Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 11-Aug-2006 08:56 Email | Share | | Bookmark
Sambal Goreng & Yong Taufu...

 
Mamafami and MummyJam have asked for my version of Chocolate chips Cookies. Come on guys, flip my previous link and you'll find my recipe. I've been rather faithful to this recipe cos my family simply loves it. Go on MamaFami .. give a try.. just a small portion will do. See if it suits your taste. And MummyJam, dulu kata nak try this recipe.. belum try lagi ker.. Oh yes.. it's not even Ramadhan yet. Anyway, I think MummyJam should also try this version too. That .. if you like Milo flavour..


I had some egg whites left from the the last cookie 'project'. So I decided to make some Cornflakes Macaroon. The kids just love this and so are the adults. If you are hesitant about its sweetness.. just reduce a little bit of the sugar quantity...





One more tips: If you have any unused egg whites.. especially after making Kek Lapis, you'll have plenty of the egg whites left over. What I do with mine is that I pun 'em into a heatproof plastic and deep them into a pot of water and boil them. Once cooked.. I'll cut the boiled egg whites into large pieces and put 'em into Sambal Tumis. Tardaaa.. sambal tumis putih telur... Or...you can cook sambal tumis, then put in the egg whites.. cover for a short while until egg whites sets. then stir a bit. (Eggs whites jangan hancur sangat.) Haa.. sambal tumis dengan telur putih hancur.. this is Lisya's favourite..



Today I like to share a recipe called Sambal Goreng. Most of you are familiar with sambal goreng. But again, there are so many versions of sambal goreng. I am a Javanese, but sometimes I do find other Javanese's sambal goreng differs from mine. Anyway, this is how my late mom did our Sambal Goreng and how I continue to make mine... just the same...



SAMBAL GORENG

4 keping tempeh dipotong dadu dan di goreng
4 keping tahu dipotong dadu dan digoreng
1/2 kg daging tetelan, direbus dan digoreng
1/2 kg udang hidup yang dibersihkan dan digoreng
1 mangkuk santan
segenggam asam
1inci belacan
sedikit bawang goreng
4 tangkai cili kering di gunting memanjang
2 helai daun salam
3 helai daun limau purut
3 sudu makan lada giling

Bahan hirisan:
2 batang cili merah
2 batang cili merah
1 labu bawang besar


Bahan di cincang halus:(boleh gunakan chopper)
4 biji bawang putih
1/2 jari halia
1/2 jari lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras direndam


Santan pekat di ramas dengan belacan bersama asam dan ditapis. Masak di atas api hingga mendidih. Ketepikan.

Panaskan minyak. Tumis bahan-bahan yang dicincang dan masak hingga layu bersama daun salam /daun limau dan cili kering. Masukkan lada giling dan biarkan sehingga ladanya masak. Masukkan bahan2 hirisan dan masak sebentar baru di masukkan bahan2 yang digoreng tadi seperti tempeh, tahu, tetelan dan udang. Tuangkan santan dan masak sehingga lauk nya pekat baru dimasukkan bawang goreng. Balik2 kan dan angkat. Selain nasi, juga enak dimakan bersama lontong dan ketupat.





Yong Taofu ~ I learned this recipe from a friend named Alice. In fact, most the chinese style dishes I make are basically taught by Alice. I thought making my own will be better cos I need not worry about the authenticity of the vendor's Halal cert. (Tak perlu nak berasa was-was)




YONG TAUFU

.Bahan A
100g kacang soya
50gm ikan bilis
garam dan lada sulah

Bahan B
200g isi ikan tenggiri dikisar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
1 tangkai daun sop dirampai
1 tangkai daun ketumbar dirampai
sehiris lobak merah didadu kecil2 jika suka
sedikit tepung jagung

Bahan C
6 biji lada merah dibelah jangan putus
6 biji lada hijau dibelah jangan putus
1 batang peria dikorek dan buang biji nya
6 batang kacang bende
2 keping tahu putih
2 keping tahu kering
1 ekor sotong kembang, direbus hingga lembut
beberapa biji bebola ikan atau sotong atau ketam mengikut kegemaran anda

(Anda boleh juga gunakan sayuran lain seperti kobis bunga, kangkong, paru yang sudah direbus dan dihiris, udang yang besar sedikit dan sebagainya.)

Cara Untuk Bahan A ~ Sedia kan periuk dan isi kan air secukupnya. Rebus kacang soya bersama ikan bilis kering hingga mendidih. Apabila telah mendidih lama sedikit .. keluarkan kacang soya dan ikan bilis dengan menggunakan senduk saringan. Letakkan garam dan lada sulah secukupnya pada sop. Campurkan sedikit hirisan daun sop dan bawang goreng. Mati kan api. (Kacang soya dan ikan bilis tadi tidak lagi digunakan. Hanya untuk perasa sahaja)

Cara untuk Bahan B & C ~ Gaul rata semua bahan B dengan sedikit garam. Jika adunannya kering, renjiskan sedikit air dan gaul sehingga adunan lembut. Ambil sedikit adunan ini dan masukkan kedalam bahan2 C, seperti tauhu, lada, peria (setelah diisi dengan ikan di hiris2) dan kacang bende. Tangan hendaklah dicelup dengan air semasa menyumbat isi ikan kedalamnya. Sayurnya boleh ditambah jika perlu.

Bila hendak dihidangkan, bahan2 tersebut hendak dicelur sehingga masak. Kemudian dipotong2 dan dimasukkan kedalam mangkuk. Tuangkan supnya, tabur sedikit bawang goreng dan hirisan daun sup/bawang dan hidangkan dengan sambal nya. Enak dimakan panas-panas.


