Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]
Friday, 25-Aug-2006 05:56 Email | Share | | Bookmark
Hidangan Pantai Timur..

 
The first time I set my eyes on this cookery book bought by my dear husband was last year. It's glossy soft cover and beautiful pictures with easy to flow recipes did really melt my tastebud. Well in fact nearly half of my cookbooks collection were gifts from my cik abang.. Is it love... hmm... (ader makna tu... sebenarnya ~ u know I know ler..)

So I've tried these recipes on several ocassions. Moreover my tiny daughter really enjoys heavy rice menu. You named it. From Nasi Ayam to Beryani to Nasi minyak, nasi bohari.. nasi minyak jagung.. nasi kabuli... All the nasis (eh betul ker ader nasis?) with spicy dishes that come with em' like rendang, ayam masak merah, acar, daging masak kicap(semur).. Sometimes just to please her I would could just 2 cups of Nasi Minyak to go along with the ayam masak merah or rendang that I cook for that day. Well the father would always object to frequently feed her with these fatty stuffs... But the joy to see your child finishes her food fast enough before the next top-ups is really pleasing in the eyes. And after several rounds , when her plate ended up clean... uhuk.. I just don't know what to say...


These recipes are from my cookbook RASA.. among other featured a selection of food from Pantai Timur. These are among our favourites.








NASI MINYAK PUTERI SAADONG

Bahan2:
5 gelas beras basmathi
5 gelas air
5 sudu makan minyak sapi
5 sudu makan sos tomato
5 sudu makan sos cili
5 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
2 biji buah pelaga
1 batang kayu manis
2 biji bawang besar di mayang halus
2 sudu makan gula pasir ( I do not put this in)
1 sudu makan garam halus ( use only what u need)
2 sudu makan kismis
2 sudu makan bawang goreng
2 helai daun pandan

Panaskan minyak sapi. Kemudian tumis rempah tumis bersama bawang besar hingga layu. Masukkan sos cili, sos tomato dan air. Masukkan garam dan gula dan daun pandan. Biarkan hingga mendidih kemudian masukkan beras. Tunggu hingga nasi masak dan taburkan kismis hitam dan bawang goreng di atas nya.




KARI AYAM


Bahan2 Kari A
1 ekor ayam di potong kecil
1 biji santan kelapa
15 ulas bawang merah di kisar
5 ulas bawang putih dikisar
5 sudu makan rempah kari

Bahan2 Kari B
5 helai dain kari
2 biji kentang di potong empat
2 sudu makan kerisik
1 biji bawang besar di potong empat
1 batang serai
1 potong gula Melaka
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
1 keping kulit kayu manis
3 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 biji bunga lawang
1 sudu kecil jintan manis
Minyak masak untuk menumis

Panaskan minyak masak, dan masukkan bahan B . Tumis hingga wangi. Masukkan ayam hingga keluar air, barulah dimasukkan santan pekat sebanyak dua gelas. Masukkan bawang besar, rempah kari, kerisik dan kentang. Kacau hingga kuah pekat dan kentang empuk.








BAHAN SAMBAL BELACAN


10 biji cili padi
5 biji lada merah
2 inci belacan (di bakar)
1 biji tomato
1/2 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam


Kisar halus semua bahan. Sedia dihidang dengan nasi minyak.


