena pamper kan cik abang tu selalu tau... At this age, seri dah takder lah Liza. Cuma kak rossya always try to remind myself agar selalu bersyukur.. walau sedikit mana pun yang diberi...
Ais-putih ~ How's your exams adik? Dah abes? Semuga mendapat results yang cemerlang..


Sunday, 3-Dec-2006 23:39 Email | Share | | Bookmark
Roti Jala... atau roti kirai atau Roti renjis..

 

Memang tidak dapat disangkal lagi, ramai yang sudah tahu bagaimana untuk membuatkan roti jala. Ada yang memanggil juadah ini roti jala; ada yang menyebut dengan nama roti kirai dan ada juga yang menggunakan nama roti renjis. Yang pasti, juadah yang dimaksud adalah sama. Sekali pun cara kite menghasilkan dan menyediakan berbeza, namun kebanyakan bahan2 yang digunakan hampir serupa. Hanya jumlah bahan saja yang selalu berlainan. Berikut adalah cara saya menyediakan roti jala saya...






ROTI JALA


300g tepung gandum
2 biji telur dipukul sedikit
1/2 cawan susu cair (evaporated milk)
1 1/2 cawan air
1 sudu kecil garam
sedikit pewarna kuning

Bancuh semua bahan dalam blender dan tapis. Kemudian di kirai di kuali yang leper. Setelah bahagiannya masak.. angkat. Tiap dua keping roti jala yang sudah masak di lipat menjadi bentuk tiga segi atau digulung sahja.






Kebanyakan dari kami menghidangkan roti jala bersama lauk yang berempah atau kuah kari. Tetapi roti jala juga enak dimakan dengan manisan atau pengat/ kuah serawa. Boleh juga di isi inti , jenis'savoury' atau manisan dan digulung kemas.

Saya tidak berapa gemar menyediakan roti jala ini. Antara sebab utama ialah.. saya tidak berapa gemar menebar. Tapi roti jala adalah antara juadah yang sering disediakan didapur saya.. memandangkan Lisya begitu gemar akan juadah ini. Banyak sebab boleh kiter senaraikan untuk tidak membuatnya.. apabila minat untuk membuat sesuatu itu langsung tidak wujud. Tapi banyak sebab jugak boleh menarik kiter untuk mencuba buat sesuatu itu yang tidak kiter senangi demi menambat hati para ahli keluarga..









GULAI DAGING

500g daging dipotong ketul-ketul (kambing atau lembu)
400g kentang -dikupas dan dipotong 4-6
1 biji bawang besar di hiris halus
5 kuntum bunga cengkeh
4 biji buah pelaga
3cm kayu manis
3 cawan air
minyak untuk menumis
garam secukupnya
1 sudu besar kelapa parut di sangar hingga garing dan dikisar halus
1/2 cawan santan pekat

1 sudu besar serbuk ketumbar
1 sudu teh rata serbuk jintan putih
1 sudu teh penuh serbuk kunyit

Bahan2 dikisar:
12-14 tangkai lada kering di rendam sehingga lembut
1.5sm halia
1 batang serai
1 sm lengkuas

Campurkan bahan-bahan berikut dalam sebuah mangkuk :~ daging, bahan-bahan yang dikisar, serbuk rempah dan kelapa parut yang disangar.

Panaskan minyak. Masukkan bawang yang dihiris, cengkeh, pelaga dan kayu manis. Tumis hingga bangkit baunya. Kemudian, masukkan daging yang sudah bercampur bahan kisar, ditumis selama beberapa minit lagi hingga wangi. Tuangkan air and renih dengan api kecil hingga daging empuk. Tuangkan santan pekat dan kacau, masak anggaran 2-3 minit sebelum memasukkan kentangnya. Masak sehingga kentang empuk.






PERIA MASAK LEMAK

1 biji peria - dihiris dan diramas dengan air garam
600g udang hidup
2 ulas bawang putih dimayang
3 ulas bawang merah dimayang
5 sm halia dimayang
4 biji cili merah dimayang
4 biji cili hijau di mayang
1 cawan pati santan
1/4 cawan air asam jawa
garam dan serbuk perasa
gula jika suka
1 sudu besar cili boh digaul dengan 5sm belacan

Ambil 1 senduk minyak dan tumis cili boh hingga wangi. Masukkan pula bahan-bahan yang dimayang dan goreng hingga sebati.

Selepas itu bubuh udang, peria, santan, air asam jawa pekat. Bubuh garam dan serbuk perasa dan gula jika suka.