Bahan sos sambal untuk cicah :
1 sudu makan lada kisar
3 sudu makan sos tomato
1 sudu makan sos tiram
1 sudu teh bawang putih dikisar
100g gula merah atau gula melaka
4 sudu gula pasir
1 sudu teh petis
1/2 gelas air
Jus dari 6 biji limau kasturi

Satukan semua bahan dan dimasak hingga mendidih dan pekat.


My simple Yongtaufu sos:
3 sudu makan cili boh
1 sudu makan tomato sos
sedikit gula
sedikit garam
air secukupnya

Satu kan kesemua bahan untuk mendapatkan sos yang pekat. Didih kan sebentar dan angkat






Quote:
Palik ~ Amboi!! Jauh benor nak singgah untuk makan.. Kalau mai S'pore bagi tau ..
Adhadi ~ hehehe..
Ramsis ~ ilu sulaa alaa resepi... lu yangan talak buat lorr...
Mademosielle Ayu ~ Yummy...
Kakyong ~ Kiter taruh santan untuk kasi basah sedikit. So kakyong, have u tried Sambal Godok, serupa ngan sambal goreng tapi berkuah dan ada additional kacang panjang?
Hanna & Eez ~ Cuba try tau ...
Cuyus ~ Sedapp.. Cuyus..
MamaFami ~ Ish.. jangan lah marah mama. Mama ni kalau marah makin manis tau.. Cubalah resepi cookies tu.. kalau berkenan dan KENA pada citarasa. Kalau tidak jangan.. takut terbuang dan membazir tak dimakan.. sayang. Sambal goreng tu susah? Takler mama. Do you know, kak rossya masak sambal goreng tu satu bulan entah berapa kali. Apa nak buat mama, that's my staple food. My hubby yang bukan orang Jawa pun dah pandai makan Sambal Goreng..
Masita Daut ~ Kesian nyer.. duduk mana sekarang? Kak rossya dah bagi resepi tak nak cuba ker?
nn ~ Yes, kak rossya berbangsa Jawa. Kak rossya suka buat fishball sendiri. Kalau nn rasa leceh, u can buy the ready-made kat pasar atau supermarket. Then u buat sop nyer sendiri..Boleh jugak..
Mama Anis ~ Ah'ah mama Anis. Orang Jawa ni mana boleh tinggalkan sambal gorengnyer. Kalau kendhuri mesti ader Nasi Ambeng nyer. Dan yang berbungkus untuk dibawa pulang .. kiter panggil "berkat".
Rosleenda ~ My friend pernah bilang.. boleh jugak ikan bilis tu dikisar.. tapi rossya suka supnyer jernih. Boleh juga ditambah dengan sengkuang, sawi asin atau lobak asin kedalam air rebusan sup.
Bnurushd ~ Suruhler mama Safeyya buat yong taufu tu. Sedap dimakan waktu cuaca panas.. very refreshing. Kalau gunakan banyak sayur memang healthy.. Kat sana Adzam pun boleh taruh kofta lagik. Mesti Safeyya suka ni..
Harlina ~ Tak payah beli ler Lin. Boleh bikin sendiri. Verify isi nya sahja. Aper pulak leceh.. beli fishballnya, tambahkan jenis sayuran yang Lin suka dan rebus supnya sendiri. Buat ajer sos yang simple. Kan dah siap.. sedap.. Sambal goreng tu memang betul, my late mum pun suka benor taruh suhun dan tahu kering. kadang2 taruh hati lembu dan paru. Tapi kak rossya tak suka taruh suhun sebab lauknyer cepat kering. Dan tak taruh tahu kering.. sebab si Lisya tu suka pilih tahu kering tu keluar bila dia makan...
Steve Troy ~
Phalinn Ooi ~ Cubalah Phalinn ,the basis senang ajer supnyer. Kemudian cicah sos.. my chinese friends have this yongtaufu with white rice or beehoon noodles.. ps~ my elder sister yang (inter-married) to my brother-in-law who is a Chinese convert.. tapi anak2 nya are more exposed to chinese cooking. Sambal Goreng ni pun diorang tak reti makan...emm..
F&Z ~ Sambal goreng tu is my staple food ler Fazi. Yes, that's Lisya my only daughter..
Muni ~ Boleh Muni, campurkan aper sahja. You can also have it plain. Gunakan piping bag dengan star nozzle.. just pipe onto a parchment paper.. dan bakar. Mesti budak2 berebut...
Nic ~ Salam tu dah kak rossya sampai kan.. Yongtaufu tu selalu jugak kak rossya buat bila cuaca panas kat sini.. very refreshing... banyak kan sayur-mayur seperti kobis bunga, carrot, bende..very healthy.
Edoras ~ emmm...
Chees ~ emmm.. kalo lapo kena makan...
Kuzi ~ Buat sendiri lagi mudah.. Kuzi
Luz Macia ~ HaaH? Bukukan? Nanti abes kak rossya kena saman! Semua ni resepi orang .. ader 2-3 tu yang emak ajor. Kak Rossya cuma masak sebab suka makan..
Azurahakim ~ Kesiannyer.. baru cabut gigi yer.. Terpaksa lah makan bubur dulu..
tina ~ Memasak sebab nak merasa. It's great to know that u've enjoyed the apple pies..
Yangmazni ~ Tu dah ader resepi.. maz tak nak cuba ker?
Kak Kham ~ Boleh.. apa salahnya, Kak Kham. Nak menu yang mana satu...
Zuhri ~ thanks Zuhri. Patung2 tu banyak di Clarke Quay... kawasan RiverValley S'pore.
Sabrina ~ ish.. udang sedap2 tak makan pulak..
Ida Natrah ~ alhamdulillah.. jugak ler Ida kalau ader orang sudi nak mencuba. yer lah kiter nyer selera kan berbeza-beza..
MummyJam ~ Patung tu ader kat Clarke Quay, Mummy. Yer lah mummy.. kalau ader sahja yang diorang kat rumah tu tak makan.. susah jugak kita bila nak masak..
Zack ~ Cornflakes Macaroon is a kind of meringue. Browse my link.. it's in my earlier entry, Zack.