Quote:
Nabialishad ~ Masuk list dulu.. nanti kalau teringin.. baru boleh dicuba yer..
Dr.Ali ~ Nasi minyak ni memang my family suka..
Steve Troy ~ nyum nyum..
Design Contact ~ Tq.. Insya'allah..
Anna ~ Kak Rossya suka masak dan suka merasa.. Kalau mama Anna suka memasak mesti ler makanan nyer power2.. Orang2 senior memang berpengalaman memasak kan..
Nic ~ nampak sedap? .. Sebab memang sedap! hai kalau dah ketat bagus ler.. berisi sikit heehe.
Ramsis ~ hah? DHL? Belum sampai Dubai.. lauk semua basi.. Ram..
Kuchai ~ hai Betty... kalau makan nasi minyak hari2... merbahaya tu...
Edoras ~ Mari lah singgah kalau dtg S'pore. Tak yah ler tunggu bulan posa ker.. hari raya ker...
MupaMan ~ Alahai.. Mr Mupa, lelaki kalau nak uzur.. bila2 bole ajer. kalau bulan posa tu uzur.. kira tak posa kah? Hai nak curi makan kat Spore ker? Nanti I pi report tau.. heehee.. Jangan marah Izhal.. gurau ajer..
elin ~ Buat ler nasi Minyak Ganu tu.. Sama tak ngan nasi minyak yang ini? Tak mo share resepi ker, Elin?
MamaFami ~ Camner nak kurus? Yang ini kak rossya tak tau... tapi bab nak kasi tembam.. kak rossya pandai... jangan marah Mama.. nanti kena jual tau...
Kakyong ~ Nak beraya kat S'pore ker? Jom ler singgah kakyong..
Muni ~ Besides my husband, my elder sis pun selalu hadiahkan buku resepi.. Meka tu bukan aper.. sahjer nak suruh kiter cuba resepi nya... untuk jamu meka jugak..
Luz Macia ~ Alhamdulillah kalau resepi2 ni boleh dimanfaatkan.. Ezzarel berniaga ker dibulan Ramadhan? Kat mana? Ish ! Mesti bergurau tau budak ni..
Allodealova ~ Dah update pun dier.. Dah pun saya jenguk tadi.. Makin best2 ler..
Zack ~ the main thing that boost yr spirit to cook is when those cooked food is being appreciated by yr loved ones. Such joy.. it's hard to put into words..
harlina ~ kalau guna beras Basmathi lama, memang kena rendam berasnya selama 30minit. Ini untuk mengelakkan supaya beras nya tidak mudah patah apabila dimasak. Tapi kak rossya rasa beras Basmathi sekarang semua jenis yang baik. Tak yah ler nak rendam2. Bilas ajer bersih2 , kemudian boleh terus digunakan. Kak rossya pun tak pernah lagi rendam beras Basmathi. Btw, bila Lin berangkat pulang ke kampung halaman... Sempat sambut hari merdeka di M'sia tak?
F&Z ~ Haah.. jadi selama berbulan2 kiter masak ingatkan hidangan pantai timur.. rupa2nya ini kes 'Tipah tertipu' yer... Ish ish ish.. Walau apapun.. sebab sedap punya pasal.. dari pantai mana pun asalnya.. kiter tetap support sebab family kiter suka..
BadangPerkasa~ Boleh jugak digantikan dengan masak kurma.. pun pasti power!
Jehan Najib ~ Jehan belum cuba.. Kalau cuba entah2.. jadi lebih gah.. macam Nasi Minyak Puteri Jehan lah..
Mommy d&d ~ Nasi minyak kalau dimakan hari2.. amboi mak... lemak nyer .. saper nak jawab tu..
MeorJay ~ Sila kan MJ... kalau dtg S'pore nanti..
Aureanayz ~ Bak mai pinggan.. nanti akak sendukkan nasi tu.. hehee
Amir ~ Dalam buku RASA, ada tertera pantai Timur. Tapi orang dari pantai timur kata tak pernah dengar pun.. Itu yang akak pening ni.. camner ni?
Omaq ~ Bini tak pandai masak takper.. asalkan hati nya baik...
Mama Anis ~ Ish ! Bukan ler die-hard fans.. dan jadi kengkawan siber ni.. Wahh.. mama pun power masak nasi minyak eh.. Ni yang buat lisya nak geng nanti... (ader makna tu... )
Kak Kham ~ Sama ler kak kham .. bila dh biasa kiter main campak2 ajer... mana nak pakai sukatan yer tak kak? Ikut sedap kiter pulak tu... yang heran tu..enak jugak jaidinya..
Korok ~ Ah.. health inspector dah mai... Boleh ler makan.. korok.. jangan terlalu banyak sudah ler.. Nanti tak merasa, rugi pulak. Rezeki Allah..
Ida Natrah ~ kari Ayam yang ni actually biasa ajer.. cuma ditambah ngan kerisik ajer.. Idah.


Thursday, 24-Aug-2006 03:30 Email | Share | | Bookmark
Serabai dan kuah Serawa..

 
Hari ini, kiter letakkan resepi yang mempunyai tapai nasi sebagai bahan utama. Mungkin ramai yang keberatan untuk mencuba resepi ini kerana bagi sebahgian orang membuat tapai nasi adalah sesuatu yang leceh. Membuat tapai nasi tidaklah susah.. hanya perlu di perapkan beberapa hari sebelum boleh digunakan.

Minggu lalu, selepas dok belek2 durian dibelakang rumah.. akhir nya ku bawa pulang jugak sebijik dua. Ish.. bukan durian dari kebun durian kat belakang rumah tu... Durian di kedai belakang rumah... Murah jugak.. durian Segamat. Isinya.. amboi mak ..mintak ampun sedapnyer!! Selepas makan dua-tiga biji bersama Lisya, selebihnya ditinggal kan untuk cik abang merasa pulak. Bila dia pulang.. melihat durian yang gebu isi nya.. disuruh nya kiter buat pengat durian (kuah durian) dan request lagi mintak serabai..
Jadi... kiter pun buat tapai nasi dan perapkan selama dua hari. Habis dok menunggu tapai nasi menjadi, habis jugak baki durian tu kiter dan Lisya kerjakan. Lat beberapa hari.. gi lagi beli durian untuk buat pengat. Cik abang senyum.. kerana permintaan nya tercapai. Pengat durian memang kegemarannya sekali pun selalunya sekadar cecah bersama roti perancis. Atau pun pulut yang telah dikukus bersama santan dan sedikit gula. Kadangkala, memasak menjadi suatu kepuasan dalam kita memuaskan permintaan ahli keluarga dan oranglain..






TAPAI NASI

600g nasi sejuk
1 biji ragi kecil

Ragi ditumbuk halus dan ditapis. Kemudian di gaul kan bersama nasi sejuk hingga rata. Masukkan kedalam bekas ketap udara dan dibungkus dengan kain. Simpan selama 2 hari, sehingga menjadi tapai nasi. Bila tapai ini betul2 sudah menjadi, buang airnya dan boleh lah disimpah dalam peti sejuk. Bila hendak digunakan, keluarkan jumlah yang diperlukan, lebihannya di simpan kembali dalam peti sejuk..






SERABAI

600g tepung beras
1 1/2biji kelapa parut putih ( dicampur dengan 1 liter air kelapa untuk mendapatkan 1 liter santan)
200g tapai nasi (kisar dengan sedikit air kelapa)
2 sudu teh baking powder
sedikit garam



Kacau semua bahan hingga sebati dan perap antara 2-3 jam. Gunakan kuali mungkum yang kecil. Jerangkan kuali atas api yang sederhana. Sapukan kuali dengan minyak makan. Curahkan satu senduk adunan kedalam kuali. Bila ia naik sedikit, tutup kuali sehingga serabainya masak dan bersarang. Angkat dan letak dalam pinggan.