Quote:
Mar ~ Sedap bila pria tu crunchy2..
FarEastPhotoWorld ~ ish bukan mainan..
MamaFami ~ Peria is nice kalau kena ngan lauknya..
Yangmazni ~ tak makn peria eh..
ishzah ~ Yes, kiter pun suka ratah begitu ajer..
Korok ~ hmmm
Sabrina ~ Cuba lah yang ini.. buat sikit dulu.. InsyaAllah tak susah..
Sricandid ~ Takper .. sapa tau tengok ajer boleh kenyang.. hehee
Ida ~ camner boleh berterabur? Garing sangat kot..
Linad ~ Baru hari ni kak rossya masak sambal udang..
Ouled Kenitra ~ bawak lah keluarga.. singgah sini..
Nn ~ Kat S'pore.. orang lebih guna roti kirai..
Kuchai ~ Kak rossya malas buat roti jala.. tapi tengok lisya suka makan.. adoiii..
Nic ~ Adehh.. tak kasi hint pun dah ader fp yer!! Dah lah kak rossya ni.. boleh tak nampak link kat sebelah tu...
Leezsa ~ Ader ketumbar dan jintan dan boleh buat lauk kari.. itu kan asas dia..
Delia ~ Peria kalau bilas ngan air garam dahhh.. tak pahit pun.. My hubby pun asssumed peria tu pahit sangat. Lepas kak rossya 'paksa' dia rasa... hahh.. bertambah pulak lauk nya..
Lily ~ Adeh... kak rossya kat sini pun tak ramai orang tau..
Nabialishad ~ Alah .. campurkan rempah tu semua.. dah tak yah guna instant curry powder.. Rasa kari jugak..
Yani Cologne ~ Ah-ah lah Yani.. roti jala ..anak2 seme feberet..
MummyJam ~ Kalau buat tu lebih2 lah mummy.. (hint#%)
Mademoiselle Ayu ~ Benda sama Ayu.. tapi ader macam2 nama.. hehee
Sha ~ Senang ajer.. tunjuk ajer lah..
Tetupai -xp ~ Malas nak buat? Amik bau ajer lah..
Strozze ~ Pria kalau makan peria .. jadi periang..hahaa
Azli ~ Peria sedap.. kenapa don't like?
Kunci ~ your cuppies pun dabomb.. I also like..
hellikonia ~ Hmm.. roti suria.. kalau kat sini kiter sering panggil roti kirai..
Kuzi ~ Kak rossya suka cicah dengan kuah yang berempah dari yang manis tu Kuzi..
Gee & Anis ~ Peria bilas ngan air garam.. kurang lah pahit nyer..
nn~ Congrats on yr acheivement.. insyaAllah.. berkat usaha gigih..Noni pasti akan berjaya..
Riena ~ Now, winter ker kat sana? Best jugak minum kopi panas time sejuk2 ni.. Btw, kak rossya dari S'pore.
Ecah ~ Thanks.. Hish.. kak rossya blow you a birthday kiss... tak sampaiker?
Weda ~ Tq Weda
Wanie ~ Trylah Wanie.. senang ajer buat nya..
Fieza ~ yes.. akak guna PS2. yesterday was my birthday 4th Dec. I'm 43 this year.
Ciksue ~ Nah.. akak hulur ni.. capai tau..
Ieza98 ~ Nanti Ieza leh duduk semeja ngan Lisya..
SweetFrosting ~ Kenapa lak tak sama?


Thursday, 30-Nov-2006 01:13 Email | Share | | Bookmark
It's been drizzling...

 
Yes... the weather is wet lately... it'll take days to dry one load laundry.. And the dryer has been working overtime.. But my daughter.. still indulge in cups after cups of ice-cream.. The only setback was, I for one would rather stay indoor during rainy days.. So gone are the few days of school holidays.. Besides, 'kelas mengaji' and holiday classes for Lisya, the rest of the times we just spend indoor with board games and TV.. nearly jadi Bored games pulak.. And Lisya was asking, " Ma, kata nak pegi zoo?" Hahaha.. bila tu?






FETTUCCINE BOLOGNESE
Adapted from After-Work Cookbook

2 teaspoon olive oil
1 small brown onion, chopped finely
2 cloves garlic, crushed
1(70g) small carrot, chopped finely
1 (75g) trimmed celery stick chopped finely
400g minced beef
2 cups (500ml) tomato pasta sauce
125ml beef stock
375g fettucine

Heat oil in large frying pan; cook onion and garlic, stirring, until onion softens. Add carrot and celery, stirring until vegetables are just tender. Add beef, cook stirring, until changed in colour. Add sauce and stock, bring to a boil. Reduce heat; simmer, uncovered about 15 minutes or until mixture thickens slightly.
Meanwhile, cook pasta in large saucepan of boiling water with a teaspoon on olive oil. Cook until just tender. Serve fettuccine topped with bolognese sauce.