Monday, 7-Aug-2006 09:04 Email | Share | | Bookmark
Aikss.... macam Hari Raya!!

 
Ish! Jangan ler merajuk Harlina! Dengar citer kak rossya tak nak post entry masakan lagi yer.. Bukan macam tu.. Sebenarnya banyak lagi makanan dalam archive ku yang belum sempat di post. Tapi kak rossya ingat nak post dulu gambar2 yang lain dahulu. Kesian gambar 2 tu dah beratur tapi tak keluar lagik. Tapi hari ni, kak rossya post resepi2 yang anda minta dahulu. Takper lah.. boleh KIV dulu. Bulan Syaaban dan Ramadhan pun belum lagi tiba... Nanti belek2 lah resepi tu bila waktu nak buat. Kuih2 ni bermacam versi. Lin boleh cuba versi mana2 yang anda fikir menarik selera anda. Kak Rossya selalu nya.. lain kuih yang berhajat nak buat... lain yang kak rossya buat.

Untuk kuih Tat, kak rossya pernah post satu entry sebelum nya. Resepi itu kak rossya gunakan untuk tat yang sepit bunga, tat gulung dan juga tat bungkus. Satu adunan.. satu resepi. Berbagai kan corak nya. (You can refer from my link) Jadi tadi pagi, kak rossya buat sedikit tat Keju. Mungkin untuk kelainan, boleh lah dicuba nanti...





TART KEJU

Inti nenas

Bahan2 untuk tart:
450g mentega
3 biji kuning telur
100g keju (KRAFT)- diparut dan dilecek halus)
1 sudu teh vanilla
1 kg tepung gandum
1 biji putih telur
100g gula halus

Mentega, kuning telur, putih telur, gula halus, keju dan vanilla digaul dengan tapak tangan hingga larut lalu masukkan tepung. Uli hingga menjadi doh. Kemudian dicanai seperti tart biasa dan masukkan intinya. Bakar hingga masak.

(Sebenarnya.. kak rossya paling tak suka buat tart jenis yang ini. Kak Rossya tak suka sepit-menyepit bunga ni. Kalau yang tat gulung dan bungkus memang selalu juga dibuat untuk sarapan. Betul... untuk sarapan. Sedap. Kakak selalu kata, kiter ni ganjil... orang suka buat yang ini dari yang bungkus dan gulung tu sebab yang berbungkus tu lah yang leceh. Entah yer... bagi kiter... itu lah yang asoyy kalau dibuat.. main gunting2.. best.)





BISKUT MAR MAR CARRIES

Bahan-bahan A
1 biji kuning telur
170g mentega
55g gula icing
55g tepung jagung
225g tepung gandum
1 sudu makan tepung susu
1/2 sudu teh vanilla

Bahan-bahan B
55cc putih telur
140g gula icing
1 sudu teh penuh tepung jagung

Peraturan A
Pukul mentega, gula dan vanilla hingga kembang. Masukkan kuning telur, pukul hingga rata. Masukkan tepung jagung, tepung gandum dan tepung susu dan uli hingga sebati. Canai adunan ini setebal 1cm dan terap mengikut suka.


Peraturan B
Pukul putih telur bersama gula icing hingga pekat. Masukkan tepung jagung dan kacau rata-rata.
Asingkan sebahgian daripada adunan ini dan campurkan sedikit chocolate emulco, kacau rata-rata.
( Kak rossya gunakan chocolate emulco untuk jalur2 nya tanpa campuran gula icing ini
)



Cara mencorak nya:
Sapukan adunan B (icing) ke atas biskut. Kemudian celupkan bahagian hujung lidi satay kedalam adunan chocolate emulco dan corakkan keatas biskut ini. (Kak rossya langsung celupkan lidi kedalam botol chocolate emulco)

Bakar didalam oven 160C sehingga garing dan masak.







LONDON ALMOND CHOCOLATE COOKIES

250g mentega
2 biji kuning telur
1 biji putih telur
120g gula halus
500g tepung gandum
30g badam kisar
1/2 sudu teh esen vanilla
300g badam (pilih yang kecil2) bersihkan dan dibakar selama sepuluh minit
Secukup chocolate mohrenglanz (dimasak cara double-boil dan kalau hendak berkilat,
campurkan sedikit shortening)
Badam cincang dibakar secukupnya untuk taburan diatas.


Mentega, kuning telur, putih telur, gula dan vanilla digaul rata. Masukkan tepung yang sudah dicampurkan badam kisar, sedikit demi sedikit, dan diuli hingga sebati.

Ambil sedikit adunan tepung, balutkan dengan sebiji badam dan bakar dalam ketuhar 160C selama 15-20 minit sehingga masak. Sejukkan sebelum dicelup dengan coklat.

Celupkan dengan coklat cair,dan masukkan kedalam mangkuk kertas dan taburkan badam cincang diatasnya. Biarkan coklat benar2 kering, baru disimpan biskut kedalam bekas ketap udara.


Nota: Putih telur yang tidak digunakan, jangan dibuang! Boleh di gunakan untuk buat Cornflakes Macaroon!!Kak rossya selalu kumpulkan putih telur yang berlebihan didalam petisejuk. Kemudian buat biskut Macaroon yang pasti disukai anak2. Putih telur boleh tahan selama 6bulan didalam petisejuk.