Buat satu lagi seperti itu. Bila ia masak, angkat dan tangkupkan diatas serabai pertama tadi, Dengan cara begini menjauhkan ia daripada cepat menjadi keras.

Ulang kan sehingga semua adunannya dimasak. Enak dimakan dengan kuah durian (disini kita panggil pengat durian atau nama lazimnya
~ SERAWA)



KUAH SERAWA (KUAH DURIAN)

Kuah serawa dibuat dengan santan kelapa,. Didihkan dengan sedikit isi durian, gula Melaka, sedikit garam dan daun pandan. Mendidihkan sehingga ia pekat, diatas api yang sederhana.


Kuah Serawa enak jugak di makan dengan roti dan pulut kukus.






APAM WA KO KOAY

600G tepung beras
350g gula pasir
700ml air
5 helai daun pandan
225g tapai nasi dibuang airnya
2 sudu makan Eno

Masak gula dengan separuh air, daun pandan dan sejukkan, Mesin tapai nasi sampai halus. Kacau tepung dengan baki air, air gula dan tapai nasi. Tapis. Simpan adunan selama 1 jam atau lebih.

Apabila hendak mengukus nya, baru masukkan 2 sudu makan Eno dan dikacau rata2. Bahagikan kepada beberapa bahagian dan bubuhkan pewarna kegemaran anda. Kukus selama 7-10 minit.. Apam ini enak dimakan bersama gula tanjung dan kelapa parut yang telah dikukus.









Quote:
Polini ~
Hellikonia ~ Tapai nasi ni untuk buat kuih ler Helli. Yang I ingat satu lagi yang serupa ialah Apom orang India. Tapi meka tak guna ragi.. hanya nasi sejuk ajer yang dikisar..
Sha ~
F&Z ~ Nak jamah? camner eh? Nak kena masuk dalam PC kot.. hehee..
Anna ~ Memang sodap apam ni Anna. Lisya favourite betul..
Kakyong ~ Tak ler begitu kakyong. kengkadang yang jarang kiter makan susah nak ingat namanyer..
yati ~ Tryler Yati.. kalau buat open house lagik ker..
Leezsa ~ Kes favorite punyer pasal, hubby2 kiter leh dok semeja.. Amacam?
Meorjay~ Amboi !! Berani MJ tak terpandang si tukang masak nyer..
MamaFami ~Memang buat tapai ni banyak pantang-larang nyer mama. Ish.. betul! Tapi tapai nasi ni orite ler.. senang ajer. Nasi sejuk dah gaul ngan ragi di bubuh dalam bekas ketap udara dan dibungkus dengan kain. Kemudian di simpan di tempat gelap.. Alah .. mama simpan lah kat mana2 dalam gerobok kat dapur tu.. Tapai nasi untuk buat kuih ler mama, kalau makan begitu rasa takder rasanya. Kalau tapai nasi dah jadi sama rupanyer macam tapai pulut dan berair sedikit..
Jeff ~ Mari menjamu mata dan rasa di FP saya..
Nabialishad ~ 1) Gambo ragi dah kak rossya tepek.. Alah.. mintak ajer pada pekedai mesti meka tahu.. 2) Part berapa lama tapai nasi boleh tahan.. sungguh kak rossya tak tau.. Selalunya dalam masa dua minggu , tapai nasi ni dah habis kak rossya gunakan untuk buat kuih. Lagipun apam ni boleh di freeze kan dan disimpan berbulan2 dalam freezer. Bila nak makan, baru dikeluarkan dan di kukus sebentar. Tentang tapai nasi yang dah menjadi tu.. boleh disimpan dalam bekas ketap udara didalam peti sejuk. Tak yah lah nak bungkus lagi..Kesian dia asyik bergelap ajer.. Tapai tu pun ader perasaan tau.. hehee
3) Pewarna tu pewarna air yang biasalah dalam botol kecik tu. Kak rossya guna RedMan brand. Alah sebarang brand pun boleh lah.. sama ajer.. Tapi, sebab apam ni selalu warna nyer light ajer, jadi kak rossya taruh pewarna sedikit ajer. I did not mix the colors. Kak rossya guna lidi satay, celup sedikit kat botol pewarna (hujungnyer sahja) dan celupkan lidi tu kedalam adunan yang hendak diwarnakan. Hujung nya sahaja.. jadi warna adunan tu tak terlampau gelap. Itu sahja.. Haa.. cikgu tak pukul kan..
MummyJam ~ Ragi boleh mummy beli di provision shops di pasar2 atau kedai2 mamak. Mintak ajer ragi biji. Diorang jual sebijik 50sen.
Darling ~ Wahh.. sedap tu pulut kukus ngan kuah derian... Bahgian kak rossya dah abes dah.. terliuq pulak dengar ni..
Ibu Syasha ~ Control.. nanti kak rossya bagi sket yer...
Aureanayz ~ Tersiksa kah dikau? Izin kan ku ubati ngan... ngan.. ngan aper yer? Ah.. ngan kuah derian dan apam wa ko koay. Boleh?
Kak Kham ~ Rupa nyer sama Kak Kham. Tapi tapai nasi lembik berair takder kick untuk ratah. Tapai pulut lagi mampat dan sedap.. seperti tapai ubi... lagi lemak. Resepi tapai pulut dan ubi, rossya ader tapi belum pernah dicuba. Buat tapai ni banyak pantang kak kham.. Kalau tengah ehem2 pun selalu tak jadi jugak..
Nanti rossya try dulu.. kalau resepi reliable baru boleh dikongsi dengan semua yer kak. Give me a few days ok..
Muni ~ Macam terdengar2 pulak rossya kat perbualan anda suami/isteri yer.. heeheh
harlina ~ Kak rossya dengar serabai ini common di Penang. Tak tau sama tak caranya dengan yang orang Penang buat. Ader lagi satu dipanggil apom disini tapi hanya menggunakan nasi sejuk yang dikisar dan kemudian adunan di perap semalaman..
Design Contact ~
Cakcibur ~ Itu yang ruginyer Cak. Kak rossya banyak juga yang tak berkesempatan belajar dari arwah emak semata2 kak rossya tak minat makan. Bab serabai yang ader gula merah.. belum nampak lagi disini. Tapi serabai yang ini mesti manis kan Cak?
Ecah ~ Tapai yang biasa tu tapai pulut dan tapai ubi .... manis ker?
Ouled Kenitra ~ Kat sini kalau tapai ubi banyak lah.. Kalau yang pulut tak banyak orang jual..
Edoras ~ Alah.. Edoras tak yah masak ler.. Mintak emak ker... atau ehem2 ajer yang sediakan..


