Just in case no one has smiled at you today...

By: rossya ahd

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 8-Jan-2007 22:47 Email | Share | | Bookmark
Goodbye to 2006!! Welcome 2007

 
Salaams, oh.. how I missed the fotopages.. How are my friends out there? Here's wishing everyone again a wonderful year ahead.. and a prosperous one. InsyaAllah.

Long gone are the holidays!! Schools has long re-opened.. daily routine has taken it's place. My internet has been kinda slow lately. I've done the re-formatting though. So will update slowly ..







NAGASARI (Banana-stuffed Steamed cake)

250g rice flour
850ml coconut milk (from 1 1/2 coconuts)
2 pandan leaves tied to a knot
1/2 tsp salt
175g granulated sugar
2 tablespoons sago flour (optional)
8-9 pisang raja or kepuk, sliced
young banana leaves for wrapping

Dilute rice flour with part of the coconut milk and set aside. Boil remaining coconut milk with pandan leaves and salt. Add rice flour liquid and sugar, stirring until the sugar has dissolved. Remove from fire, sprinkle with sago flour and mix well. (kalau takder tepung sago, takyah lah taruh. Orang tua dulu2 pun tak taruh. Cuma kalau bubuh sedikit, ia jadi lebih lembut)

Place 1 tablespoon of dough on 1 piece of banana leaf. Add 1 banana slice and top with the dough again. Roll banana leaf and fold both sides towards the centre. Steam fro about 30minutes until done.

Note: Pisang tanduk can also be used for Nagasari.



Last December, I managed to prepare Sotong Masak rempah, copied from Noor's fp
@ http://tiara64.fotopages.com. Thankyou so much Noor for sharing this wonderful recipe.





Noor's SOTONG MASAK REMPAH


1kg cuttlefish cleaned
30g meat curry powder
30g korma spice powder
30g fish curry powder
100g onions ground
10g garlic ground
4cm ginger ground
250ml thick coconut milk

(B)
5 nos shallots
3 cloves garlic
2cm ginger
3 sprigs curry leaves

Boil cuttlefish and strain. (I skipped this part and add the cuttlefish directly and cooked with the gravy).
Heat oil and saute ingredients (B). Add all dry spices and a little bit of water, stir till well blended.
Then, add coconut milk and simmer till liquid thickens. Lastly, add in cuttlefish and season to taste.






It was a last minute decision to make these mini fairy cakes for a nephew birthday. It was fun though, but I guess.. I still need practising on the piping techniques.. Hai.. nak berguru lah ngan Kak yong ker, Shida ker.. Nina ker... Boleh ajo saya tak, cikgu?



FAIRY CAKES

125g soft margarine or butter
125g caster sugar
125 self-raising flour
2 eggs




Variations:

Vanilla ~ 1 teaspoon vanilla essence or extract
Lemon ~ grated rind of 1/2 lemon
Orange ~ grated rind of 1/2 small orange
Chocolate ~ replace 2 tablespoons of flour with same weight of cocoa powder



Line 12 section bun tray with paper cake cases. Put all the ingredients into a bowl, with your chosen flavouring, if using, and beat together until smooth. Divide the cake mixture evenly between the paper cake cases using a dessertspoons and level the surface. ( I used just ice-cream scoop)
Bake in a preheated oven 180C for 15 minutes until springy to the rouch. Leave for 5 minutes in teh tray , then remove cakes to a wire rack and leave to cool completely.









ROYAL ICING
Makes 220g (7oz)

30g egg white (at room temperature)
185g confectioner's sugar (icing sugar)
2 teaspoon lemon juice

Place egg white in a bowl with three-quarters of the icing sugar. Beat on slow speed for 2 minutes, using an electric mixer. Adjust consistency by adding the remaining icing sugar and lemon juice and continue to beat on slow speed until the icing is of full peak consistency.
Cover the icing with a polythene bag or a damp cloth to prevent the surface from drying and forming a crust.




Note : Egg whites are measured by weight rather than by number. this method gives accurate results, particularly when making royal icing. Soft peak royal icing will take a slightly longer time to dry than full peak ones.