Quote:

Itzhar
~ thanks Itzhar for visiting..
Kak Kham ~ Buat ler Kak Kham... lagik seronok buat sendiri..
Fasha ~ Takper lah fasha... jauh dimata , dekat dihati.. Memang kak rossya faham kesedihan bila kiter beraya tanpa keluarga dan sanak-saudara. Kurang kemeriahan nya..
Harlina ~ If I can make ONE person happy, that wud really made my day. Lin boleh cuba mana2 versi yang berkenan. Yang penting ia menepati citarasa Lin.
Elin ~ Kalau lapar kenalah makan Elin. Tgk gambo ajer pun tak bole kenyang..
Luz Macia ~ hmmm...
Ida Natrah ~ Rossya memang suka tengok orang mencuba dan memasak..
Noor ~ Tart Keju tu sedap kak Noor. Lembut dan lemak..
MamaFami ~ Tak silap lah Mama.. Masih bulan Rejab ni. Sahja kak rossya tepekkan resepi2 kuih raya. Sapa tau, selain Harlina, ader adik2 yang lain yang boleh juga memanfaatkan resepi2 ni. Kak Rossya tau ader adik2 yang sudi menjenguk tapi tak tinggal kan komen. That's ok. Mama tu bila nak tepek yr versions of Almond London and Mama Carries? Ish... nama kuih tu pun ader nama 'mama' dahhh..
Gee ~ hari2 pun kak rossya berRaya kecuali Ramadhan..memang takder time nak dok makan2. My house will always have cookies tak kira musim.. Untuk cemil2 an...
Aureanayz ~ Apa pulak tak pandai... citak kuih tat pun dah banyak dipasaran. Bole lah cuba buat. Sekarang kuih tat pun dah ader macam2 style.. Btw, u're most welcome to add my link, my dear.
Cuyus ~ Cuyus ader bunga Raya.. kak rossya ader kuih Raya. Jom kiter berRaya bersama2.. hihihi Pose dah abes ganti ker?
Zack ~ Bagusler Zack... beraya kat M'sia nampaknyer. Terubat rindu tu nanti...
Sabrina ~ Persediaan untuk sebarang hari. Kalau kat S'pore ni, Almond London tu dah kurang fofular. Sekarang macam2 kuih baru... macam2 nama.. glamor2 pulak tu bunyinyer. Bab oven.. belilah satu... yang kecil pun takper kalau dah ader minat nak mencuba. Boleh buat sket2 dulu. kak rossya ni rasa kuih2 ni lagi sedap buatan sendiri...
Ecah ~ Cobaan... (bunyi macam Pendekar Bujang lapuk!) hihihi
Kakyong ~ Kalau dah dok berjiran.. tak mau ler order kakyong. Kiter buat gotong-royong lagi best. Hai.. biler lah nak pindah KL ni..
Sha ~ Feveret yer? Nanti try ok, Sha..
Kuchai ~ Aper lagi .. nanti boleh bikin ler Betty..
Raime ~ Lama lagi tu Raime....
Mama anis ~ Mana lah ader terer, mama. Ader resepi boleh jugak kak rossya try. Kalau takder resepi, tak terbuat jugak namanyer...
Myperiukbelanga ~ Alamak kawan sewarga ku lah.. Yok kiter pegi Marina Bay tengok bunga api..
Leezsa ~ Sama jugak kiter yer.. Kuih Tat memang tak boleh dan tak pernah nak tolak..
Hellikonia ~ Aper dah helli, dah dapat resepi yang best.. tak simpan baik2 pulak. Kalau kawan2 kata sedap.. mesti sedap tu. Aper lagi? Bak ler sini satu itu Biskut Jejari Oats. Kita bukan nak test... kita nak jamah keenakan nyer..
MupaMan ~ Kiter enjoy buat itu MarMar Carries, especially mencorak jalur2 nya. Macam buat calligraphy..best! Wahhh... Izhal saing Kak Kham ker balik M'sia nanti?
Ramsis ~ Ram .. u can do it too. Resepi dah ader.. Amacam ngan project kosui tu. Jangan give up ok..
Yuli ~ Ish.. tergelak jugak bila dengar Yuli panggil kak rossya TUKANG bikin kuih.. Kak rossya buat suka2 ajer sebab yang TUKANG makan kat rumah ader dua orang lagi nunggu. Btw, kuih tart keju tu sama ajer ngan yang biasa.. cuma ader rasa kejunya lah. Nak kata kembang tu.. sedikit ajer lah sebab bermentega kan.Tak banyak perubahan pun. Soal berkenalan tak jadi masalah..tambah muhibbah kan.. salam perkenalan Yuli..




Quote:
Hari ini.. suamiku pulang.. mesti dia kata ..."Aiksss! macam Hari Raya!!


Saturday, 5-Aug-2006 14:39 Email | Share | | Bookmark
Cornflakes crunchies & Bakar kemboja Kentang..

 
yes..yes..... this will be my last entry on food. Hopefully after this, I'll post some pictures on our National Day celebration. Hopefully.. But then again, I couldn't get the tickets to see the national Day parade. So what do I do? Emmm.. I have to think of something huh...

In the meantime, browse thru these recipes today. (lagi pun posa dah nak dekat. Nanti tak bole post gambo makanan banyak2... takut ader yang tak tahan... dan batal kan posa...)





BAKAR KEMBOJA KENTANG

Bahan A
180g gula
4 biji telur
sedikit vanilla
sedikit garam

Bahan B
500g kentang (nett weight 500g selepas direbus) dibuang kulit dan rebus.
65g tepung gandum
450ml santan pekat
sedikit pasta pandan (pandan paste)

Bahan C
sedikit bijan


Semua bahan A dijadi satu dan pukul sederhana kembang. Campurkan bahan B dan diblender sebentar sahja. Kemudian tuangkan kedalam acuan bunga kemboja dan tabur sedikit bijan diatasnya. (bole juga menggunakan non-stick baking molds. Atau muffin trays) Bakar pada suhu 170C selama 40minit atau hingga masak. Jangan lupa untuk menyapu sedikit minyak pada acuan supaya kuih senang keluar sesudah ia masak.