Tuesday, 22-Aug-2006 04:57 Email | Share | | Bookmark
What's cooking?

 
Today, I'm posting a fish recipe. Acar Ikan. And talking about fish, would really appreciate some good advice. My daughter can never stand the smell of raw fish. If I'm in the market, she'll totally disappear out of my sight each time I go into the seafood section. She wouldn't even touch raw fish. There's one occasion where I insisted that she should learn how to clean a fish. She was just one step toward it before she finally ran into the bathroom and throw up. Do you have any idea about how to train my little one to be slightly 'fish-friendly'? Haaahaha.. (Yang hairan nyer, ikan masak.. boleh pulak dia makan sampai licin)





ACAR IKAN

500g ikan bawal
minyak untuk menggoreng
Sedikit garam dan serbuk kunyit di lumurkan pada ikan sebelum menggoreng

Panaskan minyak dan goreng ikan hingga kuning, kemudian ketepikan.

Bahan2 yang dikisar:
10g lada kering
1/4 sudu makan ketumbar
1/4 sudu makan jintan putih
1cm kunyit
1cm halia
10g bawang putih
100g bawang besar

Bahan2 tumis:
1/4 sudu teh biji sawi
1/2 sudu teh halba
2 sudu makan cuka
120g air (tambah jika mahu lebih kuah)
10g kismis(optional)
80g lobak merah hiris memanjang
80g timun (buang hatinya) dihiris memanjang
2 biji lada merah di belah dua
2 biji lada hijau dibelah dua
80g bawang kecil di belah dua
Minyak untuk menumis
garam & gula

Panaskan minyak (anggaran 100g), tumis bahan-bahan kisar, masukkan biji sawi dan halba, tumis hingga gareng dan wangi baunya. Tuangkan air, masukkan cuka, garam dan gula. Bila mendidih, masukkan ikan, bawang kecil, lada merah, kismis, lobak merah dan timun. Kacau rata dan angkat.






AGAR-AGAR GUDIR

bahan A
2100ml air
300g gula melaka
300g gula pasir
2 bungkus agar-agar powder (plain)
6 helai daun pandan
sedikit pewarna chocolate
1/4 sudu teh condensed milk flavour (essence) optional

Bahan B
4 biji telur
400ml santan pekat ( I biji kelapa- perah untuk mendapatkan santan pekat. Jangan guna santan kotak- tak cantik)
1/2 sudu teh vanilla



Untuk menyediakan bahan B ~ Pukul telur bersama esen vanilla dahulu hingga sebati. Baru masukkan santan pekat. Ketepikan.

Untuk membuat agar-agar ~ Masakkan kedua2 gula dengan sebahgian air dan daun pandan hingga larut. Angkat dan ditapis. Campur agar-agar serbuk dengan air yang selebih nya dan masukkan air gula/ esen condensed milk dan sedikit pewarna coklat. Jerang lagi atas api. Kacau biar sebati. Bila agak mendidih masukkan adunan telur. Masak lagi hingga mendidih lalu digaul sebentar. Mati kan api dan tuangkan kedalam acuan yang sudah dibasahkan dahulu. Untuk cepat mengeraskan nya.. letakkan acuan2 itu diatas dulang berisi air.
Bila sudah sejuk, masukkan kedalam peti sejuk. Enakkan dimakan ketika sejuk (dari peti sejuk).


ps~ this is my mum's recipe that I've altered here and there..


I made Nurdia's recipe Best Chocolate Cupcakes as posted by dear MamaFami. I like the texture, quite soft and a little spongey. But I kinda like a little buttery taste. So maybe I thought I would do again using melted butter instead..

Thank you Nurdia for sharing the recipe. And thank you MamaFami for introducing the recipe in your fotopage.