Quote:
Mommy d&d ~ Akak dah tgk ayam roast mommy tu.. cume time tu internet slow.. tak sempat tinggalkan komen. I'm glad you enjoyed it. Ahh.. dah kenal abuk2 kan.. kan kak rossya dah tepekkan gambo sago untuk mommy. Banyak boleh buat ngan sago tu actually.. Moga daddy tambah sayang mommy yer.. Rajin mommy mencuba..
Kuchai ~ Alah kak rossya buat cupcakes main2 ajer..Nak penuhkan meja besday boy..
Nabialishad ~ Takper lah copy dulu, sapa tau besok lusa ader yang berkenan
Edoras ~ Edoras nak pantang tak lah lama sangat.. parut tu dah kering.. Agak2 ia mula pudar.. dah leh override seme pantang..
Sweet Frosting ~ Alah kak rossya nak berguru ngan shida lah.. buat piping.. Boleh?
Linad ~ Internet selalu nya cepat kat sini.. sebab akak guna broadband.. Cuma hari baru tengah update the new version bila cables went kaput.. abes.. internet seme tersangkut.. Terpaksa re-format balik..
nn ~ Happy 1st year anniversary di fotopages Noni..
Dd ~ Kenapa tak smooth pulak.. Kak rossya actually ikut tuanpunya resepi cam tu. Selalunya kalau buat biskut atau kek.. Dd cuba gunakan gula jenis caster sebab ia halus.. sekalipun resepi cuma indicate 'gula'. Takpe.. nanti cuba lagi yer.. Kalau2 kuih melayu dan masakan.. Dd boleh guna granulated sugar ajer..
Lily ~ Happy new Year to you too Lily & family..
MummyJam ~ Alah.. mummy, rossya kalau nak makan .. malas tolak tepi ajer..
Nic ~ Sedap jugak sotong tu Nic..
Leezsa ~ Azam tahun 2007 nak diet ker.. All the best tau.. yang penting..mesti happy leez. Happy New Year to you too, my dear..
MamaFami ~ Best jugak main icing ni mama.. Love yr travel pictures.. enchanting gitu.. Beruntung Mama..
Mammahouse ~ Internet kak rossya slow bukan kerna quake in Taiwan tu.. tapi sebab upload updates salah time.. virus pulak banyak yang singgah.. Adehh.. fed-up betul time tu..
Fieza ~ Rajin Fieza.. leh handle dua blogs at one go.. Photobucket so far dah okay.. thanks my dear for the info..
Kakyong ~ Kakyong dah start ngan orders ker? Semuga tambah maju dan murah rezki ditahun ini..
Rozeela ~ Sotong tu memang sedap Zeela. My hubby pun suka..
Yanina ~ Yani dah makan ker belum ni? Asyik terliu ajer.. hehee
Zack ~ Welcome 'bake' pun takper.. Oven pun dah repair.. baking2 pun dah start.. Ishh.. kan aritu Zack yang tanya akak pasal resepi nagasari ni..
Ajzie ~ Hish! Kak rossya tak hebat lah.. Akak pun cuba2 resepi orang yang sedap2 tu. Zie pun boleh buat.. InsyaAllah.
RoseinDBottle ~Ahh.. ni yang buat berkobar2 nak gi Sarawak ni..
Shidah ~ Yes.. serupa kuih bungkus.. Kak rossya pernah makan kuih bungkus di JB. Cuma intinya ajer lain.
MamaAnis ~ Itu lah nama kuih tu disini Mama.. tapi ader sebahgian orang Msia pun kenal kuih Nagasari ni..
Za ~ Nak post kat Za.. boleh.. Nak guna apa.. pos laju ker? heehe
Elin ~ Happy New Year Elin & family
Ouled Kenitra ~ Bukan pasal kabel lah tuan.. pasal lagi sakit kena mcam2 virus..
Mama awati & adam ~ Hai.. mama, bukan menu tahun baru.. tapi menu tahun lalu... Sahja nak kongsi resepi ngan kawan2 dan adik2 kat sini..
Azura ~ InsyaAllah nanti I'll visit you..
Otopan Otosan ~ Adehh.. banyak garlic sangat pun kak rossya takut.. Dracula pun takut nanti.. hehee.. Tapi apa2 pun resepi sotong Noor tu memang sedap..
Ecah ~ Tengok tu.. sampai hati dia nak penyek2 kan cupcakes akak..
Sulia ~ Ingat.. apa pulak tak ingat.. Sulia.. mummy of two young boys kan? Kak rossya lum pernah bakar guna microwave oven. Asal roast chicken boleh digrill.. dah okay lah tu.. as long as bila dah masak.. dia nyer outer skin tu crisp.. Kalau grill.. nak kena rotate sikit.. kalau dibake.. balikkan sekali dah memadai..
MamaAiman
~ Happy New year to you and family too..
Strozze ~ Disini.. bukan lah nama yang baru.. Memang itulah panggilan nya di tempat kami..
Sabrina ~ Semuga Sab senantiasa tabah..
Zakiah ~ This is the fairy cakes recipe that I usually used..