I know lots of you luv to make Cornflakes Madu. But today, let me share a cookie recipe with cornflakes that I used to make over the years. I've made these version for the past 12-14 years. Can't remember where I got the recipe from. Probably from one of the old cookbook that I could no longer trace. Kudos to the inventer of this recipe. My family simply loves it.

You know, there was once a new staff who joined our Company. The place I once worked. When we were nearing Ramadhan, she brought some cookie samples for us to try at the office. She was taking orders for the following Hari Raya. I tried all of them. But one particular cookie, she called it Cornflakes cookies caught my fancy. It was not crunchy... more like a shortbread. So that very evening, I baked a few of my Cornflakes Crunchies. The very next day, I pulled her to the corner and get her to sample my version of Cornflakes cookies. She tried and said, "kak Ros, you make better cornflakes cookies than I do." But I replied, " No! I don't make better cookies, I just have a good recipe. Still this recipe doesn't belong to me." She asked me if I could share the recipe with her. I said why not, if you like it, you can try to do it. And I heard she did use this recipe for sale. Why not? I think if you're selling someone yr product, make it worth buying , right? My... don't u think I'm so kaypoh? That's how I feel, if it's good... share it. Emmm... korang jangan pikir lain pulak..haahh..




CORNFLAKES CRUNCHIES

105g mentega
1/2 cawan gula castor
1 butir kuning telur
3/4 cawan tepung naik sendiri
1/4 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil vanilla essence
3/4 cawan kismis
Cornflakes secukupnya


Putar mentega dengan gula hingga kembang dan ringan. Masukkan kuning telur, vanilla essence dan pukul perlahan2. Ayak kedua tepung dan campurkan keadunan telur. Kemudian baru masukkan kismis dan cornflakes. Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas dan dihias dengan ceri. Bakar selama 115-20 minit dalam ketuhar 160C atau sehingga keperang-perangan.

Nota : Adunan ini akan kelihatan berderai.. tetapi ia akan bercantum sesudah ia masak nanti. Letak cornflakes berlebihan sedikit. Lebih rangup lebih enak.



Quote:
Harlina ~ Baguslah nak buat sendiri. Nanti boleh suruh anak2 tolong. Mereka pasti enjoy..Dah.. dah kak rossya dah tepekkan resepi2 tu..
MamaFami ~ Kuih bakar takder acuan tak jadi masalah. Boleh gunakan baking molds or cupcakes trays jugak.
Izad ~ Wahh Izad pun memasak yer? Salute ler.. orang2 lelaki yang rajin kedapur... untuk masak!
Bnurushd ~ Eh.. kat Morocco pun pakai RM ker?
Steve Troy ~ thanks Steve!
Kak Kham ~ 1000pcs ajer? heheehe
Cuyus ~ Takler yang terakhir dalam FP ni. Berbuka kat FP? Boleh kenyang ker tengok gambo ajer?
Edoras ~ alamak Edoras pun buat kuih time raya ker? Bagus nyer.. orang lelaki sekarang.. Multi-tasking eh..
++ FArEast PhotoWorld ++ ~ Try jangan tak try.. adik ooi
nn ~ Tak mau lokek2 ler. Resepi pun orang punya. Baiklah dikongsi. Jadi semua orang boleh buat.. semua orang boleh merasa..
Along ~ Along tak nak buat kuih jugak ker?
Muni ~ Insya'Allah Muni, sekali-sekala nanti..
Sabrina ~ Haah.. bila nak beli oven? Boleh baking2 untuk cik abang tu..
Anak Mamafami~ Eh.. Fatin pun dah main ngan FP yer. Lisya senyum bila auntie sampaikan salam Fatin. Kalau u-two can meet, wud be wonderful..
Kakyong ~ Cuba kakyong, jangan tak cuba yer..
Cekya ~ Kuih bakar kentang tu memang kitorang nyer feberet jugak!
nn ~ I'll visit soon, my dear..
Ecah ~ control.. control.. Ecah
MummyJam ~ Cubalah mummy nanti. Jom! Mummy gi tengok bunga api kat Esplanade.
Gerimisalji ~ Bakar kentang pun sedap!
Azli Jamil ~ I dun think this recipe is very sweet, AJ.
Phalinn Ooi ~ Eh.. semalam kak rossya kirim satu bakar kentang tak terima ker? ..Kalau tidak kan tau elok ker tidak... hehehee
Weda ~ Bakar kentang sedap Weda. kena try jugak yer..
datin Over ~ Yummilicious
Nabialishad ~ Kueh bakar kentang lebih sedap ... oops takder overn pulak budak ni... cam ner nak try ni?
Rosleenda ~ My sisters used to say, "Kalau nak makan biskut Raya.. tima tak hari Raya...pegi rumah Rossya." My family cukup masak ngan I, my gerobok tu mesti ader biskut2 buatan sendiri compared to my sisters yang selalunya banyak keropok goreng. Lagi pun rossya suka cemil2an kuih...


Friday, 4-Aug-2006 01:49 Email | Share | | Bookmark
cinnamon swirls & chocolate walnut cupcakes....

 
I really enjoy cooking. I really envy those cookery gurus who can work wonders with their food. I like colourful stuffs, so it's no surprise that I tend to add more colour to my food than it should be. Yeah...yeah I know too much colouring is not good.. But just an extra bit. I thought, would be rather cool.