NURDIA'S BEST CHOCOLATE CUPCAKES @ MamaFami

1 1/4 cups all purpose flour 1/2 cup cocoa powder
3/4 tsp baking soda
1/4 tsp salt
1 cup granulated sugar
1/3 cup vegetable oil
1 egg
1 tsp vanilla essence
3/4 cup buttermilk
1/2 cup chocolate chips


In a small bowl, mix together flour, baking soda, cocoa powder and salt. In a large bowl, whisk together sugar, oil, egg and vanilla until smooth. Put in flour alternately with buttermilk. Beating until smooth. Stir in chocolate chips. Bake for 22-25 minutes or until a skewer inserted comes out clean.


Quote:
MummyJam ~ Aper resepi nyer mummy? Tak mo share ker?
MamaFami ~ Janganlah tension2 mama.. nanti sakit kepala pulak.. Bab agar2 tu tentu sahja bole gunakan susu segar cuma kurang lemaklah mama. Baik ganti ngan susu cair (eveporated milk) kalau ader. Agar2 yang bertali tu sudah tentu bole digunakan sebab emak dulu pun guna yang ini. Cuma kak rossya dah tak ingat berapa banyak dia gunakan. You can try 1 1/2 tahil for this recipe. I think it's sufficient.
psst: alamak mama pun duax lima macam lisya ker... hehehe.
Nic ~ Sabar ler Nic bila bab tengok gambo makanan yer.. Takper lah Nic, jauh dimata dekat dihati tau..
Anna ~ Lisya tu dah 10 tahun umurnya.. Btw, Anna boleh gunakan sebarang ikan jenis yang boleh digoreng. Kak Rossya selalu jugak guna ikan tenggiri dan siakap. Kalau ikan bawal putih tu enak di kukus.. sebab kalau digoreng ia hancur sedikit..
Aishifu ~ ish.. kak rossya pun serious nie.. kak rossya tak amik order.. heheh
AB Mudshoe ~ Ikut tekak akak sedap ler.. Itulah sebab nak share resepi ni..
Za +za ~ Bukan malas tu.. sahjer tak minat kan. It's okay.. beli pun boleh kan..
Harlina ~ Alamak Lin pun satu sampan macam Mamafami dan Lisya ker? Baru kak rossya nak mintak tips!
Aureanayz ~ betul Aureanayz , makan selaepas disejukkan lebih enak..
Sabrina ~ Tak jugak Sab. Acar ikan ni memang common. Yang kak rossya belum lagik dengar ialah acar daging dan ayam ..
Rosleenda ~ Semua ikan yang boleh digoreng sedap digunakan. Leen pun bole cuba ler nanti.
Weet ~ Nak kekk.. main sini copat!
Ouled Kenitra ~ kiter pulak semua jenis ikan kiter suka.. ikan bakar, ikan goreng, ikan masak lauk.. semua kiter bedal..
Nabialishad ~ Nanti Nabia leh try hah.. resepi acar ikan untuk cik abang yer..
Ayu ~ Hai dah jam berapa ni belum makan... laparr..
F&Z ~ Agar2 boleh... sikit ajer tau..
Shah, Sya& Syahmi ~ Cubalah Sya.. it's not that complicated tau...
Cakcibur ~ Hahh.. tukang masak dah mai ni.. Kak rossya ader jugak lihat resepi Cak di Mesra.net. Thankyou for browsing my fp. Actually Cak, banyak cara untuk rangupkan timun acar tu. Boleh direndam dengan air kapur sebentar, boleh juga di lumur dengan garam kasar sebentar kemudian dibilas bersih dan boleh juga di bilas sayur2an itu dengan air batu. Boleh juga di tumis bijik sawi dan halba dahulu sebelum masukkan bahan kisar.. tapi ia akan meletup2 sedikit. Disini, kak rossya coretkan resepi yang sudah disimplified.. supaya senang orang mencubanyer. dan dapat hasil yang serupa juga. Orang2 sekarang tak suka yang remeh2. I just don't want to push the youngsters away.. cos' I want them to give this pleasurable activity a try.. Cooking that is..
Mommy d&d ~ Tak sangka.. ramai jugak yang tak tahan bau hanyir ikan mentah yer. Untung mommy, sayang betul daddy ngan mommy.. Ini suami yang rajin jugak kot. Hai.. Lisya tu besok-lusa kalau dapat suami macam si daddy tu ker tidak..
Fadh ~ Cuba ler Fadh.. it's easy..
Kuchai ~ Buttermilk ader dijual di pasaraya. Kalau Betty nak buat sendiri pun boleh. Just squeeze some lemon juice into milk. Or another way is you can also use a few drops of vinegar to make buttermilk. Wait till milk curdles then it's ready to use.Selamat mencuba..
Razi ~ Hehhe.. that tag.. Hai.. kiter ni tak ler terror.. cuma minat tu kuat...
Myperiukbelanga ~ Hai.. untung nyer masih ader mak.. boleh belajar macam2. Nak semangkuk? Boleh.. tapi kalau pakai mangkuk.. dapat kuah nyer ajer tau..
Za+za ~ oh really? heheeh
Gee ~ Nanti Gee boleh try this simple recipe.. tak ler berapa remeh nak membuatnyer..
[b]


Thursday, 17-Aug-2006 09:18 Email | Share | | Bookmark
ayam Coco & Harum manis...

 

Yes.. this is an Indonesian dish. Yes... it's name is Ayam Coco. And yes.. looking at the ingredients, it's not much difference from what we used to cook. It's a simple dish to prepare...