VERY CHOCOLATEY BROWNIES

200g milk chocolate
200g plain chocolate
200g unsalted butter
3 eggs
175g light muscovado sugar
75g flour
2 teaspoon baking powder
200g walnut pieces

Grease and line 11 x 8" shallow baking tin with baking parchment. Chop the milk chocolate into small chunks. Melt the plain chocolate with the butter in a small bowl over hot water.
Beat together the eggs and sugar until turning foamy. Stir in melted chocolate mixture. Sift the flour and baking powder into the bowl. Add the chopped chocolate and walnut pieces and fold the ingredients together gently. Pour the mixture into the baking tin.
Bake in a preheated oven at 180C...(depending on your oven type) for 30minutes until a sugary crust has formed on the surface but the mixture gives slightly underneath ( it will firm up slightly as it cools, so avoid the temptation to cook any longer) leave to cool in the tin.
Cut into squares and store in an airtight container in a cool place for up to 6 days.
To serve ~ top with your favourite topping. I just topped with melted chocolate. Then quickly drizzle with a little white chocolate and a run the top to form marbled effects..






CARAMEL SAUCE
Source : Elise of Simply Recipes


1 cup sugar
6 tablespoon unsalted butter
1/2 cup heavy whipping cream

Heat sugar on a medium heat in a heavy bottom saucepan. Do not stir.
As soon as all the sugar crystals have melted (the liquid sugar should be dark amber in colour), immediately remove the sauce from heat and quickly stir in butter. Continue to whisk vigorously until butter has melted.

The add cream to the pan and continue to whisk to incorporate. Note that when you add the butter and the cream , the mixture will foam up considerably. This is why you must use a pan that is at least 2-quarts big.

Whisk until the caramel sauce is smooth. Let cool in the pan for a couple minutes, then pour into a jar and let sit to cool to room temperature. Store in the refrigerator for up to 2 weeks.

Warm caramel sauce before serving.



Important Note from Elise ~ First before you begin, make sure you have everything ready to go - the cream and the butter next to the pan. Ready to put in. Making caramel is a fast process that cannot wait for hunting around for ingredients. If you don't work fast, the sugar will burn.





Quote:
Norazlina ~ tq
MamaFami ~ Actually pasta tomato seme sama..
Raime ~ Comey Nairah tu..
Mar ~ Dah sihat ker?
Ciksue ~ tq ciksue
Shukri Sfawani ~ yum yum
Hellikonia ~ Spaghetti, macaroni , fettucine... seme nyer pasta.. rasa nyer sama..
Nora ~ Yes... sos nyer boleh di freeze..
Yanina ~ Hmmm... me too..
Leezsa ~ Bownies... everyone's favourite kan..
Izan~ Time ujan2 lah best main masak2..
MummyJam ~ chocolate lover eh?
Sricandid ~ Apa pulak yang susah?
Linad ~ Kurangkan stress.. relax.. InsyaAllah kurang migraine..
Ecah ~ Menci.. asyik nak marah ajer.. hehee
Mademoiselle Ayu ~ Kak Rossya pun feberet anything caramel..
Nic ~ Ok lah tu.. sepotong ajer kan..
Mun ~ camner nak bagi.. jauh...
Gee& Anis ~ Tuang warm caramel onto a slice freshly baked cake.. yummy...
Kuchai ~ Cos its sinfully delicious...
Sabrina ~ Sepotong dua ..takkan naik badan tu..
Ouled Kenitra ~ Bawak payung pun tak guna... binatang kat zoo seme sembunyi..
Mas ~ I've emailed you..
Lily ~ Muscovado is unrefined sugar... Beli kat supermarket.. kalau takder.. ganti dengan soft brown sugar.
Zack ~ I go crazy too with caramel...
Edoras ~ Entah.. cuba fikir?
Nana ~ tq Nana
Nabialishad ~ Nanti den hulur sepinggan dua yer.. kesian Nabia..
Ellin ~ Susah ker Ellin?
Rozzan ~ Jangan2, kiter pulak yang ngendeng Rozzan?
Muni ~ Lama tak nampak? Sihat?
Gee _ Lasagna boleh bakar guna toaster pun... Oven kaler hitam tu apa? Agaaagaaga
Ishzah ~ Ishzah dah baik ker? Banyak kan rihat tau..
Strozze ~ Nak ngap gambo ker?
Fieza ~ Muscovado is unrefined sugar yang ader strong molasses taste. Cari di supermarket. Kalau takder, boleh ganti dengan soft brown sugar yer..
Yani Cologne ~ Ini time.. Yani rest... Tak yah masak2... order ajer dulu..


[<<  <  1  2  [3]  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net