I made the cinnamon swirls but overproofed them a bit. I was on the phone chatting away that I completely forgot about em'. When I finally came to it, it has spread tremendously.... macam roti canai. So had to reshape em' again. So guys if you're thinkin' of trying these swirls, always be on the lookout when proofing the dough. Bake them immediately once you get the desired size.I would recommend no more proofing. Cos' our weather is too hot, they spread too rapidly.






CINNAMON SWIRLS

2 tbsp butter diced, plus extra for greasing
225g strong white bread flour, plus extra for dusting
1/2 tsp salt
1 sachet dried yeast
1 egg, beaten
215 ml hand-hot milk
2 tbsp maple syrup

filling:
4 tbsp butter, softened
2tsp ground cinnamon
50g soft brown sugar
50g currants



Grease a 9-inch square tin with a little butter. Sieve the flour and salt into a large mixing bowl, Stir in the dried yeast. Rub in the butter with your fingertips until the mixture resembles fine breadcrumbs. Add the egg and milk and bring together with your fingers to form a dough. STOP the milk if you think you've reached a soft dough. Place the dough in a greased bowl , cover and leave in a warm place for 40minutes. or until doubled in size. Knead the dough lightly for about 1 minute to knock it back, then roll out on a lightly floured surface into a rectangle measuring 12 x 9 inches.

To make the filling, cream the butter, cinnamon and brown sugar together in a bowl until the mixture is light and fluffy. Spread the filling over the dough, leaving 2.5cm border around the edges. Sprinkle over the currants. Roll up the dough like a Swiss roll, starting at a long edge, and press down to seal. Cut the roll into 12 slices. Place them in the tin, cover and leave in a warm place until doubled they are risen quite a bit.

Bake the slices in preheated oven 160C for 20-30 minutes or until well risen and golden. Brush the swirls with the maple syrup and leave to cool slightly. Serve warm.



Baked these Chocolate Walnut Cupcakes for Ustazah Azizah as requested by her husband. I just enjoy baking cupcakes. All sorts and without frosting of course. Get hooked to making cupcakes after getting my hand on Julie Le Clerc cookbook. I got inspired I guess. She calls them mini cakes. I, for one do enjoy baking mini cakes more than one large cake. Little cakes needn't be fancy, a little treat however can go the longest mile if it can provide one sweetest pleasure. Thankyou Ustazah Zah, for always believing in me.. (my love for cooking that is)





CHOCOLATE WALNUT CUPCAKE


85g dark chocolate at room temperature
75g self-raising flour
1/4 tsp bicarbonate of soda
65g butter at room temperature
75g castor sugar, divided into 2 portions
3 eggs , separated
1 tbsp milk, at room temperature
50g chopped walnuts



Line a muffin pan with paper cups. Melt chocolate in a saucepan over gently simmering water. Set aside to cool. Sift the self-raising flour and bicarbonate of soda together. In a mixing bowl, cream butter with half the sugar until light and creamy. Beat in egg yolks, one at a time, followed by the cooled melted chocolate and milk. Fold in sifted ingredients. In a separate bowl, whisk egg whites until soft peaks form. Then beat in remaining sugar, half at a time, until mixture is just stiff. Using a spatula, simply fold egg whites into the flour mixture.Add in chopped walnuts. Spoon mixture evenly into prepared cases. Sprinkle with more chopped walnuts.

Baked preheated oven 160C for 20-25 minutes or until a skewer inserted into the centre of the cake comes out clean. Cool cakes in the pan then remove.

Meanwhile, prepare the topping by melting chocolate blocks (coating chocolate) in a saucepan over simmering water. Decorate tops of cakes with melted chocolate.


Note: If any of you guys wonder how's the texture of these cakes.. well it's more like a sponge cake. Soft and spongey..emm... sponge ler tu..


Quote:
Kuzi ~
Izza@ putrajaya ~ Ia ker ? Macam betul lah Izza nie.. heehehe
Yangmazni ~ choc tu tak ler pahit. Maz bole gunakan mohrenglanz atau any couverture chocolate. This is for coating and dries up when cool. Tak ler melekit. Even dark couverture is bitterly sweet.
Gerimisalji ~ Cuba jangan tak cuba adik ooii..
Weda ~ Ish .... jauh nya weda nak order nie...
MummyJam ~ kalau dah try, jangan lupa tepek kat FP nanti. It's true that I have lompat tikam in my fridge for the whole of Ramadhan. Nak? Mummy nak tapau pakai gelas ker .. pakai plastic cups?
Liyana ~ Eh.. ni bukan kuih raya.... Ramadhan pun lum lagi.. dah rasa macam nak raya.... Ni mesti masih dapat collection duit raya kot...
Aishifu ~ Nak order ? Berapa container adik?.. Cakap jangan tak cakap yer.. hahaha
Cakcibao ~ Tak lama lagi dah posa, tak bole ler kak rossya nak tepek gambo makanan banyak2. Takut nanti orang terliur.. dah batal posa... Jadi ini lah masanya kak rossya post resepi2 untuk dicuba.. Bole kan?
Ciksue ~ apa pulak tak dapat rasa. resepi kak rossya dah bagi... cuba ler buat ciksue...
Korok ~ biskut pun biskut ler korok
Fiddeen ~ haah.. cik abang yang satu ni pun nak try! Cik adik2 tu bila lagi?
Sha ~ Lompat tikam memang best.
Hanna & Eez ~ Beli lah oven tu adik. Satu investment. Nanti bole baking2 dan kasi anak2 makan.
Sabrina ~ Buatkan tak jadi masalah, my dear Sab. Bila nak mai...
Mamafami ~ Have a good rest mama & energize well. Post ler yang back-up tu dulu. kalau dah sihat betul, baru lah berpencak silat kat dapur lagi yer...
Unnamed ~ Beli lah satu yang kecil pun boleh jugak asal kan functional. First try-outs mesti untuk cik abang tu.... pikat dulu dik ooiii..
Luz Macia ~ ish bab menitik tu.. tak censored ler... syedap yer...
Muni ~ Fotogenik sebab dah pakai bedak make-up sebelum bergambo tu haahh..
Cuyus ~
Phalinn ~ sedap.. jangan makan gambo sudah ler.. memang sedap ler bagi tekak kak rossya sekeluarga. Even cinnamon swirls yang rosak sikit rupanyer tu.. abes Lisya & kawan2 kerjakan sampai licin pinggan. Tak tinggal satu pun untuk mama & papa nye. ish ish ish..
Zack ~ macam 80-an & 90-an eh... Mungkin usia kak rossya and yr mum tak jauh beza kot. Jadi citarasa pun hampir sama ler ... hahhaha..
Kak Kham ~ Ish.. nanti raya kan kak kham dah balik M'sia. Mai datang sini kita gotong-royong hahh..
Jemster ~ hai baru bergelar isteri.. bagi ler rest sket. Nanti pelan2 masakkan cik abang fendi... Kalau ayang tu dah buat.. fendi jangan lupa pujian2 tu. Itu bab penting tau!!
Edoras ~ Bab resepi kalau nak cuba tak jadi masalah. Bab order itu berat sket ler.. Kiter tak commercially inclined. My home selalu welcome tetamu. Jemput kesini kalau ke S'pore nanti. I ni sebenarnya, so eager to read yr responses to the comments in yr FP. I actually think that u are becoming more comical everyday.. Lucu ler...
Cneo ~ Kak rossya dulu pun tak tau apa-apa. Belajar pelan2. U can do it too. Nak rajin mencuba ajer..
Mohamad Saiful ~ U are so humble. I have in fact visited yr FP more than once. And I find ur current entries , the pictures are getting better. U are talented in yr own right. For the cinnamon swirl tu, do come over.. we've left one for u.. hihihhihi
Ramsis ~ Ish posa tu... nanti batal pulak.
Bnurushd ~ Booking ? lambat lagi tu hari raya...