AYAM COCO

1/2 ekor ayam di bersihkan
100ml santan pekat
1 sudu besar margarine dicairkan
4 helai daun limau purut
garam/ gula secukup rasa


Bahan2 yang digiling:
4 ulas buah keras
15-18 lada merah (dibuang biji)
6 ulas bawang putih
1 batang serai



Campur kan bahan2 kisar bersama santan kedalam kuali. Didihkan bersama daun limau purut. Setelah mendidih, masukkan ayam dan semua perasa. Biar kan kuah nya pekat dan ayam nya empuk.

Keluarkan ayam dari kuali dan letak kan diatas dulang pembakar. Sapukan margarine keatas ayam dan bakar selama 10 minit.






HARUM MANIS


300g gula melaka
350ml air
4 biji telur
200g gula pasir
1 sudu teh esen vanilla

bahan2 diayak bersama:
350g tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate of soda
1/4 sudu teh garam


50g mentega dicairkan
8-9 biji pisang raja/ berangan atau Del Monte



Masak gula melaka dengan air hingga larut. Tapis dan sejukkan.

Pukul telur, esen vanilla dan gula hingga naik. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan menggunakan spatula dan kacau rata. Kemudian masukkan mentega cair serta sirap gula melaka dan kacau hingga sebati. Sapukan acuan-acuan kecil dengan mentega. Tuangkan sedikit adunan kedalam acuan. Isikan separuh penuh sahja kedalam acuan. Lalu letakkan hirisan pisang keatas adunan. Kukus kesemua adunan itu selama 15-20minit. Sejukkan dahulu sebelum keluarkan dari acuan.




Mari kiter jalan2 ke Clarke Quay... dan nikmati keindahan bulan mengambang... sambil menjamah apam Harum Manis dan secawan kopi... emmm...






Bulan dan juga angin..
Engkau jadi saksi..
Hmmmm.....


Quote:
Dr Ali ~
Ramsis ~ Teruskan ngan project2 tu.. Buat cik abang tambah sayang...
Sha, Sya,Syahmi ~ Cubalah apam tu Sya. nanti dah jadi jangan lupa tepek kat FP tu..
Kak Kham ~ Jemputler kak kham.. kita makan apam dan minum kopi bersama2..
Nic ~ Bulan tu ader bisik aper2 ke Nic? Sampai merindu2 ni.. Citer ler sikit..
Gee ~ Kak rossya pun kekadang macam minah jiwang jugak...
Aureanayz ~ Haa.. dah ciconet tu suka.. aper lagi.. kena buat lah tu..
MamaFami ~ Apa yang ader sebalik bulan tu Mama? Macam2 imaginasi yer...
Kuzi ~ Ini pun sejenis apam.. lembut dan enak..
Anna ~ Hai.. mengimbau kenangan silam kot, Anna. Kak rossya tu pelik.. sebab tengok bulan tapi tak nampak binatang..
Sabrina ~ Psst! Kak rossya ni memang jenis yang suka berjalan2. (Jangan kasi tau orang tau!) Bab Ayam Coco tu.. kalau tak boleh dibakar.. u masak lauk tu sampai kering pun bole..
Ouled Kenitra ~ Lapar sebab belum sarapan kot?
Palik ~ Mesti pi S'pore? Bila tu Palik?
Nabialishad ~ Haa.. ini tak yah oven.. so Nabia sure can try..
Suhaimi ~ Kalau dah lapaqq.. hang kena pi cari makan ler..
Myperiukbelanga ~ Amboi cek kak! Awak punyer blog.. betul2 berasap yer.. Cam gini.. Mama Asmah Laili tutup kedai tau! Mesti kiter jenguk selalu lepas ini.. nak copy resepi.. boleh?
Kakyong ~ Yes kakyong.. Harum Manis ni sejenis apam..
Misnia ~ Memang sodap, Misnia. Dan Ayam Coco tu memang serupa ayam percik yang dipanggang.. cuma ini dibakar di oven..
Zubye ~ Amboi.. cik adik ni.. dah ber-anak satu pun malas nak masak? Nanti.. nanti kakrossya pi sana.. bukan nak masak.. tapi nak makan dok sebelah Irfan..
Raime ~ Hampir sama dengan masak merah.. Nak buat open house? Raime nak datang ker?
MummyJam ~ Aiks.. mummy tak pernah jumpa ker apam cam ni? My family kalau gathering mesti ader apam ni.. Berganti2 orang membuat nyer..
Steve Troy ~ thanks Steve.. enjoying my food as I'm enjoying the view of a beautiful moon..


Wednesday, 16-Aug-2006 00:47 Email | Share | | Bookmark
Makan2 lagi...

 
I was thinking , I'll never make myself any ice-cream. Because a tub of fresh cream and double cream is pretty costly. I might as well get a tub of ready-made ice-cream from the supermarket's cold shelves. It's much cheaper.. so I thought. Just imagine when that afternoon, Lisya came home from the library and borrowed an ice-cream cookbook! She really wanted me to make some of those ice-cream recipes, insisting that those looked more yummy.. So hesitantly, I bought a tub of 200ml double cream and 500g cherries to make the ice-cream of her choice. Emm... siapa tak sayang anak ooii..
And after this.. she's choosing another ice-cream recipe for the next try...