Sunday, 7-Jan-2007 15:16 Email | Share | | Bookmark
Selamat Tahun Baru 2007


HAPPY NEW YEAR 2007 to all .

Co-incidently, I was doing some updating to my internet when the cables went disrupted due to the quake in Taiwan. As the internet lines were recovering, mine remained down for several days..

Now that the internet started to pick-up pace... I'm facing some trouble uploading pictures into my photobucket..

Hoping to see you soon...


Monday, 25-Dec-2006 02:57 Email | Share | | Bookmark
semuga hujan lebat mulai reda...

 
 
 
Alhamdulillah, terang-benderang.. pagi ni.. Matahari pun dah mula menunjukkan diri. Semuga terus bersinar hingga kepetang. Sewaktu menziarahi saudara yang akan berangkat ketanah suci, kami lihat jalan2 kian basah..dan air yang naik sedikit dikawasan bandar. Semalam hujan renyai.. dan lebat tanpa henti sepanjang hari.. Kendaraan bergerak perlahan di jalanraya.

Hari ini cuaca menjanjikan yang lebih baik.. Semuga hujan tambah reda dari paras yang membahayakan. Kasihan pada mereka yang terjebak dalam kawasan bah dan membahayakan. Semuga kiter semua dilindungi dari musibah dan sentiasa dibawah lindungan Nya. InsyaAllah.

Lisya bertolak keKL pagi tadi jam 8.00. Ikut pakcik dan cuzin2 nya.. bercuti sebelum buka sekolah penggal pertama. Tinggal lagi mama dan papa selama tiga hari.. Enjoy yourself Lisya.. jangan noti2..






LEMAK SIPUT

600g siput sedut dibuang(gunting) bahagian belakang supaya senang sedut isinya
lalu dibersihkan

bahan-bahan ditumbuk:
10 biji cili padi
5 biji cili merah
4 ulas bawang kecil
1cm kunyit basah
3 biji buah keras (direndam)

1 cawan santan cair
1/2 cawan santan pekat (pati)
3 helai daun limau purut
1 helai daun kunyit di simpul
2 batang serai dititik
garam dan serbuk perasa

Panaskan kuali, masukkan santan cair, bahan-bahan yang ditumbuk, serai yang telah dititik dan siput sedut. Jerangkan atas api. Bila telah mendidih masukkan pati santan, garam, serbuk perasa, daun limau dan daun kunyit.

Kacau hingga pekat sedikit lalu dihidangkan.






Setelah melihat reviews yang amat memberangsangkan diruang siber tentang Chocolate Oil Cake dari ResipiDiana, memanggil2 kak rossya untuk mencuba resepi yang begitu fofular ni.. Tapi kak rossya gantikan minyak sayuran didalam resepi ini dengan mentega cair. Sebab kak rossya tak berapa gemar rasa minyak sayuran dalam kuih-muih. Kemudian kami hias dengan Praline Icing.. yang menjadi pilihan Lisya. Kegemaran Lisya Praline Icing ni.. cuma ia lebih sedap kalau disejukkan dalam peti sejuk,( at room temperature ~ it can be sticky) Sebab yang paling utama ..kanak2 suka praline icing sebab ia benar2 MANIS... hehee.. Terima kasih Diana kerana berkongsi resepi..