Friday, 21-Jul-2006 02:40 Email | Share | | Bookmark
Sup Tulang Singapura & Apple Pie..

 
I know most of my FP frenz will be completely surprised to see how different our Sup Tulang is. Well some of us here call it Bone Steak. No difference actually. Dua2 pakai tulang dan makanan yang sama. This Sup Tulang is kinda famous amongst us Singaporeans. To get the famous Sup Tulang from the stalls, one has to go to Beach Road Hawker Centre to savour the popular dish. Even M'sian celebrities like Sheila Majid, Ziana Zain, Nurul dan Ajai love this finger-licking dish. They said it's mouth-watering escapade and will never missed it whenever they are in Singapore. The locals too will flock here to savour Sup Tulang.... and now that I've got the recipe... from a sister-in-law.. I need not go to beach Road as often as before. I'll just make it in my own kitchen , have it on my own table.... This is probably not the Beach Road Sup Tulang's secret recipe... but it sure taste just as good... Slurrrrrrrpppppp





SUP TULANG (BONE STEAK)

6 biji bawang putih
2 biji bawang besar
1cm halia
3 senduk cili boh (tambah jika mau pedas)
3 senduk tomato sos
3 kg tulang
3 biji kentang di rebus dan dikisar dengan sedikit air
1 biji telur
sedikit garam, gula dan serbuk lada putih


Tulang hendaklah direbus bersama 1 sudu makan rata rempah sop sehingga isinya lembut.. lebih kurang 2-3 jam Kalau gunakan pressure cooker hanya 30minit sahja.

Halia, bawang putih dan bawang besar dikisar halus. Panas kan periuk dan tuang sedikit minyak dan tumis bahan kisar bersama cili boh sehingga garing. Kemudian masukkan tulang dan bahan2 yang lain bersama air rebusan tulang. Kuah Tulang ini tidak boleh terlalu cair. Masukkan garam, sedikit gula, serbuk lada putih dan serbuk perasa jika suka. Akhir sekali campur kan kentang kisar dan masak sehingga kuahnya pekat. Masukkan sebiji telur kedalam kuah. Dan kacau sebentar sahja lalu matikan api.

Semasa menhidangkan, taburkan hirisan kobis mentah yang sudah dicuci bersih.
Enak dimakan bersama roti Perancis. nyum nyum..





APPLE PIE

Bahan-bahan:
250g mentega
500g tepung gandum
3/4 sudu kecil garam
1 biji telur
5 sudu makan air wap (sejuk)

Inti:
6 biji epal hijau di potong-potong
6 sudu kecil kismis
1 sudu kecil serbuk kayu manis
150g gula pasir
30g mentega



Cara memasak inti:
Satu kan semua bahan dan masak di atas api yang kecil sehingga epal empuk dan sedikit hancur.
Ketepikan.

Untuk membuat apple pie:
Gaul mentega dan tepung sehingga menjadi serbuk roti. Masukkan air dan telur, sedikit-sedikit sambil diuli menjadi doh yang lembut. Tutup dengan kain lembab dan ketepikan selama 10-20 minit.
Canai sehingga tipis dan di potong empat persegi. Isi kan inti ditengah nya dan dilipat dua dengan melekatkan hujungnya dengan sedikit air. Guna kan garfu untuk mencantum kannya. Sapukan kuning telur diatas nya dan bakar menggunakan oven 180-200 darjah sehingga masak dan kekuning-kuningan.




APPLE STRUDEL (FILLO STYLE)

Apple Pie Fillings (kak rossya guna inti diatas tapi jangan masak inti sampai hancur, sebentar sahja)
1 pkt Fillo Pastry ( beli di supermarket)

Brush every second sheet of pastry lightly with oil. Layer. Spoon filling down centre of pastry, leaving 10cm border at each end of pastry. Tuck each in and fold the pastry over filling to make a roll. Place seam-side down on an ungreased baking tray. Brush lightly with oil. Bake in a moderately hot oven for 30-35 minutes or until golden brown. Serve immediately.