ALMOND CHERRY ICE-CREAM

150ml milk
50g ground almonds
1 egg and 1 extra yolk
75g caster sugar
2-3 drops almond essence( I didn't put this in cos I don't like the smell)
500g red cherries pitted
25g silvered almonds (tossed)
150ml double cream


Pour the milk into a small saucepan and stir in the ground almonds. Bring to the boil and then set aside. Put the egg and the extra yolk into a heatproof bowl with the sugar and beat till pale and thick. Pour on the milk and almond mixture. Place the bowl over a pan of gently simmering water and stir until thick. Stir in the almond essence and leave to cool.
Put the cherries into a food processor or blender and whizz to a puree', then stir them into a custard. Whip the cream until it forms soft peaks. Fold the whipped cream into the cherry mixture. Transfer the mixture to a freezer container., Cover and freeze until firm, beating twice at hourly intervals. Stir in the silvered almonds into the mixture at the last beating. Serve the ice cream in individual glasses.

* This recipe yields only 1/2 litre tub of ice cream.



If you enjoy the aroma of breezing cinnamon.. then this cake is for you. My American colleagues used to say that this is an excellent recipe. (But then again , I notice mat salleh suka nah ngan Kayu manis)




CINNAMON NUTELLA CAKE

175g butter, softened
175g caster sugar or you may use brown sugar ( I used muscovado sugar)
3 eggs
200g self-raising flour
1tsp baking powder
2 tsp ground cinnamon
4 tbsp milk
50g ground hazelnuts
4 rounded tbsp chocolate hazelnut spread
50g hazelnuts, roughly chopped for topping (I used sunflower seeds)


Preheat the oven to 160C/fan. Butter and line the base of a 8" round cake tin.
Put the butter, sugar, eggs, flour, baking powder, cinnamon, ground hazelnuts and milk into a bowl. Beat till light and fluffy. Tip three-quarters of the mixture into a tin, spread it level. then spoon the hazelnut spread on in four blobs. Top with the remaining mixture, swirl a few times with a skewer, then smooth.
Sprinkle with the chopped hazelnuts. Bake for 1hr until risen, nicely browned, feels firm to the touch and springs back when lightly pressed ( cover with foil if it starts to brown too quickly). Cool in the tin for 10minutes, then turn out. Peel off the paper and cool on a wire rack.



Yes, we call this karipaps.. epok-epok. Sure, we love all variations.. the fillings of curried potatoes, vegetables (beansprouts) with its 'sos chilli" and none but not least.. Lisya's favourite will be epok-epok sardine. So today, I'll paste my version of epok-epok sardine for adik2 yang ingin mencuba..




EPOK-EPOK

Pastry nya:
1kg tepung gandum
2 sudu makan minyak
2 sudu penuh minyak sapi ( I prefer Planta magarine- less oily)
1 sudu kecil garam
500ml air hangat


Satu kan tepung, minyak2 dan garam di gaul rata2 hingga menjadi serbuk roti. Lalu masukkan air dan uli rata sehingga adunan tepung menjadi lembut. Biarkan selama 15-30 minit. ( Adunan yang tidak habis boleh jugak di freeze kan..)

Inti Sardine:
1 tin sardine di hancurkan (isinya sahja)
8 ulas bawang putih di kisar
20 tangkai lada kering di celur dan di kisar
500g bawang jepun didadu
2 batang lada hijau dihiris tipis (optional)
sedikit gula dan garam
lada sulah dan lada hitam



Tumis bawang, lada kisar, bawang putih kisar dan lada hijau hingga garing. Masukkan sardine dan perasa. Biarkan sejuk baru di isi kan kedalam tepung.

Cara membuat epok-epok : (seperti biasa, I guess semua pun dah tahu)
Bulat2 kan adunan tepung. Gelek tipis sebuah bulatan kecil. Isikan inti sardine. Lipat dua dan kelim.
Kemudian digoreng dalam minyak yang penuh.



Yes.. I too tried Phalinn's recipe that he posted a while ago. I guess..he's becoming one of the 'makciks' yang suka masak2. Jangan marah.. Phalinn. I used to eat Mee Goreng at our Sembawang Satay Club. It's delicious. In fact, ever stood in front of the chef's wok to see how he fried his mee but still could not get the exact same taste when I tried it at home. He's a young chef from Johore. So when I come across Phalinn's recipe .. I thought this must be how the m'sians did it. True, it tastes just as good. If Yan can cook.. so does Phalinn.. heehe.
I tried again Phalinn's Mee Hailam. Yes, it's mee Hailam but made it a bit dry this time around. And I use kway teow and leftover rice. Both gets a thumbs up from my family. I cook the seasoning first, added just a bit of liquid and transfer half of it to another wok. Then stir-fry the other half with leftover rice. Cracked one egg and served with sliced green chillies and fried shallots.. Mintak ampun sedap nyer!!
Just in case you can't locate his recipe entry on his FP.. here's my copy...





Phalinn Ooi's MEE HAILAM Recipe

Fresh noodles ( I used kway teow and rice)
Beef fillet ( I used prawns and fishballs)
onion sliced
chopped garlic
chicken cube
chilli powder
oyster sauce
sweet soya sauce
soya sauce
tomato sauce
vegetables ( I used sugar beans, carrots and tomatoes & some shitake)
cornflour mix with water ( I didn't add this cos mine was dry)


Stir -fry all ingredients, putting prawns/ fishballs and vegetables last. Add a little liquid for dry noodles.. and more if you want more soup. Add noddles and stir in eggs. ( If you're making the soup version, remember to blanche the noodles and set aside.) Pour soup on noodles only when ready to eat. Best serve with fried shallots and chopped chinese parsley.






By the way.. have I said Thank You , Phalinn? Thank you.. Phalinn...