CHOCOLATE OIL CAKE
@ resipidiana.blogspot.com

3 cawan gula
3 cawan tepung all-purpose
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran ( kak rossya guna mentega cair)
1 sudu teh esen vanilla

Panaskan oven 175C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Gaul hingga sebati dan tuangkan kedalam paprcups dan bakar selama 20 minit.






PRALINE ICING

1 cawan soft brown sugar
6 sudu besar low-fat milk
1 sudu besar corn syrup (light atau dark)
1 sudu teh mentega
secubit garam
2 cawan icing sugar
2 sudu teh vanilla

Campurkan brown sugar, susu, corn syrup, mentega dan garam kedalam periuk kecil. Masak atas api sederhana sehingga mendidih sambil dikacau perlahan-lahan supaya gula larut dan hancur. Kecilkan api dan renih selama 5-6 minit lagi.

Tuangkan syrup kedalam mangkuk besar dan biarkan selama 1 minit. Masukkan esen vanilla dan gula icing dan pukul dengan hand mixer dengan speed yang tinggi hingga licin dan berkilat. Sejukkan selam 2-3minit. (icing ini akan memekat sedikit setelah sejuk)

Boleh juga dipukul lagi sebelum menyapu diatas kek untuk melicinkannya lagi.. Icing ini enak bila disejukkan dahulu.






BINGKA KELEDEK

2 cawan gula pasir
1 biji telur ayam sedang
3 cawan tepung gandum
600g keledek
500ml santan
sedikit vanilla

Keledek direbus lembut dan dilenyek hingga lumat. Masukkan semua bahan-bahan kedalam blender dan blend hingga halus. Di tapis kedalam loyang yang sudah disapu minyak. Bakar sehingga masak.






Friday, 22-Dec-2006 01:53 Email | Share | | Bookmark
Ayam golek yang.... tergolek..golek...

 
Kelmarin, terfikir pulak untuk menyediakan sesuatu yang paling mudah... Memandangkan masa teramat terhad. Ilham yang singgah di benak... hmmm.. lumurkan rempah pada ayam dan tinggalkan ia bakar di ketuhar. Wah... bau nyer semerbak... enak rasanya resepi ini... yang telah dicuba beberapa kali.. begitu menepati citarasa kami sekeluarga. Resepi Mami Asma Laili.

Malangnya, dalam keghairahan memunggahkan ayam golek yang sudah dibakar dari ketuhar... tup-tup.. dulang pembakar.. terlepas dari genggaman.... Haahahaa.. tergolek-golek ayam tu di dalam ketuhar... Makkkk!! Nasib baikkkkk.. dapat jugak diselamatkan...







AYAM ROAST ALA BARAT (Mami Asmah Laili)


1 ekor ayam (berat anggaran 1 1/2kg hingga 2kg ~ jangan dibelah dan jangan dibuang kulitnya)
Cuci bersih ayam dan toskan , lalu dilumur dengan sedikit garam

2 sudu teh serbuk buah pala
1 sudu makan serbuk lada hitam yang kasar
2 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
1 biji lemon, ambil jusnya
200g mentega lembut ( kak rossya guna olive oil)

Bahan2 Sayuran:
sedikit garam untuk tabur atas sayurnya
1 biji bawang besar ~ belah empat
500g kentang kecil dicuci bersih dan jangan kupas kulit
10 biji broccoli (boleh dilebihkan) potong hujung dan cuci bersih
2 biji tomato belah 4
beberapa biji cherry tomato
Beberapa biji baby carrot ~ kukus sebentar (jika mahu)