Pastry Tip : Carefully remove the number of sheets of fillo pastry required for your recipe. Immediately re-wrap the unused pastry in the film, place in a freezer bag and seal for future use. Return to the freezer or, alternatively, store in the refrigerator. Do not refreeze fillo more than once.



Quote:
Faiz ~ Sodap Sodap!! Faiz, hang senyum balik tak kat itu katak?
Tetupai ~ cuba buat? Acah ajer kot?
Kakyong ~ Kakyong pernah rasa? Sedap tak kakyong? Btw... kak rossya bukan pandai mane nak publish kan buku. Resepi pun orang punyer. Kak rossya hanya suka mencuba... bila sedap.. suka pulak oranglain cuba...
Yangmazni ~ memang kak rossya tau ader lainnyer. nanti Maz pun bole cuba. Kalau tak mau pedas untuk budak2.. kurangkan cili boh nyer..
Sha ~ Apple pie tu budak2 suka kat sini. Dibakar dan bukan digoreng.
MamaFami ~ Haa.. itu lah, rossya tau mesti surprised kan. Cubalah mama ... satu kelainan..
Intan Azim ~ Ah'ah Intan sup tulang kiter org ..merah warna nyer... Eh'eh.. kak rossya pun baru terpikir nie..kenape namanyer Sup tulang.. tapi takder kuahnyer.. Sapo yang bagi nama nie?? Apo pun diorang bagi nama... yang pentingnyer this dish memang assoyyy.... Cuba tau nanti...
Azuamer ~ Alia pun aper kurangnyer. Azuamer pun bole cuba. Tapi untuk Alia kena kurangkan cili bohnyer sket. Lisya pun suka kuahnyer kalau tak pedas.
Ieza ~ Haa.. dah mai pun dia. Kak rossya ingat hilang kemana!! Lama tak nampak dak Adam kat FP Ieza. rindu plak..
Yuddin ~
Cakcibao ~
AzliJamil ~ Aisey Bro Azli, tulang kambing 3kilo, cili boh 3 senduk... mane ader pedas!! Btw, I'm surprised u read that list of ingredients.. U sorang2 pun memasak ker?
Noor ~ Cuba lah kak Noor... nanti dah buat, jangan lupa amik gambo tau.
Cibilzsonic ~ Masak adik ooii... senang ajer. Nak sabar ajer bila rebus tulang tu...
Suecute~ Tq Sue..
Aisyacan ~ Mesti ler cayang kak Kham... Kalau tak cayang.... jaga dier..
Cuyus ~ abes.. tak tahan camne... tak kan nak berlapar kot..
Muni ~ Sama ler tempat tu Muni.. Oh yer jugak muni... kita punya senduk lain2. Muni kalau nak buat bole jugak ikut 1 senduk= 1 tablespoon. It's about there..
MupaMan ~ Yes.. looks like huh.. I guess rasanya is more to chilli than tomato..
MamaFami ~ I've seen it in yr FP. Superb ler mama.. siap ngan baguette lagik.
Phalinn ~ Hai tak kan sebab nak jumpa celebrity baru nak mai... Kak rossya kalau dah jumpa sup tulang, celebrity jalan pun dah macam bayang2 ajer ler jawabnya.
Za+za ~ Maybe so... but I haven't seen that sup buntut Johor before..
MupaMan~ Hopefully ... tuan..
Sabrina ~ Dalam dunia nie Sab, macam2 makanan ader. Ader kenal rupa tapi tak tau namanyer..
Naem ~ Ini pun sup jugak namanyer Naem, merah warnanyer...
Steve Troy ~ Okie Dokie... will deliver in half hour's time..
Zack ~ Wooho... Baklava yer... Itu sodap tu kalau add an extra tinge of ground cardamon seeds.
Hanieliza ~ Cuba ler kak liza .. Kalau famili kak liza tak suka pedas.. kurang kan cili nya lah kak.
Nic ~
Kuzi ~ Aisey .. nanti kalau tulang dah mai, cuba tau. Cantik betui yr coconut blossoms tu. I'm really proud of you Kuzi.. Sedap tak?
Tina ~ Takper ler Tina.. air wap tu sebenarnya air masak putih... Dah cuba ker belum..
Zuhri ~ Bila nak mai..?
Tina ~ Cuba ler Tina... anak2 mesti suka nanti.
Tab ~ Yer betul.. cholestrol nak jaga juga. Kalau kambing tak bole makan, bole gunakan daging lembu saja.. Kesihatan perlu dijaga, bersederhana itu lebih afdal..
Nurainil ~ Try ler Ainil, lain adunan .. lain rasanyer..
Edoras ~ Eh'eh.. Edoras belum sembuh ker? Kecian nyer. Rajin2 ler makan ubat yer.. Kalau kiter kat sini, suka makan canned fruits untuk menghilangkan pahit-maur nya lidah selepas makan ubat..
Harlina ~ Bila lagi Lina? Buat ler for the kids kat umah tu...
MamaFami ~ Amboi!! Copatnyer.. I really hope that yr kids enjoy 'em..I kalau masak apa2 pun , suka bila the kids like the food, mama.
Ida Natrah ~ Takper lah Ida, ..nanti kalau dah relax and free bole cuba yer..
xxxkoi ~ Thanks for the tip. Nanti lain kali kak rossya petik gambo makanan tu jauh sedikit yer.. Btw, wat were u thinking tu.. curious ler..
Yumi's pix cafe ~ Kecian nyer .. Yumi.. lapo yer.. Dah makan ke blum..


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  11  [12]  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net