Quote:
Kuzi ~ Dahh.. kak rossya dah sampaikan ngan mama.. hehehe It's ok ler Kuzi... Dat ice-cream memang sedap.. cuma tak muai ajer..
Anna ~ nyum nyum..
Yangmazni ~ Aper lunch ari ni, Maz?
Nabialishad ~Nak jadi anak angkat pun bole.. Siap kak rossya dah ader 4 cucu angkat... Ader kembar lagi tu.. (Ish.. lupa nak cakap.. yang si kembar tu ader mirip muka Yassin.. si penyanyi tu..)
Ciksue~ Nak tak mencuba, ciksue? Sodap tau..
Badangperkasa ~ Yummy...
Sabrina ~ Haah.. yang ni bole Sab cuba.. sebab tak yah guna Oven! hehehe
Leezsa ~ Wahh.. Leez.. seronok kak rossya tgk u jalan2 ngan geng. Baguslah, kasi Adam ramai kawan.. dia mesti enjoy..
Nic ~ cuba ler Nic kalau berkesempatan... sedap tau.. Eh.. tapi kenapa tak sempat eh? Posa masih banyak ker nak ganti..
Luz Macia ~ Ni.. mesti hantu udang ni.. Lain macam ajer tgk udang tu..
MamaFami ~ Ice-cream tu Lisya yang 'paksa' buat. Phalinn's recipe memang dah berapa kali dicuba. Karipap.. tu family request.. cinnamon cake.. tu cik abang suka. Jadi nak buat camner mama.. Terpaksa ler kiter buat lagi.. dan.. buat lagi... dan.. buat lagi..
Ramsis ~ I'm happy to hear that u've tried the cornflakes crunchies. Kalau u tak suka cinnamon's taste.. , that cinnamon nutella cake.. u ganti kan cinnamon tu dengan 2dsp spoon of cocoa powder(sieved). Tapi nama kena tukar ler.. jadi Choc Nutella Cake.. Amacam? Orite tak?
++Far EastPhotoworld++ ~ oh no....
Mommy d&d ~ Wa'alaikumsalam.. I'm honored that u want to link me up to yr page. Thankyou. Jemput2 ler selalu ke fp kak rossya yang tak seberapa ni..
Hellikonia ~ Aiseh Helli ! U ni belum try dah mengaku kalah.. Cuba dulu dong! Bila dah buat.. tak ler complicate sangat.. Kalau u nyer roti dah bole naik gitu gebu.. aperlah ice-cream ni...
Harlina ~ ish.. kenapa hanyir? Kat sini satu tub Lisya makan sorang. Kek kayu manis tu my hubby suka.. ituler selalu buat tu..
MummyJam ~Baik2 mummy.. takut keyboard basah..
Cuyus ~
Mazrul ~ Nak datang makan.. bila nak mai..? Buat buku? Mintak ampun ler.. belum dapat lesen..
d4yats ~ Alaa tak yah nak diet ler.. Posa pun dah nak dekat dah..
Edoras ~ Edoras tak nak cuba ker? It's not something that'simpossible to prepare .. kalau bahan2 cukup..
Elly ~
Kakyong ~ Ader lah.. rasa cinnamon nyer tu kakyong. My hubby luvs it, but lisya pilih bahgian nutellanyer sahja. Mamanyer? Semua suka..
Myperiukbelanga ~ Thankyou my dear. Do you have a link that I cud visit?
Kak Kham ~ Tembam tak per kak kham.. asal sihat yer..
Elin ~ Sodap ice-cream tu Elin, tak nak cuba ker?
Zuhri ~ My husband used to say, " Kalau orang tanya what camera u're using.. jangan bilang it's Nikon. Buat malu Nikon sahja." See, he insisted I sit for Nikon class, sampai sekarang pun cek belum pegi lagik. Yes, I shot these pictures, and I'm using D70s. The lighting tak pasti ler Zuhri, I just shoot mostly during daylight at my balcony. So am I that bad?.. (my husband tak pegang camera.. tapi tukang ketawa kan I sahja.. heehe)
Linda ~ Haa.. pengantin dah mai.. Nanti balik makan aiskrim dengan abang sayang yer..
Phalinn ~ thankyou Phalinn. that's one mean recipe you got there. Jangan marah kak rossya omit certain things yer..
Nabialishad ~ Nasib baik mereka takdak kat sini. Kalau kat sini.. kiter pun mesti cubit.. hehee
Cekya ~ thank you Cekya..
MeorJay ~ Control.. MJ.. control..
Morkymogg~ Alah.. kalau singgah 'umah' kak rossya , tak yah diet ler. Yok makan yok!!
Ieza ~ Jaga Ieza jaga! Nanti dak Adam tu dah penuh gigi dier... baru ler dia nak makan macam2. Itu dah kena buatkan tau Ieza...
Yanni ~ Ya ampun.. banyak2 sebab tat keju tu tak kena pada citarasa Yanni. I find these tarts .. bila digigit memang berderai sedikit.. To be honest, kak rossya got this recipe dari buku panduan Warna dan telah mencuba nya beberapa kali. In fact I recommended my own sister to lessen the egg yolks to just two, and use only about 800g or so of flour for a softer tart dough.. and use powder sugar instead. (Ish .. pandai2 pulak kak rossya tukar resepi yer..) I am really sorry... I hope tat tu tak terbuang...


[<<  <  3  4  5  6  7  8  9  10  [11]  12  13  14  15  16  17  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net