CARA ~ Alas tin pembakar dengan kertas timah yang lebih lebar dari dulangnya. Panaskan ketuhar 180C. Kicap, jus lemon., lada hitam dan buah pala digaul rata dalam mangkuk. Lumurkan pada ayam. Masukkan perutnya sedikit mentega dan cecair perapan. Biarkan sebentar supaya meresap kedalam ayam. Terbalikkan ayamnya dan ikat kedua2 kakinya dengan benang putih kasar, supaya bila dimasak, kakinya bercantum.. begitu juga dengan kedua kepaknya. (Ikat longgar sahja)

Setelah itu, alihkan ayam kedulang pembakar, dengan bahagian belakang diatas. Curahkan lebihan cecair diatas ayam. Sapu ayam dengan mentega terutama didalam perutnya. Selitkan ubi kentang kecil ditepi-tepi ayam, terutama dibawahnya Masukkan beberapa biji kentang kecil, tomato ceri dan broccoli didalam perut ayam. Hias sekelilingnya dengan lebihan tomato, broccoli dan bawang besar. Masukkan kedalam ketuhar dan bakar selama 30 minit. Jika terdapat banyak cecair yang keluar, senduk dan sira diatas ayam. Masukkan semula kedalam ketuhar dan bakar lagi selama 20 minit sehingga masak. (Jikalau kentang kecil belum empuk, biarkan kentang masak beberapa minit lagi.)





Minggu lalu sempat juga mencuba MummyJam's Chocolate chips Muffins.. Memang SEDAP!! Terima kasih Mummy kerana berkongsi resepi... Seronok tengok mummy berholiday sakan...







MummyJam's CHOCOLATE CHIPS MUFFINS

125g butter
100g gula
150g tepung naik-sendiri
2 biji telur
2 sudu besar serbuk koko
25g dark chocolate ~ dicairkan kaedah double-boiler atau microwave
chocolate chips secukupnya

Masukkan mentega, gula, telur, serbuk koko dan tepung kedalam mesin pengadun (Mixer). Pukul sebentar dan campurkan coklat cair dan chocolate chips.

Masukkan kedalam mangkuk-mangkuk kertas . Taburkan dengan chocolate chips lagi diatasnya jika suka. Bakar dalam ketuhar yang sudah dipanaskan selama 15 minit ~ 175C.



Talam Abuk- Abuk ~ Dalam entry yang lalu, ada yang bertanyakan tentang resepi kuih abuk-abuk yang dikukus diloyang. Sebenarnya, mengukus abuk-abuk diloyang tak banyak bezanya.. Cuma sago tu perlu direndam seketika supaya mudah dan cepat kembangnya. Ada berbagai cara, dibawah adalah antara cara yang mudah yang boleh disediakan..





TALAM ABUK-ABUK

180g sago biji (Rendam selama 15 minit lalu dicuci dan ditoskan)
120g kelapa parut putih
140 gula melaka di racik (boleh ganti gula pasir)
1 tsp garam
loyang 8X8"

Satukan sago dengan kelapa dan garam secukup rasa. Lalu dibahagi dua. Masukkan satu bahagian adunan sago kedalam loyang dan taburkan dengan gula melaka. Kemudian taburkan dengan bahagian sago yang lagi satu keatas nya. Kukus selama satu jam.. atau sehingga sago masak.


Nota : Jika menggunakan gula pasir, gaulkan gula pasir kedalam sago lalu dibahagi dua. Boleh juga mewarnakan adunan sago bahagian atas dengan sedikit air pandan dan warna hijau. Atau boleh juga gantikan dengan sago biji yang berperisa pandan yang siap dijual dipasaraya.







Wednesday, 20-Dec-2006 01:32 Email | Share | | Bookmark
Yaa.. ampun

 
Yaa ampun.. Kak Rossya benar2 sibuk tahap maxima... Nak update fp pun tak bercukupan masa.. apalagi nak taipkan resepi2 yang tertunda tu... Jadi buat sementara waktu ni.. layan kan lah si Lisya dengan lilin nya yer... Am missing you too... hehee..











[<<  <  1  [2]  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net